Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
BAB 10
Ania menyuapkan aiskrim ke dalam mulut. Kakinya disilangkan. Suasana santai di Scoop tidak seperti hatinya. Ezane yang sedang duduk di hadapannya direnung tajam. Ezane pula berlagak selamba. Di hujung sana, dia dapat melihat dua orang gadis asyik merenung ke arahnya. Ezane tersenyum nipis. Kolar t-shirt Ted Baker berwarna apple green diatur. Telefon bimbit Nokia N97 di dalam poket jeans biru lusuh Ralph Lauren dicapai.
“Berapa lama longest relationship awak?” tanya Ania secara tiba-tiba. Ezane yang sedang leka membelek telefon bimbitnya, terkejut. Damian yang duduk di sisi, sedang sibuk bercakap di telefon dipandang sekilas. Ezane menghembus nafas. Wajah Ania direnung. Kening gadis itu yang terbentuk dijungkitkan sebelah. Dia masih menunggu jawapan dari Ezane.
“Ten months,” jawab Ezane pendek. Ania angguk. “Dengan siapa?”
Ezane terpempan. Dia berkira-kira, nak bagitau atau tidak. “Yaya.”
Ania angguk lagi. “The same ex yang awak paling sayang tu?” nada suaranya kedengaran serius. Ezane angguk. Ania tersenyum nipis.
“Kenapa awak tanya semua ni?” tanya Ezane. Coke di hadapannya dihirup. “Saja nak tanya. Kenapa? Saya tak boleh tau? Terlalu personal ya?”
Pantas Ezane menggeleng. Itu baru pasal Maia. Kalau Ania dapat tahu hal sebenar mengenai dia dan Natalea pula, bagaimana?
~
Satu skandal telah terjadi di Chamberlain Institute. Baru sahaja kembali dari cuti, sudah ada skandal yang terbaru. Kali ini, ramai yang menjadi mangsa skandal tersebut.
“Nah,” ujar Natalea seraya menghulurkan sekeping flyer pada Ania. Ania yang sedang menghirup green tea menjungkitkan kening. Kerta putih di tangan Natalea diambil. Dibaca dengan tekun.
LIAR, LIAR, BOYFRIEND STEALER
Blogpost by Fifiana Batishah at Facespace.com
Here is an open letter to our one and only Ania Natasha Farrel. It is shameful how a hypocrite a human can be. But I hope, after these true statement you guys, especially those at Chamberlain Institute and those who know the infamous ‘Nina Farrel’ don’t get fooled.
Ania or as she would like to be called, Nina Farrel is a skanky bitch! One, because she blackmailed me and cause me to get blamed for everything bad that she did. To clear the air, I didn’t steal Saira Kiesel’s boyfriend. She did and she used my name. Next, she actually stole our one and only prince, Farique Iman Saufi from yours truly, me.
According to Eriq, she said alot of nasty things about me, in which is so not true. In truth, Nina Farrel is a bitch, liar and a boyfriend stealer!
Xoxo,
Effy B.
“Motherfucker!” ujar Ania berang, separuh menjerit. Hampir separuh isi kafeteria itu menoleh ke arahnya. Dadanya turun naik. Pantas dia bangkit dan menuju keluar. Mata kelabunya meliar mencari kelibat gadis tak sedar diri itu.
“Effy mana?” ujarnya keras saat dia sudah sampai ke homeroon. Masing-masing geleng. Lantas dia menoleh ke arah rakan rapat Fifiana. “Where is that bitch, Fifiana Batishah?” tanyanya kasar. Nobody messes with Nina Farrel-ever. The last one who did even disappeared from the face of the earth. “Dia tak datang,” balas Amira sombong. Dia merenung jelik ke arah Ania.
Flyer di dalam tangan gadis itu direnung sekias. Di bawah statement Fifiana itu turut diletakkan potret Ania bersama Farique. Ania mendengus geram. Moodnya rosak begitu sahaja. Lantas dia mengambil tempat duduk.
“You know what, dia cakap kau rasuah dia untuk tutup mulut. You bought her a BMW straight from Germany. Dia cakap dia nak sue kau,” ucap Natalea perlahan. Ania menoleh ke arah gadis itu.
