Friday, February 26, 2010

CIKLET-ORGY Chapter 12

Share
|


HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

BAB 12

“Hey, Nina. Awak tak dengan Eriq lagi ya? Saya dengar awak couple couple dengan Ezane,” padahal berita itu diperolehi dari News Feed FaceSpace. Soalan itu sering diutarakan pada Ania sebaik sahaja minggu persekolahan baru bermula. Ania sekadar melemparkan senyuman.

Blazer Chamberlain Institute ditanggalkan, menampakkan kemeja lengan panjang BCBGMaxazaria berwarna peach yang dikenakan Ania. Rambut hitam melepasi bahu hanya diurus dengan headband monogram Coach. Langkah kitten heels Jimmy Choo peachnya dituju ke kelas Bahasa Inggeris.

Poket skirt atas lutut pleated kelabu diseluk. Pagi itu sahaja sudah beberapa kali Ezane menghantar mesej kepadanya. Sejak peristiwa itu, masa yang mereka luangkan bersama bertambaj. Pokoknya. 24/7 Ezane pasti ada di situ. Tidak seperti selalu.

ANIA SAYANG

Class nk mula.

Break karang kita smbg lg k?

:)

EZANE SAYANG

Hmm..alrite.

Btw, bgtau nigel xpyh pick u up.

Tggu kat pintu dpn.

I will.

ANIA SAYANG

Sure?

EZANE SAYANG

Y x? I’ll call u l8er.

Nk siap pergi class.

I lv u

ANIA SAYANG

I lv u 2 :D

~

Natalea sudah lama berlalu dengan Toyota Yarisnya. Kelas baru sahaja tamat lima minit lepas namun bagi mereka yang memandu sendiri, mereka tidak betah untuk melepak lebih lama di kawasan kampus.

Ania duduk di lobi, resah. Jam tangan dikerling tanpa henti. Hobo bag Coach yang berisi laptop kekal tersandang di bahu. Panggilan demi panggilan dibuat ke nombor Ezane namun masih tidak berjawan. Ania membebel sendiri. Rambutnya yang tadi lepas kini disanggul messy. Rimas.

Bunyi enjin kereta sport mewah memecah keheningan kawasan hadapan kampus. Rata-rata mata pelajar yang masih menunggu terarah ke sebuah Mercedes SLR McLaren berwarna hitam. Yang pasti, kalau Ezane meminjam kereta Kid, bukan dia, kerana Kid memandu sebuah Ferrari. Ania mengeluh. Bila pulak mamat ni nak sampai?

Namun, sangkaannya meleset tatkala melihat jejaka yang keluar dari kereta sport itu. Segak dengan jeans biru Calvin Klein, t-shirt berkolar Thomas Pink yang dilitupi jaket kulit Hugo Boss, sepasang kaca mata hitam Salvatore Ferragamo yang menutup mata yang menawan itu dan sneakers kulit Fendi.

Ania terpempan saat tubuh tinggi lampai itu sudah berada di hadapannya, tersenyum dan melemparkan senyuman. Sebaik sahaja Ania bangkit, dahi gadis itu dikucup. Sungguh romantis. “I’m sorry I’m late. Tapi, berbaloi kan?” bisik Ezane.

“I didn’t say I want to show you off. Kalau awak drive kereta awak sendiri pun, dah okey,” protes Ania. Dia tidak mahu high-profile relationship. Tidak mahu setiap detail hubungan mereka menjadi perhatian orang. Tidak mahu menjadi the next Beckhams.

“Well, saya nak semua orang tahu, boyfriend Nina Farrel mestilah sama hebat dengan dia,” balas Ezane lantas membuka pintu kereta untuk Ania.

Sebelum kereta meluncur keluar dari perkarangan Chamberlain Institute, Ezane bertutur, “And this is my car. The Porsche is the family car.”

~

Ezane says:

Sabtu ni, pukul 2 i pick u up?

Nina.Farrel says:

Y?

Ezane says:

Ada mkn2 sket.

Just wear smthg simple n nice

Nina.Farrel says:

Utk apa? Kt mana?

Ezane says:

Actually, idk.

Tp kt rumah saya.

Nina.Farrel says:

Malu la. Parents awk ada?

Ezane says:

Of course. Alah, pg la ok?

Kid pn ada. My sis dgn yaya ada jgk.

Kalau ssh sgt, lari la rumah eya.

Dpn 2 aje.

Nina.Farrel says:

Hmm..okla

~

Ania duduk, bersilang kaki cuba menghilangkan diri di celah-celah keramaian di rumah Ezane. Tanpa disedari, rupanya ramai ahli keluarga Kazran ini. Situasi yang akrab sebegitu membuatkan Ania sungguh kekok kerana dia tidak kenal sesiapa pun di situ. Malah, dia sebenarnya hanyalah orang asing.

Ania mula melangkah menuju ke ruang belakang rumah Ezane di mana terdapat taman yang luas dan dihias ala Oriental. Ezane entah ke mana menghilangkan diri. Ania menghirup lagi punch yang disediakan.

