Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
BAB 11
Ezane duduk menghadap notebook Sony Vaio milik abangnya. Dia mahu mencari video jam session mereka bersama atas permintaan Damian. Kid sendiri sudah keluar dengan hanya mengatakan, “Qam cari sendirilah dalam laptop tu.” Dan akhirnya, itulah yang sedang dilakukan Ezane.
Folder yang bertajuk Dance Off ’06 amat menarik minat Ezane. Setahunya, abangnya itu bukan seorang penari. Meminatinya pun tidak. Lantas folder dibuka. Video latihan menari sekumpulan penari street. Namun, yang paling pelik, lensa kamera itu sentiasa dihalakan ke arah seorang gadis yang mengenakan low-cut sweatpants dan tank top lycra yang menampakkan navel piercingnya.
Walaupun agak samar-samar, wajah gadis itu seperti dikenali. Kualiti video yang kurang jelas membuatkan Ezane kurang dapat mengenalpasti siapa gadis itu sebenarnya. Folder seterusnya dibuka. Kali ini, berisi gambar-gambar. Ezane tersentak. Gambar Kid bersama gadis yang sama. Ternyata di ketika itu, Kid berumur 18 tahun. Baru tamat pengajiannya di Greenwood High. Gadis itu masih kelihatan baby-face. Masih belum matang. Ezane pasti umur gadis itu hanya 14 tahun ketika itu.
Walaupun kini, navel piercing itu sudah ditanggalkan, gaya rambut itu sudah berubah dan wajah itu sudah semakin matang, sepasang anak mata kelabu kebiruan itu tidak akan menipu. Ezane akan tetap tahu itu Ania walau apa pun.
Ertinya, Ania memang kenal Kid. Mungkin mereka berdua pernah bersama. Jadi, mengapa mereka berdua harus berpura-pura sekarang?
Ezane bersandar pada pangkin di sisi rumah. Joint di tangan dihisap dalam-dalam. Bunyi deruman enjin Ferrari masuk ke perkarangan rumah, menarik perhatian Ezane. Joint dihabiskan segera sebelum dia bangkit dan menuju ke arah Kid.
Kid tersenyum lebar saat dia keluar dari kereta. Di tangannya, dua botol kaca yang berisi cecair berwarna hijau. “Qam, look what I’ve got! Jack bawak balik dari US. Sebotol untuk Qam, sebotol untuk Arin,” ujarnya sebelum menghulurkan sebotol absinthe kepada Ezane.
“Nak bukak sebotol sekarang? Qam ada weed,” jawab Ezane. Kid tersengih. Lantas langkah dituju ke bilik Ezane. Sementara Ezane menyediakan marijuana untuk diletakkan ke pot bong, Kid menuangkan dua gelas absinthe itu.
Weed + alcohol = awesomeness. The perfect formula.
We hear you!
Ezane menghembuskan asap. Kepalanya sudah terasa agak berat. “Qam jumpa gambar Arin dengan Nina. Kenapa tak pernah bagitau Qam?”
Kid tersentak. Dia terlupa tentang folder yang satu itu. “Memang kenal. Dah lama dah. Tapi, dah lama tak jumpa. Tak sangka pulak dunia ni kecik sangat.”
“Apa relationship Arin dengan dia?”
Kid gugup. “Pernah couple sekejap. Tapi, it was nothing. Budak kecik,” ujarnya tiba-tiba. Entah mengapa dia tidak sampai hati menipu adiknya itu. “Sebelum Arin pergi Langkawi kita orang break up,” sambung Kid lagi.
Wajah Ezane berubah. Sumpah, kalau dia tahu perkara itu dari awal, dia tidak akan bersama Ania. Tapi, nak tahu pun satu hal. Kid tidak pernah mahu memberitahu tentang kehidupan peribadinya. Segalanya kekal rahsia. Kadang-kadang tidak tahu jika Kid sebenarnya sudah berpunya atau tidak.
Single or mingling?
Suasana di antara mereka tiba-tiba hening. Cuma aktiviti mereka berterusam. Tanpa pamitan, Kid bangkit dan berlalu ke biliknya.
~
Ania menolak troli perlahan, mengekori Puan Zara membeli barangan dapur di Cold Storage. Nigel pula sibuk dengan telefon bimbitnya. Ania mencebik. Telefon bimbitnya sahaja senyap hari itu. Ezane entah ke mana pula perginya. Jam pun sudah menunjukkan pukul 3 petang. Mustahil jika dia belum bangun.
“Nina, can you go to the car?Ambik purse mama. Dia suruh,” ujar Nigel seraya menghulurkan kunci Mercedes ML kepada adiknya. Mamanya yang sedang memilih barang tidak jauh dari situ dipandang sekilas.
Saat menuju ke kereta, mata Ania terpandang sebuah superbike BMW yang terparkir tidak jauh dari situ. Jantung Ania berdetak kencang. Namun, dia memujuk dirinya sendiri. Bukan Farique seorang yang ada motosikal berkuasa tinggi seperti itu di Kuching. Lagipun, Farique sekarang ni kat Melbourne.
