Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
Tia. Kalau semua ni tak bawa apa-apa makna pada awak, saya tak tau nak buat macam mana untuk memiliki awak semula. Saya dah cuba everything. As far as I hate to quit to try and get you back in my life, I might soon. This is my last resort, Tia. Please, I beg you. Give me a chance.
Saya tahu semua yang di depan mata mungkin hanya lakonan. Hati tak akan menipu, Tia. I can see it in your eyes, I can feel it in your heartbeat when we’re close.
Saya terlalu sayangkan awak. Awak terlalu istimewa buat saya. This is the truth. When you walked into my life, you changed everything about me. Nothing is ever the same. And I liked it. Awak buat saya mengerti erti punya perasaan, Tia. Tak akan ada sesiapa yang boleh gantikan awak. Dan saya tak nak ada sesiapa pun yang gantikan awak. You have a special place in my heart, in my life, in my dreams, in my future, in my whole world.
Every moment we spent together was very special. And I won’t trade it in for anything. Even to be the No. 1 tennis player in the world, which you know I would even die for.
Tia, please take me back. My life is empty without you. I won’t say I love you, because I don’t. Saya tak akan cakap saya sayangkan awak, sebab saya tak sayangkan awak. Tapi, saya cintakan awak, sepenuh hati. Cinta Tia. Cinta.
Your servant
Marc Aizel Izaac
Tia melipat semula surat yang diletakkan di atas meja studinya. Setiap hari pasti ada sepucuk surat yang menunggunya saat dia pulang ke rumah. Sudah hampir tiga minggu peristiwa Summer Splash Bash itu berlalu dan sejak itu, sudah lebih 18 pucuk surat diterimanya.
Aizel pula tidak jemu menghantar pesanan ringkas setiap pagi, tengah hari dan malam, meskipun hanya untuk mengucapkan, good morning and have a nice day. Namun, hanya itu yang menyapa Tia. Aizel langsung tidak menampakan dirinya pada Tia walau bayang-bayang dirinya sekalipun. Jauh di sudut hati, Tia menyesal.
Malam itu, seperti biasa, Tia melayan perasaan di balkoni, menghabiskan assignment. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup tubuhnya yang hanya dilitupi sweatpants Just Cavalli dan camisole La Perla. Tia memeluk tubuh. Entah mengapa dia berasa rindu pada kehadiran Aizel.
Tiba-tiba telefon bimbit Sidekick 3 berwarna hijaunya bergetar. Skrin dilihat.
1 text message received
Kalau sy xdpt mlihat dn menyentuh awk dkt
Izinkan sy mnjd perindu setia
Mmrhati awk dr jauh utk mengubati rindu
Tc.
Sejurus selepas itu, terlihat sebuah BMW X6 berwarna merah berlalu pergi.
~
Tia bangun lantas melihat jam tangan. Setelah game tenis bersama Tania petang tadi, dia terus tertidur. Jam sudah menunjukkan pukul lapan malam namun Tia langsung tidak berasa lapar. Dia menuju ke pintu balkoni. Mahu angin malam yang segar menerobos ke biliknya.
Tia tersentak saat melihat balkoni dihiasi berdozen-dozen bunga mawar peach kegemarannya. Satu sampul surat yang terselit antara salah satu jambangan itu dicapai.
I’m not here. But I want to make it special for you. Walaupun saya tak celebrate Valentine’s Day, tapi saya nak menyumbang kepada business scheme ni.
Happy Valentine’s Day and Happy Anniversary.
The day that we officially became friends. I told you I don’t forget you and us easily.
Aiz.
Tia tersenyum. Hatinya bagaikan terpujuk. Ya, hari ini, 14 Febuari adalah kali pertama mereka keluar bersama sebagai rakan. Dia terharu Aizel tidak lupa pada segala-galanya walaupun dia menunjukkan sikap dingin terhadap lelaki itu.
Tia duduk di antara kuntuman mawar yang menggunung di sekeliling balkoninya. Kagum yang Aizel dapat melakukan semua ini. Pasti ada lebih kurang 100 kuntuman mawar di situ. Tia menguluh. Dia betul-betul menyesal, tunduk kepada egonya sendiri sedangkan hatinya menjerit-jerit mahu mengatakan hal yang sebenar pada Aizel.
Jambangan mawar yang terdekat dipeluk erat, bagaikan itu Aizel. Dia betul-betul rindu. Tia mengeluh.
I’m sitting here thinking about how I’m gonna do
Without you around in my life
You want the truth, well girl I’m not alright
Do you still think of me?
Do you dram of me at night?
Let me tell you how it feels
It’s like everyday I die
I miss your face
I miss your kiss
I think that I’ll never love again
~
Entah berapa pucuk surat sudah terkumpul di dalam laci meja Tia. Selama itu, berbagai-bagai kejutan telah diterimanya daripada Aizel. Namun, jejaka itu tidak pernah memunculkan diri. Malah khabar berita Aizel pun dia tidak ketahui.
Hari itu, Tia dikejutkan lagi dengan kehadiran sebuah kotak hitam yang digandingkan dengan hydrangeas powder blue. Benda berupa begitu selalunya datang dari Raziq. Namun, mana mungkin. Raziq kini sudahpun melebarkan sayap ke seluruh Australia dan telah ketemu seseorang yang istimewa. Tia membuka kotak itu perlahan.
Terlihat sehelai skaf Hermes yang diikat bersama seutas jam tangan Rolex yang sedondon dengan jam tangan Rolex milik Aizel. Jam tangan pula itu digantung seutas rantai emas putih halus dan di hujung rantai itu pula sebentuk cincin Cartier Trinity. Akhirnya, sekeping kertas digantung pada cincin tersebut.
Today was our special day a year ago.
The balcony where it actually happened. It was magical.
I said I love you for the first time and it never was the last time.
The first time where it happened.
I can recall our special night exactly, still.
I love you, forever and always.
Aiz.
No comments:
Post a Comment