Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
BAB 9
Ania mencapai sequinned spaghetti strap top berwarna merah 3.1 Phillip Lim yang akan dipadankan dengan skirt separas lutut hitam The Row. Kakinya akan disarung dengan black knee length pointed toe calf skin stiletto boots Jimmy Choo. Semuanya untuk malam tahun baru yang dibeli ketika di Germany tempoh hari.
Ania mengerling jam tangan. Pukul 6 petang, namun Nigel sudah keluar sejak tengah hari tadi. Kosonglah rumah itu malam nanti. Mengikut perancangan, Ezane yang akan menjemputnya. Telefon bimbit Ania berbunyi. Lantas tote kecil Chanel dicapai. Dia pasti, itu Ezane. “I’m here.”
“Okey, I lock up the house kejap,” balas Ania lantas mengaktifkan sistem alarm sebelum menghantar pesanan ringkas pada Nigel. Mata Ania terbeliak saat melihat sebuah Ferrari berwarna merah sedang menunggu di kawasan rumahnya. Is that his or pinjam aje?
“Nice car. Kereta siapa awak pinjam?” ucap Ania saat dia sudah masuk ke dalam kereta sports buatan Itali itu. Seat-belt dipasang. Kot Ezane jenis lelaki yang suka memecut. Ania sendiri agak gerus kerana inilah kali pertama dia menumpang Ezane.
Ezane menukar gear dan mula memutarkan stereng ke jalan yang menuju ke city center. Tiga buah suite dan sebuah deluxe room sudah ditempah atas nama Kazran. “Kereta abang saya. He’s using mine sebab kena ambik a few people,” jawab Ezane.
Ania angguk. Dalam hati, dia kagum. Dia tahu Ezane datang dari keluarga yang berada. Namun, dia sendiri tidak pernah kisah untuk menyelidik siapa sebenarnya keluarga Ezane. Baginya, yang penting individu itu sendiri. Hati Ania tiba-tiba terdetik, kalau abang dia dah drive Ferrari, dia bawak kereta apa pulak?
Saat sampai di hotel Hilton, mereka menuju ke bilik deluxe yang telah ditempah. Dua buah beg duffel hitam Prada dijinjit Ezane. Dia ni, nak tidur semalam ke, apa, fikir Ania.
Pintu ke bilik dikuak dan terlihat beberapa rakan Ezane sedang melepak. Joakim dan Damian pun ada. Ania melabuhkan punggung di salah sebuah katil queen sice. Jam baru menunjukkan pukul 7.15 petang. Masih terlalu awal untuk menjejakkan kaki di club.
“Tengok apa aku bawak,” ujar Ezane lantas membuka zip duffel bag itu. Beg pertama diisi beberapa botol liquor dan dua dozen tin Heineken. Kalau tak cukup, masih boleh order dari pihak hotel. Vef pertama pula berisi bong dan sebata marijuana seberat 500g. “Whoa, Zane! You’re the man!” ujar salah seorang rakannya lantas mengeluarkan isi beg-beg tersebut.
Ezane melangkah ke sebuah kerusi. Tangan Ania dipaut supaya gadis itu duduk di dalam pangkuannya. Heineken di dalam tangan dibuka dan dihirup sedikit. Belakang Ania yang terdedah dikucup perlahan. Ania memang seksi dan menggiurkan malam itu. Dan Ezane berniat untuk memiliki gadis itu sepenuhnya malam itu.
Ania mencapai tin Heineken di dalam tangan Ezane dan diteguk. Dibiarkan tangan Ezane melingkari tubuhnya. “Saya dah book a suite for both of us. Malam karang, kita pergi sana,” bisik Ezane. Tangannya cuba meleraikan ikatan tali baju Ania. Namun, pantas dihalang Ania.
Malam itu, kaki mereka dihalakan ke Barzing, Travillion. Semua sudah bersedia sewaktu pere-party di dalam bilik lagi. Di Barzing, mereka mahu merancakkan lagi suasana. Ania terlebih dahulu melangkah ke Barzing bersama Serena. Ezane pula, katanya akan menyusul kemudian. Dia mahu menggulung joint untuk dibawa bersama. Mudah kalau hendak ‘top up’ nanti.
Pukul 12.30 malam. Saat suasana club memuncak, Ezane mengajak Ania pulang ke hotel. Terasa berat hati Ania untuk pergi sedangkan parti baru sahaja mahu bermula baginya. Namun, dia terpaksa menurut. Kali itu, Ezane memandu keretanya sendiri. Sebuah Porsche Cayenne hitam. Ferrari merah telah dikembalikan kepada tuan empunyanya.
Di dalam lif, tubuh Ania dirangkul rapat, disandar pada dinding lif. Bibir mereka pula dibiarkan bertaut. Sentuhan demi sentuhan Ezane menjadi semakin menggoda dan mengghairahkan.