Ania menarik nafas, cuba menenangkan dirinya. Sebaik sahaja dompet mamanya diambil, dia masuk semula ke bangunan Green Heights Mall. “Nina!” Ania tersentak. Dia menoleh. Adam dan sekumpulan rakannya sedang melepak di The Coffee Bean and Tea Leaf. Ania melemparkan senyuman ke arah mereka.
Jantung Ania seakan terhenti tatkala melihat insan yang menuju ke arah mereka dari arah kaunter. Kekal segak dengan t-shirt Topshop putih, jeans Tommy Hilfiger dan sepatu kulit putih Pradsa. Lidah Ania kelu. Dia mahu menegur, tapi entah mengapa segalanya kaku.
“Nina!” laungan itu menyentakkan Ania. Dia menoleh. Dengan selamba Nigel menarik tangannya berlalu. Yang hanya mampu dia lakukan ialah melemparkan senyuman dan mengabadikan wajah itu di dalam mindanya.
Kali itu, Ania bagaikan tersedar dari sebuah mimpi. Tuhan, aku sebenarnya cintakan dia!
~
Ezane mengetuk-ngetuk meja studinya. Nafasnya dilepaskan. Semalam dia menghadiri majlis hari jadi Cristopher di The Link. Dan cerita yang didengarnya memang kurang enak. Ania terlalu banyak berahsia dengannya. Dan perkara itu tidak disukainya. Mula-mula tentang Kid, kemudian tentang siapa Farique Iman Saufi yang sebenarnya. Rata-rata rakan Ezane mengenali Ania walaupun tidak secara direct dan lapan bulan bersama gadis itu, macam-macam yang dia sudah tahu. Masalahnya, semuanya bukan dari Ania sendiri.
Ezane meraup rambutnya. Dia sendiri jadi bingung. Jam tangan dikerling. Dia mengeluh. Telefon bimbit dicapai dan punat ditekan satu persatu. Namun, panggilannya tidak berjawab. Ezane mula berkira-kira, Ania ke mana pada waktu sebegini di hujung minggu?
Baru sahaja dia hendak melangkah, ke garaj, namanya dipanggil. “Qam,” terdengar lagi suara garau ayahnya memanggilnya. “Qam nak pergi mana?” tanya Pengiran Nazir Kazran. Di belakangnya, Puan Sasha sedang menjinjit beg pakaian sederhana besar Louis Vuitton. Ezane kerut dahi. “Ah, nak jumpa kawan,” balasnya pendek. Hubungan dia dan Ania biarlah dirahsiakan buat masa ini.
“Hmm, sama aja macam Arin dengan Yati. Tak pernah nak lekat kat rumah,” bebel Pengiran Nazir. Dia bingung melihat anak-anaknya. Terutamanya, Ezane, anak bongsunya itu. Kalau Kid sedang menunggu temuduga sebagai seorang juruterbang, Yati pula telah bekerja sebagai marketing excutive. Cuma Ezane yang bagaikan tidak pernah serius dengan apa yang dilakukannya.
“Ayah nak ke Singapore buat beberapa hari. Mama kamu ikut jugak. So, in the mean time, this is your pocket money. Yang ni Arin dengan Yati punya. Bagi kat dia orang jugak,” ucap Pengiran Nazir lagi seraya menyerahkan tiga keping sampul surat yang berisi wang tunai. Dia tidak mahu mereka bergantung pada kad kredit yang disediakan untuk mereka.
Ezane melihat sekilas isi sampul surat yang dipenuhi dengan not berwarna ungu itu. Jika mengikut anggaran, isinya lebih kurang RM 3000. Lantas dimasukkan ke poket belakang. Dua lagi masih di tangan. Niat mahu disimpan di peti besi dahulu.
“Sepanjang ayah kat sana, ayah tak akan bank in lagi. Jadi, control your spending,” pesan Pengiran Nazir lagi sebelum dia berlalu. Ezane angguk. Di dalam akaunnya juga masih terisi. Setiap dua minggu akauntan Pengiran Nazir akan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun mereka adik beradik masing-masing.
Sebaik sahaja kereta yang membawa Pengiran Nazir dan Puan Sasha berlalu, Ezane menghidupkan Porsche Cayenne miliknya dan terus keluar.
~
Ezane menghirup coke di hadapannya. Suasana petang di hujung minggu di kelab persendirian, Sarawak Club itu amat sibuk. Namun Ezane tetap dengan dunianya sendiri. Tidak sangka, di situ dia akan bertemu Ania jua akhirnya. Cuma, Ania belum tahu kehadirannya di situ.
Ezane sengaja memilih tempat di poolside supaya dapat memerhati Ania. Namun, posisinya agak tersorok agar Ania tidak nampak kehadirannya. Ezane menggigit bibir. Ania sedang mengenakan bikini DKNY dan berenang bersama Natalea, Serena, Damian dan Kid. Yang paling menyakitkan hati, dia langsung tidak tahu tentang aktiviti mereka itu.
