Friday, May 14, 2010

CIKLET-ORGY Chapter 15

HAK CIPTA TERPELIHARA
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis. Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Ezane menekan-nekan Nokia N97 miliknya. Sudah beberapa kali nombor itu cuba dipanggil namun tidak berjawab. Rambut diraup. Lantas kaki dilangkah ke bilik sebelah. Tanpa diketuk, pintu dikuak. Kosong?

Kini, nombor Kid lagi menjadi mangsa. Callertune kedengaran buat beberapa ketika. Ezane menarik nafas lega saat panggilan akhirnya berjawab. Namun, belum sempat pun mendengar suara Kid, terdengar suara gelak tawa seorang gadis. Dia tahu milik siapa tawa itu.

“Iyeah?” jawab Kid. “Nina with you?”

“Yes. Nak hantar dia balik rumah. Kenapa?”

“Kenapa tak bagitau Qam dulu?” bantah Ezane agak berang, dia mendengus. “Dah dia yang suruh hantar. Nak tunggu Qam lambat sangat.”

“I want to talk to her.” Terdengar bunyi telefon bimbit bertukar tangan. “Speaking,” ujar Ania agak ceria.

“Kenapa tak tunggu saya balik?”

“You had your time with Yaya, why do you need me?”

Tanpa menunggu balasan dari Ezane, talian diputus.

~

Ania menyandang tote sling bag koleksi terbaru Burberry ke bahu yang dilapisi pin-striped blazer hitam Granoff dan kemeja lengan pendek putih Paul Smith yang dipadankan dengan skirt pleated Chamberlain Institute. Di kakinya pula tersarung snake-skin ballerina flats Tod’s. Rambut dibiarkan lepas bebas dan agak messy. Bagaikan seorang model dan bukan seorang pelajar di hari Isnin.

Pintu BMW Z4 ditutup dan central lock diaktifkan sebelum dia menuju ke main building Chamberlain Institute. Sesekali, tumbler biru Starbucks yang berisi caramel vanilla latte dihirup. Lantas kaki dilangkahkan ke kelas pertama pada pagi itu.

Oh maths. Fuck you maths. On a Monday morning. Fuck you.

Amen.

Belum sempat pun Ania melangkah masuk ke kelas, langkahnya dihentikan oleh lengan yang dilapisi kemeja long sleeve dark blue Salvatore Ferragamo dan seutas jam tangan Jaeger-Lecoulter di pergelangan tangan. Menusuk haruman Giorgio Armani ke rongga hidung Ania.

Jelingan tajam dihadiahkan. Alee tersengih. “Had a nice Friday night?” ucapnya. “Shut up, Alee,” balas Ania janggal. Dia masih ingat walaupun samar-samar apa yang berlaku malam Jumaat yang lepas. Alee you better shut up or I’ll kill you.

Another scandal perhaps?

“Hey, I tak marah you pun. Tak criticise sikit pun. I puji tau. You still got it Ania,” ujar Alee sedikit berbisik ke telinga Ania yang dihiasi diamond studs Cartier. Alee dapat menghidu aroma perfume Armani Mania yang dikenakan Ania.

Both are fans of Armani? Surprising. No wonder they have been together before.

Birds of a feather flock together?

“Shut up, Alee.”

Alee tertawa kecil. Lantas Ania menolak lembut tubuh Alee yang agak sasa untuk menapak dalam kelas. Alee menggeleng dan tersenyum simpul, turut melangkah ke dalam kelas itu.

“Good morning Mr Adwin.”

~

Ania melangkah menuju ke Speaking Roses di The Hills. Dia mahu menempah beberapa cupcake untuk hari itu nanti. Hari yang dinanti-nantikannya seminggu lagi. The day when they can at last become official.

Ezane mungkin berperangai pelik seminggu ini kerana dia merancang sesuatu untuk ulang tahun pertama mereka. Yes, their first anniversaray together! Ania sudah mempunyai rancangannya sendiri. Cupcake dari Speaking Roses, candlelit dinner at The Junk, night out at Liquid yang akan berakhir di dalam sebuah suite the Pullman. Everything is going to be perfect!

Ania menghembuskan nafas saat dia menapak ke dalam kedai patisserie kontemporari itu. Setelah pesanan untuk 4 cupcake butter cheese dibuat, lantas dia melangkah semula keluar. Blackberry 9700 dikeluarkan dan lantas kekunci diketik beberapa kali.

Dia sudah menyuruh setiausaha Tuan Malique untuk menempah tiket ke Singapura untuk dia dan Ezane pada hujung minggu selepas mereka menyambut ulangtahun mereka bersama. Dia mahu Ezane memilih sendiri hadiah. She has exactly what in mind. Tiket sudah ditempah, cuma untuk mengesahkan tarikhnya sahaja. Business class, Singapore Airlines.

The way to fly, Miss Ania Natasha. The ONLY way to fly.

I love you sexy. :]

Sent to EZANE SAYANG.

~

Ezane mendengus saat terdengar Motorola MotoBlurnya berbunyi nyaring di cuping telinga. Mahu sahaja dia membaling alat komunikasi itu. Namun, dicapai jua telefon bimbit yang berada di sebelah kepalanya.

Patut pun memekak di pagi hari.

Dibaca pesanan ringkas yang baru sahaja dihantar oleh Ania. Malas untuk membalas, pesanan ringkas itu terus dipadam. Kepalanya masih berdenyut-denyut. Biliknya masih berselerak. Untung jua dia ingat untuk menutup langsir, maka biliknya masih gelap walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi.

