Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
BAB 3
FaceSpace.com
Ania Natasha Farrel
Info
Age: 17
Relationship status: single
Education: Chamberlain Institute (present)
Location: Tabuan Heights, Malaysia
Ania mula mengetik page Ezane. Matanya tidak berkedip merenung gambar terbaru Ezane yang kini sudah botak. Semakin bertambah kacak jejaka itu. Entah mengapa jantungnya bergetar hebat. Ezane kelihatan seksi dalam gambar itu dengan senyuman cocky dan sepasang mata hitam yang bersinar, berlatarkan nightlife kota Amsterdam.
Jatuh hati? Mungkin.
Ania mengeluh. Dia sudah bersedia dengan jawapan, tapi, dia belum bersedia untuk memberitahu Ezane. Setiap kali dia berbolak-balik untuk memberitahu Ezane keputusannya.
Jam dilihat sekilas. Pukul 9 malam. Dia mencapai telefon bimbit dan nombor Ezane didail, berharap jejaka itu tidak menukar nombornya lagi. Agak lama Ania menunggu, barulah panggilannya dijawab. Terdengar Ezane tergelak di hujung talian. Ania menghempaskan tubuh di atas sofa, bibirnya digigit.
“Busy ke?” tanya Ania. Di ruang mata dia cuba membayangkan Ezane di saat ini. Pasti sedang melepak bersama rakannya, seperti malam-malam yang lain. “Tak adalah. Just lepak-lepak aje. Kenapa?” Gotcha!
“Nina,” panggil Ezane lembut, setelah gadis itu kekal membisu.
“Zane, ingat tak about the question you asked me a few weeks ago?” ujar Ania, setelah dia mendapat keberanian. Suaranya bergetar, jantungnya berdetak laju. Dia memejam matanya rapat. Janganlah aku syok sendiri!
“Oh, yang jadi girlfriend saya tu? It’s okay. Take your time. Saya boleh tunggu,” balas Ezane. Mata Ania membulat. Biar betul dia ni?
“No, saya nak bagitau jawapan saya.”
“Apa?” Ish, selamba katak betul dia ni?
Ania tarik nafasnya dalam. Entah mengapa dia gugup. “Yes,” ujarnya. Di hujung talian, Ezane tersenyum lebar. Gadis itu sudah jatuh ke tangannya. “Okay. Balik karang saya call. Bye.”
“Bye.”
~
Sudah sebulan dia bergelar girlfriend Awangku Aidanqamal Ezane-Kazran. Namun dalam masa sebulan itu, mereka masih belum pernah bersua muka. Ania Cuma boleh membayangkan rupa Ezane. Mereka juga jarang berhubung. Selalunya, Ania akan mendapat wake up call dari Ezane, dan kemudian, Ezane akan menghilangkan diri sehinggalah sesi kelas Ania tamat pada pukul 3.30 atau 4 petang.
Keadaan seperti itu amat asing bagi Ania kerana sebelum ini, dia akan ditemani instant message atau text message dari semua ex-boyfriendsnya. Tidak boleh dinafikan, adakalanya, Ania berasa sunyi apabila saat-saat yang ingin dikongsi bersama Ezane tidak dapat dikongsi bersama.
Lebih menyedihkan bagi diri Ania, dia langsung tidak mengenali Ezane dalam erti kata sebenar. Dia cuma mengenali Ezane bukan seperti pasangan, tetapi, sebagai kawan. Dia tahu nama penuh lelaki itu, umur, tarikh lahir dan tempat tinggal. Apa-apa yang personal mahupun perangai Ezan, zero. Itupun informasi sebegitu diketahui bukan dari Ezane sendiri.
Ania melepaskan keluhan. Hari itu tiada bezanya. Telefon bimbit di dalam tangan, dipandang sepi. Tiada missed calls mahupun message. Kalau buang dalam pool pun tak apa, rungut Ania di dalam hati.
Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang, namun Ania masih berada di kawasan Chamberlain Campus. Ania sengaja pulang lewat hari itu kerana mahu megambil gambar untuk pictorial Yearbook Chamberlain Institute.
“Hey,” Ania menoleh saat terdengar ada suara menegur di sebelahnya. Seorang pelajar senior tinggi lampai, berkulit cerah, bibir pink, bermata sepet dan lesung pipit di kedua belah pipi tersenyum ke arahnya. Wajah Chinese look itu seperti sering di lihat namun, Ania sendiri kurang pasti nama pelajar itu.
Pelajar senior masih tersenyum lantas duduk di sisi Ania. Ania membalas senyuman. “Hi.”