Pintu suite ditutup. Perhatiannya kembali pada gadis yang sedang berdiri di hadapannnya. Bibir Ezane singgah di leher Ania. Dia dapat merasakan getaran pada tubuh itu. Rambutnya diramas manja sementara bibir Ania mula melahirkan rengekan dan desahan kecil. Sentuhan Ezane semakin menjalar.
Tubuh Ania ditarik menuju ke katil. Ezane merebahkan tubuhnya terlebih dahulu sebelum tubuh Ania dibiarkan jatuh di atasnya. Satu demi satu helaian kain terlucut.
Let’s make love and spread it out people.
Oh wow.
~
Kulit Ezane terasa bersentuhan dengan kulit yang halus dan lembut. Bibirnya menguntum senyum. Indah. Terasa setiap lekuk tubuh yang tidak berlapik itu pada sentuhannya. Menambah gelora yang memuncak semula di jiwa Ezane.
Namun, semua itu terganggu saat terdengar bunyi pintu dikuak. Jam tangan Rolex dikerling. Tepat pukul 2 pagi. Ezane menoleh, kakaknya, Yati dengan wajah yang resah sedang berdiri di hadapannya. “Eh, Qam dengan Yaya eh? Patut Yati cari dia tak jumpa. Nampak tak kunci bilik Yati?”
Ezane kerut dahi. Apa yang Yati bebelkan ni? Memekak aje.
“Mana ada kunci Yati dengan Qam. And by the way, this is Nina. Bukan Yaya. I hell don’t know where she is,” jawab Ezane sebal. “Bangun, sayang. Kejap aje,” sambung Ezane lagi, membangunkan Ania. Mahu Yati melihat yang dia bukan bersama orang yang disangkakan.
“Nina, ni kakak saya, Yati. Hmm...tu dia Yaya. Kawan dia. And that yang baru masuk tak tentu pasal into our room also is my brother..”
“Kid,” sambung Ania. Walaupun pandangannya kabur, dia tahu. Kid sendiri terkejut. Tidak sangka gadis yang ditemui di club tadi, girlfriend adiknya sendiri. “Hi,” ucap Ania lemah. Kepalanya terasa berat. Dia menutup semula mata. Kemudian, semuanya berubah gelap.
~
Ania menutup mata dengan tangan, menghalang silau cahaya matahari. Jam tangan Rolex dikerling. Pukul tujuh pagi. Masih awal untuk bangkit. Namun, denyutan kepalanya bagai menghalang dia untuk menyambung lenanya.
“Good morning,” teguran itu menyentakkan Ania. Dia menoleh. Terlihat Kid sedang duduk menghadapnya. Ezane tidak berada di situ. Ania mulai runsing. Mindanya ligat berfikir. Last night ended with her on top of Ezane or Kid? Or both?
Oh-oh.
“Zane mana?” tanya Ania mencapai pakaiannya yang berselerak di atas lantai. Kid sekadar tersenyum kecil. Menikmati pemandangan di hadapan mata; gadis seiras Ana Ivanovich dengan hanya pakaian dalam silk and lace berwarna hitam La Perla. Sungguh..menggoda. Yummy.
“Pool. Swimming dengan Dame,” balas Kid selamba, menghulurkan baju merah yang dikenakan Ania semalam. Ania mengetap bibir. Tanpa mempedulikan Kid, dia terus melangkah ke bilik air.
Ania melangkah menuju pool yang nyatanya masih lengang pada waktu begitu. Tubuhnya hanya disarung t-shirt vintage Rolling Stones dan mini-shorts Mango. Bibirnya menguntum senyum tatkala melihat Ezane berenang. Mata Ania turut melihat kelibat Kid yang tidak berbaju, mengenakan fedora yang dipakainya semalam dan menghisap sebatang rokok, berbaring di salah satu pool chair. Macam lead singer The All-American Rejects pun ada.
Saat melihat Ania, Ezane pantas keluar dari pool. Tubuh gadis itu dipaut rapat. Jiwanya bergetar. Teringat setiap saat bersama gadis itu semalam. Perfect. Bibirnya singgah di leher gadis itu sebelum ke bibir merah Ania. Tangannya dimasukkan ke dalam baju Ania, menyentuh belakang gadis itu. “Last night was awesome,” bisik Ezane. Ania senyum.
“I love you more than anything in the world,” sambungnya lagi. Ania terpana!
~
Ania membelek-belek buku di MPH The Spring. Dia ke situ menemani Damian yang katanya mahu membeli telefon bimbit baru. “Dah?” tanya Ania, melihat Damian sedang membelek buku di bahagian fotografi. Iced Vanilla Caramel Latte Starbucks dihirup. “Jom,” ujar Damian lantas menuju keluar ke Nokia Specialised Store.
“So, kau dah jumpa lah Yaya aritu?” ucap Damian, membuka cerita. Dia mahu memastikan Ezane tidak mempermainkan Ania seperti yang dikatakannya tempoh hari. Kedua-duanya rakannya. Kalau terjadi apa-apa, dia juga yang susah.