Masih awal fikir Ezane. Dia cuma pulang ke rumah pada pukul 7 pagi tadi. Last night was a night not to forget. Kedua orang tuanya tidak berada di rumah, entah ke mana lagi atas urusan perniagaan yang mana. Kid dan Yati, masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

Kid, mungkin sedang sibuk bertugas di ruang udara pada masa kini. Entah, Ezane sendiri tidak tahu. Tapi, dia ingat yang Kid pernah memberitahu mereka ketika makan malam bersama keluarga yang dia mendapat tawaran untuk bertugas sebagai junior pilot untuk MASAirlines.

Ezane bangkit dari katil lantas mencapai kotak rokok di atas nightstand. Dinyalakan sebatang sebelum dia menuju ke bilik air. Cermin direnung. Memang rupanya agak serabai. Dengan rambut yang sudah semakin panjang yang tidak teratur, mata yang merah, wajah yang pucat dan semakin cengkung, tubuhnya juga sudah tidak sesasa dulu. Agak kurus.

Ezane meraup rambutnya, menghabiskan sisa-sisa rokok sebelum membersihkan diri. Kemudian, dia menuju semula ke ruang kamar yang bersepah dengan baju dan instrument kegiatannya.

You know, for the weed and stuff.

Oh.

Pandangan dijatuhkan pada bingkai gambar yang berisi potret dia bersama Ania di atas bedside table. Dia mengeluh. Dia tahu sudah lama gadis itu tidak dijumpai. Sudah lama Ania dibiarkan. Selama ini, cuma Ania yang saban kali menjadi pemanggil setia di waktu malam walaupun Ezane hanya akan melayannya acuh tak acuh. Tidak seperti selalu, panggilan telefon akan berlarutan sehingga 2 atau 3 jam, kini, panggilan hanya akan bertahan sehingga 10 minit.

Kaki dituju ke meja sisi itu. Bingkai gambar, ditutup.

~

Ania duduk di kafeteria, membelek beberapa keping gambar dia bersama Ezane bersaiz A4 yang baru sahaja didapati dari Damian. Gambar kandid yang diambil ketika event yang tertentu serta beberapa lagi dari hasil photoshot mereke ketika outing tidak lama dahulu. Ada gambar yang telah di touch up, ada yang di edit dan ada juga raw, black and white version. Semuanya kelihatan artistik.

Natalea mengambil tempat di hadapan Ania, menghirup latte di dalam tangannya. Potret yang tersusun di atas meja dicapai. “Nice. Untuk apa ni?” tanya Natalea membelek-belek gambar itu.

“Adalah. My little secret,” jawab Ania tersenyum simpul.

“Oh. Wow. Your boyfriend. Budak Westwood kan?” sampuk Amy pula, salah seorang daripada classmate mereka yang melintasi meja mereka. Ania angguk. Bangga. Siapa tidak kenal Awangku Aidanqamal Ezane-Kazran?

Oh you mean from the Kazran family? Everybody.

“Dah berapa lama dah you guys ni?” tanya Amy lagi.

“Today, one year.”

“Aww...so cute. Happy anniversary then!”

“Thanks.”

Sepanjang masa bibir Ania dihiasi senyuman. Dia sudah menyusun segala plan untuk malam ini diikuti dengan big celebration di hujung minggu ini. Everything is going to be perfect. Dia cuma menunggu Ezane untuk memanggilnya. Kemudian, tiket ke Singapura akan di confirm.

Everything is going to be perfect.

~

12.30 tengah hari.

Pasta carbonara di dalam pinggan di hadapannya dikuis. Blackberry 9700 di atas meja direnung sepi. Entah mengapa jantungnya berdegup kencang. Selalunya di saat ini dia pasti sudah mendapat panggilan telefon dari Ezane. It’s lunchtime at Chamberlain and at Westwood. Ania mengeluh. Carbonara akhirnya disuap ke dalam mulut. Natalea di sisi pula sibuk dengan nota di dalam tangan.

Ania sendiri seharusnya membaca nota sastera untuk kelas selepas ini. Mereka telah masing-masing diberi watak untuk salah satu drama yang akan dilakonkan. Ania diberi watak utama sebagai seorang isteri yang ditinggalkan suaminya. Dia seharusnya menghayati watak itu. Namun, entah mengapa, nalurinya merasakan sesuatu buruk yang akan berlaku. Jadi dia tidak mampu untuk fokus dengan hal itu.

Blackberry 9700 memainkan lagu I Got Your Number. Ania tersenyum lebar. Just the call she has been waiting for.

“Hey baby. Good morning,” sapanya mesra. Semalam dia sudah cuba memanggil Ezane, namun tidak berjawab. Dia tidak sabar untuk memberitahu Ezane.

“Erm. Hey. Listen, I need to tell you something.”

“Apa sayang?”

“I’m breaking up with you. Jangan contact I lagi.”

Blackberry 9700 terjatuh saat Motorola MotoBlur mematikan talian. Wajah Ania sudah berubah pucat. Ketukan di meja membuatkan Ania menoleh. Insan itu tersenyum lebar ke arahnya. Pantas Ania bangkit.

“Alee...I really need you right now,” ucap Ania mulai teresak di dalam pelukan Alee.

Saturday, April 24, 2010

CIKLET-ORGY Chapter 14

HAK CIPTA TERPELIHARATiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis. Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Ezane berjalan menuju ke salah satu meja di Havana, membiarkan Ania menuju ke bar untuk membuat pesanan minuman. It’s a boys night out namun dia tidak mahu membiarkan Ania keseorangan. Kid pun keluar malam ini. Siapa tahu, akhirnya Kid akan end up bersama Ania?

