HAK CIPTA TERPELIHARA
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
BAB 6
“Iman!” terdengar suara mamanya memanggil. “Farique Iman!” laung Dr Zurina lagi. Matanya melilau ke segenap ruang tamu banglo setingkat itu. Rumah yang didiami selama 20 tahun itu seperti tidak dimamah usia. Hasil titik peluhnya serta suaminya yang juga seorang doktor tertumpah di rumah itu.
Matanya akhirnya menangkap kelibat anak bujang bongsunya itu, terbaring di atas sofa dengan Blackberry Storm di dalam tangan. Dr Zurina bercekak pinggang dan menggeleng. Dia mempunyai tiga orang cahaya mata. Ketiga-tiganya lelaki. Tetapi yang bongsu inilah lain dari abang-abangnya yang lain. Dialah yang paling nakal dan juga yang paling manja.
“Iman, patutlah mama panggil dari tadi tak dengar. Tengah sukalah melayan buah hati dia tu,” bebel Dr Zurina seraya mengusik.
Farique tersengih lantas duduk. Wajah mamanya yang berketurunan Cina itu direnung. Dr Zurina masuk Islam apabila berkahwin dengan Dr Saufi. Dr Zurina pakar kanak-kanak dan Dr Saufi pula seorang neuro surgeon.
“Iman dengar la mama. Jiran sebelah pun dengar kot mama jerit-jerit dari tadi. Mama nak apa dengan Iman ni, sampai jerit-jerit?” usik Iman. Lantas lengannya menjadi mangsa cubitan Dr Zurina. “Kalau dengar, jawablah. Buat sakit tekak mama aje jerit-jerit. Ni, abang Farid kamu mana?”
“Lah, kalau mama cari abang Farid, kenapa pulak panggil Iman? Mama dah nyanyuk ke?”sekali lagi dia menjadi mangsa cubitan mamanya. Namun, Dr Zurina memang sudah arif dengan perangai Farique yang suka mengusik itu. Sesiapa sahaja boleh menjadi bahan usikannya termasuk opah dan atuknya.
“Okey-okey...Sorry ma. Abang Farid keluar lah tadi. Pergi dating. Betul! Tak tipu,” jawab Farique, mempertahankan diri dari satu lagi cubitan dari mamanya.
“Apa yang kamu dua beranak kecohkan ni?” terdengar suara Dr Saufi menyampuk dari tingkat atas saat dia menuruni tangga. “Budak-budak ni, bang. Saya cari Farid, dia keluar. Iman ni pulak, malam karang dah balik apartmen dia. Si Faliq tu, hujung minggu macam ni bukan reti nak ajak anak bini dia kemari,” rungut Dr Zurina.
Dr Saufi tersenyum kecil. “Alah, biarkan ajela dia orang. Lagipun, kalau rumah ni kosong, senanglah kita nak beromantik-romantik kan?”
“Ish, awak ni. Menggatal la tu. Tapi kan, bang. Kalau rumah besar camni tapi tak ada orang, sunyi. Tak ada teman kat rumah ni.” Sambung Dr Zurina. “Kalau awak nak, karang saya kahwin lagi sorang. Boleh buat teman awak. Ya tak?” usik Dr Saufi. Dr Zurina mencebik. Farique pula tertawa.
“Hmm..tak apa lah mama. Sabtu depan, mama masak sedap-sedap okey? Iman nak bawa tetamu istimewa makan tengah hari. Boleh buat teman mama nanti,” sampuk Farique tersenyum lebar.
~
Ania mengatur ruffled blouse Escada yang dipadankan dengan skinny jeans hitam Kate Moss for Topshop. Jantungnya berdebar hebat saat BMW 645i Farique semakin hampir dengan kawasan perumahan Field Force. Rambutnya sekadar diikat dengan sehelai skaf monogram Coach berwarna kuning cair.
Di minda Ania sering membayangkan bagaimana situasi saat dia bertemu dengan keluarga Farique nanti. Ania sempat mengerling ke arah jejaka itu yang kelihatan selamba walau hanya mengenakan jeans Calvin Klein dan t-shirt lusuh berkolar Lacoste.
Saat kereta berhenti di hadapan sebuah rumah berwarna putih setingkat dengan desain yang mirip dengan rumahnya itu, Ania dipalu kagum. Rumput menghijau menghiasi laman rumah yang begitu luas. Deretan pokok palma berhampiran dengan pagar dan sebuah taman bunga yang cantik bagaikan menambah seri bangunan yang digelar Farique rumah itu.
