Saturday, February 27, 2010

CIKLET-ORGY Chapter 13

Share
|


HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

BAB 13

Ania duduk bersilang kaki di dalam kelas. Subjek Mathematics mereka buat kesekian kali bertukar guru. Kali ini, mengikut gosip-gosip yang menular di kawasan Chamberlain Institute, guru baru itu sememangnya baru dalam bidang ini.

Patut pun datang lambat semacam.

Ania mengerling jam tangan Rolexnya buat kesekian kali. Dia melepaskan keluhan. Jemarinya mengetuk-ngetuk meja. Malas pula dia mahu mengeluarkan laptop di dalam oversize tote Salvatore Ferragamo. “Kau ni kenapa? Semacam je?” tegur Natalea. Ania sekadar menggeleng. Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati hari ini.

“Good morning everyone. Sorry I’m late,” tegur seorang lelaki tinggi lampai, bertubuh sederhana sasa, berkulit putih susu, segak mengenakan busana Agnes B. from top to toe. Kakinya pula tersarung sepasang kasut kulit Prada dan di pergelangan tangannya seutas jam tangan Jaeger-Lecoulter. Rambutnya pula digayakan ala Korean look.

Dia bertentangan mata dengan semua yang berada di dalam kelas yang dipenuhi 25 orang pelajar sekolah elit itu. Senyuman dilemparkan menampakkan gigi yang perfect. Hampir kesemua pelajar perempuan kelas itu terpegun.

“Okay, introduction first. As you all know, I’m your new teacher for this subject. I just graduated so, I’m quite new and in that case, help me to help you. My name is Mr Adwin Aleef. You can call me Mr Adwin.”

And the world stops spinning. Literally.

Natalea menoleh ke arah Ania. Wajah Ania sudah berubah pucat. Matanya enggan berkedip. Mungkin rasa tidak percaya dengan apa yang dilihat di hadapan mata. Natalea mencuit bahu Ania. “Kau okey ke?”

“Okey.”

Setelah sesi suai kenal yang ringkas, mereka memulakan bab pelajaran untuk hari itu. Seperti biasa, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun sebagai fresh graduate, Mr Adwin memang cekap dalam mengajar subjek itu.

“Ania, may I see you after class?” terdengar Mr Adwin berkata sewaktu mereka disuruh mencuba membuat latihan yang diberikan. Ania tersentak. Ini bukan apa yang diharapkannya. Ania menoleh ke arah Natalea. Namun, nyatanya Natalea sedang tekun membuat latihan tanpa menghiraukan apa yang berlaku di sekelilingnya.

Sebaik sahaja kelas tamat dan kelas telah dikosongkan, Ania melangkah ke hadapan sementara menunggu Mr Adwin mengemas barangnya. “You want to see me?” tanya Ania. Mr Adwin mendongak dan tersenyum.

“Come on, Nina. Tak payah nak formal dengan I. You know you can always call me Alee.”

Yes. Ania memang tahu. Mungkin, hanya segelintir yang perasan dan tahu tentang semua ini.

Adwin Aleef Carreef Chamberlain. The owner of Chamberlain Institute’s only son.

Alee yang pernah jadi senior di Chamberlain.

Alee yang pernah wujud dalam hidup Ania.

~

Ania melangkah menuju ke kafeteria bersama dengan Alee. Memang kekok. Walaupun dia antara pelajar senior, dan dia yakin hanya pelajar senior sahaja yang tahu mengenai cerita sebenar, tidak mustahil berita sebegini boleh tersebar dengan cepat dalam kawasan Chamberlain Institute. Ania dapat menangkap renungan demi renungan pelajar senior yang tahu mengenai hubungan yang agak high profile antara dia dan anak tunggal pengasas dan pemilik sekolah swasta elit itu suatu masa dulu.

“Alee...you know you tak perlu pergi kafeteria lagi. Ada teacher’s lounge kan? You bukan student lagi,” ucap Ania seraya menuju ke booth Manhattan Fish Market. Special delivery of the day. Alee tersenyum. “Salah ke? Dah lama dah I tak pijak kaki ke sini. So, I nak explore la. Tengok apa perubahan or whatsoever,” jawab Alee, berdiri di sebelah Ania di dalam barisan.

Ania mengetap bibir. Tiba-tiba dia terasa getaran dari tote Salvatore Ferragamo metallic brown dan dikeluarkan telefon bimbit.

EZANE SAYANG

Whr u? I pick u up nanti?

NINA SAYANG

At schl la. Xpyh. I drove myself today.