Ania cuba mengingati sebelum mengangguk. Maia Elisa, gadis Chinese look, sweet dan cute, mengingatkan Ania pada aktres Hollywood muda Scarlett Johannson. Charming, cuma Ania tidak rapat dengannya. Mungkin faktor umur. Ataupun masih kekok. Masalahnya, cara Yati dan Maia melihatnya membuat Ania kurang selesa.
“Hmm...Dah. Kenapa?”
“Ezane yang kenalkan?”
“Yearp.”
“Jadi, dia dah bagitau kau lah?”
“Apa?”
“Yang Yaya tu ex dia?”
Latte di dalam tangan hampir sahaja jatuh menyembah bumi. Ania merenung tajam Damian yang leka membelek-belek koleksi telefon bimbit yang dipamerkan. “Yaya tu, best friend Yati. First girlfriend Ezane kalau aku tak silap. Lama jugak dia nak get over minah tu,” cerita Damian lagi. Ania ketap bibir.
Kenapa Ezane tidak pernah memberitahunya tentang Maia sedangkan selama ini, segala rahsia silamnya diketahui oleh Ezane. Saat ini, Ania baru menyedari. Ezane sentiasa mengelak untuk bercerita mengenaui hubungannya yang lepas sedangkan Ezane selalu mengorek dan memaksa Ania untuk bercerita tentang masa lampaunya.
“Nothing that I prefer. Jom, pegi tempat lain?” kata-kata Damian itu mematikan lamunan Ania. Ania sekadar angguk.
~
Ania mundar-mandir di dalam biliknya. Telefon bimbit di telinga. Menanti Ezane menjawab panggilannya. Entah berapa kali dia sudah mencuba. Namun panggilan masih belum berjawab.
Whr r u??
Sent to EZANE SAYANG
Telefon bimbit digenggam. Ania masih menunggu jawapan dari Ezane. Namun telefon bimbit seperti enggan berbunyi. Ania mendengus. Entah mengapa hatinya bagai dikerenyuk. Pada saat dia mula menyayangi lelaki itu, dia buat hal. Apa kes, bro?
Tanpa rasa penat, nombor Ezane didail buat kesekian kali. Ania menggigit bibir. Lama. Sebaik sahaja dia mahu memutuskan talian, panggilannya berjawab. Akhirnya!
“Helo?” suara Ezane kedengaran mengah.
“Hey,” balas Ania. Baru sahaja dia hendak membuka mulut, kehendaknya itu terbantut. “Kejap. Yaya...tunggu kejap. I need to answer this phone call.”
Berderau darah Ania. Namun, dia tetap berlagak selamba. “Kat mana ni? Puas saya cari awak. Sibuk ke?”
“Uh, kat rumah. Tengah tolong Yaya siapkan project dia. Sorry tak jawab call tadi. Phone tertinggal dalam bilik,” jelas Ezane. Ania jungkit kening. “Yaya ada kat situ?”
“Yeah. Dia memang selalu lepak sini. Best friend kakak saya sejak kecil. So, dah biasa. Dah macam rumah dia dah pun,” ucap Ezane lagi. Ania mengetap bibir. “Hmm...sibuk lah ni? Saya kacau ke?”
“Tak lah sibuk sangat. Tolong Yaya sikit-skit aje. Erm, tapi, malam karang saya call awak. Okey tak?”
“Okey,” lantas talian diputuskan tanpa sebarang pamitan. Ania tersandar pada dinding, terduduk.
~
Bunyi lagu Can’t Leave Em Alone menandakan panggilan tersebut datang dari Ezane. Ania terjaga dari lena. Skrin telefon bimbit dilihat. Pukul 2.30 pagi? Dia menunggu panggilan sejak pukul 11 tadi. Dan baru kini Ezane menelefon?
“Hmm?” jawab Ania lemah, suaranya kedengaran serak. “Tidur?” tanya Ezane. Ania kerut dahi. Takkan tengah main masak-masak tengah malam macam ni kot?
“Sorry, lambat sangat call. Tadi lepas habis buat projek berborak pulak dengan Yaya. Tak sedar pulak dah lewat,” sambung Ezane. Ania senyum sinis walaupun matanya masih pejam.
Time does flies by fast when you’re having fun, dontcha?
“It’s fine.”
“So, apa yang penting sangat awak nak bagitau saya?”
Ania mengeluh. Hal itu tidak penting, Yaya jauh lebih penting. Yaya and her stupid friggin project. Kalau tidak, masakan boleh terlupa girlfriend sendiri, iya tak? Ania cuba memujuk hatinya sendiri. “Tak apalah. Esok saja saya cerita. Good night. Sweet dreams,” ujar Ania pendek lantas meletak panggilan. Malas!
No comments:
Post a Comment