“Eh, ingat tak dulu bila Yaya dengan Qam mula-mula couple? Cute kan?” langkah Ania terhenti saat terdengar seseorang menuturkan itu. “Waktu tu, bukan main lagi Qam cuba mengurat Yaya,” sambung seorang lagi. Gelak tercetus. Ania memalingkan tubuh. Itu dia. Mata kelabu kebiruannya menangkap kelibat Ezane yang sedang duduk dengan Maia dan beberapa orang lagi perempuan.

Ania menarik nafas. Dia ditinggalkan seorang demi itu? Ezane lupa kehadiran dirinya? Pantas sahaja kakinya melangkah, mahu menuju keluar. Paling tidak pun, menuju ke rumah Natalea. Agar dia boleh lari dari semua itu. Hatinya sakit.

Baru sahaja dia hendak melangkah keluar, lengannya direntap. “Nak ke mana?” ujar suara itu. Jantung Ania bergetar. Dia menutup mata. “Balik,” jawab Ania ringkas. Empunya suara tergelak kecil. “Parti baru nak mula, Nina dah nak balik? Mesti boring kan?”

Ania mengetap bibir. Tidak tahu mahu berkata apa. “Jom,” langkah Kid diikut. Dibiarkan sahaja pergelangan tangannya di dalam genggaman Kid. Akhirnya, mereka sampai di tingkat atas, di dalam bilik Kid. Segala-galanya sunyi. Kebingitan suasana di ruang bawah langsung tidak kedengaran. Kid sengaja mahu biliknya kalis bunyi, sama seperti bilik Ezane.

Ania duduk di lantai bilik Kid yang diperbuat dari kayu, membiarkan maxi halterneck dress hitam Armani yang dipakainya bagaikan membentuk sebuah bulatan disekelilingnya. Kid membuka pintu yang menuju ke balkoni seluas-luasnya, membiarkan angin malam dingin masuk.

“Lama dah tak lepak macam ni kan? We used to do it in your room,” tutut Kid perlahan seraya menyalakan sebatang Marlboro Light. Dia menyandarkan tubuhnya pada birai pintu balkoni, matanya tidak lepas merenung gadis yang sedang duduk menongkat dagu di sisi kaki katilnya. Kid melepaskan nafas.

“Hmm...awak yang pergi Kid,” balas Ania lantas mengangkat wajah, merenung wajah Kid. Tubuh lelaki itu segak dibaluti kemeja moss-green Burberry dan jeans hitam Tommy Hilfiger. Rambut shaggynya ditutup dengan fedora. Kekal dengan imej rockstarnya. Ania senyum.

“Macam mana boleh hilang your boyfriend ni?” ujar Kid, sengaja mahu mengubah topik. Dia tidak mahu membuka kisah lama. Dia takut jika perasaan lamanya berputik semula. Sudah cukup dengan godaan demi godaan apabila hanya sekadar melihat Ania. Jika dia sudah membuka pekung di dada, dia tidak mungkin boleh berpatah kembali.

Ania jungkit bahu. Malas untuk mengenangkan apa yang didengarnya. Dia dijemput ke situ oleh Ezane dan dia mengharapkan dia akan dilayan oleh Ezane sepenuhnya. Almaklumlah, majis itu hanya untuk keluarga. Namun, Ezane beriya-iya mahu Ania turut serta. Katanya, mahu diperkenalkan dengan kedua orang tuanya. Alih-alih, Ezane sendiri yang menghilangkan diri. Rupa-rupanya, berkepit pula dengan Maia.

Ania kecewa. Ania jauh hati dengan sikap Ezane yang acuh tak acuh terhadap dirinya. Penat lelah dia sahaja bersiap demi malam ini. Namun, segala usahanya dipandang remeh sahaja oleh Ezane. “Well, you look nice,” ucap Kid, memecah lamunan Ania. Ania tersenyum nipis. Sekurang-kurangnya, ada juga orang yang memujinya! Nak harap Ezane, sampai matilah tak ada kot.

“So, tak kerja dah sekarang?” ujar Ania sekali lagi menukar topik perbualan mereka. “Urm, belum dapat interview lagi. So, tak taulah. Buat sementara waktu, go with the band dulu. Kalau dah confirm dapat fly commercial, terpaksalah tinggalkan band.”

Ania angguk. Dia masih ingat sebab mengapa Kid pergi dahulu. Kerana ingin mengejar cita-cita dalam bidang penerbangan. Minat Kid untuk menjadi seorang juruterbang sudah diketahui sejak azali lagi. Sehinggakan ada waktunya, mereka bergurau, jika Kid disuruh memilih antara kapal terbang dan perempuan, Kid lebih rela memilih kapal terbang.

Tanpa disedari, jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Perbualan mereka begitu rancak sehinggakan waktu dirasakan berlalu terlalu pantas dan pada waktu sebegitu, Ezane masih tidak mencari Ania. Ania hampa.

