Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
BAB 8
Bagaikan sembilu. Itu sahaja yang dapat menggambarkan perasaan Ania di ketika ini. Dia sudah enggan peduli. Dia rindu hari-harinya yang dipenuhi Farique. Walaupun masa perkenalan mereka berdua teramat singkat, dia merasakan lelaki itu lebih mengenalinya berbanding Ezane.
Ania dan Farique sudah bagaikan dua orang asing. Farique benar-benar patah hati. Nombornya juga sudah ditukar. Tempoh hari, Ania terserempak dengan Adam. Menurut Adam, Farique sudah ke Melbourne, Australia, mengikut abang Faridnya yang kini sudah bertugas di sana.
Jemari Ania menyentuh potret dia bersama Farique. Mahu disimpan. Tidak mahu kenangan dia bersama lelaki itu terus menghantuinya. Sayang, memang dia sayang Farique Iman. Tetapi, kali ini, Ania mengaku, dia tewas dengan permainannya sendiri.
Ezane. Ania tertawa sendiri. Lelaki itu siapa sebenarnya? Kekasih hanya pada status. Tapi, sedikitpun tidak pernah berlagak sebegitu. Hidup mereka terpisah. Seorang ke kiri, seorang ke kanan. Langsung tiada connection antara satu sama lain. Macam orang asing.
Telefon bimbit Ania berbunyi . Skrin dilihat. Panjang umur, bisiknya. “Yeah, nak apa?” tanya ania. Malas untuk berpura-pura. Lagipun, Ezane kisah, dia sakit ke tidak, apa yang dia lakukan seharian? Tidak. Dia tidak meminta apa-apa kecuali perhatian dan kasih sayang. Kalau tak, apalah gunanya boyfriend? Duit? Dia sendiri tidak punya masalah untuk menampung perbelanjaan dia sendiri. Duit yang kedua orang tuanya beri setiap bulan lebih dari cukup.
wanna join?”
“Sure. Apa-apa ajelah.”
“Okey. By the way, I’m going to KL for a few days. Nak apa-apa dari sana?”
“Nope. Tak perlu. Just go.”
~
Ezane merebahkan tubuhnya ke katil. Baru sahaja sekejap ditinggalkan sudah berbagai cerita dia dengar mengenai Ania. Semuanya membuatkan dia kurang senang.
Ezane sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan girlfriend yang lebih muda darinya. Selama ini, hanya gadis sebaya atau lebih tua yang menjadi mangsanya. Baginya, perempuan yang lebih tua, lebih seksi kerana mereka punya pengalaman dan tidak menyusahkan seperti perempuan muda. Kalau nak break off pun senang. Tapi, entah mengapa kali ini, dia boleh tergerak untuk memilih Ania.
Ezane mengeluh. Ania, detik hatinya lagi. Gadis itu unik. Lasak, bersikap tidak peduli dan selamba. Berkawan pun senang. Dia tidak seperti orang lain, menilai dan memilih rakan berdasarkan siapa keluarganya atau status dalam masyarakat. Kalau nak kawan dengan Ania, cukup dengan perangai cool dan boleh bergaul bersama, itu sudah cukup. Ciri itu sahaja sudah sama dengan diri Ezane.
“Qam,” terdengar suara mamanya, Puan Sasha mengetuk pintu bilik. Ezane kerut dahi. Dia ke Kuala Lumpur bersama mamanya untuk membeli perabot untuk rumah yang baru dibeli di kota itu. Rumah itu untuk abangnya dan juga mereka tatkala bercuti. Oleh kerana abangnya menetap di Kuala Lumpur setelah selesai belajar, rumah itu akan didiami abangnya.
“Apa ma?”
“Arin pergi mana?”
“Entah. Telefon lah,” balas Ezane acuh tak acuh lantas menutup semula pintu biliknya. Mindanya melayang kembali ke Ania.
~
Ezane pulang semula ke Kuching seminggu sebelum tahun baru. Sudah enam bulan dia bersama Ania. Jika tahun lepas dia menyambut kedatangan tahun baru tanpa teman istimewa, tahun ini, dia mahukan satu kelainan.
Namun, pada saat ini, Ania sedang berada di Germany, menyambut Christmas bersama keluarga Farrel. Tuan Malique dan Puan Zara hanya akan pulang selepas tahun baru. Ania pula akan pulang pada 27 Disember. Mana mungkin di akan melepaskan kedatangan tahun baru dengan rakan-rakannya.
“Bilik dah book belum?” terjengul wajah kakaknya, Yati Nikola, mengejutkan Ezane. Ezane mengurut dada. Matanya menjeling Yati dan angguk. Yati tersengih sebelum keluar semula. Ezane menyambung semula kerjanya. Dia mahu pergi menunggang kuda sebelum ke band practice malam nanti. Bukan apa, sudah lama tidak bermain dram, terasa keras pula tangannya.
“Oh yeah,” sekali lagi terjengul wajah Yati. Ezane mendengus. “Apa lagi?”
“Yaya ikut sekali. Macam biasa.”
No comments:
Post a Comment