Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
PROLOG
Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak keruan
Kau membuat ku tak berdaya
Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sedari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan
Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sedarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku
Akhir 2007,
I know I’m not the easiest person in the world to get along with. There are times when no matter what you do or say, I’ll find fault. I know that at times I push you to the point where you feel that you just can’t win. And you wonder what you could be doing wrong. Well, it’s not you, it’s me. I just can’t understand what someone as wonderful as you could see in me. And I get scared that you will suddenly see all my flaws and fall out of love with me. I know it’s no excuse but those times when I’m most difficult are the times I’m loving you the most. I can’t bear the thought of life without you. So I’m trying and I do love you more than anything in the world.
Awal 2009,
If I’m ever going to leave you, it doesn’t mean I want to stop loving you. I want you to be loved by the best. Because you deserve more than what I have.
BAB 1
Ezane membelek Nokia N97 miliknya. Rokok yang terselit antara jemarinya disedut perlahan. Dibiarkan angin sepoi-sepoi malam meniup rambutnya yang sudah agak panjang. Nafas dilepaskan. Ruang hadapan rumah dijeling kosong. Orang ramai mulai membanjiri ruang rumah dua buah semi-D yang direnovate menjadi satu itu.
Tiba-tiba mata hitamnya terarah kepada seorang gadis yang sedang rancak bertelefon di ruang patio. Dia tersenyum kecil. Pantas kakinya dilangkahkan ke arah gadis berambut coklat yang panjang mengurai, hidung mancung, sepasang mata yang galak dan seulas bibir yang seksi. “Hai,” tegur Ezane saat tubuhnya sudah berdiri di hadapan gadis itu. Gadis yang tinggal di hadapan rumahnya.
Natalea menguntum senyum sambil menyelitkan juraian rambut ke belakang telinga. Entah mengapa dia tersipu. “Hai, Ezane,” balas Natalea pendek. Entah mengapa dia terasa kekok berbual dengan Ezane secara dekat sebegitu. Sebelum ini, mereka lazimnya hanya bertukar pandangan atau bertegur secara ringkas. Tidak pernah pula berbual sedekat itu. Natalea mengakui, Ezane mempunyai auranya yang tersendiri yang mampu menarik perhatian mana-mana gadis sekalipun.
“Lama tak nampak?” tanya Ezane sekadar untuk memenuhi kekosongan. Dia sebenarnya bosan. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia keluar dari menghadiri jamuan yang diadakan orang tuanya. Apa tujuan mereka yang sebenar pun dia tidak tahu.
“Busy,” jawab Natalea ringkas. Matanya tidak lepas memandang jejaka di hadapannya itu. Jejaka yang terkenal dengan reputasinya dalam golongan sosialit.
Hampir sahaja Ezane mahu membuka mulutnya sekali lagi, camera flash mematikan hasratnya. Dia menoleh. “Kau nak buat apa dengan gambar tu?” tanyanya selamba seraya menyalakan sebatang lagi rokok. Natalea mengetap bibir. “Nak buat gosip,” jawab Damian mengusik.
Pantas Natalea bangkit, ingin berlalu. Namun, pergelangan tangannya pantas dicapai Ezane. “Don’t go yet. I’m not done with you. Mintak nombor boleh tak? Kita boleh habiskan apa yang kita mulakan malam ni?”
Nombor telefon bertukar tangan. Damian tersenyum sinis dan menggeleng saat gadis mirip Adriana Lima itu berlalu. “Kau ni kan, pantang tengok awek cun sikit aje, kau kebas!” komen Damian. Ezane gelak. “Alah, kau pun tengoklah macam mana rupa dia tu beb. Masyuk habis. Untung kalau dapat jadikan dia awek tu. Perfect habis. Rugi beb kalau aku tak kebas. Jiran pulak tu!”
Kini, giliran Damian pula untuk tergelak. Ada kebenaran pada kata-kata Ezane itu. Ruang rumah Ezane dilihat sekilas. “Nak blah tak?” tanyanya. Dia tahu dari riak muka Ezane, lelaki itu bosan. Ezane jungkit kening. “You think?”
“Okay, my place.”
Persahabatan Ezane dan Damian bermula sejak mereka di bangku sekolah menengah lagi. Persahabatan yang seperti tiada apa yang mampu mengakhirinya. Walaupun tidak terucap, semua orang tahu, Ezane dan Damian rakan susah senang, sehidup semati.