“What? Bullshit!”
“And she said kau bagi dia pinjam private jet kau,” sambung Natalea lagi. Kali ini, statement itu membuatkan Ania tergelak besar.
“Tak sangka ada orang sebodoh tu rupanya. Eya, kau bestfriend aku kan? Kau pun tahu aku tak ada private jet. Kalau tak, buat apalah aku fly commercial setiap kali kan?”
~
Keesokan harinya, Ania masih tidak puas hati. Namun batang hidung Fifiana masih tidak nampak. Untung buat Ania, tidak banyak yang pecaya dengan kata-kata Fifiana itu. “Buat apa aku nak rampas boyfriend Saira kan? Lagipun, aku tak kenal pun boyfriend dia,” itu yang sering diberitahu Ania.
Lebih mengharukan keadaan apabila kali ini, Fifiana mengeluarkan statement terbaru di blognya. Katanya dia ke London untuk dua minggu, bercuti dengan kumpulan underground terkenal, Right Left. Ania senyum sendiri. Pakai ‘private jet’ aku ke?
Fifiana mahu orang tahu, dia begitu popular sehingga menjadi rakan rapat kepada artis. Tapi, kesahihan cerita itu masih meragukan. Ania mahu menyerang Fifiana kembali dengan cara yang senyap. Reputasinya masih perlu dijaga. She IS the black widow.
Ania mengeluh. Kakinya yang dilapisi jeans Tommy Hilfiger disilangkan sementara watermelon juice dihirup. Blouse ruffled sleeveless berwarna kuning DKNY diatur. Jam tangan Rolex dikerling sekilas. Serena, Ezane, Damian dan Joakim kelihatan tenang sahaja. Tanpa mereka ketahui, Ania ada agendanya tersendiri mengatur pertemuan itu.
Bunyi gelak Damian, Ezane dan Joakim mematikan lamunan Ania. Dia mengerutkan dahi. “Apa yang lucu sangat?” tanya Ania curiga.
“This new girl yang jadi mangsa Jack la. She’s like so clueless,” jawab Damian dengan tawa yang masih bersisi. “Really?”
“Yeah. She’s like tah apa-apa. She’s not a virgin but she doesn’t even know how. Turn off habis, beb!” sambung Joakim. “Kesian kau, Jack,” ucap Ezane lantas mencapai jemari Ania. “Eh, Nina. Aku rasa kau mesti kenal siapa minah tu. Budak Chamberlain jugak.”
“Siapa?”
“Effy.” Tawa Ania pecah serta merta. Tidak sangka rahsia diri Fifiana terbongkar di hadapannya. “That bitch? Kau memang malang, Jack jumpa perempuan macam tu. Kau masih dengan dia?”
“Nah, kau gila? It wasn’t anything seriousla. Aku tak ingin pun kalau dia macam tu. Untuk aku pakai sebulan je,” jawab Joakim. “Itu pun diaorang,” ujar Serena tatkala melihat kelibat insan yang ditunggu meloloskan diri dari pintu masuk Bing! Coffee Company itu.
“Hey,” sapa ahli kumpulan Right Left yang semestinya akrab dengan Joakim dan Ezane. Mana tak, jamming pun selalu sama. Mata Ania membesar tatkala melihat seorang ahli kumpulan yang rasanya ahli baru. Kerana selama ini, tidak pernah pun nampak.
Kid tersenyum simpul dan merenung Ania tajam. “What are you doing here, Kid?” tanya Serena hairan. “I am the new bassists. Aik, takkan Zane tak pernah bagitau? Takkan dia sorang je nak ada band kan?” jawab Kid. Di luar rumah, Ezane tidak mahu dipanggil Qam, begitu juga dia. Enggan dipanggil dengan nama Arin.
Ania jungkit kening saat Kid mengenyit mata ke arahnya. “So, how was your trip to London?” ucap Ania mula mencucuk jarumnya. Rahsia Fifiana akan dibongkarkan satu persatu. Kemudian, dia akan memalukan Fifiana menggunakan apa yang dikatakannya sendiri.
