Tuesday, December 1, 2009

CIKLET-ORGY; THE NEW SERIES CHAPTER 4

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

BAB 4

“Eh, kau nak teman aku tak? Jumpa client karang.”

Ezane mengeluh. Sebagai drummer kepada Virgin Kissers, dia seharusnya menghadiri meeting itu. Sekurang-kurangnya, tidaklah lead singer mereka terkial-kial nanti. Akhirnya, dia bersetuju untuk menemani.

Ezane duduk menghadap TV, mencari apa sahaja yang menarik untuk ditonton. Tubuhnya dibiarkan terdedah. Rumah semi-D yang digabung menjadi satu itu terasa sungguh sunyi walaupun dia tahu ibunya berada di rumah. Ezane mengeluh lagi. Kotak rokok dicapai.

Hari Sabtu begitu, dia memang jarang keluar. Selalunya, dia cuma akan keluar setelah matahari terbenam. Pun begitu, dia tetap terasa bosan terperap di rumah. Nak keluar time macam ni, nak ke mana?

Entah mengapa Nokia E63 di atas meja menarik perhatiannya. Fikirannya mula melayang kepada insan yang sudah lama tidak dilayangkan berita semenjak dua ini. Bagaimanakah dia? Di manakah Ania berada sekarang?

Telefon bimbit itu baru sahaja hendak dicapai. Hasratnya dibatalkan begitu sahaja. Malas.

~

Ania duduk di kafe The Coffee Bean and Tea Leaf di Kuching Walk, menghirup caramel ice blended. Serena dan Natalea turut ada bersama menemaninya. Farique pula ada hal dan tidak dapat bersama.

Ania berada di situ untuk merancang birthday partynya nanti. Dia ke situ atas cadangan Serena. Kata Serena, dia mempunyai seorang kawan yang boleh mengendalikan entertainment untuk malam itu.

Ania sudah merangkakan konsep yang dia mahukan. Parti itu akan diadakan di sebuah kelab dengan tema yang belum pernah diketengahkan. Sesuatu yang unik. Cuma, tempatnya belum ditentukan untuk menyesuaikan temanya nanti.

“Rena, mana kawan kau tu? Lambatnya,” rungut Ania seraya melihat jam tangan. Pukul 3.05 petang, padahal temujanji mereka pada pukul 2.30. Datang ke tak ni?

“Sabarlah. Dia baru aje mesej aku cakap dia dah sampai,” balas Serena. Ania cebik.

Beberapa minit kemudian, terlihat seorang jejaka mengenakan jeans Ralph Lauren dan t-shirt kasual Armani Exchange melangkah masuk. Dia tersenyum dan mula berjalan ke arah mereka.

“Ha, Nina, kau ingat kan lagi the guy kita jumpa aritu. Joakim la yang aku maksudkan,” ucap Serena saat Joakim sudah berdiri di hadapan mereka. Ania jungkit kening.

Oh.

“Sorang je?” tanya Ania berbasa basi. Joakim geleng. “Sorang lagi bandmate datang kejap lagi. Dia tengah park kereta.” Ania angguk.

Selang beberapa minit perbincangan mereka bermula, pintu kafe itu terkuak lagi. Mata Natalea terjegil. “Eh.”

NO WAY.

“Hah, tu pun dia. Our drummer. Ezane.”

Saat terdengar nama itu, jantung Ania seperti berhenti berdetak. Dia yang membelakangi pintu masuk, menoleh. Ya, itu memang Ezane. Kelihatan sungguh macho dengan jeans Tommy Hilfiger dan t-shirt Banana Republic berwarna hitam.

Ezane sendiri kaget. Dua orang gadis itu sudah berada di hadapannya. Seorang ex-wannabe girlfriend dan seorang lagi girlfriend yang tidak pernah dikenali dan didedahkan. Ezane melemparkan senyuman. Entah mengapa dia gugup.

Serena menyiku Ania. Dia tahu siapa Ezane sebenarnya. Tidak menyangka di situ mereka akan bertemu. Akhirnya.

Dilihat ada sebuah tempat kosong di sebelah Ania, berhadapan dengan Natalea. Ezane tidak punya pilihan kecuali untuk duduk di situ. Ezane kagum melihat Ania secara live and personal begitu.

Gadis itu punya lirikan yang manja. Dari bahasa tubuhnya sahaja, dapat diketahui Ania seorang natural flirt. Pada jarak sedekat itu, Ania seiras Ana Ivanovich. Dengan alis yang terletak, sepasang mata kelabu kebiruan yang tidak terlalu sepet, kulit agak tan, hidung yang mancung dan bulat di hujung dan sepasang bibir kemerahan itu. Bukan pink, tapi kemerahan.

Pandangan Ezane jatuh pada Natalea pula. Macam kembar Adriana Lima. Exactly like her. Dan antara Ana Ivanovich dan Adriana Lima, Ezane tidak dapat memilih kerana kedua-duanya fantasy girl Ezane. Namun, Ania yang menjadi pilihan kerana Ezane berasa lebih selesa bersama gadis itu. Dia tidak perlu berpura-pura. Dan entah mengapa, hatinya bergetar saat dia merenung ke arah Ania.

“So, Zane. Kau rasa kau dapat play tak?” kata-kata Joakim itu mematikan lamunan Ezane. Dia terpinga-pinga. Akhirnya, dia sekadar angguk. Nanti sewaktu Joakim mengulang semula kandungan meeting hari itu pada bandmates lain, dia tahu juga isinya.