Volkswagen Touareg Damian dihalakan ke apartmen bujang miliknya. Walaupun di usia begini, dia tidak punya pilihan kecuali untuk tinggal sendiri. Kerana kedegilannya untuk mengikut keluarganya berpindah ke Dubai, dia tinggal tanpa teman. Dia selesa berada di bumi Malaysia. Di sinilah rumahnya. Jiwanya tetap di sini.
Pintu apartmen bujang dikuak. Damian menuju ke ruang biliknya manakala Ezane menuju ke dapur, mengambil minuman. Rumah Damian sudah bagai rumahnya sendiri. Dia sudah biasa melepak di sini. Adakalanya, dia turut tidur di situ apabila sudah malas untuk memandu jauh untuk pulang ke rumah.
“Kau mesej siapa tu? Dari tadi aku tengok tak habis-habis. Awek baru kau ke?” tegur Ezane curiga seraya menghempaskan tubuh ke sofa. Matanya memerhati gelagat Damian yang tersenyum seorang diri sambil mengetik kekunci Sony Ericsson C905 miliknya. Damian geleng. “Takdelah. No time for girlfriend time ni. Busy sangat. Aku mesej Nina je.”
Ezane jungkit kening. Nina. Nama itu sering didengarnya sejak beberapa bulan ini. Nina, gadis yang ditemui tanpa sengaja ketika Damian sedang merakamkan gambar untuk assignment piecenya. Gadis yang turut meminati fotografi.
“Aku selalu je dengar nama Nina tu. Tapi, tak pernah nampak pulak muka dia macam mana. Cun tak?” ujar Ezane tanpa berselindung.
Damian kerut dahi. Wajah Ezane direnung. “Cantik tu, memanglah cantik, kawan. Exotic beauty. Tapi, bukan taste aku sangat. Kenapa?”
Ezane sengih. “Takdelah. Ingin pulak aku nak tengok muka dia tu macam mana. Nina. Nama macam okey je.” Tangan Ezane mencapai kamera DSLR milik Damian di atas meja di sisinya. Potret dibelek satu persatu.
“Kenapa kau tanya? Nak masuk mulut kau jugak ke? Hai, takkan tak nak bagi can kat orang lain kot? Asyik kau aje.”
Namun, pertanyaan Damian itu dibiarkan sepi. Ezane masih leka membelek foto-foto di dalam kamera tersebut.
“Eh, Dame. Ni ke Nina tu?” tanya Ezane tiba-tiba. Skrin kecil direnung penuh minat. Damian angguk. “Kenapa?”
Ezane terdiam sejenak. “Aku nak mintak number dia boleh tak?”
Damian cebik. Ezane, Ezane.
~
Ania mengerutkan dahi saat terlihat sebuah Mini Cooper S terparkir di halaman rumah dua tingkat yang didisain secara moden kontemporari itu. Jantungnya mula berdetak kencang.
Saat BMW Z4 miliknya sudah terparkir di garaj, Ania menuju ke pintu belakang. Betul sangkaannya tadi!
Ania melepaskan keluhan. Dia memeluk tubuh. Kini, di hadapannya, seorang lelaki yang mengenakan kemeja lengan panjang berwarna hitam Esprit, sedang duduk di salah satu anak tangga yang menuju pintu masuk.
Jejaka itu mengangkat wajah, merenung tepat ke arah Ania. Wajahnya murung. Ania tetap tidak berganjak. Jejaka itu bangkit dan menghampiri Ania. Di tangannya sebuah kotak putih.
“Buat apa kat sini?” tanya Ania acuh tak acuh. Kurang senang dengan tetamu yang tidak diundang itu. Jejaka itu tersenyum kecil. Tangannya menghulurkan kotak yang berisi kek kegemaran Ania. Peach cake dari Secret Recipe. Bukan hanya sepotong, malah one whole cake dibelinya.
“Nah, saya beli untuk awak. Saya tau awak suka.” Ania buat muka bodoh. Mamat ni tak faham bahasa ke pekak?
“Farish, saya tanya buat apa kat sini? Kan saya dah cakap, jangan berani jejak kaki kat rumah saya lagi!” bentak Ania. Farish ketap bibir. Dia ke situ untuk memujuk Ania, membetulkan kesalahannya. Namun, kali ini, nampaknya Ania sudah nekad untuk tidak memaafkannya lagi.