Ahli kumpulan kugiran itu saling berpandangan. Bingung dan keliru. “Whoa, bila pulak kita orang ke London?” ujar Kid hairan. Ania buat-buat terkejut. “Really? Eh, kenapa pulak Effy bagitau yang dia pergi London dengan korang last two weeks? Penat kita orang cari dia.”
“Hey, last two weeks dia ada kat sinilah. Aku baru aje break up dengan dia minggu lepas,” sampuk Joakim. Ania menoleh ke arah lelaki itu. Matanya membuntang. So, everything was a friggin lie?
“Wait, ni Effy yang cakap dengan semua orang dia lepak dengan kita orang tu ke? Man, we never even met her! Tapi adalah jugak dengar cerita about dia nak kaitkan dia dengan kita orang. So desperate.”
Ania senyum, cuba menahan tawa. She has just a perfect plan for this.
~
“Nah,” ujar Ania menghulurkan sekeping CD yang mempunyai cover gambar Right Left kepada Fifiana. Fifiana yang sibuk bercakap dengan rakannya, mengerutkan dahi. “Apa ni? Aku tak nak lah rasuah kau lagi. Lagipun, dia orang dah bagi aku copy single terbaru dia orang. Terima kasih ajelah,” ucap Fifiana seraya tersenyum sinis. Ania jungkit dahi.
Tiba-tiba, announcement LCD terpasang. Terpampang video yang direkodkan oleh Right Left, membongkarkan rahsia Fifiana, statement dari Joakim yang hanya bibirnya ditunjukkan kerana Joakim tidak mahu turut malu kerana dikaitkan dengan perempuan seperti Fifiana dan akhir sekali, kata-kata akhir dari Ania. Wajah Fifiana merona menahan malu.
Selesai video itu disiarkan, Ania mengoyakkan flyer yang diedarkan Fifiana dahulu. Dilemparkan ke wajah gadis itu. “Video tu, aku dah post everywhere. Copy CD pun aku dah edarkan. Kot ye, kau nak personal copy.”
Ania mula berlalu. Selang beberapa langkah, dia menoleh lagi. “Wait for a letter from my lawyer. Dan aku tak cakap aje,” sambungnya.
~
Ania berdiri di tengah orang ramai. Acara Battle of the Bands yang diadakan di Little Lebanon itu memang menarik minat ramai pengunjung. Tambahan pula harga tiket yang amat murah. Dicelah-celah pengunjung yang padat itu, Ania dapat mengenalpasti antara pelajar Chamberlain yang turut ada. Fifiana pun ada. Bersembunyi di sebalik sweater Roxy orange miliknya. Ania senyum sinis.
Ania menoleh tatkala terasa pinggangnya dirangkul. Dia tersenyum kecil saat melihat itu Ezane. Memang hubungan mereka sudah mula diketahui ramai. Ramai mata-mata yang sudah melihat kemesraan mereka. Kalau ditanya, dijawab jujur. Cuma belum diumumkan secara ekslusif.
Kumpulan Right Left akan membuat persembahan dahulu sebelum Virgin Kissers. Dilihat Kid sudah menyandang gitar Les Paul miliknya. Pandangannya serta merta jatuh pada Ania. Ania enggan membalas pandangan itu. Jemari Ezane disentuh lembut.
Selesai Right Left membuat persembahan, stage itu diambil alih oleh Virgin Kissers pula. Bagi Ania, tiada apa yang lebih seksi selain melihat Ezane tekun memukul dram. Macam Tommy Lee dan Pamela Anderson pula rasanya.
Ania bersandar pada dinding, menghirup Gatorade grape, matanya tidak beralih pada persembahan. Tiba-tiba, lengannya diraih. Ania separuh menjerit. Kini insan di hadapannya yang sedang mengenggam utuh tangannya direnung tajam. Rupa-rupanya dia masih diingati. Dia fikir, dia langsung hilang dari minda jejaka iras Tyson Ritter itu. Jauh di sudut hati, Ania mengaku lelaki itu punya aura seksinya tersendiri.
Piercing pada kening lelaki itu yang terletak ialah apa yang membuat Ania terpikat satu masa dahulu. Pertemuan yang tidak disengajakan di body piercing shop tika Ania mahu menindik navelnya. Perkenalan singkat yang menimbulkan suatu perasaan. Ania mengeluh. Itu semua kenangan silam. Hubungan mereka terputus di tengah jalan apabila lelaki itu menyambung pelajaran di pulau Langkawi dalam bidang aviation.
