Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
Tia duduk, memeluk kaki sambil menekan-nekan remote, mencari cerita menarik untuk ditonton. Hari itu, adalah hari Jumaat. Dia masih mengenakan uniform dan melepak di apartmen Aviana. Dan hari itu, telah masuk dua minggu Raziq pergi.
“So, apa plan kita orang?” tanya Fyns, melabuhkan punggung di sebelah Tia dan menghulurkan sebungkus keropok kepada rakannya itu. Tia menolak.
Ketiadaan kedua ibu bapanya menyebabkan Aviana mengajak mereka semua melepak di rumahnya sebaik sahaja sesi persekolahan habis. Johann, Atiq dan Ean turut berada di situ. Itulah kali pertama mereka melepak bersama setelah semester baru bermula.
“Hoi!” jerit Tia apabila Ean merampas remote daripadanya secara tiba-tiba. “Aku tengah tengok la wei!” protes Tia lagi. Ean menjelirkan lidah. “Alah, kejap la. Kau gosip-gosip la dulu. Aku tengok,” balas Ean tersengih. Tia mencebik.
“Eh, aku tanya korang ni, apa cer malam ni? Takkan nak dok lepak kat rumah Avi je?” tanya Fyns lagi. Tia sekadar jungkit bahu.
“Apa? Rumah aku tak interesting ke?Okay ape,” balas Aviana. “Tak!” jawab Johann selamba. Sebiji kusyen kecil dilemparkan ke arahnya, namun sempat dielak.
“Atiq, bukan kau cakap ada party ke malam ni?” sambung Johann lagi, mengambil tempat di sebelah Ean yang sedang khusyuk menonton TV. Atiq mengerutkan dahi. Cuba mengingati.
“Yeah. Kat Heritage Row. Nak pergi ke?”
“Sure,” jawab Fyns. “Lagipun, kawan kita ni, needs to enjoy,” sambung Aviana seraya menuding ke arah Tia. Tia mencebik.
~
“Tia nak ke mana tu?” tanya Puan Dorheen apabila melihat Tia keluar dari biliknya, siap mengenakan jeans Tommy Hilfiger dan spaghetti strap backless Armani Exchange. Di kakinya tersarung strappy stiletto Gucci. Semerbak wangian Gucci Rush memenuhi ruang itu. Tia sekadar tersenyum. Di tangannya pouch kecil Anya Hindmarch.
“Nak keluar with the girls,” jawab Tia pendek. Rambutnya sekadar diikat satu. “Hmm, take care. Don’t drink and dirve,” ujar Puan Dorheen sebelum tubuh Tia membolosi pintu.
Saat Tia sampai, suasana di dalam club sudah mulai sesak oleh orang ramai. Scene club sudah mulai bingit dengan hiruk pikuk pengunjung yang bagaikan berlaga dengan arrangement music techno, trance, house, rnb. Mereka terus menuju ke salah satu tempat duduk, Ean pula sudah menapak ke bar, memesan minuman.
“Is it okay if we fly tonight?” ujar Johann pula, membuka cigarette case yang dipenuhi dengan batang joint. “It’s pure,” sambungnya lagi seraya menyalakan sebatang joint dengan Zipponya.
Sebaik sahaja minuman sampai, meja dipenuhi dengan dua bucket Heineken, sebotol Absolut, sebotol Jack Daniel’s dan sebotol coke. “Oick your potion people,” ucap Ean lantas mencapai setin Heineken. Tia pula memulakan malamnya dengan satu shot tequila sebelum menuju ke dance floor.
Setelah dua shot tequila, tiga shot vodka, tiga round Heineken and one coke and rum, Tia masih lindah menari. Tiba-tiba, bahunya dicuit, dia berpaling. “Hey,” suara itu mematikan gerakan lincah tubuh Tia. Tia terpaku, dadanya turun naik, pandangannya samar. Heavy.
“Mana Dian?” entah mengapa soalan itu yang terpacul dari bibir Tia yang dilapisi gincu berwarna violet Dior Addict. Aizel tersenyum sinis. Dia menarik tangan Tia supaya tubuh gadis itu rapat dengannya. Dia pasti Tia mengenakan kasut tumit tinggi kerana dengan mudah bibirnya boleh mengucup leher Tia tanpa tunduk terlalu rendah.
“Dian is not old enough for all of this,” ujar Aizel dengan slanga British yang sempurna. Bunyinya asli dan tidak dibuat-buat.
Well, his mom’s British. It has to go somewhere, somehow doesn’t it?
