Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
BAB 2
Getaran di dalam poket pleated skirt mematikan lamunan Ania. Poket diseluk dan skrin telefon bimbit dilihat. Ezane.
“Kat mana ni?” terdengar suara malas Ezane di hujung talian. Pesanan ringkas dari Ezane kini telah bertukar menjadi panggilan telefon pada waktu-waktu tertentu. Namun, panggilan itu tidak akan bertahan lama. Paling lama pun 5 minit.
“Kat sekolah dah. Awal bangun?” ujar Ania pula. Ezane senyum seorang diri. Dia mengeliat di atas katil. Hai, bukan awal bangun. Tidur pun belum. Baru nak merasa katil.
“Hmm....Saja nak call, cakap good morning. Okeylah, nak sambung tidur jap. Bye,” dan dengan itu, talian diputuskan. Ania memandang sepi telefon bimbit itu sebelum disimpan semula di dalam poket. Dia mengeluh. Sudah beberapa bulan Ezane seperti bermain tarik tali dengannya. Dia masih tidak mengenali jejaka itu dengan teliti. Jumpa pun tak pernah! Dia malah tidak tahu apa nama Ezane yang sebenar.
Ania tersenyum sendiri. Ezane. Entah-entah nama glamour aje. Nama sebenarnya jauh beza dari nama panggilan. Mungkinkah Ezane lelaki seperti itu? Lelaki yang selama ini kurang digemari Ania? Tapi, ciri-ciri Ezane rata-ratanya menarik perhatian Ania.
Sedang dia berjalan menuju ke kelas, telefon bimbitnya bergetar lagi. Kali ini, nama lain pula yang tertera. “Nak apa pagi-pagi buta macam ni?” ujar Ania kasar. Malang hari aku!
“Saja nak call my sayang pagi-pagi macam ni,” jawab Farish selamba. Ania mendengus. Dia sudah mula kurang sabar dengan perangai hobbit tak faham bahasa ini.
“Hey, tolong sikit! Kita tak ada apa-apa hubungan okey? Now, get lost!” ujarnya keras. Terdengar Farish tergelak kecil di hujung talian. Tanpa pamitan, Ania mematikan talian. Hobbit tak sedar diri! Gumamnya.
Kelas yang pertama harus dihadapi, Matematik. Topik hari ini, Calculus. Sungguh ‘menyeronokkan’. Ania berpura-pura mendengar dan menyalin nota yang ada di hadapan, sedangkan realitinya, jemarinya sedang lincah menari di atas keyboard dan touch pad Sony Vaio miliknya. Tiba-tiba, mata kelabu kebiruan milik Ania tidak lepas memandang gambar yang sedang terpampang pada skrin laptopnya.
Seorang jejaka mengenakan hooded sweater Paul Smith berwarna putih, dengan hidung yang mancung, mata yang agak sepet, kening yang terletak, seulas bibir yang seksi di mata Ani, pipi yang ditumbuhi rerambut halus serta rambut yang agak panjang, berombak dan berwarna kecoklatan.
Stunning. He can definitely take my breath away! Ania mulai curiga, siapa lelaki di dalam friends list Damian itu. Lantas gambar di klik.
FaceSpace.com
Ezane-Kazran Nazir
Info
Age: 19
Relationship status: single
Education: Sri Kiara (alumni), Westwood College University; major advertising degree (present)
Location: Green Heights, Malaysia.
Ezane? This is Ezane. Oh my God.
~
Ania menyelitkan rambut hitamnya yang berjurai ke belakang telinga. Dahinya berkerut melihat Natalea yang sedang asyik mengetik Nokia 5800 miliknya. Sekejap senyum, sekejap ketawa seorang diri. Sawan ke?
Sejak ‘melihat’ wajah Ezane buat kali pertama hari itu, Ania cuba untuk memikat Ezane. Namun, segala apa yang dicubanya, macam tak jalan. Gagal. Ezane bagai menjauhkan diri adalah. Akhirnya, Ania sekadar berserah. Kini, Ezane pun jarang menghubunginya. Kalau Ania tidak call, takdelah dengar khabar Ezane.