That should not be happening.

Ania muncul seketika kemudian, kelihatan seksi dengan minidress Burberry nude colour yang dipadankan dengan lace –up heels Nicholas Kirkwood berwarna hijau. Dia terpempan saat melihat Alee sedang tersenyum lebar ke arahanya sambil mengenyit mata. Ania buat tidak tahu.

Sex on the beach di atas meja dihirup, dibiarkan tekaknya terasa panas dengan cecair berwarna oren-merah itu. Ezane di sisi ditoleh. Dia lebih khusyuk bercakap dengan rakannya. Bukan Ania mahu Ezane melayannya sepenuh masa. But what’s the use of her here?

Lantas Ania bangkit dan menuju ke dance floor yang mulai padat. Lazimnya, dia akan ditemani Ezane walaupun Ezane tidak suka menari. Ania yang lincah menggerakkan tubuhnya, memperlakukan tubuh Ezane sebagai support. Tapi, kali ini, Ania sendiri. Ezane duduk bersama rakannya tanpa mempedulikan dirinya.

Muzik semakin bingit, tubuh Ania semakin lincah menari dengan mata yang tertutup. Tiba-tiba bibirnya disua dengan mulut botol. Di teguk jua cecair itu. Heineken. Okay.

Beberapa detik kemudian, terasa pinggangnya dirangkul. Terasa nafas hangat seseorang yang lebih tinggi darinya di lehernya. Matanya dibuka. Ania hampir terjatuh namun sempat ditahan oleh jejaka itu. Alee!

Alee menarik tubuh Ania rapat ke tubuhnya. Membiarkan tubuh gadis itu menari lincah di dalam pelukannya. Menari dengan penuh seksi dan erotik. Mengenali Ania, dia memang seorang gadis yang begitu. Perlahan sahaja dengan spontan jemari Ania berpaut pada leher Alee. Gadis itu semakin lincah beraksi.

Dan tanpa disedari, bibir Ania menyentuh bibir Alee. Terhenti. Kemudian bertukar rentak, menjadi lebih asyik dan lebih asyik. Ania menjadi semakin ghairah. And the rest is history.

~

Ania tertawa kecil. Pinggangnya dirangkul erat oleh Ezane. Nasib sahaja badan Ania the right size untuk Ezane, kalau tidak, payah juga bagi Ezane untuk memimpin tubuh gadis itu untuk masuk ke dalam. She is so wasted.

Ezane menutup pintu rumah perlahan. Tidak mahu membangunkan isi rumah. Jam tangan Rolex dikerling. Pukul 2.30 pagi. Kakinya perlahan menaiki tangga disaingi Ania. Gadis itu sudah separa sedar. Ezane tidak mahu membiarkannya pulang seorang diri.

Sebaik sahaja pintu kamar ditutup, tubuh Ania direbahkan di atas katil. Untung sahaja Ezane tidak terlalu mabuk, mampu memapah Ania. Ezane menuju ke bilik air untuk menyalin pakaian. Wajah dibasahkan untuk menyegarkan dirinya.

Ezane melangkah semula ke ruang kamar yang dingin. Tubuh gadis yang terbaring di atas katil king sizenya direnung. Lantas dia merebahkan diri di sisi Ania yang terbaring lesu. Wajah gadis itu direnung. Tiba-tiba, Ania merengek manja. Menarik tubuh Ezane supaya lebih dekat dengannya. Secara otomatis, bibir Ezane hinggap ke bibir Ania. Walaupun dengan mata yang tertutup, kucupan itu berbalas.

Kucupan berubah menjadi semakin dalam. Ania semakin resah, merengek dan merengek lagi. “Ezane, I want you now,” bisik Ania. Dengan perlahan Ezane menanggalkan dress Ania. Terasa kulit selembut sutera itu menyentuh kulitnya. Bibir Ania menjadi sasaran lagi. Kucupan demi kucupan dilepaskan. “I love you,” bisik Ezane.

Kid bangkit dari meja laptopnya, merenung ke luar tingkap. Terlihat kereta Porsche Cayenne yang dipandu Ezane sudah berada di perkarangan rumah. Sejak tadi dia menunggu adiknya itu pulang. Surat tawaran untuk bekerja dengan syarikat commercial aviation terbesar negara itu di atas meja, dipandang sekilas. Mama pun belum tahu. Cuma Ania. Cuma Ania yang diberitahu semalam melalui text.

Lantas Kid keluar dari bilik mahu menuju ke bilik adiknya. Tanpa mengetuk terlebih dahulu, pintu dikuak. Terlihat jaringan tubuh-tubuh yang disimbahi lampu kuning yang malap, disertakan rengekan manja Ania. Dia tahu suara itu di mana sahaja. Dia akan kenal bunyi kepuasan Ania walau apa-apa pun. Pantas pintu ditutup.

He will stay away this time. Because, Ania is not his anymore. Ania milik Awangku Aidanqamal Ezane-Kazran.

~

Ania membuka matanya secara perlahan. Tubuhnya yang diselimuti duvet dark blue dipalingkan. Katil kosong. Ania mengeluh. Dia akan sentiasa ditinggalkan seorang diri. Rasa macam call girl pun ada. Lantas dia duduk dan melihat ke sekeliling bilik.

Jam tangan Rolex Pearl di atas nightstand dicapai. Pukul 10.30 pagi. Kunci kereta, wallet dan telefon bimbit Ezane hilang. Sudah pasti lelaki itu keluar. But at 10.30 on a Saturday morning is still early for him usually. Rajin betul? Beli breakfast ke? Detik Ania.

