Sunday, June 7, 2009

CIKLET: FOREPLAY Chapter 48

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Tia membiarkan security memasang gelang tag pada pergelangan tangannya. Dilihat banner besar yang tergantung pada pintu masuk.

Welcome to BRP International’s Summer Splash Bash 2009!

Tia senyum sendiri. Terlihat konsep yang cuba diketangah oleh Natasha Dian. Hawaii Pink. No surprise. “So pink,” komen Nicole. Tia tertawa.

“Nic, tengoklah organiser dia macam mana?” sampuk Aviana. “Flamingo roadkill coming,” sambung Fyns. Terlihat Dian sedang menapak ke arah mereka, mengenakan bikini neon pink Roxy dan flip flop candy pink Havaianas.

“Nice to see you all dah sampai. So, what do you think?” ucap Dian seraya berputar. You mean you, or the party?

Both are victims of flamingo roadkills.

“Nice. Banyak pink, komen Tia. Ikatan pada wrap dress chiffon Marni diperkemaskan. Bikini top Gucci kelihatan samar-samar melalui fabrik itu.

“Biasalah. It’s my favourite colour. Kenalah buat statement! Enjoylah. You won’t believe who I got to open,” balas Dian sebelum berlalu.

Dengan bikini yang hanya melekat di tubuh, mereka menuju ke wave pool. Mata Tia terbeliak saat melihat Mark sedang berdiri di belakang konsolnya di tengah-tengah pentas. He’s opening the show?

Oh.

“What’s up?” teguran di belakang Tia itu memecahkan lamunannya. Dia menoleh. Terlihat Aizel dalam board shorts Calvin Klein, tangannya menjinjit surf board. Bibir pink jejaka itu menguntum senyuman. Rambut panjangnya pula basah dan menitik ke bahu. Namun, mata hijau itu kekal menusuk.

“Nothing,” jawab Tia pendek membiarkann air mengenggelami pangkal pahanya. Saat begitulah, rakan-rakannya pandai-padai mahu meninggalkannya. Tak boleh harap langsung.

“Tia,” terdengar suara Aizel bagaikan hampir di telinganya. Terasa nafas hangat Aizel di tengkuknya. Tia memejam mata. Tidak semena-mena, lengannya digenggam erat. Tia tersentak saat tubuhnya dipalingkan. Kini, wajahnya benar-benar hampir dengan wajah Aizel.

“I love you,” bisik Aizel. Tia mengetap bibir. Kini, tangan Aizel melingkari pinggangnya, menyentuh kulit yang tidak berlapik itu. Terasa meremang bulu roma Tia. Bibir Aizel semakin hampir dengan bibirnya. Namun, Tia pantas menolak tubuh tinggi lampai itu.

“Aiz. This is not right. Don’t do this. Orang nampak.”

Aizel senyum sinis. “Means, kalau tak ada orang, hanya kita berdua, ni semua okey?”

Tia tidak tahu hendak menjawab apa. Pantas dia berpaling dan mula melangkah. Langkahnya terhenti saat lengan direntap. “You can’t run away from me forever, Tia,” ucap Aizel serius. Matanya merenung tepat ke arah Tia.

“Stop, Aiz! Saya dah pernah cakap cukup! Awak dah ada Dian and that’s it!” bentak Tia kurang senang. Dia cuba melepaskan genggaman Aizel namun gagal.

Rontaan Tia terhenti saat Aizel memaksanya untuk merenung tepat ke matanya. Terasa lemah sendi Tia. Aizel menarik tubuh Tia rapat.

“Kalau saya cakap, saya dengan Dian dah tak ada apa-apa, macam mana?”

“But you...”

“I’m not done, Tia. Dian dengan saya dah breakup. Just awhile ago.”

Sekali lagi Tia terkejut dengan kata-kata Aizel itu. What is going on? Is he joking?

“Ingat lagi apa terjadi kat sini, setahun lepas? From that time I had you, I promised I won’t let you go easily Tia. No matter what. Saya anggap awak milik saya selamanya.”