“Nak saya hantarkan balik? Ezane pun macam dah lupakan awak,” ucap Kid. Ania menggigit bibir. Dia sudah memberitahu yang dia tidak akan pulang malam ini. Dia benar-benar berharap yang dia akan menghabiskan malamnya bersama Ezane. Tapi, tidak sangka ini yang akan terjadi.

“I think, it’s okay. Saya tidur rumah Eya ajelah,” ucap Ania. Kid jungkit kening. “You are always welcome here you know,” jawab Kid sebaik sahaja Ania mencapai telefon bimbitnya, mahu menelefon Natalea. Di waktu sebegini, Natalea sudah pasti tidur. Dan jika gadis itu tidur, payah untuk membangunkannya.

Akhirnya, Ania terlena.

~

Ezane berjalan menuju ke biliknya. Rambutnya diraup. Dia sendiri tidak percaya yang dia boleh lupa kehadiran Ania di majlis malam itu. Dan kini, Ania sudah hilang entah ke mana. Ditelefon, tidak dapat. Sudah pasti gadis itu merajuk ditinggalkan begitu sahaja.

Silap Ezane juga, terlalu leka dengan perbualannya bersama sepupunya dan juga Maia. Malah, hasratnya untuk memperkenalkan Ania pada kedua orang tuanya juga terbantut malam itu. Jam di pergelangan tangan direnung sekilas. Pukul 2.30 pagi. Pukul 2.30 pagi barulah segalanya bersurai apabila Maia pulang ke rumahnya.

Langkah Ezane terhenti tatkala dia melintasi bilik Kid. Entah mengapa malam itu, kelibat Kid juga tidak nampak. Dia juga hairan bilik Kid bagaikan tidak bernyawa. Selalunya, pada waktu sebegini, Kid masih berjaga. Tiba-tiba, hati Ezane tergerak untuk menjenguk bilik abangnya itu.

Tombol pintu dipulas perlahan. Dilihat ruang bilik itu gelap, dan hanya disimbah cahaya lampu di hujung ruang yang malap. Ezane terkejut tatkala melihat sepasang sepatu tinggi di tepi pintu bilik Kid. Bukan sifat Kid untuk membawa girlfriendnya ke rumah. Dia ada polisi untuk itu. Ezane menapak perlahan apabila melihat dua tubuh yang sedang terbaring di atas lantai, di sisi kaki katil Kid.

Hatinya curiga untuk mengetahui, siapa gerangan gadis bersama Kid malam itu. Pantas dia melangkah dengan perlahan ke arah dua tubuh itu. Sangkaan Ezane hampa apabila melihat dua tubuh itu masih lengkap berbaju. Namun, baju gadis itu, kelihatan seperti pernah dilihat. Cuba diamati muka gadis yang separa ditutup dengan rambut panjang mengurai itu.

Darah Ezane berderau tatkala menyedari bahawa gadis itu adalah Ania. Jemari Ania yang digenggam erat oleh Kid. Wajah dan tubuh mereka terlalu hampir dengan satu sama lain. Mahu sahaja Ezane membangunkan mereka berdua. Namun, entah mengapa dia tidak melakukan itu.

Dengan perlahan Ezane mengundurkan diri dan melangkah keluar, menuju ke biliknya.

~

Ezane langsung tidak melelapkan mata semalam. Nasi lemak di dalam pinggan dikuis tanpa disuapkan ke dalam mulut. Sedangkan itu adalah salah satu dari makanan kegemarannya. Lebih-lebih lagi dengan sambal sotong di hadapan mata.

Puan Sasha mengerutkan dahi melihat telatah anaknya itu. Sudahlah lazimnya, Ezane tidak akan bangun seawal ini di hujung minggu, makanan kegemarannya pun langsung tidak dijamah. Cuma dikuis-kuis. Baru sahaja Puan Sasha hendak membuka mulut, pintu rumah terkuak. Terjengul wajah Kid. Puan Sasha bertambah hairan.

“Arin, breakfast sama jom,” panggil Puan Sasha. Kid akur dan melangkah perlahan. Kacamata hitam Ray Bans masih jua belum ditanggalkan. “Awal kamu berdua bangun pagi ni? Arin pun awal pagi dah keluar, ke mana?” ucap Pengiran Nazir secara tiba-tiba setelah dia habis membelek The Edge. Ezane mengetap bibir. Disuapkan jua nasi lemak ke dalam mulut walaupun tekaknya bagaikan tidak mahu menerima makanan seawal itu.

“Terbangun awal. So, pergi gym,” jawab Kid ringkas seraya mencapai kotak cereal. Nasi lemak bukan kegemarannya. Ezane cuma memandang sekilas abangnya. Dia tahu, sebenarnya Kid mahu mengelak dari sesiapa mengetahui yang Ania bermalam di rumah mereka semalam. Tentu sahaja Kid selepas menghantar gadis itu pulang.

Tanpa pamitan, Ezane pantas bangkit dan meninggalkan ruang makan begitu sahaja. Sesuatu perlu dilakukan agar Ania tidak lepas dari genggaman.

No comments:

Post a Comment