“Kalau macam tu, we make a move dulu lah. Keep in touch,” ucap Ania lalu pantas bangkit. Saat dia mahu melangkah, tangannya direntap. Ania menoleh. “Tak nak lepak dulu dengan saya?” ucap Ezane perlahan. Berharap.

Ania mengetap bibir. “Some other time? Saya ada hal. Urgent.”

“I’ll call you tonight then.”

Natalea terpempan dengan adegan itu. That’s why he went away.

~

Ezane menghempaskan tubuh di sofa ruang tamu apartmen Damian. Joakim pula duduk di lantai sementara Dmian mengambil minuman untuk mereka. Rumah Damian yang terdekat dengan pusat bandaraya, maka mereka ke situ. Ezane malas untuk memandu terlalu jauh.

“Apa cerita korang awal sangat terjengul kat rumah aku ni?” ucap Damian lantas duduk di sebelah Ezane. Terlihat lelaki itu meletakkan lengan di atas dahi. Macam tension aje.

“Kau nak tau something tak? Tadi, kita orang ada meeting dekat town. Cun gila dia orang tu. Sampai kawan kita sorang ni, main pegang tangan, tak nak yang sorang tu pegi,” jawab Joakim. Damian kerut dahi. “Eh, kau tak takut ke klein kau tu nanti lari? Duit tu beb.”

“Tu la...Zane ni, kalau ya pun, agak-agak la sikit. Kalau nak menyelam sambil minum air tu, tunggulah sampai job dah habis. Ini tak,” sambung Joakim. Ezane mendengus. “Dia tu, girlfriend aku lah, bodoh,” balas Ezane agak berang. Damian jegil mata. Ezane dah jumpa Nina?

“Kau jumpa Nina, Zane?”

Ezane angguk. “Kau ingat tak jiran aku yang cun tu?”

Damian kulum lidah sebelum mengangguk. Wajahnya penuh tanda tanya. Apa kaitan semua itu dengan jiran Ezane yang iras Adriana Lima itu? “Dia pun ada situ. Best friend Nina. Nina tak tau pun pasal aku dengan Eya. Aku tak pernah bagitau.”

Statement itu membuatkan Damian tergelak besar. “Hai, panaslah kau?” usik Damian lagi. Ezane cebik. “Client kita tu, kekasih gelap kau la ni?” sampuk Joakim pula. Ezane geleng. “Dia girlfriend aku yang sah. Cuma aku tak heboh aje. Dan dia tak tau yang aku pernah propose best friend dia seminggu sebelum aku propose dia. Faham?”

Damian dan Joakim masing-masing angguk. Damian senyum, menahan tawa yang bakal meledak pada bila-bila masa sahaja.

“Dahlah. Malam karang main futsal tak?” ucap Ezane menukar topik. Malas untuk jadi bahan usikan Damian lagi. Sudah cukup highlight of the day bagi dirinya. “Eh, mestilah. Gila kau tak main?” balas Joakim pula.

~

Ania menyuapkan mi kolok sup ke dalam mulut. Malam itu, mereka memilih untuk menjamu selera di Benteng. Tiba-tiba pula teringin untuk makan di gerai. “So, macam mana plan birthday party baby? Semua dah okay?” ujar Farique seraya menyuapkan nasi goreng ayam ke dalam mulut.

Ania gigit bibir dan angguk. Dia merenung ke arah Serena yang leka membaham nasi goreng Thainya. Buruk sungguh perangai. Tak padan dengan muka cantik. Natalea pula sudah pulang ke rumah. Tidak bisa untuk balik lewat. Budak baik katakan.

Telefon bimbit Sony Ericsson Aino berbunyi di dalam poket jeans Tommy Hilfigernya dicapai. Skrin dilihat. Ania mula cemas. Pada masa yang sama, Farique bangkit. “I’m gonna pay for the bill,” ujarnya sebelum berlalu. Pantas Ania menekan butang answer.

“Katne ni?” terdengar suara Ezane di hujung talian. Kedengaran bingit. Clubbing ke?

“Tengah makan dengan Rena. Kejap lagi balik. Awak?”

“Oh, nak main futsal. Sebelum start ni, ingat nak call awak dulu. Saya balik nanti, saya call lagi. Okay?”

“Okay. Bye.”

“Bye. Sayang awak.”

Ania terpempan. Did he really just said that?

“Dah? Shall we go?” suara Farique yang menegur mematikan lamunan Ania. Lantas dia bangkit dan berjalan beriringan dengan Farique. “Baby nak balik dengan siapa?” tanya Farique lagi, melangkah ke arah BMW 645i miliknya. Motosikalnya memang tidak digunakan tatkala keluar di waktu malam. Takut dicuri.

“Kau baliklah dengan Eriq, Nina. Aku ada hal,” ucap Serena lantas mengenyit mata. Ania sekadar akur.

Sepanjang perjalanan pulang, Ania mendiamkan diri. Di dalam otaknya berlegar-legar apakah motif sebenar Ezane cuba mendekatkan diri, berbeza dengan sebelum ini. Sampai sahaja di hadapan rumah, Farique menoleh ke arah Ania. Jemari gadis itu dicapai dan dikucup lembut.

“Saya sayang awak,” ucap Farique perlahan. Sekali lagi Ania terpempan. Lidahnya kelu. Ini bukan apa yang disangkanya.

No comments:

Post a Comment