Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
Presenting : Tatiana Analiselle Tarmizi
You are invited to
The party of the decade!
Bukit Rahman Putra (International) High School
2009 Summer Splash Bash
Venue: Sunway Lagoon Theme Park
Time: 1200 pm onwards
Hello seniors of class 2009.
You and your fellow classmates are invited to
An exclusive pre-party.
Happening at Siloso Beach, Singapore
A week prior to the bash.
Please RSVP ASAP! See you there!
~
Tia memandang ke sekeliling Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. Seramai 25 orang pelajar senior dan 10 orang pelajar junior menghadiri weekend trip untuk pre-party di negara jiran itu.
Hand luggage snakeskin Dior sudah berada di dalam tangan. Tia mengerling jam tangannya. Lambat lagi ke?
Tia tersentak saat matanya ditutup sepasang tangan. Disentuh. Jantungnya mula berdegup kencang. It wouldn’t be. Tubuhnya dipalingkan.
“Raziq! Buat apa kat sini?” tanya Tia lantas memeluk tubuh sasa itu. Raziq senyum, nampak sungguh segak dengan slack Armani, kemeja lengan panjang berwarna purple Ralph Lauren Purple Label dan blazer Armani kelabu yang sedondon dengan seluarnya. So, model-ish.
Well, he is one, isn’t he?
“I have business. Lagipun, Tania ada bagitau Tia kat sini. So, I find my means and ways to come and see you. And I did,” jawab Raziq.
Pada masa yang sama, Dian baru sahaja sampai di arrival hall. Matanya mengecil cuba memfokus jejaka yang bersama Tia itu. Handsome. Dan macam pernah nampak.
“Handsomenya that guy! Eh, tu bukan model Ralph Lauren tu ke?” terdengar suara rakan baiknya, Andrea menegur. Pantas kaki dilangkahkan ke pasangan itu.
Sebaik sahaja dia ingin menghulurkan tangan kepada Raziq, Raziq telah mengenggam tangan Tia terlebih dahulu.
“Okay, guys. I have a surprise for you. Since pre-party is not starting until tomorrow evening, we are heading downtown first. Kita orang stay kat my dad’s hotel in Raffles Boulevard and we will be attending a special party in Zouk!! Umum Tia.
Yang lain semuanya bersorak. Dian dan pelajar junior lain ternganga. Tia melemparkan senyuman ke arah Dian dan mengenyit mata.
Lesson no 1: That’s how you rock it.
~
Raziq tersenyum melihat Tia sedang bergembira bersama rakannya. Seketika kemudian, terlihat Tia menjelingnya manja. Raziq rindukan gadis itu. Manja, nakal, seksi and hot. Sometimes cute, adakalanya sweet. Mampu membuatkan seseorang itu terkenang.
Raziq memerhati lenggok Tia. Kaki panjang dan sculpted lahir daripada bertahun bermain tenis itu dilitupi skinny jeans Tommy Hilfiger. Tangan yang panjang dan toned itu dibiarkan terdedah. Tubuh yang mempunyai bentuk seperti hourglass dan abs yang seperti Shakira itu pula dilitupi tank top putih Topshop.
Tia tersenyum ke arah Raziq dan berjalan ke arah lelaki yang sedang duduk dengan selesa di atas kerusi itu. Blazer Armani tersidai di belakang kerusi itu. Tia duduk di dalam pangku Raziq. Rambut jejaka itu dibelai. Secara otomoatis tangan Raziq berada di punggung Tia.
“Ziq rindu Tia,” bisik Raziq, membiarkan bibirnya bermain di leher gadis itu.
“I miss you too. Loads,” balas Tia kecil. Suaranya bergetar.
“But we only have today together. Tomorrow afternoon, lepas meeting, I’m gone baby.” Belaian pada rambut Raziq terhenti. “Tak boleh tangguh?”
Raziq geleng. Tia mengeluh. Tanpa sebarang amaran, Raziq mengucup bibir Tia. Kucupan itu dibalas.
Oh yes, the magic always happens.
~
Tia duduk menghadap gigi air. Lehernya yang mempunyai kesan love bite disentuh lembut. Ya, Raziq sudah pergi dan sedang dalam perjalanan pulang ke kota Sydney. Tia membiarkan dirinya hanya dilapisi mini shorts Esprit dan bikini Ed Hardy ditampar angin malam. Rambutnya yang hanya diikat dengan skarf Hermes, dibiarkan ditiup angin malam.
“Ehem,” deheman itu menyentakkan Tia. Dia mendongak. Terlihat Aizel sedang berdiri, mengenakan board shorts Billabong dan t-shirt Ed Hardy,, tangannya menghulur sebotol Heineken pada Tia. Huluran itu disambut. Aizel melabuhkan punggung di sisi Tia.
