Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
BAB 5
You are invited to
Nina’s Super Seventeen
Birthday Bash!
Time: 730 pm onwards
Venue: Soho
Theme: candy shop
Ania tersenyum tatakala melihat invitation card di dalam tangan. Seminggu lagi majlis hari jadinya. Dan semenjak itu, masanya banyak diluangkan bersama Ezane. Ezane sudah mulai selalu menghubunginya dan mengambil berat terhadap dirinya.
Hari itu, Ania menghabiskan masa setelah habis kelas di studio milik Joakim. Mahu memastikan apa yang dimahukannya dilaksanakan oleh Joakim. So far, so good.
Ezane duduk di sisi Ania. Haruman Ralph Lauren Double Black signature lelaki itu menusuk ke rongga hidung Ania, menambahkan aura seksi yang dimiliki Ezane. Haruman itu memang secocok dengan personalitinya.
Rambut Ania yang sekadar diikat satu dibelai. Dia suka apabila Ania mengikat rambutnya begitu. Tiba-tiba, Ezane teringat tujuan sebenar dia mengajak Ania ke band session hari itu. Lantas beg Bottega Veneta dicapai. Sebuah kotak yang berbalut kemas dihulurkan pada Ania. Ezane tersenyum. Ania terpinga-pinga. “I got you something as an early birthday present.”
Kotak itu dibuka dan terlihat seutas rantai sterling silver Tiffany & Co. Dia tersenyum kecil. Tidak menyangka Ezane sanggup ke tahap itu.
“Thanks,” ujarnya.
Saya takkan sayang awak lebih dari ex saya. Ayat itu terngiang buat kesekian kali di minda Ania. Senyumannya terasa pahit. Semua ini hanya salah satu dari strategi permainan Ezane. Semua ini hanya untuk sementara, fikirnya.
~
Sebuah BMW berwarna putih masuk ke perkarangan rumah. Ania pula sedang leka bercakap dengan Puan Zara, Serena dan Tita Mary di ruang tamu. Jam sudah pun menginjak ke angka tujuh.
“Nina, ada orang kat driveway. Dia cakap nak jumpa,” ujar Sean, adik Serena yang baru sahaja masuk ke dalam rumah. Di tangannya sebuah PSP berwarna putih. Ania kerut dahi. Hairan. Siapa pula yang datang di waktu sebegini? Tubuhnya yang hanya dibalut shorts Banana Republic dan t-shirt The Gap diloloskan ke pintu hadapan. Terlihat wajah Farique, segak mengenakan jeans hitam Calvin Klein dengan t-shirt tanpa kolar Ted Baker yang dilapisi kot Burberry. Ania tersenyum.
Senyuman gadis itu dibalas. “Hey,” ujarnya, tubuh yang bersandar pada BMW 645i itu diluruskan. Kaki dilangkah ke arah Ania. “Buat apa datang suddenly ni?”
“I’m sorry, baby. Tapi, saya kena terlepas birthday awak. Kena fly ke Singapore malam ni. And, this is for you,” balas Farique lantas menyuakan sebuah kotak sederhana kecil.
Ania membuka kotak putih itu. Seutas charmbracelet Chanel. “Saya tak tau nak beli apa lagi untuk awak. Teringat awak suka gelang kan? So, I bought you this. I hope you like it.”
Ania senyum lagi. Like it? She loves it!
Farique mengerling jam tangan Omega di pergelangan tangan. Sudah masanya untuk dia pergi. Wajah Ania direnung penuh kasih. Pipi Ania diusap lembut. Kemudian, satu kucupan singgah di dahi gadis itu.
“Jaga diri baik-baik. I love you.”
~
Deruman enjin motosikal berkuasa tinggi masuk ke perkarangan Chamberlain Institute membuatkan Ania tidak perlu meneka itu kedatangan siapa. Bibirnya menguntum senyum saat melihat lelaki Chinese look, tinggi lampai, serta sepasang lesung pipit yang menyerlah tatkala dia tersenyum, segak mengenakan slack kelabu wajib Chamberlain Institute berjenama Dockers, kemeja berlengan panjang putih Calvin Klein yang dilapisi jaket kulit nada sama Hugo Boss.
Haruman Hugo Element semerbak memenuhu koridor menuju ke ruang lobi sekolah menengah swasta itu saat dia melintas. Pipi Ania dikucup dan jemari gadis itu diraih. Terasa berbunga hati Ania saat mengetahui dia sedang diperhati mata-mata yang cemburu. Bangga kerana jejaka rebutan Chamberlain Institute, Farique Iman Saufi adalah miliknya.
“I missed you,” bisik Farique ke telinganya. Ania senyum. Bahagia dimanjakan sebegitu. “How was Singapore?” tanya Ania. Kali terakhir dia berada di sana, Singapura telah menjadi tempat tinggalnya selama hampir setahun, mengikut papanya yang bertugas di sana.
Farique menarik tubuh Ania rapat kepadanya. “Okey je. Macam tu lah. Karang kalau saya pergi lagi, saya bawak awak okey? Tak lah bosan sangat nanti.”
Ania angguk. Lantas kaki dilangkahkan ke kafeteria. Rutin mereka yang bagaikan sudah sebati dalam jadual harian mereka. Sebelum kelas bermula, pasti akan dihabiskan di kafe.
~
Fifiana duduk di bangku sambil memeluk tubuh. Rambut bobcutnya diselit ke belakang telinga. Jam tangan Hermes tidak henti-henti dikerling padahal selalunya pada waktu ini, si dia sudah datang.