“Wow, your house is nice,” ucap Ania. “I’m glad you like it,” terdengar suara perempuan menyampuk. Ania menoleh. Seorang wanita berwajah Cina dengan rambut potongan bob cut, anggun dengan slacks dan blouse polos putih sedang menuju ke arahnya. Ania tersenyum manis. Pantas jemari wanita itu dicapai dan tubuh dipeluk. Kedua belah pipi wanita itu dikucup. Macam Michelle Yeoh pun ada, detik hati Ania.
“Mama, ni Iman kenalkan. Ania Natasha,” perkenal Farique seraya tersengih lebar. Jemarinya memutar-mutar kunci kereta. “Panggil Nina je auntie,” sambung Ania lantas mengikut langkah Dr Zurina ke kawasan belakang rumah.
Sampai sahaja di belakang, terlihat beberapa orang lagi berada di situ. Dua orang kanak-kanak sedang berlari girang. Ania diperkenalkan kepada seorang demi seorang ahli keluarga Farique. Satu persatu soalan diajukan kepadanya. Dengan sebuah senyuman yang manis, Ania menjawab soalan-soalan tersebut.
“Jadi, Nina ni half German lah ya? Patut pun cantik sangat. Mata pun kelabu. Pandai Iman pilih,” sampuk Dr Zurina. Ania tersipu. “Mama ni,” sampuk Farique pula. Terasa malu apabila mamanya berkata begitu.
~
Ania menggigit hujung pen, matanya tekun membaca soalan di hadapannya. Peperiksaan semester bakal menjelang dan beberapa topik Matematik masih belum difahaminya. Kakinya disilakan di atas kerusi, hooded sweater Burberry dirapatkan ke tubuh. Cuaca hujan di luar perpustakaan itu menambahkan lagi kesejukan dalam bangunan itu. Farique di sisi pula tekun membaca nota Biologi.
Dia merenung lelaki itu seketika. Melihat gerak-geri lelaki itu dengan tekun. Sekali-sekala terlihat Farique mengerutkan dahi, cuba memahami apa yang dibacanya. Kemudian, bibir berwarna pink itu digigit. Dengan wajah yang serius begitu pun, Farique tetap menawan. Ania terasa sayang terhadap lelaki itu.
Sepanjang dua minggu ini, masa Ania sering dihabiskan dengan Farique. Belajar bersama di perpustakaan atau di rumah selepas waktu persekolahan. Alasan Ania kepada Ezane mudah sahaja- exam. Ezane pula seperti tidak kisah.
“Baby, kenapa ni?” teguran Farique itu mematikan lamunan Ania. Ania senyum. “Tak tahu macam mana nak buat soalan ni,” balas Ania. Lantas Farique mengambil buku itu dan mula membaca soalan sebelum menerangkan kepada Ania satu persatu.
“Sayang, jalan-jalan kat bawah sekejap nak tak? Sejuk,” ucap Ania. Jemari Farique disentuh. Lantas Farique bangkit dan menarik tangan Ania menuju ke tingkat bawah. Baru sahaja hendak menapak keluar, bahu Farique ditepuk. Dia menoleh, “Eh, Joe. Lama tak nampak?” tegurnya. “Kau pun sama. Awek baru ke? Macam baru je aku nampak kau dengan Rita,” jawab Joe.
Farique tersenyum nipis. Ania terpempan. Rita? “Aku dah lama tak dengan dia. Ni, Nina,” perkenal Farique, agak kekok. Ania sekadar melemparkan senyuman dan melambaikan tangan. Setelah Joe berlalu, Farique pula menuju ke kafe. Mahu membeli minuman untuk mereka berdua.
Hati Ania berasa panas tatkala melihat seorang agdis meliuk lentuk dan menyentuh lengan Farique dengan menggoda. Lebih menyakitkan hati, boleh pula mereka bergurau senda. Macam Ania tidak wujud sahaja. Pantas Ania melangkah pergi. Tiba-tiba terasa panas.
“Baby, tunggu!” panggil Farique, lantas meraih jemari Ania. Ania merenungnya tajam. Dari raut wajah itu, Farique tahu ada sesuatu yang tidak kena. “Kenapa ni?” tanya Farique perlahan. Ania mengetap bibir. “Siapa tu tadi?”
Farique terdiam. Dia mula berkira-kira, nak bagitau atau tidak. “Tu, jiran saya, Rita.”
“You mean your ex-girlfriend?” Farique mengangguk perlahan. Ania mengeluh. She is his ex AND his neighbour? Oh wow.
“Baby, saya minta maaf, okey? Saya tak berniat nak rahsiakan dari awak. Saya sayang awak sorang. Honestly. Bukan cliche okey? Tak ada sesiapa yang akan rebut saya dari awak. I promise.”
Only time will tell.
~
Majlis Graduasi Pelajar Gred 12 Tahun 2007. Itu bermakna berakhirnya dunia Farique Iman Saufi di Chamberlain Institute. Dan pada masa yang sama, sudah enam bulan Ania bersama Ezane. Namun, segalanya masih seperti dulu tanpa perubahan.