“Buat apa kat sini?” tanya Tia seraya meneguk air di dalam tangan. “Dian yang ajak. I figured, why the hell not. Must be fun, since you’re here,” jawab Aizel selamba. Tia sekadar senyum.
Suasana di antara mereka hening. Hanya bunyi desiran ombak dan bunyi dari kawasan party yang kedengaran. Dan entah mengapa, jemari Aizel menyentuh jemari Tia. Tanpa disedari, Tia membiarkan jemarinya digenggam utuh Aizel.
Tia pantas melepaskan genggaman Aizel saat dia mula menyedarinya. Pantas Tia bangkit dan ingin berlalu. Ini semua bukan untuk dirinya.
“Tia,” panggil Aizel. Lantas tangan Tia direntap, mematikan langkah gadis itu. Tangan Tia ditarik agak tubuhnya mendekati Aizel. Aizel merenung tepat ke anak mata Tia. Pipi mulus gadis itu dibelai lembut, dagu runcing Tia didongakkan dan tanpa kata-kata, bibir pink Aizel hinggap di bibir Tia. Tangan lelaki itu memeluk erat lekuk pinggang gadis itu.
Bagaikan dihipnosis buat beberapa ketika, akhirnya Tia menolak tubuh Aizel yang jauh lebih tinggi darinya. Aizel direnung tajam. “That did not just happened!” ujar Tia berang. Aizel sekadar senyum kecil. Kali ini, lengan Tia digenggam erat. “I masih ingat apa jadi kat Summer Splash tahun lepas. I takkan lupa. It was like fireworks.”
Tia mengetap bibir. Tanpa mereka sedari, babak drama mereka diperhati oleh sepasang bebola mata, bercontact lenses berwarna turqoise supaya sedondon dengan Aizel. Dian menyarung flip flops Roxy berwarna pink dan mula melangkah ke arah Aizel dan Tia.
They should be lucky – she missed the kissing part.
“Hey, what’s up?” tegurnya. Aizel melepaskan genggaman. “Oh, nothing,” jawab Aizel. Tangannya meraih bahu Dian supaya rapat kepadanya. Tanpa pamitan Tia terus berlalu.
~
Tia duduk di salah sebuah kafe sementara menunggu masa untuk boarding. Tangannya sibuk dengan PSP slim sementara telinganya disumbatkan dengan headphones. Hari ini, tubuhnya dilitupi maxi dress Diane von Furstenberg. Kakinya pula disarung sepasang flats Yves Saint Laurent.
Jam tangan Omega dikerling. Setengah jam lagi untuk boarding. Tia meneruskan lagi aktivitinya. Enggan peduli pada apa yang berlaku di sekelilingnya. “Hey,” tegur Aizel seraya duduk di sisi Tia. Headphones gadis itu sengaja ditanggalkan untuk menarik perhatian.
“Apa lagi? Tak ada orang lain lagi ke nak dikacau? Dian mana?” ujar Tia bengang. Matanya masih tertumpu pada skrin kecil alat permainan video itu. Aizel merampas PSP dari tangan Tia dan memaksa gadis itu memandang ke arahnya. “Aiz, apa ni? Tak boleh ke tak kacau hidup saya? Last night was enough okay?” bentak Tia cuba mengambil semula PSP dari tangan Aizel.
Aizel tersenyum nakal. Cap Abercrombie & Fitch diatur. “Was enough Tia? Tak cukup lagi untuk puaskan saya. Come on, I know what you can do. And you know I can do a whole lot more,” ucap Aizel menggoda. Tia mendengus marah.
“Apa-apa pun Aiz, I don’t care! Awak sekarang dah ada Dian, dah lah! Enough okay?” Tia membalas.
“Tia, walau sesiapa pun dengan saya, you’re the only one that completes me and satisfies me. We look perfect together. Awak tak perlu ubah apa-apa pada diri awak, kita memang nampak padan. Tengok Dian tu. Tak perasan rambut dia pun tiba-tiba berubah warna, mata pun dah pakai contacts. You know I like natural girls!”
Namun kata-kata Aizel terhenti di situ saay melihat Dian menghampiri mereka dengan mikro-mini skirt Miss Sixty dan tank top putih The Gap. “Babe! Puas I cari you tau. Borak apa tadi?” ujar Dian manja.
“Oh, nothing. Nothing that concerns you,” tipu Aizel. Aizel merenung ke arah Tia selamba. Tia tersenyum tawar.
Handsome Liar, Aizel.
Terlihat Dian pula tersenyum manis, trying to be cute. Sungguh menjengkelkan. Terasa meluat seluruh jiwa raga melihat aksi menggedik Dian. Macam flamingo dicekik.
“Tia,” panggil Fyns seraya menggamit lengan Tia, cuba menyelamatkan keadaan dan membawa Tia pergi dari situ.
Sidekick 3 berwarna lime green Tia berbunyi.
AIZEL
Rmmbr wht i said
C u whn we get home.
No comments:
Post a Comment