Fries di dalam pinggan disuap. Malas untuk memikir kerenah lelaki itu. Macam rasa bodoh pun ada. Nasib badan kot.
“Kau ni kenapa?” tanya Natalea seraya menyuapkan udon dari Sushi King ke dalam mulut. Kafeteria Chamberlain Institute memang dilengkapi pelbagai menu dari restoran yang berbagai. Mata grey kebiruan milik Ania jelas menunjukkan gadis itu punya masalah.
Pertanyaan Natalea itu dibiarkan sepi. Natalea mengetap bibir. “Erm, kau kenal Ezane tak?” tanyanya. Perkara itu sudah lama berbuku di hati. Ania angkat wajah, mengerutkan dahi. “Ezane mana?” tanya Ania untuk kepastian, walaupun dia sudah mengagak, dia kenal siapa yang Natalea maksudkan.
“Ezane Kazran.” Ania angguk. “Kenapa?”
“Nothing.”
“Eh, kau macam mana kenal dia?” tanya Ania curiga. Ada apa-apa yang aku tak tahu ke ni? Natalea senyum simpul. “Adalah.”
Tu aje kau nak jawab, kawan?
“Hmm...Apa nama betul dia ek?” tanya Ania lagi, kurang berpuas hati. Mahu mengorek apa yang Natalea tahu tentang jejaka seksi itu. Lagipun, Ania kurang yakin yang Ezane itu nama sebenar Ezane. Mungkin hanya nama glamour. Iyalah, kasanova, mestilah nak nama cool sikit kan?
“Tak salah aku, Awangku Ezane Kazran. Tak tahulah pulak betul tak. Tak sure.” Ania jungkit kening. Betul ke?
“Jadi, Ezane tu memang nama dia lah?” Natalea angguk.
And I thought he was a wannabe like everybody else.
“Babe, macam mana kau kenal dia? Bagitau la...” pujuk Ania lagi, kurang berpuas hati. Macam mana Natalea boleh tahu banyak tentang lelaki itu?
“Rumah dia depan rumah aku je,” jawab Natalea pendek.
Dup! Dunia Ania bagaikan bergegar.
Oh, boy.
~
Ezane terasa ingin menampar dirinya sendiri. Rancangannya untuk menakluki terbantut begitu sahaja. Sekarang, dia harus memilih. Kepalanya pening.
Dia mencapai bong berwarna hijau di atas meja. Lighter Zippo di dalam poket dicapai sebelum cebisan kecil mary jane disumbatkan ke mulut bong. Asap THC itu disedut perlahan dan dalam.
And in a second, he’s baked. Oh well.
Ezane sendiri tidak tahu mengapa dia membuat keputusan sebegitu. Terdesak? Entah. Maybe it’s just lust. But, who knows?
Satu hit lagi dilakukan. Pure mary jane. Itulah hidupnya. Namun, Natalea tidak pernah tahu aktivitinya itu. Natalea terlalu innocent untuk semua ini. Malah, Natalea sendiri berkata dia tidak mahu terlibat dalam apa-apa dunia sebegitu.
Berbeza dengan Ania. Wild child. Itulah yang dilabel oleh Natalea sendiri. Gadis yang sosial dan berfikiran terbuka, tidak takut untuk mencuba apa-apa yang baru. Di hadapan Ania, Ezane boleh menjadi dirinya sendiri.
Namun, Ania dan Natalea tidak tahu apa yang berlaku di antara mereka dan Ezane. Segala rancangan Ezane yang kini telah gagal setelah apa yang dikatakan pada Natalea.
“Awak kenal Nina ke? Satu sekolah dengan awak? Your age?” tanya Ezane, cuba merisik. Kalau tak kenal, adalah can aku nak pasang dua! Bertuahnya badan! Sorang macam Adriana Lima, sorang macam Megan Fox.
“Kenal. My bestfriend,” berderau darah Ezane. Aduh! Punah harapannya.
Dan setelah itu, pilihannya masih Natalea. Gadis mirip Adriana Lima itu sukar untuk dilepaskan. Seksi dan menggoda. Lagipun, Natalea seorang yang terlalu naif. Senang untuk dimanipulasi. Entah mengapa, pertanyaan itu meluncur keluar dari bibirnya.