Lantas dia bangkit dan mencapai kemeja Ezane yang di sidai di kerusi lantas menuju ke luar bilik. Dia tahu rumah itu kosong. Ibu bapa Ezane ke Brunei atas urusan keluarga. Cuma Kid, Yati dan Ezane sahaja yang tinggal di rumah itu bersama dengan pembantu.

Ania berjalan melintasi bilik Kid. Tiba-tiba, hatinya tergerak untuk masuk. Pantas diketuk pintu dan tombol dipulas. Terlihat Kid sedang terbaring di atas kapet dengan throw pillow dan bean cushion yang berselerak. Kapet yang menyimpan memori tentang mereka berdua. Ania tersenyum simpul.

Ania meletakkan kepalanya di sebelah Kid. Wajah Kid tidak banyak yang berubah walaupun sudah lama mereka tidak bersua. Seperti model saat dia disimbahi cahaya matahari yang melimpah masuk dari celah langsir polos bilik yang direka ala modern kontemporari itu.

Hidung lelaki itu yang sedikit bengkok akibat injury selepas bermain skateboard beberapa tahun lepas. Bulu mata coklat Kid yang agak panjang dan sedikit melentik. Bibir lelaki itu yang sedikit kemerahan. Rambut yang agak panjang dan curly. Memang iras Tyson Ritter. The hot rockstar.

Tubuh lelaki itu yang tidak berbaju diperhati. Walaupun tidak mempunyai six packs, tetapi, Kid masih mempunyai abs yang atheletic. Berkulit putih susu. Whatever happened to us, Kid? We were perfect together. Detik Ania di dalam hati.

Walaupun hubungan dia dan Kid low profile, tetapi, ramai yang tahu yang mereka berdua pernah bersama. Bagai Yin dan Yang. Kontras antara mereka berdua terlalu ketara namun, itu tidak menghalang mereka untuk bersama. The rockstar and the tennis player they said. Ania mengeluh. Bibirnya digigit.

Ania mencabut sebelah earphone yang tersumbat di telinga lelaki itu, disumbatkan pula ke telinganya sendiri. Sudah menjadi habit Kid kalau tidur, mesti dengar lagu. Kalau tak, tak boleh tidur. Ania tersenyum. Estrella.

Nobody else really know about Estrella. Band underground jazz. Kid selalu nyanyi lagu Estrella untuk Ania. Ania senyum lagi.

Tiba-tiba, jemari mereka bersentuhan saat Kid menggerakkan sedikit tubuhnya. Lantas, matanya terbuka saat merasakan kulitnya menyentuh kulit yang bagaikan satin, hidungnya pula terhidu haruman shampoo patchoulli and orchid extract Crabtree & Evelyn.

“Nina? Had a nice night?” ucap Kid dengan suara yang serak. Ania menguntum senyuman. “What are you doing here anyway?” sambung Kid lagi, separuh berbisik. “Nobody is home. Tau Ezane pegi mana?”

Kid pejam mata. Cuba mengingati. Oh yeah. “Dia dengan Yaya. Breakfast somewhere. He told me before keluar tadi. Tengok-tengokkan awak,” jawab Kid. Ania menghembuskan nafas. Senyumannya pudar. Lantas dia bangkit.

Belum sempat dia melangkah, pergelangan tangannya direntap Kid. “Nak pergi mana?”

“I think I should be heading home,” jawab Ania. Jika Ezane sedang bersuka ria bersama perempuan lain, dia tidak mempunyai sebab lain untuk tetap berada di situ. Lebih baik, pulang! Dia sudah tidak diperlukan lagi.

Dah pakai, buang.

Macam sial je.

“No. Stay. With me,” ucap Kid sebelum menarik tubuh Ania ke dalam pelukan.

Saturday, February 27, 2010

CIKLET-ORGY Chapter 13

Share
|


HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

BAB 13

Ania duduk bersilang kaki di dalam kelas. Subjek Mathematics mereka buat kesekian kali bertukar guru. Kali ini, mengikut gosip-gosip yang menular di kawasan Chamberlain Institute, guru baru itu sememangnya baru dalam bidang ini.

Patut pun datang lambat semacam.

Ania mengerling jam tangan Rolexnya buat kesekian kali. Dia melepaskan keluhan. Jemarinya mengetuk-ngetuk meja. Malas pula dia mahu mengeluarkan laptop di dalam oversize tote Salvatore Ferragamo. “Kau ni kenapa? Semacam je?” tegur Natalea. Ania sekadar menggeleng. Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati hari ini.

“Good morning everyone. Sorry I’m late,” tegur seorang lelaki tinggi lampai, bertubuh sederhana sasa, berkulit putih susu, segak mengenakan busana Agnes B. from top to toe. Kakinya pula tersarung sepasang kasut kulit Prada dan di pergelangan tangannya seutas jam tangan Jaeger-Lecoulter. Rambutnya pula digayakan ala Korean look.

Dia bertentangan mata dengan semua yang berada di dalam kelas yang dipenuhi 25 orang pelajar sekolah elit itu. Senyuman dilemparkan menampakkan gigi yang perfect. Hampir kesemua pelajar perempuan kelas itu terpegun.

“Okay, introduction first. As you all know, I’m your new teacher for this subject. I just graduated so, I’m quite new and in that case, help me to help you. My name is Mr Adwin Aleef. You can call me Mr Adwin.”

And the world stops spinning. Literally.

