Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
BAB 7
Ania menghirup udara pantai malam seraya berdiri di ruang balkoni. Telinganya menangkap sayup-sayup bunyi deruan ombak yang memukul pantai. Terasa sungguh tenang. Ania menarik nafas. Tiba-tiba, terasa rambutnya dikuak dari belakang. Ania menoleh. Farique. Dibiarkan sebelah tangan Farique merangkulnya dari belakang. Sebelah lagi memegang pagar balkoni. Dagu jejaka itu direhatkan di atas bahu Ania yang terdedah.
“Buat apa ni?” tanya Farique memecah keheningan antara mereka. Terasa bahagia. “Just enjoying the beach. Saya selalu nak ada rumah di tepi pantai.”
Farique senyum. “Kalau macam tu, saya akan binakan awak sebuah rumah di tepi pantai. I promise.” Ania memalingkan tubuhnya. Begitu jauh pandangan Farique. Lengan Farique disentuh lembut. Mata kelabu Ania memandang tepat ke arah anak mata Farique. Farique mengusap pipi Ania. Tidah semena-mena, bibirnya singgah di dahi gadis itu. Lama. Terasa syahdu.
Kemudian, buat pertama kali bibir Farique hinggap di seulas bibir merah Ania. Ania terpana!
~
“Baby...bangun,” sayup kedengaran suara itu di cuping telinga Ania. Mata yang tertutup dibuka perlahan, menahan silau matahari.
Farique terduduk di gelanggang skuasy di Sarawak Club. Tubuhnya di sandarkan pada dinding. Rambut yang basah dek peluh diraup. Jantungnya masih berdegup kencang.
Sebentar tadi, dia baru sahaja habis bermain bersama Cristopher, pelajar Greenwood High yang juga temannya sewaktu dia bersekolah di situ dahulu. Penatnya pun masih belum reda. Sewaktu bermain tadi, cerita dari Cristopher bagaikan menoreh hatinya.
Menurut cerita Cristopher, dia kenal siapa itu Nina Farrel alias Ania Natasha Farrel. Dia pernah bersama gadis itu beberapa bukan lepas. Katanya, Ania memang seorang yang rebellious. Ania party girl dengan kehidupan yang sosial. Kalau ke club di sekitar bandar itu, sebut sahaja nama Nina Farrel, semua orang kenal gadis bermata kelabu itu.
Paling menyakitikan hati, apabila Cristopher menanya, “Eh, kau dengan Nina tu? Really ke? Berapa lama dah? Macam baru je aritu kawan aku intro dia as girlfriend dia. Ezane Kazran. Kau pun kenal dia kan tak salah aku?”
Macam tidak percaya cerita Cristopher itu. Kerana semuanya bertentangan dengan Ania yang dikenalinya. Farique mengeluh. Apa yang pasti, semuanya perlu diselidik.
~
Ezane mengesat peluh. Sudah tiga jam dia berada di gym, mengeluarkan peluh, cuba melupakan apa yang menganggu di mindanya. Namun, nama Farique Iman Saufi itu sering menyelinap ke dalam minda, menaikkan amarahnya.
Menurut rakan-rakannya, Farique mempunyai girlfriend bernama Nina. Tapi, Nina itu bukan Nina dari Greenwood kerana tidak wujud pun Nina di situ. Rata-rata rakannya menyatakan bahawa girlfriend Farique adalah Nina Chamberlain Institute. Nina Megan Fox. Nina socialite. Nina Farrel.
Farique menyeluk poket gym bag nya dan mengeluarkan telefon bimbit. Kemudian, dia mengeluh. Rambut yang sudah mulai panjang dikesat dengan tuala. Skrin Nokia N97 dipandang sepi. Langsung tiada satu pun pesanan ringkas mahupun panggilan yang dinantikan.
Tanpa menuju ke shower room dahulu, Ezane mencapai kunci kereta dan berlalu keluar dari changing room. Otaknya mulai ligat berfikir tentang apa yang terjadi semalam. Dia menelefon Ania untuk penjelasan yang sebenar. Alih-alih, mereka berdua berbalah pula. Kedua-duanya punya sikap degil dan ego. Masing-masing enggan mengalah.
Seorang gadis seksi melemparkan senyuman ke arah Ezane. Senyuman dibalas. Pintu Porsche Cayenne dibuka, enjin dihidupkan lantas kereta pacuan empat roda mewah itu meluncur pergi.
Ezane mengeluh. Salah pilihkah dia?
~
Telefon bimbit yang berbunyi dicapai. Hatinya berbunga saat melihat nama Farique tertera pada skrin. Ania masih sebal kerana perbalahan dengan Ezane. Baginya, apa hak Ezane untuk menghalangnya sedang dia tidak pernah mengacau hidup lelaki itu. Dan bagi Ania, lebih baik curang daripada menyayangi orang lain. Masa tidak akan membuat Ania lupa akan kata-kata Ezane yang menyakitkan itu.
“Nina,” nada suara Farique kedengaran berbeza. Ania tidak suka nada itu. Dia bagaikan tahu apa yang akan berlaku. Senyuman di bibirnya pudar.
“Yes, kenapa ni sayang?”
“Nina, please, stop this. Jangan berpura-pura lagi. I know everything. Semua ni, satu penipuan kan?”
Ania mulai keliru. Dia tahu pasal Ezane? Tapi, Ania mahu Farique bersamanya. Dia mahu Farique tahu itu! Dia sudah mula berkira-kira untuk memberitahu Ezane keputusannya yang sebenar. “What do you mean, sayang?”
“Jangan nak berdrama, Nina! I thought you were different! We’re over!”
Talian diputuskan serta merta. Tubuh Ania terjelupuk ke lantai.
~
Farique berteleku, meraup wajahnya. Telefon bimbit di dalam tangan digenggam erat. Tangan sebelahnya menumbuk-numbuk lantai. Kepalanya disandarkan ke dinding. Dia ruang mindanya, dia sering bertanya kenapa.
Mata yang dipejam rapat, dibuka. Telefon bimbit dikerling sekilas. Lantas dilemparkan telefon bimbit itu. Berkecai melanggar dinding. Seperti hatinya. Sakit. Hanya dia yang tahu. Nafas dilepaskan, kasar. Lantas dia bangkit dan mula melangkah. Kakinya menuju ke luar bilik.
“Mama, Iman nak pergi jauh. Iman nak study kat Melbourne.”
No comments:
Post a Comment