Fifiana menoleh saat terdengar bunyi deruman enjin itu. Dia sudah terlalu hafal bunyi itu. Mana mungkin dia boleh lupa. Pantas dia bangkit dan menuju ke kawasan letak kereta. Mata Fifiana menangkap kelibat seorang jejaka sedang memarkir superbike BMW berwarna putihnya. Segala-galanya tentang Farique Iman Saufi, berwarna putih.
Farique Iman, pelajar Gred 12, tahun senior di Chamberlain Institute. Pelajar yang dikenali ramai kerana penglibatannya yang aktif dalam sukan skuasy. Pelajar yang juga dalam golongan popular dan elit. Segalanya tentang Farique bagaikan semulajadi. Tidak perlu berpura-pura. Rupa pun ada.
Farique adalah insan yang dikejar Fifiana selama ini. Walau apa pun, Farique mesti dimiliki. Status Farique dalam soceity akan menaikkan publisitinya. Itu yang penting bagi Fifiana. Status dalam masyarakat dan dikenali ramai.
Mata Fifiana mengikut gerak-geri Farique yang menanggalkan helmet full-facew dan meraup rambut yang agak panjang itu. Langkah Farique menuju ke ruang lobi diikut. Tiba-tiba, hatinya sakit.
Penat lelah dia cuba memikat Farique selama ini, akhirnya Farique jatuh ke tangan teman sekelasnya, Ania Natasha Farrel. Minah setengah German yang turut bergiat dalam sukan renang selain menjadi presiden fakulti fotografi dalam arts program sekolah itu. Entah mengapa dia memang membenci gadis itu dari hari pertama.
Langkah Farique menuju ke kafeteria turut diikut. Peluang direbut saat Farique bangkit dan menuju ke sinki. Apa sahaja mesti dilakukan demi memiliki Farique Iman Saufi.
“Nak apa?” tanya Farique keas. Fifiana di hadapannya direnung tajam. Fifiana tersenyum sinis dan memeluk tubuh. “Nak bagitau yang Nina is not as innocent as she looks. Kaki belit, suka mainkan orang. Jadi, hati-hati,” balas Fifiana sebelum meninggalkan Farique.
~
Ezane mengeluh tatkala mendengar kata-kata pensyarah warganegara Canada di hadapan ruang kuliah. Bosan. Mengantuk pun ada. Menyesal turun kuliah hari ini. Namun untuk tidak turun kuliah dan gagal semester ini, maknanya dia menempah maut.
Kepalanya terasa sungguh berat. Pagi tadi, pukul 4 pagi barulah kakinya menginjak ke rumah dan tidur sedangkan pada pukul 7 dia sudah harus bangun dan pergi ke kelas. It’s suicidal man. Matanya yang sembab itu dilindungi Ray Bans klasik. Kalau boleh dia sememangnya mahu tidur, namun entah mengapa dia tergerak untuk melayari Internet.
Sejak kebelakangan ini, dia memang sudah mulai rapat dengan Ania. Dunia mereka seakan berubah kerana naluri Ezane yang mahukan gadis itu terus dekat dengannya. Setiap pagi dan malam, dia menelefon Ania dan pesanan ringkas juga kerap dihantar dan berbalas. Semuanya kerana naluri -lelakinya yang entah apa-apa.
Profil Ania terpampang di skrin laptopnya. Terlihat gambar Ania yang diambil Damian sewaktu majlis hari jadi gadis itu. Namun, ada sesuatu yang mencurigakan. Lantas touchpad ditekan-tekan.
FaceSpace.com
Farique Iman Saufi
Info
Age: 18
Relationship status: In a relationship with Nina
Education: Chamberlain Institute
Location: Bampfylde Residence, Malaysia.
Ezane kerut dahi. Nina? Ania ke? Namun dibuang perasaan itu jauh-jauh. Pun begitu, Farique dalam senarai top friends Ania. Dan mereka kelihatan sungguh mesra. Entah mengapa dia terasa cemburu secara tiba-tiba.
It’s her, it’s not her.
~
EZANE CALLING...
Ania kerut dahi. Jam dilihat. Baru pukul 8 malam. Selalunya panggilan telefon dari Ezane tidak akan datang seawal itu. Apa agaknya mimpi lelaki itu hari ini?
“Awal call? Tak keluar ke?” tanya Ania. Matanya dialihkan dari kaca TV. “Kenapa? Tak boleh ke saya call girlfriend saya sendiri awal-awal macam ni?” tanya Ezane kembali. Ania terdiam.
“How was your day?” tanya Ania setelah beberapa ketika mereka membisu. Entah mengapa walau telah sekian lama, mereka masih kekok untuk berbicara. Seperti masih ada jurang yang memisahkan mereka.
“Okey je...macam biasa. Nothing much. Nina, kenal budak nama Farique tak? Your senior?”
Dup! Jantung Ania terasa terjatuh dari tempatnya. Terhenti masa seketika, liurnya terasa pahit. Kantoi?
“Erm...Kenal la jugak. Kenapa?”
“Oh, tak. Tanya aje.”
Ania menggigit bibir. Sudah hebohkah satu bandar Kuching itu tentang hubungan dia dan Farique yang sememangnya terlarang itu? Oh shit. Oh hell.
Yearp, hell just broke loose people.
“Ada Nina lain lagi ke kat Chamberlain tu selain awak?” Ania mengulum lidah. Dia mula mencari alasan. Setahunya, hanya ada dua orang Nina di bandar Kuching ini. Satu dia, seorang lagi pelajar tahun junior Greenwood.
“Tak ada. Tapi, dekat Greenwood ada la. Kenapa?”
“Tanya aje.”
Again?
No comments:
Post a Comment