Natalea menoleh ke arah Ania. Wajah Ania sudah berubah pucat. Matanya enggan berkedip. Mungkin rasa tidak percaya dengan apa yang dilihat di hadapan mata. Natalea mencuit bahu Ania. “Kau okey ke?”

“Okey.”

Setelah sesi suai kenal yang ringkas, mereka memulakan bab pelajaran untuk hari itu. Seperti biasa, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun sebagai fresh graduate, Mr Adwin memang cekap dalam mengajar subjek itu.

“Ania, may I see you after class?” terdengar Mr Adwin berkata sewaktu mereka disuruh mencuba membuat latihan yang diberikan. Ania tersentak. Ini bukan apa yang diharapkannya. Ania menoleh ke arah Natalea. Namun, nyatanya Natalea sedang tekun membuat latihan tanpa menghiraukan apa yang berlaku di sekelilingnya.

Sebaik sahaja kelas tamat dan kelas telah dikosongkan, Ania melangkah ke hadapan sementara menunggu Mr Adwin mengemas barangnya. “You want to see me?” tanya Ania. Mr Adwin mendongak dan tersenyum.

“Come on, Nina. Tak payah nak formal dengan I. You know you can always call me Alee.”

Yes. Ania memang tahu. Mungkin, hanya segelintir yang perasan dan tahu tentang semua ini.

Adwin Aleef Carreef Chamberlain. The owner of Chamberlain Institute’s only son.

Alee yang pernah jadi senior di Chamberlain.

Alee yang pernah wujud dalam hidup Ania.

~

Ania melangkah menuju ke kafeteria bersama dengan Alee. Memang kekok. Walaupun dia antara pelajar senior, dan dia yakin hanya pelajar senior sahaja yang tahu mengenai cerita sebenar, tidak mustahil berita sebegini boleh tersebar dengan cepat dalam kawasan Chamberlain Institute. Ania dapat menangkap renungan demi renungan pelajar senior yang tahu mengenai hubungan yang agak high profile antara dia dan anak tunggal pengasas dan pemilik sekolah swasta elit itu suatu masa dulu.

“Alee...you know you tak perlu pergi kafeteria lagi. Ada teacher’s lounge kan? You bukan student lagi,” ucap Ania seraya menuju ke booth Manhattan Fish Market. Special delivery of the day. Alee tersenyum. “Salah ke? Dah lama dah I tak pijak kaki ke sini. So, I nak explore la. Tengok apa perubahan or whatsoever,” jawab Alee, berdiri di sebelah Ania di dalam barisan.

Ania mengetap bibir. Tiba-tiba dia terasa getaran dari tote Salvatore Ferragamo metallic brown dan dikeluarkan telefon bimbit.

EZANE SAYANG

Whr u? I pick u up nanti?

NINA SAYANG

At schl la. Xpyh. I drove myself today.

Sy jmpa awk kt rmh je la nnti?

EZANE SAYANG

Okay. As soon as u finish.

Dtg str8 ke sini trus. Alrite?

NINA SAYANG

Okay.

“Boyfriend?” tanya Alee. Ania mengambil tray yang berisi fish and chips dan menjeling Alee sebelum melangkah ke sebuah meja. Natalea pula entah ke mana hari itu. “Salah ke kalau I ada boyfriend?”

“I tak cakap salah pun? I tanya je.”

“So, who’s the lucky guy?” sambung Alee lagi setelah beberapa ketika suasana antara mereka hening. Ania mengangkat wajah. Nak bagitau ke tak?

“Kenapa nak sangat tahu?”

“Mestilah. I pun nak tahu my competitors.”

“As a teacher you can’t have a relationship with students, Mr Adwin.”

Alee senyum sinis. “Well, I own the place don’t I?”

Good point.

“Jadi, siapa budak tu?” desak Alee lagi. Ania mengeluh. “Ezane.” Alee jungkit kening dan senyum sinis. “Oh...Ezane rupanya. Okay. No problem.”

What does THAT means Alee Carreef Chamberlain?

~

FaceSpace.com

Adwin Aleef Carreef Chamberlain

Info

Age: 23

Relationship status: Single

Education: Chamberlain Institute Alumni; University of New South Wales Alumni (Major in Civil Engineering Technology).

Location: Tabuan Heights, Malaysia; Sydney, Australia.

~

Ezane duduk menyandar di atas sofa cafe Bing! seraya menghirup espresso di dalam gelas di hadapannya. Ania di sisi dikerling sekilas. Gadis itu nampak mengelamun. Belakang gadis itu yang dilitupi tanktop beige Topshop yang dipadankan dengan mini-shorts Mango berwarna army green serta sepasang sandal flats suede Hermes. Rambut gadis itu dibiarkan lepas bebas. Kelihatan sungguh laid back.

Di sisi Ezane, mereka berdua seperti sepasang pasangan yang sungguh secocok. Ezane sendiri mengenakan t-shirt roundneck Ted Baker berwarna putih dan board shorts Quiksilver berwarna grey. Kakinya tersarung sandal kulit Louis Vuitton.

Hari itu, Ezane sengaja mahu Ania menemaninya untuk bertemu rakan rapat yang sudah lama tidak ditemui sejak rakannya itu menyambung pelajaran ke luar negara. Rakan yang membesar bersama-samanya dan Damian. Cuma, rakannya itu lebih banyak menghabiskan masa di luar negara.

“Kenapa diam je ni?” tanya Ezane membelai rambut hitam pekat milik Ania. Ania sekadar geleng. Hatinya masih belum terpujuk selepas peristiwa hujung minggu lepas. Di benak Ania, dia terfikir, jika sudah tidak ada orang lain nak teman, pasti dia yang akan diheret.