Sebaik sahaja tamat majlis graduasi, Farique bersama rakan-rakannya yang lain mengambil keputusan untuk menuju ke Damai Puri Resort di Pantai Damai, Santubong untuk meraikan hari terakhir mereka sebelum masing-masing sibuk ataupun merantau mahupun pulang semula ke tanah air bagi pelajar antarabangsa.
Farique mendepangkan tangan, menghirup udara laut sedalam-dalamnya. Tubuhnya dibiarkan terdedah, hanya dilapisi sepasang board shorts Padini. Hidungnya terhidu sunblock Clinique yang dikenakan Ania tadi. Farique menoleh.
Di sisinya, Ania berdiri, mengenakan bikini putih Topshop, tangan kirinya menjinjit Havaianas hijau, rambut hitam melepasi bahu dibiarkan bebas, mata kelabu itu pula dilindung sepasang kacamata hitam Chanel. Jemari Ania diraih. Tubuh gadis itu ditarik rapat. Bagi Farique, Ania adalah segala-galanya bagi dirinya. Hidupnya, jiwanya, dunianya, semuanya Ania. Dan dia tidak tahu bagaimana dia boleh hidup tanpa Ania.
“Baby,” bisik Farique perlahan. Ania memejam mata. Entah mengapa suara Farique terasa sungguh syahdu di cuping telinganya. “Hmm?”
“Tak ada apa-apa...”
Ania melepaskan genggaman. Butang kamera kecil Sony berwarna hijau ditekan. Dia mahu memotretkan saat ini. Panel skrin dilihat. Ya, mereka kelihatan sungguh sempurna bersama. Tapi sayang, Ania sendiri tidak tahu berapa lama ini semua akan bertahan.
Farique senyum. Lantas dia melangkah menuju ke arah rakan-rakannya yang berkumpul di pantai. Ania meninggalkan Farique. Biarlah dia bersama rakan-rakannya. Mereka berdua masih punya masa untuk bersama nanti. Telefon bimbit di dalam pouch kecil Louis Vuitton dipandang sepi. Langsung tiada berita dari Ezane. Ania mengeluh.
Ezane benar-benar aneh. Kelakuannya amat mengelirukan sehingga Ania sendiri jadi tidak pasti jika dia benar-benar ataupun tidak. Walaupun dia jatuh hati dengan layanan Farique yang tidak diberi oleh Ezane, namun perhatiannya sering dicuri oleh Ezane.
Ania mahu berubah. Mahu mencuba sesuatu yang baru. Jesteru Farique yang good boy itu menjadi taruhan. Tetapi setiap kali perasaannya meronta-ronta untuk memilih bad boy. Ana tidak mahu terus dengan kehidupannya yang lama. Yang memberontak, sosial dan tanpa arah tuju yang sebenar. Namun, semua itu sudah bagaikan sebati dalam dirinya.
Dengan Farique, segalanya bagaikan rutin. Setiap hari benda yang sama. Macam robot sahaja. Langsung tiada elemen kejutan. Farique seorang yang konsisten. Namun, perhatian dan kasih sayang yang dicurahkan tanpa bersisi membuat Ania terikat.
Lalu, bagaimana?
“Ouch!” lamunan Ania terhenti tatkala bahunya dilanggar seseorang yang bertubuh sasa. Ania tersentak saat terlihat wajah empunya tubuh itu. “Joakim!” Joakim yang kini telah bergaya rambut mohawk sedang tersenyum ke arahnya.
“Buat apa kat sini? Kan Ezane kat Brunei?” Ania menjegilkan mata. Ezane ke Brunei dan dia langsung tidak tahu hal itu? “Ish, takkanlah mesti berkepit kot dengan dia? Saya dengan kawan,” balas Ania. Di saat ini, air muka Ezane perlu dijaga. Masalah hubungan mereka, biar hanya mereka yang tahu.
Selesai sahaja berbual dengan Joakim, telefon bimbit Ania berbunyi. Skrin dilihat dan bibirnya diketap. Panjang umur! “Pergi Brunei tak bagitau pun?” ujar Ania sebaik sahaja panggilan dijawab. Hening. “Zane!” panggil Ania lagi. “Sorry. Terpaksa ikut. Balik kampung kejap. So, kat mana ni?”
“Damai. Baru je jumpa Joakim. Dia yang bagitau awak kat Brunei. Kawan awak tau awak kat Brunei, and your girlfriend doesn’t? Come on...”
“Sorry okey, sayang? Saya kejap aje kat sini. I’ll be back in a few days.”
Hope so. Sweetface.
No comments:
Post a Comment