“Saya Eriq,” ujar pelajar senior yang segak mengenakan slacks Chamberlain berwarna kelabu dan kemeja lengan panjang berwarna powder blue Zara. Tangan dihulur untuk berjabat. Huluran tangan berbalas.
“Nina,” jawab Ania pendek. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh dipanggil Nina sedangkan namanya Ania. Nama Ania diberi oleh Tuan Malique yang berasal dari German dan Natasha oleh Puan Zara.
“Saya tahu,” balas Farique. Ania terkejut. Dia tahu? Wow, means I’m quite popular. Masuk bakul angkat sendiri nampak, babe?
“Buat apa kat sini, belum balik lagi?” tanya Farique lagi. Ania kerut dahi. Dia tak nampak ke aku tengah pegang kamera punyalah besar macam ni? Boleh pulak dia tanya aku buat apa. Takkanlah aku nak syok sendiri ambil gambar sendiri kot? Hish.
“Ambik gambar untuk pictorial yearbook,” jawab Ania akhirnya. Tangannya mengangkat kamera dan mula mengambil gambar yang dirasakan sesuai. Farique sekadar menjadi pemerhati.
Selama ini, dia hanya memerhati gadis seiras Megan Fox itu dari jauh. Cuma, hari ini dia memberanikan diri untuk mendekati Ania setelah sekian lama mengkagumi gadis itu buat sekian lama. Dia kagum dengan keperibadian Ania yang berbeza dengan gadis lain yang menuntut di sekolah swasta elit itu. Di mata Farique, Ania punya sesuatu yang unik. Istimewa. Special.
“Uh, if you don’t mind, I’m going,” ucap Ania mematikan lamunan Farique. “I’ll walk with you. Nice meeting you by the way.”
Nice meeting you too, new boy.
~
Tiga bulan. Itulah jangkamasa Ania bersama Ezane kini. Namun, tiada apa yang berubah. Segalanya masih sama. Berjumpa belum, berhubung pun masih hanya di waktu awal pagi dan ketika kelas Ania tamat. No progress at all. Lebih menyedihkan apabila Ania terpaksa menipu jika sesiapa bertanya mengenai keberadaan teman lelakinya. Bukan apa, dia sendiri sebenarnya tidak tahu di mana Ezane berada.
Pun begitu, hubungan mereka berdua masih low-profile. Ramai masih berfikir yang Ezane dan Ania masing-masing single. Almaklumlah, nak kata ada pasangan, macam single, vice versa. Kadang-kadang, Ania senyum sendiri apabila terdengar perbualan gadis yang memuja Ezane dan menyangka boleh memiliki jejaka popular di bandar itu.
“Morning,” sapaan itu mematikan lamunan Ania. Farique duduk di hadapannya sambil mengatur necktie kelabu Chamberlain Institute. Sudah dua bulan mereka menjadi rakan rapat. Dan selama itu, hari-hari Ania seringkali dihibur dan ditemani oleh Farique ketika kehilangan Ezane. Walaupun berlainan gred; Ania di gred 11 dan Farique gred 12, mereka saling berhubung melalui IM dan text message ketika di dalam kelas.
“Morning, Eriq. Adam,” sapa Natalea selamba, jemarinya masih sibuk membelek majalah Harper’s Bazaar. Sejak sebulan yang lepas, Farique dan rakan karibnya, Adam akan duduk bersama Ania dan Natalea di kafeteria setiap pagi. Pada mulanya, memang agak ganjil, namun kelamaan, segalanya sudah menjadi biasa.
Pagi itu, Ania tidak disapa panggilan telefon dari Ezane. Selama ini, dia cuba untuk mengeratkan hubungan mereka berdua supaya seperti pasangan yang lain. Namun, usaha Ania itu seperti sia-sia sahaja. Ezane bagaikan tidak berminat atau sering menjauhkan diri.
Nak bersemuka pula satu hal. Jadual mereka berdua sentiasa bertentangan. Hidup Ezane hanya akan bermula setelah matahari terbenam. Jika Ania sudah keluar, Ezane pula sedang sibuk dengan pelbagai hal. Alih-alih, dibiarkan sahaja. Lalu, bagaimana?
“Kenapa monyok aje ni?” tanya Farique. Adam pula sudah mula mengusik Natalea. Mereka berdua memang pantang berjumpa. Asal berjumpa, bergaduh. Ania geleng dan senyum. Biarlah masalah itu disimpan. Lagipun, Farique langsung tidak tahu tentang kewujudan Ezane di dalam hidupnya.
Ania mencapai telefon bimbitnya lagi. Yakin yang Ezane tidak akan menelefon, dia menutup talian. “Kalau awak nak cari saya, IM aje tau. Saya tak bawa phone arini,” ujar Ania kepada Farique. Farique angguk.