Sy jmpa awk kt rmh je la nnti?

EZANE SAYANG

Okay. As soon as u finish.

Dtg str8 ke sini trus. Alrite?

NINA SAYANG

Okay.

“Boyfriend?” tanya Alee. Ania mengambil tray yang berisi fish and chips dan menjeling Alee sebelum melangkah ke sebuah meja. Natalea pula entah ke mana hari itu. “Salah ke kalau I ada boyfriend?”

“I tak cakap salah pun? I tanya je.”

“So, who’s the lucky guy?” sambung Alee lagi setelah beberapa ketika suasana antara mereka hening. Ania mengangkat wajah. Nak bagitau ke tak?

“Kenapa nak sangat tahu?”

“Mestilah. I pun nak tahu my competitors.”

“As a teacher you can’t have a relationship with students, Mr Adwin.”

Alee senyum sinis. “Well, I own the place don’t I?”

Good point.

“Jadi, siapa budak tu?” desak Alee lagi. Ania mengeluh. “Ezane.” Alee jungkit kening dan senyum sinis. “Oh...Ezane rupanya. Okay. No problem.”

What does THAT means Alee Carreef Chamberlain?

~

FaceSpace.com

Adwin Aleef Carreef Chamberlain

Info

Age: 23

Relationship status: Single

Education: Chamberlain Institute Alumni; University of New South Wales Alumni (Major in Civil Engineering Technology).

Location: Tabuan Heights, Malaysia; Sydney, Australia.

~

Ezane duduk menyandar di atas sofa cafe Bing! seraya menghirup espresso di dalam gelas di hadapannya. Ania di sisi dikerling sekilas. Gadis itu nampak mengelamun. Belakang gadis itu yang dilitupi tanktop beige Topshop yang dipadankan dengan mini-shorts Mango berwarna army green serta sepasang sandal flats suede Hermes. Rambut gadis itu dibiarkan lepas bebas. Kelihatan sungguh laid back.

Di sisi Ezane, mereka berdua seperti sepasang pasangan yang sungguh secocok. Ezane sendiri mengenakan t-shirt roundneck Ted Baker berwarna putih dan board shorts Quiksilver berwarna grey. Kakinya tersarung sandal kulit Louis Vuitton.

Hari itu, Ezane sengaja mahu Ania menemaninya untuk bertemu rakan rapat yang sudah lama tidak ditemui sejak rakannya itu menyambung pelajaran ke luar negara. Rakan yang membesar bersama-samanya dan Damian. Cuma, rakannya itu lebih banyak menghabiskan masa di luar negara.

“Kenapa diam je ni?” tanya Ezane membelai rambut hitam pekat milik Ania. Ania sekadar geleng. Hatinya masih belum terpujuk selepas peristiwa hujung minggu lepas. Di benak Ania, dia terfikir, jika sudah tidak ada orang lain nak teman, pasti dia yang akan diheret.

The Last Resort.

Not so much of a girlfriend thing.

“Nak pergi mana-mana lepas ni?” tanya Ezane lagi. Ania jungkit bahu. Dia sendiri tidak tahu mahu ke mana. Swimming perhaps? Maybe.

“I promise, lepas jumpa my friend, we’ll go somewhere, okay sayang?”

“Hmm..apa-apa ajelah,” jawab Ania. Iced caramel latte di hadapannya dihirup perlahan. Sunnies Emilio Pucci di atas kepala dibetulkan. “Tu dia kawan saya,” ujar Ezane seraya bangkit saat seseorang meloloskan diri dari pintu masuk cafe Bing! di Chinatown Padungan itu.

Calvin Klein jeans, plain Burberry t-shirt, Nike Air Jordans on feet. Ania tergamam. Matanya tidak lepas memandang insan yang sedang berdiri di hadapannya kini, melemparkan senyuman serta sedang memeluk Ezane. Jantung Ania mula berdegup kencang.

“Hey. Pandai kau cari girlfriend Zane,” ucap rakan Ezane saat dia melabuhkan punggung di hadapan Ania. Ania menggigit bibir. Ezane tersenyum. “Kau kenal?”

Giliran rakan Ezane pula tersenyum. “Alah, Nina Farrel. Siapa tak kenal? Kan, sama sekolah aku dulu. My junior,” ujarnya.

“Sayang, kenal tak dia ni? Tah-tah dia je yang perasan,” ujar Ezane pula. “Well, biar aku intro myself la kalau camtu. Hi, call me Alee,” tangan dihulurkan dan mata dikenyit.

No comments:

Post a Comment