“Awak nak jadi girlfriend saya tak?”
“Bagi saya masa,” itulah jawapan Natalea. Dan kini, dalam masa dua hari lagi, Ezane akan berangkat ke Amsterdam, weed heaven untuk menghadiri music festival. Namun, Natalea masih belum punya khabar.
Ezane keluh. What to do, what to do? Well man, what Bob Marley would say, No Woman No Cry.
Corny.
~
Ania melabuhkan punggungnya bertentangan dengan Natalea. Caramel latte Starbucks dihirup perlahan. Natalea kelihatan resah. Macam cacing kepanasan, semua tak kena.
“Eya, kau ni kenapa?”
Natalea geleng. Enggan memberitahu. Nanti, apa pula kata Ania? Dia tu jenis critical. “Nina, Ezane ada contact kau tak?”
Mata grey kebiruan Ania merenung ke arah rakan karibnya itu. Dahi dikerutkan. “Tak adalah pulak. Dah lama dah aku tak dengar cerita mamat tu sebenarnya. Kenapa?”
Natalea gigit bibir. “Tak, kebelakangan ni, susah sangat nak call dia. Sepatutnya, dia dah balik dari Amsterdam, tapi satu cerita pun tak ada. Tu yang aku pelik,” jelas Natalea. Ania sekadar angguk.
Oh, Ezane ke Amsterdam. Sukalah dia. Weed heaven.
“Alah, kau tunggu ajelah. Karang adalah dia tu. Mana tau, dia transit tempat lain dulu ke. Kalau aku dapat contact dia, aku bagitau. Okey?”
Natalea senyum lebar.
~
Malam mula melabuhkan tirai. Ania duduk di window sofa sambil mendengar ipod. Matanya tidak lepas membaca novel Inggeris, Lisa Kleypas kegemarannya. Malam sebegini, dia gemar menghabiskan masanya begitu.
Getaran di kakinya menganggu konsentrasinya. Skrin kecil Sony Ericsson dilihat. UNKNOWN NUMBER. Headphones ditanggalkan dan panggilan dijawab. Jangan Farish lagi, sudah!
“Helo,” terdengar suara bernada malas itu di hujung talian. Suara yang sudah lama tidak melayangkan berita padanya. Ania hairan. Apa mimpi dia ni?
“Ezane. Tukar number lagi?” tanya Ania. Sudah lali dengan perangai Ezane yang sering menukar nombor. Sepanjang tiga bulan mereka kenal, entah sudah berapa kali Ezane menukar nombornya. Ania sendiri sudah tidak tahu untuk menghubungi nombor yang mana. Alih-alih, dia menunggu Ezane sendiri yang menelefonnya.
“Yeah, I didn’t like the last one much. Buat apa tu?” Ezane cuba membayangkan Ania walaupun tidak pernah bersua muka dengan gadis itu. Cuma gambar yang menjadi panduan.
“Just relaks kat rumah. Penat.”
“Tak keluar?”
“Nope. Malas. Awak? Tak keluar?”
“Tengah lepak la ni kat Travillion. Dame pun ada.”
“Oh, Zane, Eya cari awak. Heard awak kat Amsterdam ek? Suka lah dia,” usik Ania. Bukannya dia tidak tahu perangai Ezane. Marijuana bagaikan makanan hariannya. Cuma, dia kurang pasti jika Natalea tahu mengenai perangai Ezane yang di samping playboy, juga seorang bad boy.
He really is a sex, drugs, rock n roll type of guy.
“Yeah. It was fun. Karang la saya call dia. Erm, Nina, nak tanya something boleh tak?”
“Apa?”
“Nak tak jadi girlfriend saya?”
Ania terpempan. Ish, tak ada ribut, tak ada angin, balik aje ajak aku jadi girlfriend? Okey ke tak dia ni? However, pucuk dicita, ulam mendatang.
“Awak tak perlu bagi jawapan sekarang. Take your time,” sambung Ezane lagi apabila Ania membisu. Lidah Ania masih kelu.
No comments:
Post a Comment