~
Ania menjinjit hobo bag python skin Fendi berwarna keemasan. Pleated skirt dan kemeja powder blue MaxMara diatur saat tubuhnya keluar dari kereta. Central lock diaktifkan. Kakinya yang dilapisi ballet flats Escada melangkah ke bangunan Chamberlain, meninggalkan tempat letak kereta.
“Morning,” tegur suara itu. Ania menoleh. Terlihat Farique sedang bersandar pada superbikenya, menjinjit helmet full-face dan tersenyum lebar, menampakkan sepasang lesung pipitnya. Jelas dia sedang menunggu seseorang.
Sudah dua bulan Ania rapat dengan Farique. Dan sudah tiga bulan juga dia bergelar ‘kekasih gelap’ Ezane. Hakikatnya, hubungan mereka satu rahsia. Yang tahu hanya mereka.
Sejak kehadiran Farique, dirinya bagaikan terhibur. Kesepiannya bagaikan diisi oleh lelaki itu. Setiap hari dan masa, dia dilayan oleh Farique. Mesej, IM, panggilan telefon, bagi Ania, Farique lebih seperti teman lelakinya berbanding Ezane.
“Morning,” balas Ania. Langkahnya diiringi Farique.
Itulah rutin Farique setiap pagi. Dia sengaja datang lebih awal untuk menunggu dan menemani Ania ke kafeteria sebelum menuju ke kelas. Dia mahu mendekati gadis itu. Mahu memilikinya.
“Morning,” sapa Natalea saat Ania mengambil tempat di sebelahnya. Farique pula duduk di hadapan Ania. Ania menyeluk beg dan mencapai telefon bimbitnya. Dahinya berkerut. Pagi itu dia langsung tidak menerima apa-apa panggilan dari Ezane seperti selalu. Semalam pun, Ezane hilang. Ania mengeluh.
Selesai sarapan, langkah Ania pantas menuju ke kelas. Takut terlambat. Sebelum Ania melangkah masuk, tangannya direntap. Dia menoleh.
“Balik nanti, tunggu saya,” ucap Farique perlahan dengan senyuman yang menggoda sebelum berlalu. Jantung Ania berdegup kencang.
~
Pukul 5 petang. Tubuhnya sudah dihempaskan ke atas sofa. Jemarinya menekan-nekan butang remote. Rambutnya sudah kelihatan tidak terurus. Beberapa butang atas kemeja sudah dibuka. Pendingin hawa juga sudah dihidupkan ke suhu yang terendah.
Telefon bimbit dicapai buat kesekian kali. Hari itu, tiada satu pun khabar dari Ezane. Ania mulai resah. Selama ini, dia sudah berusaha sebaik mungkin untuk merapatkan jurang antara mereka. Cuba membuat hubungan mereka seperti pasangan lain. Namun, segalanya bagai tidak membuahkan hasil.
Pantas sahaja jemarinya menekan nombor Ezane. Lama juga menunggu Ezane menjawab. Baru sahaja Ania hendak memutuskan talian, terdengar suara lemah Ezane.
“Helo?”
“Hmm...Awak okey ke? Macam tak sihat aje,” ucap Ania saat mendengar suara Ezane agak serak.
“No. I’m fine. Kenapa?”
“Sibuk ke?”
“Taklah. Baru balik kelas.”
“Zane, awak sayang saya tak?”
Ezane keluh. “Kenapa awak tanya?”
“I just want to know.”
“Well, saya memang sayang awak. Tapi saya takkan dapat sayang awak lebih dari ex yang paling saya sayang.”
Berderau darah Ania. Dadanya terasa sesak. Inilah jawapan kepada sikap Ezane selama ini. Usaha Ania memang sia-sia. Bahagia yang diharapkan itu rupanya bukan miliknya.
Buat pertama kali, Ania menyerah. Mengaku kalah.
~
Superbike BMW kesayangannya diparkirkan. Kalau orang lain beria-ia mahukan sebuah kereta, Farique pula sebaliknya. Memiliki sebuah superbike BMW seperti itu adalah impiannya.
Helmet full-face dijinjit. Dari jauh matanya menangkap susuk seorang gadis, tinggi lampai, rambut berwarna hitam yang panjang mengurai, mengenakan sepasang maxi dress La Perla serta memegang sebuah kamera di tangan, bersandar pada sebuah tiang.
Farique memerhati gerak-geri Ania dari jauh. Gadis kacukan German itu memang menyerlah. Perangainya yang nakal dan manja akan menghiburkan sesiapa pun. Wajah seiras Megan Fox dan adakalanya Ana Ivanovich itu mempunyai aura seksinya tersendiri tanpa perlu berpura-pura.