“Nina, I’m really sorry. Saya betul-betul tak berniat buat macam tu,” tutur Farish. Tangannya diletakkan di lengan Ania, namun ditepis gadis itu. Ania mencebik. Cheh, maaf konon!
Kecurangan Farish selama ini memang sudah lama dihidu. Cuma, dia tiada bukti yang kukuh untuk mengesahkannya, sehinggalah, suatu hari, kantoi! Icha, seorang gadis yang ditemuinya ketika di salah satu party memberitahu yang dia girlfriend kepada Farish. Malah, dia punya bukti untuk menyokongnya, foto, mesej, macam-macam! Patut pun handphone sampai dua.
“Tak berniat? That’s a stupid excuse, Farish. Saya tak bodoh macam perempuan lain. Yang awak boleh pujuk, boleh beli dengan duit. Now, get out of my house!” ujar Ania separuh menjerit lantas berlalu masuk ke dalam rumah. Malas mahu peduli dengan hobbit itu.
Saat dia melangkah masuk, terlihat mamanya, Puan Zara menuruni tangga, tersenyum lebar. “Nina, dah balik?”
Ania kerut dahi. “Iyalah ma. Takkan baru nak pergi?” jawab Ania selamba, loyar buruk. Hari ini, hari yang sungguh malang! Tanpa pamitan, dia berlalu menuju ke bilik di tingkat atas.
Ketika tubuhnya membolosi pintu putih biliknya, tie berpetak-petak Chamberlain Institute berwarna kelabu ditanggalkan. Oversize tote Marc by Marc Jacobs dibiarkan di atas lantai. Tubuhnya dihempaskan ke atas katil. Terasa hilang segala penatnya.
Baru sahaja dia hendak terlelap, getaran pada pleated skirt rasmi Chamberlain Institute mengejutkannya. Ania mendengus geram. Tak boleh nak tengok orang senang sikit ke? Poket diseluk dan Sony Ericsson Aino dikeluarkan. Skrin dilihat. Unknown number. Dibuka.
“Siapa ni?” tanya Ania. Namun, sepi. Dilihat sekali lagi skrin. Lah, missed call aje? Kedekut! Rungut Ania. Telefon bimbit itu diletakkan di sebelahnya pula. Bergetar lagi.
1 message received
UNKNOWN NUMBER
Hi! Ni nina kan?
Ania kerut dahi. Siapa pulak ni? Buat semak tima aku tengah nak relaks-relaks macam ni. Hish...lalang betul.
Reply
Yes? Ada apa? Siapa ni?
UNKNOWN NUMBER
Call me ezane.
Reply
Do i knw u?
Sepi, mesej itu tidak berbalas. Ah biarlah! Lantas telefon bimbit dilemparkan di atas katil sebelum dia memboloskan diri ke dalam bilik air.
Selesai bersiap, Ania menuruni tangga. Kakinya tersarung jeans Tommy Hilfiger berwarna biru dan tank top Dsquared berwarna putih. Rambut hitam melepasi bahu dibiarkan terurai. Wajahnya hanya dicalit eyeliner MAC dan lipgloss Stila. Tote Salvatore Ferragamo tersangkut di bahu.
“Nina, nak ke mana tu?” terdengar suara papanya, Tuan Malique Farrel bertanya. “Iyalah. Tak dinner kat rumah? Tu, Farish bagi kuih favourite Nina,” sampuk Puan Zarine, menunjuk ke arah kotak cake di atas counter. Nina geleng. “Nak pergi jumpa kawan,” ujarnya ringkas.
“Jangan balik lambat,” pesan Puan Zarine sebelum Ania berlalu keluar. Ania sekadar angguk. Sebaik sahaja keretanya bergerak keluar dari kawasan rumah, telefon bimbitnya berbunyi. Pantas dicapai.
EZANE
Hi :)
NINA
Whr did u get my nmbr?
I’m sre idk u
EZANE
Marah? Damian yg bg
Bedebah kau Damian, suka hati kau aje bagi nombor aku! Rungut Ania. Tanpa mempedulikan mesej itu, BMW Z4 terus dihalakan ke kawasan Green Heights.
Sebaik sahaja sampai di hadapan sebuah rumah semi-D, hon dibunyikan. “Eya!” tegur Ania sambil menutup pintu kereta. Senyuman dilemparkan ke arah rakan baiknya, Natalea Lazaro.
No comments:
Post a Comment