The Last Resort.

Not so much of a girlfriend thing.

“Nak pergi mana-mana lepas ni?” tanya Ezane lagi. Ania jungkit bahu. Dia sendiri tidak tahu mahu ke mana. Swimming perhaps? Maybe.

“I promise, lepas jumpa my friend, we’ll go somewhere, okay sayang?”

“Hmm..apa-apa ajelah,” jawab Ania. Iced caramel latte di hadapannya dihirup perlahan. Sunnies Emilio Pucci di atas kepala dibetulkan. “Tu dia kawan saya,” ujar Ezane seraya bangkit saat seseorang meloloskan diri dari pintu masuk cafe Bing! di Chinatown Padungan itu.

Calvin Klein jeans, plain Burberry t-shirt, Nike Air Jordans on feet. Ania tergamam. Matanya tidak lepas memandang insan yang sedang berdiri di hadapannya kini, melemparkan senyuman serta sedang memeluk Ezane. Jantung Ania mula berdegup kencang.

“Hey. Pandai kau cari girlfriend Zane,” ucap rakan Ezane saat dia melabuhkan punggung di hadapan Ania. Ania menggigit bibir. Ezane tersenyum. “Kau kenal?”

Giliran rakan Ezane pula tersenyum. “Alah, Nina Farrel. Siapa tak kenal? Kan, sama sekolah aku dulu. My junior,” ujarnya.

“Sayang, kenal tak dia ni? Tah-tah dia je yang perasan,” ujar Ezane pula. “Well, biar aku intro myself la kalau camtu. Hi, call me Alee,” tangan dihulurkan dan mata dikenyit.

Friday, February 26, 2010

CIKLET-ORGY Chapter 12

Share
|


HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

BAB 12

“Hey, Nina. Awak tak dengan Eriq lagi ya? Saya dengar awak couple couple dengan Ezane,” padahal berita itu diperolehi dari News Feed FaceSpace. Soalan itu sering diutarakan pada Ania sebaik sahaja minggu persekolahan baru bermula. Ania sekadar melemparkan senyuman.

Blazer Chamberlain Institute ditanggalkan, menampakkan kemeja lengan panjang BCBGMaxazaria berwarna peach yang dikenakan Ania. Rambut hitam melepasi bahu hanya diurus dengan headband monogram Coach. Langkah kitten heels Jimmy Choo peachnya dituju ke kelas Bahasa Inggeris.

Poket skirt atas lutut pleated kelabu diseluk. Pagi itu sahaja sudah beberapa kali Ezane menghantar mesej kepadanya. Sejak peristiwa itu, masa yang mereka luangkan bersama bertambaj. Pokoknya. 24/7 Ezane pasti ada di situ. Tidak seperti selalu.

ANIA SAYANG

Class nk mula.

Break karang kita smbg lg k?

:)

EZANE SAYANG

Hmm..alrite.

Btw, bgtau nigel xpyh pick u up.

Tggu kat pintu dpn.

I will.

ANIA SAYANG

Sure?

EZANE SAYANG

Y x? I’ll call u l8er.

Nk siap pergi class.

I lv u

ANIA SAYANG

I lv u 2 :D

~

Natalea sudah lama berlalu dengan Toyota Yarisnya. Kelas baru sahaja tamat lima minit lepas namun bagi mereka yang memandu sendiri, mereka tidak betah untuk melepak lebih lama di kawasan kampus.

Ania duduk di lobi, resah. Jam tangan dikerling tanpa henti. Hobo bag Coach yang berisi laptop kekal tersandang di bahu. Panggilan demi panggilan dibuat ke nombor Ezane namun masih tidak berjawan. Ania membebel sendiri. Rambutnya yang tadi lepas kini disanggul messy. Rimas.

Bunyi enjin kereta sport mewah memecah keheningan kawasan hadapan kampus. Rata-rata mata pelajar yang masih menunggu terarah ke sebuah Mercedes SLR McLaren berwarna hitam. Yang pasti, kalau Ezane meminjam kereta Kid, bukan dia, kerana Kid memandu sebuah Ferrari. Ania mengeluh. Bila pulak mamat ni nak sampai?

Namun, sangkaannya meleset tatkala melihat jejaka yang keluar dari kereta sport itu. Segak dengan jeans biru Calvin Klein, t-shirt berkolar Thomas Pink yang dilitupi jaket kulit Hugo Boss, sepasang kaca mata hitam Salvatore Ferragamo yang menutup mata yang menawan itu dan sneakers kulit Fendi.

Ania terpempan saat tubuh tinggi lampai itu sudah berada di hadapannya, tersenyum dan melemparkan senyuman. Sebaik sahaja Ania bangkit, dahi gadis itu dikucup. Sungguh romantis. “I’m sorry I’m late. Tapi, berbaloi kan?” bisik Ezane.

“I didn’t say I want to show you off. Kalau awak drive kereta awak sendiri pun, dah okey,” protes Ania. Dia tidak mahu high-profile relationship. Tidak mahu setiap detail hubungan mereka menjadi perhatian orang. Tidak mahu menjadi the next Beckhams.

“Well, saya nak semua orang tahu, boyfriend Nina Farrel mestilah sama hebat dengan dia,” balas Ezane lantas membuka pintu kereta untuk Ania.

Sebelum kereta meluncur keluar dari perkarangan Chamberlain Institute, Ezane bertutur, “And this is my car. The Porsche is the family car.”

~

Ezane says:

Sabtu ni, pukul 2 i pick u up?