Farique melangkah ke arah Ania. Dia tersenyum kecil. Kepalanya ditundukkan. Dia perasan akan mata-mata yang memerhati dia dan Ania. Macam pelik.
“Hai,” ujar Ania perlahan dengan suara serak-serak basah. Bibirnya menguntum senyum. Farique membalas senyuman itu dan duduk di sebelah Ania di anak tangga Perpustakaan Negeri Sarawak, berhadapan dengan tasik.
Suasana matahari yang mula terbenam mewujudkan satu pemandangan yang agak indah, dijadikan latar. Jemari Ania pantas menekan-nekan butang kamera DSLR Nikon D300s miliknya, ingin memotretkan pemandangan ini.
“Nina,” panggil Farique lembut. Mencuri konsentrasi Ania. Ania menoleh. “Hmm?” Rambut yang dibiarkan lepas, ditiup angin petang yang sepoi-sepoi. Mata kelabu kebiruan milik Ania bagai menusuk ke jantung Farique.
Farique menarik nafas, dalam. Dia mahu melepaskan segala perasaan yang terbuku di hati.
“Apa kata awak kalau kita jadi couple?”
Ania terpempan. Anak mata coklat Farique direnung tajam. Farique tidak pernah mengetahui kewujudan Ezane. Ezane juga tidak tahu adanya Farique. Ania tarik nafas.
Saya takkan sayang awak lebih dari ex yang paling saya sayang. Ayat itu terngiang di telinga Ania.
Aku hanya permainannya, detik hati Ania. Ania menguntum senyum. Jemari Farique dicapai. “Okey.”
~
Ania duduk menghadap bar, meneguk tequila shotnya yang keempat. Malam Sabtu sebegitu, dia memang tidak betah untuk berada di rumah. Di waktu sebegitu, semua rakan rapatnya sedia maklum, kalau nak cari Ania, cari kat Travillion.
“Nina, sure you can go for another shot?” terdengar suara Serena, sepupu yang dua tahun lebih tua darinya separuh menjerit. Ania tersenyum. Ibu jarinya ditunjukkan. “I’m fine!”
Lelaki di hadapannya itu direnung tajam. Ania tersenyum sinis. Kalau dia tidak dapat menghabiskan shot yang kelima ini, dia bukan Ania Farrel. “Bring it on!” ujar Ania lagi kepada bartender. Lelaki itu sekadar mengangguk. Bagaimana dia mengenali lelaki itu pula, dia tidak tahu. Dia cuma tahu, dia sedang menari apabila lengannya digamit Serena untuk diperkenalkan pada lelaki itu.
Tangan sasa lelaki itu sudah memegang gelas shot yang berisi tequila. “One, two, three.” Gulp! Air pahit dan panas itu ditelan habis dengan sekali teguk. Ania cuba berdiri. Oh, masih stabil. “I’m fine babe.”
“Thanks for letting me buy you a drink. I’m Joakim by the way,” ujar lelaki seiras Cina itu. Ania sekadar angguk. “Nina. Are you from here?”
“Oh, mestilah. Ingat saya dari mana?” Ania jungkit bahu. Tanpa pamitan, dia berlalu semula ke dance floor dan mula menari lincah.
Dengan Farique, dia diberitahu yang Ania mahu tidur awal. Farique seorang yang terlalu opposite dengan dirinya. Hidup Farique tidak sebegitu. Dan dengan Farique, dia mahu berubah, sedikit demi sedikit. Mengubah dirinya supaya tidak dicop sebagai wild child lagi. Farique sememangnya tidak bersetuju dengan gaya hidup Ania yang sebegitu. Alih-alih, Ania terpaksa menipu.
Dengan Ezane pula, sepatah haram dia tidak memberitahu apa-apa. Yang dia tahu, Ezane sendiri sibuk dengan kehidupan malam minggunya sendiri. Mungkin sedang clubbing di The Link atau bar-bar lain yang ada di kota Kuching itu. Ezane sendiri ikut mood memberitahu Ania ke mana dia mahu pergi atau apa aktivitinya. Ania pula tidak mahu ambil kisah, lagipun, siapa dia dalam hidup Ezane. Hanya sebagai sandaran mungkin?
Sedang Ania seronok menari, terasa lengannya digamit sekali lagi. “Nice meeting you,” ujar Joakim separuh menjerit di telinganya, melawan kebingitan muzik di Barzing itu. Ania cuma membalas dengan sebuah senyuman.
Itulah hidup.
No comments:
Post a Comment