“Kid,” ujar Ania pendek. Dia tahu renungan Kid itu terhala ke arahnya. Namun, pandangan itu sengaja tidak dibalas. Takut perasaan lama berputik kembali.
“Nina, look at me,” pinta Kid keras. Dagu Ania dipaut. Dia mahu mata kelabu itu merenung ke arahnya. Awangku Adrinhaiqal Edyl-Kazran. Sudah dua tahun berlalu. Dia memang tidak menyangka pertemuan itu akan terjadi.
“Kid, please. Jangan buat macam ni. Nanti orang nampak,” pinta Ania. Kid mendengus. Genggaman dilepaskan. “Fine. Tapi saya nak tahu satu benda aja. Ezane tahu?” Gelengan Ania melegakan Kid. Kalau boleh, dia tidak mahu adiknya itu tahu.
“We’re cool?” tanya Kid lagi. Ania tersenyum kecil. “Kid, now I prefer drummers. I’m so over bassists,” balas Ania sebelum berlalu.
Kid tertawa kecil. She’s as sexy as ever.
~
Fifiana melemparkan oversize hobo bag Guess miliknya. Kakinya dilangkahkan terus ke laptop Asus miliknya. Dia mahu mengesahkan apa yang dilihatnya tadi. Dia tidak mahu salah ataupun kalah. Lebih-lebih lagi dengan Ania Natasha Farrel.
FaceSpace.com
Announcements
+ Damian Z Hashim just posted a new album, Battle of the Bands ’08 Round 1.
+ Joakim Salleh, Kid Kazran, Ezane Kazran, Nina Farrel, Serena Malika Zarif and Damian Z Hashim were tagged in the album Battle of the Bands ’08 Round 1.
+ Ezane Kazran and Nina Farrel are in a relationship.
+ Joakim Salleh is single.
Nina Natasha Farrel ; *smiles. We did it!
Info
Relationship status: In a relationship with Ezane Kazran.
Ezane Kazran ; love Nina. Dang it people!
Info
Relationship status: In a relationship with Nina Farrel.
Picture album Ania dan Damian lebih menyakitkan hati. Memang Ezane Kazran bersama Ania. Awangku Aidanqamal Ezane-Kazran yang cuba dipikatnya menjadi milik perempuan sial itu. Lebih teruk lagi apabila melihat gambar Right Left dan Virgin Kissers melepak bersama Ania. Geram! Semua impiannya musnah.
Fifiana masih ingat bagaimana reaksi ibu bapanya saat mendapat surat dari peguam keluarga Farrel. Ania menyaman malu dan menuntut kerugian sebanyak setengah juta. Walaupun tidak banyak bagi keluarga Farrel, tapi bagi keluarga Fifiana, jumlah itu masih banyak. Siapa tidak bengang! Habis Fifiana diamuk bapanya.
Lebih teruk lagi apabila memang yakin jika perkara itu dibicarakan di mahkamah, mereka pasti tidak akan menang. Siapa tidak kenal keluarga Farrel-Imran itu? Malique Charles Farrel memiliki salah satu syarikat construction terbesar di Sarawak. Pusat beli-belah terbesar dan terkenal adalah salah sebuah hasil binaannya. Malah 30% syer pusat beli belah itu dimiliki keluarga Farrel. Syer yang terbesar berbanding BoD yang lain.
Dato’ Imran pula, bapa kepada Puan Zara, salah seorang menteri yang disegani di negeri itu. Sebut sahaja Dato’ Imran semua orang tahu. Dengan kuasa yang begitu, Ania pasti tidak ragu-ragu menggunakannya sedangkan dia memang seorang yang low-profile.
Fifiana menjerit, melepaskan geram. Kerana Ania, statusnya dalam kalangan sosialit turun. Sejak skandal itu, dia berada di nombor satu. Setelah segalanya terbongkar, dia diperendah-endahkan. Malah, dia dijadikan bahan gurauan. Lid laptop ditutup kasar. Muak. Benci. Menyampah.
No comments:
Post a Comment