Nina.Farrel says:

Y?

Ezane says:

Ada mkn2 sket.

Just wear smthg simple n nice

Nina.Farrel says:

Utk apa? Kt mana?

Ezane says:

Actually, idk.

Tp kt rumah saya.

Nina.Farrel says:

Malu la. Parents awk ada?

Ezane says:

Of course. Alah, pg la ok?

Kid pn ada. My sis dgn yaya ada jgk.

Kalau ssh sgt, lari la rumah eya.

Dpn 2 aje.

Nina.Farrel says:

Hmm..okla

~

Ania duduk, bersilang kaki cuba menghilangkan diri di celah-celah keramaian di rumah Ezane. Tanpa disedari, rupanya ramai ahli keluarga Kazran ini. Situasi yang akrab sebegitu membuatkan Ania sungguh kekok kerana dia tidak kenal sesiapa pun di situ. Malah, dia sebenarnya hanyalah orang asing.

Ania mula melangkah menuju ke ruang belakang rumah Ezane di mana terdapat taman yang luas dan dihias ala Oriental. Ezane entah ke mana menghilangkan diri. Ania menghirup lagi punch yang disediakan.

“Eh, ingat tak dulu bila Yaya dengan Qam mula-mula couple? Cute kan?” langkah Ania terhenti saat terdengar seseorang menuturkan itu. “Waktu tu, bukan main lagi Qam cuba mengurat Yaya,” sambung seorang lagi. Gelak tercetus. Ania memalingkan tubuh. Itu dia. Mata kelabu kebiruannya menangkap kelibat Ezane yang sedang duduk dengan Maia dan beberapa orang lagi perempuan.

Ania menarik nafas. Dia ditinggalkan seorang demi itu? Ezane lupa kehadiran dirinya? Pantas sahaja kakinya melangkah, mahu menuju keluar. Paling tidak pun, menuju ke rumah Natalea. Agar dia boleh lari dari semua itu. Hatinya sakit.

Baru sahaja dia hendak melangkah keluar, lengannya direntap. “Nak ke mana?” ujar suara itu. Jantung Ania bergetar. Dia menutup mata. “Balik,” jawab Ania ringkas. Empunya suara tergelak kecil. “Parti baru nak mula, Nina dah nak balik? Mesti boring kan?”

Ania mengetap bibir. Tidak tahu mahu berkata apa. “Jom,” langkah Kid diikut. Dibiarkan sahaja pergelangan tangannya di dalam genggaman Kid. Akhirnya, mereka sampai di tingkat atas, di dalam bilik Kid. Segala-galanya sunyi. Kebingitan suasana di ruang bawah langsung tidak kedengaran. Kid sengaja mahu biliknya kalis bunyi, sama seperti bilik Ezane.

Ania duduk di lantai bilik Kid yang diperbuat dari kayu, membiarkan maxi halterneck dress hitam Armani yang dipakainya bagaikan membentuk sebuah bulatan disekelilingnya. Kid membuka pintu yang menuju ke balkoni seluas-luasnya, membiarkan angin malam dingin masuk.

“Lama dah tak lepak macam ni kan? We used to do it in your room,” tutut Kid perlahan seraya menyalakan sebatang Marlboro Light. Dia menyandarkan tubuhnya pada birai pintu balkoni, matanya tidak lepas merenung gadis yang sedang duduk menongkat dagu di sisi kaki katilnya. Kid melepaskan nafas.

“Hmm...awak yang pergi Kid,” balas Ania lantas mengangkat wajah, merenung wajah Kid. Tubuh lelaki itu segak dibaluti kemeja moss-green Burberry dan jeans hitam Tommy Hilfiger. Rambut shaggynya ditutup dengan fedora. Kekal dengan imej rockstarnya. Ania senyum.

“Macam mana boleh hilang your boyfriend ni?” ujar Kid, sengaja mahu mengubah topik. Dia tidak mahu membuka kisah lama. Dia takut jika perasaan lamanya berputik semula. Sudah cukup dengan godaan demi godaan apabila hanya sekadar melihat Ania. Jika dia sudah membuka pekung di dada, dia tidak mungkin boleh berpatah kembali.

Ania jungkit bahu. Malas untuk mengenangkan apa yang didengarnya. Dia dijemput ke situ oleh Ezane dan dia mengharapkan dia akan dilayan oleh Ezane sepenuhnya. Almaklumlah, majis itu hanya untuk keluarga. Namun, Ezane beriya-iya mahu Ania turut serta. Katanya, mahu diperkenalkan dengan kedua orang tuanya. Alih-alih, Ezane sendiri yang menghilangkan diri. Rupa-rupanya, berkepit pula dengan Maia.

Ania kecewa. Ania jauh hati dengan sikap Ezane yang acuh tak acuh terhadap dirinya. Penat lelah dia sahaja bersiap demi malam ini. Namun, segala usahanya dipandang remeh sahaja oleh Ezane. “Well, you look nice,” ucap Kid, memecah lamunan Ania. Ania tersenyum nipis. Sekurang-kurangnya, ada juga orang yang memujinya! Nak harap Ezane, sampai matilah tak ada kot.

“So, tak kerja dah sekarang?” ujar Ania sekali lagi menukar topik perbualan mereka. “Urm, belum dapat interview lagi. So, tak taulah. Buat sementara waktu, go with the band dulu. Kalau dah confirm dapat fly commercial, terpaksalah tinggalkan band.”