Nafas Tia tersekat-sekat saat bibir Aizel menyentuh bibirnua. Tubuh Tia ditarik rapat supaya bersatu dengan tubuhnya. Kucupan itu terasa berlarutan untuk selamanya. “Ingat, sebelum Mark, sebelum Raziq, I was the first one who had you,” sambung Aizel lagi setelah kucupan terlerai.

Tia menggigit bibir. “Saya nak hak saya semula. I want you, Tia.”

“You know how crazy I’ve been waiting for you? Pretending to let you go and move on sedangkan hati ni, macam nak pecah? Saya tak boleh hidup tanpa awak. Tia, saya tahu, walau apa pun, Mark dan Raziq tak akan sama dengan saya kan? I know deep inside, you want me, you miss me, you still love me. You can deny it, but I can see the truth. Say it, Tia! Saya nak dengar awak cakap semua tu!”

Tia masih diam, mengetap bibir. Dadanya terasa sendat. Dia gelisah. Tia tunduk. Tidak tahu hendak berbuat apa. Kata-kata Aizel menusuk jantungnya. Kebenaran sudah ada di depan mata, Cuma dia tidak berani. “Tia, be my girlfriend again.”

Tia angkat wajah. Matanya terbeliak. “What?”

Dan bukan hanya suara Tia yang menuturkan ayat itu. Dian berpaling dengan dada berombak, menuju ke pintu keluar.

~

Dian menangis teresak-esak di dalam Volkswagen Beetle pink miliknya. Harapannya punah. Niatnya untuk memujuk Aizel supaya kembali kepadanya terkubur saat dia terdengar ayat itu meluncur dari bibir Aizel. Dia tidak menyangka rupanya selama ini, dia sekadar mainan Aizel. Dia telah dipergunakan!

Tia lebih rela menjauhkan diri daripada Aizel. Dia kini keliru dengan semua ini. Perhatian dialihkan pada tujuannya hari ini; to enjoy and crash the bash!

So, far, you’re on the right trail, honey.

Aizel membuka pintu penumpang dan duduk menghadap Dian. Direnungnya sekujur tubuh itu. Dia tidak tahu untuk berbuat apa. “Dian,” tuturnya perlahan. Disentuh rambut ikal separas pinggang gadis itu.

“Dian,” panggil Aizel lagi. Dian tiba-tiba menjerit. Wajahnya diangkat. Mata yang sembap itu merenung Aizel penuh hiba. “I love you, Aiz! With all my heart! Sampai hati you!”

Aizel mengetap bibir. Esakan Dian semakin rancak. “Dian, listen. I ada penjelasan buat semua ni.”

“What?”

“I memang sayang you. But not more than a sister. I cintakan Tia. It’s a different world between her and I. She’s special and nobody can replace how I feel towards her. You masih muda. Pasti ada banyak lagi lelaki yang sesuai untuk you. But I’m not the one.

“Dian, you boleh hidup tanpa I, I can assure you that. Tapi I tak boleh hidup tanpa Tia,” jelas Aizel.

If I had one single wish

I’d go back to the moment I kissed you goodbye

No matter how I try I can’t live without you in my life

Maybe you’ll say you still want me

Maybe you’ll say that you don’t

Maybe we said it was over

But I’m convinced we gave up too soon

Nothing left to lose after losing you

Baby I can’t let you go

When I run to you

When I come for you

Don’t tell me I’m too late

Tia keluar dari wave pool, membiarkan tubuhnya basah tanpa mencapai tuala. Next set dimulakan oleh Estrella. Terlihat Aizel mula melangkah ke arahnya dengan wajah sugul.

Namun, langkah Tia terhenti saat lengannya direntap buat kesekian kali. Terasa sengal menjadi mangsa. “Let me go, Aiz. Please! Saya tak nak apa-apa lagi drama. Tolonglah lepaskan saya,” bicara Tia tegas melepaskan genggaman Aizel. Penat. Itu sahaja di mindanya.

No comments:

Post a Comment