Ezane menekan-nekan Nokia N97 miliknya. Sudah beberapa kali nombor itu cuba dipanggil namun tidak berjawab. Rambut diraup. Lantas kaki dilangkah ke bilik sebelah. Tanpa diketuk, pintu dikuak. Kosong?
Kini, nombor Kid lagi menjadi mangsa. Callertune kedengaran buat beberapa ketika. Ezane menarik nafas lega saat panggilan akhirnya berjawab. Namun, belum sempat pun mendengar suara Kid, terdengar suara gelak tawa seorang gadis. Dia tahu milik siapa tawa itu.
“Iyeah?” jawab Kid. “Nina with you?”
“Yes. Nak hantar dia balik rumah. Kenapa?”
“Kenapa tak bagitau Qam dulu?” bantah Ezane agak berang, dia mendengus. “Dah dia yang suruh hantar. Nak tunggu Qam lambat sangat.”
“I want to talk to her.” Terdengar bunyi telefon bimbit bertukar tangan. “Speaking,” ujar Ania agak ceria.
“Kenapa tak tunggu saya balik?”
“You had your time with Yaya, why do you need me?”
Tanpa menunggu balasan dari Ezane, talian diputus.
~
Ania menyandang tote sling bag koleksi terbaru Burberry ke bahu yang dilapisi pin-striped blazer hitam Granoff dan kemeja lengan pendek putih Paul Smith yang dipadankan dengan skirt pleated Chamberlain Institute. Di kakinya pula tersarung snake-skin ballerina flats Tod’s. Rambut dibiarkan lepas bebas dan agak messy. Bagaikan seorang model dan bukan seorang pelajar di hari Isnin.
Pintu BMW Z4 ditutup dan central lock diaktifkan sebelum dia menuju ke main building Chamberlain Institute. Sesekali, tumbler biru Starbucks yang berisi caramel vanilla latte dihirup. Lantas kaki dilangkahkan ke kelas pertama pada pagi itu.
Oh maths. Fuck you maths. On a Monday morning. Fuck you.
Amen.
Belum sempat pun Ania melangkah masuk ke kelas, langkahnya dihentikan oleh lengan yang dilapisi kemeja long sleeve dark blue Salvatore Ferragamo dan seutas jam tangan Jaeger-Lecoulter di pergelangan tangan. Menusuk haruman Giorgio Armani ke rongga hidung Ania.
Jelingan tajam dihadiahkan. Alee tersengih. “Had a nice Friday night?” ucapnya. “Shut up, Alee,” balas Ania janggal. Dia masih ingat walaupun samar-samar apa yang berlaku malam Jumaat yang lepas. Alee you better shut up or I’ll kill you.
Another scandal perhaps?
“Hey, I tak marah you pun. Tak criticise sikit pun. I puji tau. You still got it Ania,” ujar Alee sedikit berbisik ke telinga Ania yang dihiasi diamond studs Cartier. Alee dapat menghidu aroma perfume Armani Mania yang dikenakan Ania.
Both are fans of Armani? Surprising. No wonder they have been together before.
Birds of a feather flock together?
“Shut up, Alee.”
Alee tertawa kecil. Lantas Ania menolak lembut tubuh Alee yang agak sasa untuk menapak dalam kelas. Alee menggeleng dan tersenyum simpul, turut melangkah ke dalam kelas itu.
“Good morning Mr Adwin.”
~
Ania melangkah menuju ke Speaking Roses di The Hills. Dia mahu menempah beberapa cupcake untuk hari itu nanti. Hari yang dinanti-nantikannya seminggu lagi. The day when they can at last become official.
Ezane mungkin berperangai pelik seminggu ini kerana dia merancang sesuatu untuk ulang tahun pertama mereka. Yes, their first anniversaray together! Ania sudah mempunyai rancangannya sendiri. Cupcake dari Speaking Roses, candlelit dinner at The Junk, night out at Liquid yang akan berakhir di dalam sebuah suite the Pullman. Everything is going to be perfect!
Ania menghembuskan nafas saat dia menapak ke dalam kedai patisserie kontemporari itu. Setelah pesanan untuk 4 cupcake butter cheese dibuat, lantas dia melangkah semula keluar. Blackberry 9700 dikeluarkan dan lantas kekunci diketik beberapa kali.
Dia sudah menyuruh setiausaha Tuan Malique untuk menempah tiket ke Singapura untuk dia dan Ezane pada hujung minggu selepas mereka menyambut ulangtahun mereka bersama. Dia mahu Ezane memilih sendiri hadiah. She has exactly what in mind. Tiket sudah ditempah, cuma untuk mengesahkan tarikhnya sahaja. Business class, Singapore Airlines.
The way to fly, Miss Ania Natasha. The ONLY way to fly.
I love you sexy. :]
Sent to EZANE SAYANG.
~
Ezane mendengus saat terdengar Motorola MotoBlurnya berbunyi nyaring di cuping telinga. Mahu sahaja dia membaling alat komunikasi itu. Namun, dicapai jua telefon bimbit yang berada di sebelah kepalanya.
Patut pun memekak di pagi hari.
Dibaca pesanan ringkas yang baru sahaja dihantar oleh Ania. Malas untuk membalas, pesanan ringkas itu terus dipadam. Kepalanya masih berdenyut-denyut. Biliknya masih berselerak. Untung jua dia ingat untuk menutup langsir, maka biliknya masih gelap walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi.