Kemesraan antara Kid dan Ania amat dicemburui. Ezane sendiri mengaku yang dia tidak pernah semesra itu bersama Ania. Malah, hubungan mereka seperti masih renggang. Ezane mengeluh. Kacamata hitam Salvatore Ferragamo dibetulkan. Renungan seorang gadis tidak jauh dari situ tidak diendahkan. Jelas sekali gadis itu menunggu respon darinya.
Meet me at the main hall
Sent to Nina Sayang
Mesej itu dihantar sebaik sahaja Ezane melihat tubuh Ania yang mengenakan shorts Miss Sixty dan tank-top Juicy Couture keluar dari changing room. Ania kerut dahi. Mata kelabunya melilau mencari kelibat lelaki itu. Canvas bag Hermes disandang dan langkah flip flop Havaianas dituju ke arah lelaki itu. Bibirnya menguntum senyum.
Ezane berdiri saat tubuh Ania sudah berada di hadapannya. Wajah lelaki itu kelihatan tenang walaupun serius. Senyuman Ania termati. “Eh, Zane. Buat apa kat sini?” terdengar suara Kid di belakangnya. Ezane kekal senyap. Sebaliknya, sekeping sampul surat diserahkan pada Kid. Biar mulutnya tertutup.
“Ayah pergi Singapore. Dia takkan bank in sebelum balik,” itu sahaja yang dituturkan Ezane. “Of you guys don’t mind, I want to talk to Nina privately, please,” sambungnya lagi. Mereka akur.
Ania hairan. Jauh di sudut hati, dia tahu pasti ada yang tidak kena. Renungan tajam Ezane memberitahunya itu. “Saya akan tanya ni for the last time, jadi jawab dengan jujur. I don’t care what your answer is, I just want an honest one. Siapa sebenarnya Farique Iman Saufi?” tanya Ezane. Jantung Ania seakan terhenti. Lidahnya kelu.
“Kawan,” jawab Ania pendek. Ezane hembus nafas dan pejam mata. Di mana silapnya?
“Awak jangan nak tipu saya, Nina. Please. He’s your boyfriend, right? The same time that I am. Apa yang saya buat sampai awak curang, Nina? Tell me!”
“You were never there when I was lonely, damn it! Awak datang bila awak rasa awak perlu saya. Dan awak tak dapat sayang saya. That’s what boyfriends are for! Bukan untuk benda yang one night stands pun boleh buat,” luah Ania. Dia cukup terkilan dengan sikap Ezane.
Ezane melepaskan nafas. Wajahnya diraup. “Fine. Jom,” lengan Ania ditarik menuju ke tempat letak kereta. Tidak pula dia membantah. Ezane pula menekan-nekan butang telefon bimbitnya. “Arin, duit Yati dalam safe. Tell her that,” ucap Ezane sebelum talian dimatikan.
Porsche Cayenne meluncur ke Hotel Four Points by Sheraton. Suasana di antara mereka berdua kekal hening. Urusan check in dilakukan secara cash. Tidak mahu perlakuannya dihidu. Lantas tubuh Ania ditarik menuju ke lif.
“Sayang, I told you, I’ve love you more than anything in the world. Lebih dari Yaya. Tak cukup lagi?” bicara Ezane perlahan. Dia tidak merancang untuk pulang malam itu, mahupun menghantar Ania pulang. Ania mengetap bibir. Dagunya dipaut. Anak mata hitam pekat Ezane memandang tepat ke arah anak mata kelabunya.
“I love you,” ujar Ezane lagi. Kali ini, wajah mereka semakin hampir. Ania menutup mata saat bibir mereka mula bersatu.
~
Ania terjaga. Lantas dia menoleh ke sisi. Kosong. Ruang kamar hotel itu dilihat. Masih kekal sepi. Lantas telefon bimbitnya dicapai.
Ezane Sayang
Sy blk umah kjp.
C u soon.
I lve u
Ania mengeluh. Sendiri lagi. Tubuhnya disarung dengan bath robe. Kotak rokok Ezane yang tertinggal dicapai dan dinyalakan sebatang. Sudah lama dia tidak merokok. Sudah lama tubuhnya bersih dari sebarang narkotik. Entah mengapa kali ini dia menyentuh kembali rokok itu.
Ania menyedari sejak bersama Farique, dirinya banyak berubah. Imej party girl dan wild childnya sudah berubah. Sedikit sebanyak Farique sudah mengubah cara hidupnya. Ania menghembus nafas. Dia kurang pasti mengapa Farique di mindanya ketika itu.
Sony Ericsson Aino yang berbunyi mematikan lamunan Ania. “Helo,” jawabnya agak lemah. “Sorry I left early. Yati call, mintak tolong saya jemput Yaya. I’ll be back soon. Tunggu okey?” ujar Ezane agak tergesa-gesa.
Ania tersenyum nipis. Where do I go?
No comments:
Post a Comment