Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
BAB 50
“Tia, cepat bersiap! Kita nak pergi pukul 7 karang,” terdengar suara Puan Dorheen dari luar pintu biliknya. Tia mengerut dahi.
“Ibu nak ke mana?” tanya Tia hairan seraya mengikut ibunya menuju ke bilik. Cuti musim bunga selama seminggu itu sekadar di habiskan di rumah. Baru kini dia terdengar ada event yang perlu dihadiri. Tania pula bersama rakan-rakannya bercuti di Baguio, Phillippines atas jemputan Lola dan Titonya. Suka untuk menyelami asal usulnya sendiri.
“Lah, kan ada invite kat rumah Uncle Morshidi? Tia tak tau? Azier buat barbeque dinner,” jawab Tuan Tarmizi. Tia geleng seraya melabuhkan punggung di atas soga, menghadap TV yang menyiarkan siaran Bloomberg.
“Carmen is having a baby! Seronok Auntie Zarine tau! Casual dinner aje sayang. Cepat bersiap. 7 o’clock, alis (pergi),” sambung Puan Dorheen. Tia angguk.
~
Tia membolos keluar dari tempat duduk belakang Jaguar, membiarkan strap maxi dress berwarna kuning Emporio Armani jatuh di belakangnya. Rambutnya sekadar diikat dalam knot, di kakinya pula tersarung gladiator flats Stuart Weitzman. Bibirnya pula hanya dilapisi lip balm Benetint Benefit, menguntum senyuman.
Tia melangkah masuk ke dalam rumah itu seperti rumahnya sendiri. Dia sudah terlalu arif dengan suasana di dalam rumah itu. Macam rumah keduanya.
Saat dia melangkah ke patio, semua wajah yang dikenalinya sudah berada di situ, namun kelibat Aizel langsung tidak kelihatan. “Hai, Tia! Lama tak jumpa?” tegur Carmen dengan perut yang sudah agak menonjol lantas memeluk Tia.
“Eh, Tia ada? Ingatkan dengan Tania kat Phillippines,” sampuk Puan Zarine pula. Tia senyum. Dia ke sini bukan untuk bersosial! Dia mahu mencari jejaka berketinggian 6 kaki, berkulit putih, berambut coklat keperangan, hidung mancung, bibir pink dan mata dirty green.
Paging missing persons’ department?
“Hmm, Tia cari Izaac ke? Yang lain pun ada tanya tadi. Izaac ni pun, satu, langsung tak bagitau orang. Buatnya orang cari, auntie jugak yang terpaksa menjawab. Ni, Izaac dah seminggu di Leeds. Dengan uncle dia surver university di sana,” sambung Puan Zarine, menyedari kegelisahan Tia.
Tia hampa. Saat Puan Zarine dan Carmen sudah berlalu, dia mencapai segelas cocktail. Dihabiskan dengan satu teguk sahaja. Punggungnya dilabuhkan di sisi kolam. Dia menggigit bibir, cuba menahan air matanya dari gugur.
Mengapa dia harus menangis? Tiada sebab kukuh mengapa dia harus mengalirkan air mata untuk lelaki itu. Tapi, hatinya sakit! Dia benci apa yang dirasakannya.
Tia bangkit, mahu mencari ketenangan dri. Sesekali, senyuman dilemparkan kepada mereka yang melintasi kawasan itu. Namun, semua itu sekadar untuk menyembunyikan gelodak di hati.
“Tia,” terdengar suara menegur Tia. Tia tidak mahu fantasi itu menganggu ketenangannya. Cukuplah dengan realiti yang menyakitkan. “Tia,” namanya dipanggil lagi. Kali ini agak kuat pada pendengarannya. Pergilah kau bayang-bayang!
Tia menoleh untuk mengesahkan itu bukan sekadar fantasi. Dunianya tiba-tiba seakan tidak berputar.
Aizel sedang tersenyum padanya. Aizel yang kekal kacak mengenakan jeans biru Tommy Hilfiger, t-shirt lengan panjang Desigual dan overcoat putih Burberry. Sungguh kacak. Terlihat Aizel menatang sepinggan makanan. Aizel merapatinya dan duduk bersila di sebelahnya.
“Auntie Zarine cakap Aiz kat Leeds,” tutur Tia perlahan, enggan percaya apa yang sedang terjadi. Aizel menguntum senyuman. “Tapi, dia tak cakap yang saya balik malam ni, kan?”
Tia ketap bibir. Dia geleng. Aizel senyum lagi. Memang dia sengaja memberitahu mummynya agar jangan memberitahu sesiapa bila kepulangannya. Mahu mengejutkan Tia.
“Makanlah. Tak elok biarkan perut tu kosong tapi minum cocktail. Fyns bagitau awak belum makan lagi,” ujar Aizel, menyua pinggan yang berisi mixed grill itu.
“Macam tu kita sekarang? No more sweet nothings like the one in your letters? Just saya awak? I want us like before.”
Aizel senyum lagi. Mata hijaunya bersinar, merenung Tia penuh kasih. “Sorry. Awak makanlah dulu. Saya masuk kejap,” ujar Aizel lantas bangkit dan mula berlalu.
Tia hampa. Namun, dia turut bangkit. Dia tidak mahu melepaskan apa yang dia lepaskan dahulu! Egonya harus diketepikan. Dia tidak mahu kehilangan Aizel lagi.
Langkah Aizel terhenti saat terasa tubuhnya dipeluk dari belakang. “I miss you, Aizel. I love you! I’m sorry,” terdengar getaran di celah suara Tia. Aizel memutarkan tubuhnya, mengesat air mata Tia. Tersenyum. Dia tahu.
“Be mine forever?” tutur Aizel lembut.
Tia angguk.
Aizel senyum lantas menarik tubuh itu ke dalam pelukannya seerat-eratnya. Dia tidak akan membiarkan semuanya berulang lagi.
Tatiana Analiselle and Marc Aizel Izaac. Forever.
~TAMAT~
No comments:
Post a Comment