“But you are old enough. And that’s hot. It turns me on,” bisik Aizel lagi. Kali ini, bibirnya dibiarkan hampir dengan bibir gadis itu. Hanya beberapa sentimeter sahaja yang memisahkan wajah mereka. Aizel membiarkan tangannya menyentuh belakang Tia yang tidak dilapisi fabrik. Tangan Tia pula sudah mengenggam tengkuknya. Sebelah lagi tangan Aizel menuju ke punggung gadis itu, menarik tubuh Tia rapat.
Tanpa sebarang amaran, bibir mereka bersentuhan. Sentuhan bertukar menjadi kucupan, kemudian cumbuan yang bakal menggegarkan dunia.
Well, not exactly the world, but it’s rockin it.
~
Tia mengetuk apple mac air sambil menghirup vanilla latte kebiasaannya. Terdapat beberapa essay yang perlu diperbaiki sebelum dihantar sewaktu kelas nanti.
Tia meraup rambutnya yang dibiarkan lepas. Kemeja navy blue Ralph Lauren berlengan panjang dibiarkan tidak dilapisi blazer rasmi BRP High. Di kakinya, tersarung kitten heels MiuMiu. Pergelangan tangannya pula dihiasi bangles Coach selain dari jam tangan Omeganya.
“Hai, Tia. Sorang je?” teguran Dian itu mengejutkan Tia. Tanpa dijemput, flamingo roadkill itu duduk di hadapannya, tersenyum lebar. Aizel yangg bersamanya jua tidak mempunyai pilihan kecuali untuk duduk bersama. Tia tersenyum tawar.
“Hmm, takdelah. Ni, laptop I ada temankan,” Tia sengaja loyar buruk. Aizel tersenyum kecil, menahan tawa.
Aizel mencuri padang wajah Tia yang berlagak selamba. Teringat apa yang terjadi di antara mereka tempoh hari.
Saat party di club itu berakhir, Aizel telah membawa Tia ke Mandarin Oriental. Johann, Atiq dan Ean turut menginap di hotel yang sama.
Masih teringat bagaimana tubuh Tia jatuh di atas tubuhnya. Masih teringat bagaimana kulit selembut sutera itu terasa pada sentuhannya. Masih teringat bagaimana setiap inci dan lekuk tubuh Tia berada hampir dengannya. Aizel pergi pagi itu sebelum Tia bangun, meninggalkan satu kucupan pada pipi gadis itu.
“Hmm? Aiz. Buat apa pagi-pagi kat sini? Kan dah tak sekolah lagi?” tanya Tia akhirnya, perasan dengan keganjilan kehadiran Aizel pada pagi itu.
“No, hantar Dian ni aje. Nak check out campus. Rindu,” jawab Aizel pendek. Tia sekadar angguk. Jam tangan dikerling.
“And by the way kan, Tia. I akan jadi organiser Summer Splash tahun ni! I can’t wait. You will be orang pertama yang I akan kasi invite. Tunggu tau!” sampuk Dian. Tia sekadar tersenyum.
~
Tia mengikat kasut Reeboknya sementara menunggu pasangannya datang untuk latihan tenis di salah sebuah dari tiga buah gelanggang tenis BRP High.
“Hey,” suara yang menegurnya itu mengejutkan Tia. Tubuh diluruskan, Tia mengurut dada. Satu jelingan tajam dihadiahkan buat Aizel. Aizel sekadar membalas dengan senyuman. Dia berpeluk tubuh, memerhati gelagat Tia yang sedang memanaskan badan.
“Buat apa menyemak kat sini? Dian doesn’t even play. She’s a cheerleader. For the basketball team,” ucap Tia kurang senang. Aizel tergelak kecil lantas melangkah ke arah Tia. Rambut Tia yang diikat satu ditarik.
“Hoi! Sakitlah, bangang!” protes Tia. Dia benar-benar rimas dengan kehadiran Aizel. Macam lalang. Datang tanpa dijemput, pergi tanpa disuruh.
“Coach yang suruh. I’m gonna play with you,” jelas Aizel. Tangannya menghayun raket sebelum melangkah mengambil bola di dalam bakul. Tia mencebik.
“Why you? Macam tak ada orang lain!”
“Nope. Kenapa? Tak suka? Orang cakap, mula-mula benci, lepas tu sayang,” Tia cebik lagi mendengar statement Aizel yang berani itu. “I have loved you Aiz. And it’s a past tense.”
Aizel senyum. “Never say never.”
“Cepat!” sambung Aizel lagi sebelum memukul punggung Tia dengan raket. Tia jeling lagi.
Oh wow.
No comments:
Post a Comment