Ania angguk. Dia masih ingat sebab mengapa Kid pergi dahulu. Kerana ingin mengejar cita-cita dalam bidang penerbangan. Minat Kid untuk menjadi seorang juruterbang sudah diketahui sejak azali lagi. Sehinggakan ada waktunya, mereka bergurau, jika Kid disuruh memilih antara kapal terbang dan perempuan, Kid lebih rela memilih kapal terbang.

Tanpa disedari, jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Perbualan mereka begitu rancak sehinggakan waktu dirasakan berlalu terlalu pantas dan pada waktu sebegitu, Ezane masih tidak mencari Ania. Ania hampa.

“Nak saya hantarkan balik? Ezane pun macam dah lupakan awak,” ucap Kid. Ania menggigit bibir. Dia sudah memberitahu yang dia tidak akan pulang malam ini. Dia benar-benar berharap yang dia akan menghabiskan malamnya bersama Ezane. Tapi, tidak sangka ini yang akan terjadi.

“I think, it’s okay. Saya tidur rumah Eya ajelah,” ucap Ania. Kid jungkit kening. “You are always welcome here you know,” jawab Kid sebaik sahaja Ania mencapai telefon bimbitnya, mahu menelefon Natalea. Di waktu sebegini, Natalea sudah pasti tidur. Dan jika gadis itu tidur, payah untuk membangunkannya.

Akhirnya, Ania terlena.

~

Ezane berjalan menuju ke biliknya. Rambutnya diraup. Dia sendiri tidak percaya yang dia boleh lupa kehadiran Ania di majlis malam itu. Dan kini, Ania sudah hilang entah ke mana. Ditelefon, tidak dapat. Sudah pasti gadis itu merajuk ditinggalkan begitu sahaja.

Silap Ezane juga, terlalu leka dengan perbualannya bersama sepupunya dan juga Maia. Malah, hasratnya untuk memperkenalkan Ania pada kedua orang tuanya juga terbantut malam itu. Jam di pergelangan tangan direnung sekilas. Pukul 2.30 pagi. Pukul 2.30 pagi barulah segalanya bersurai apabila Maia pulang ke rumahnya.

Langkah Ezane terhenti tatkala dia melintasi bilik Kid. Entah mengapa malam itu, kelibat Kid juga tidak nampak. Dia juga hairan bilik Kid bagaikan tidak bernyawa. Selalunya, pada waktu sebegini, Kid masih berjaga. Tiba-tiba, hati Ezane tergerak untuk menjenguk bilik abangnya itu.

Tombol pintu dipulas perlahan. Dilihat ruang bilik itu gelap, dan hanya disimbah cahaya lampu di hujung ruang yang malap. Ezane terkejut tatkala melihat sepasang sepatu tinggi di tepi pintu bilik Kid. Bukan sifat Kid untuk membawa girlfriendnya ke rumah. Dia ada polisi untuk itu. Ezane menapak perlahan apabila melihat dua tubuh yang sedang terbaring di atas lantai, di sisi kaki katil Kid.

Hatinya curiga untuk mengetahui, siapa gerangan gadis bersama Kid malam itu. Pantas dia melangkah dengan perlahan ke arah dua tubuh itu. Sangkaan Ezane hampa apabila melihat dua tubuh itu masih lengkap berbaju. Namun, baju gadis itu, kelihatan seperti pernah dilihat. Cuba diamati muka gadis yang separa ditutup dengan rambut panjang mengurai itu.

Darah Ezane berderau tatkala menyedari bahawa gadis itu adalah Ania. Jemari Ania yang digenggam erat oleh Kid. Wajah dan tubuh mereka terlalu hampir dengan satu sama lain. Mahu sahaja Ezane membangunkan mereka berdua. Namun, entah mengapa dia tidak melakukan itu.

Dengan perlahan Ezane mengundurkan diri dan melangkah keluar, menuju ke biliknya.

~

Ezane langsung tidak melelapkan mata semalam. Nasi lemak di dalam pinggan dikuis tanpa disuapkan ke dalam mulut. Sedangkan itu adalah salah satu dari makanan kegemarannya. Lebih-lebih lagi dengan sambal sotong di hadapan mata.

Puan Sasha mengerutkan dahi melihat telatah anaknya itu. Sudahlah lazimnya, Ezane tidak akan bangun seawal ini di hujung minggu, makanan kegemarannya pun langsung tidak dijamah. Cuma dikuis-kuis. Baru sahaja Puan Sasha hendak membuka mulut, pintu rumah terkuak. Terjengul wajah Kid. Puan Sasha bertambah hairan.

“Arin, breakfast sama jom,” panggil Puan Sasha. Kid akur dan melangkah perlahan. Kacamata hitam Ray Bans masih jua belum ditanggalkan. “Awal kamu berdua bangun pagi ni? Arin pun awal pagi dah keluar, ke mana?” ucap Pengiran Nazir secara tiba-tiba setelah dia habis membelek The Edge. Ezane mengetap bibir. Disuapkan jua nasi lemak ke dalam mulut walaupun tekaknya bagaikan tidak mahu menerima makanan seawal itu.

“Terbangun awal. So, pergi gym,” jawab Kid ringkas seraya mencapai kotak cereal. Nasi lemak bukan kegemarannya. Ezane cuma memandang sekilas abangnya. Dia tahu, sebenarnya Kid mahu mengelak dari sesiapa mengetahui yang Ania bermalam di rumah mereka semalam. Tentu sahaja Kid selepas menghantar gadis itu pulang.

Tanpa pamitan, Ezane pantas bangkit dan meninggalkan ruang makan begitu sahaja. Sesuatu perlu dilakukan agar Ania tidak lepas dari genggaman.