Masih awal fikir Ezane. Dia cuma pulang ke rumah pada pukul 7 pagi tadi. Last night was a night not to forget. Kedua orang tuanya tidak berada di rumah, entah ke mana lagi atas urusan perniagaan yang mana. Kid dan Yati, masing-masing sibuk dengan hal sendiri.
Kid, mungkin sedang sibuk bertugas di ruang udara pada masa kini. Entah, Ezane sendiri tidak tahu. Tapi, dia ingat yang Kid pernah memberitahu mereka ketika makan malam bersama keluarga yang dia mendapat tawaran untuk bertugas sebagai junior pilot untuk MASAirlines.
Ezane bangkit dari katil lantas mencapai kotak rokok di atas nightstand. Dinyalakan sebatang sebelum dia menuju ke bilik air. Cermin direnung. Memang rupanya agak serabai. Dengan rambut yang sudah semakin panjang yang tidak teratur, mata yang merah, wajah yang pucat dan semakin cengkung, tubuhnya juga sudah tidak sesasa dulu. Agak kurus.
Ezane meraup rambutnya, menghabiskan sisa-sisa rokok sebelum membersihkan diri. Kemudian, dia menuju semula ke ruang kamar yang bersepah dengan baju dan instrument kegiatannya.
You know, for the weed and stuff.
Oh.
Pandangan dijatuhkan pada bingkai gambar yang berisi potret dia bersama Ania di atas bedside table. Dia mengeluh. Dia tahu sudah lama gadis itu tidak dijumpai. Sudah lama Ania dibiarkan. Selama ini, cuma Ania yang saban kali menjadi pemanggil setia di waktu malam walaupun Ezane hanya akan melayannya acuh tak acuh. Tidak seperti selalu, panggilan telefon akan berlarutan sehingga 2 atau 3 jam, kini, panggilan hanya akan bertahan sehingga 10 minit.
Kaki dituju ke meja sisi itu. Bingkai gambar, ditutup.
~
Ania duduk di kafeteria, membelek beberapa keping gambar dia bersama Ezane bersaiz A4 yang baru sahaja didapati dari Damian. Gambar kandid yang diambil ketika event yang tertentu serta beberapa lagi dari hasil photoshot mereke ketika outing tidak lama dahulu. Ada gambar yang telah di touch up, ada yang di edit dan ada juga raw, black and white version. Semuanya kelihatan artistik.
Natalea mengambil tempat di hadapan Ania, menghirup latte di dalam tangannya. Potret yang tersusun di atas meja dicapai. “Nice. Untuk apa ni?” tanya Natalea membelek-belek gambar itu.
“Adalah. My little secret,” jawab Ania tersenyum simpul.
“Oh. Wow. Your boyfriend. Budak Westwood kan?” sampuk Amy pula, salah seorang daripada classmate mereka yang melintasi meja mereka. Ania angguk. Bangga. Siapa tidak kenal Awangku Aidanqamal Ezane-Kazran?
Oh you mean from the Kazran family? Everybody.
“Dah berapa lama dah you guys ni?” tanya Amy lagi.
“Today, one year.”
“Aww...so cute. Happy anniversary then!”
“Thanks.”
Sepanjang masa bibir Ania dihiasi senyuman. Dia sudah menyusun segala plan untuk malam ini diikuti dengan big celebration di hujung minggu ini. Everything is going to be perfect. Dia cuma menunggu Ezane untuk memanggilnya. Kemudian, tiket ke Singapura akan di confirm.
Everything is going to be perfect.
~
12.30 tengah hari.
Pasta carbonara di dalam pinggan di hadapannya dikuis. Blackberry 9700 di atas meja direnung sepi. Entah mengapa jantungnya berdegup kencang. Selalunya di saat ini dia pasti sudah mendapat panggilan telefon dari Ezane. It’s lunchtime at Chamberlain and at Westwood. Ania mengeluh. Carbonara akhirnya disuap ke dalam mulut. Natalea di sisi pula sibuk dengan nota di dalam tangan.
Ania sendiri seharusnya membaca nota sastera untuk kelas selepas ini. Mereka telah masing-masing diberi watak untuk salah satu drama yang akan dilakonkan. Ania diberi watak utama sebagai seorang isteri yang ditinggalkan suaminya. Dia seharusnya menghayati watak itu. Namun, entah mengapa, nalurinya merasakan sesuatu buruk yang akan berlaku. Jadi dia tidak mampu untuk fokus dengan hal itu.
Blackberry 9700 memainkan lagu I Got Your Number. Ania tersenyum lebar. Just the call she has been waiting for.
“Hey baby. Good morning,” sapanya mesra. Semalam dia sudah cuba memanggil Ezane, namun tidak berjawab. Dia tidak sabar untuk memberitahu Ezane.
“Erm. Hey. Listen, I need to tell you something.”
“Apa sayang?”
“I’m breaking up with you. Jangan contact I lagi.”
Blackberry 9700 terjatuh saat Motorola MotoBlur mematikan talian. Wajah Ania sudah berubah pucat. Ketukan di meja membuatkan Ania menoleh. Insan itu tersenyum lebar ke arahnya. Pantas Ania bangkit.
“Alee...I really need you right now,” ucap Ania mulai teresak di dalam pelukan Alee.
No comments:
Post a Comment