Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
Tia tergamam. Dia terduduk. Berita itu adalah sesuatu yang kurang boleh diterima. Hatinya terasa sakit dan ditoreh sedalam-dalamnya. Jemarinya mencengkan kuat sisi katil. Bibirnya diketap, cuba untuk menghalang dirinya daripada menangis.
Di hadapannya, Raziq berdiri tenang. Memeluk tubuh. Kemudian, dia duduk di atas lantai, menghadap Tia. Tia tidak peduli jika malam semalam adalah malam yang terindah bagi mereka. Semua itu bagaikan tidak punya erti. Musnah!
“Sayang,” panggul Raziq perlahan, meletakkan tangannya di atas lutut Tia. Tia diam membisu. Cuba memproses kata-kata Raziq tadi.
Raziq baru sahaja memberitahunya yang dia akan berpindah ke Australia buat sementara waktu, mungkin untuk jangkamasa yang agak panjang atas arahan Tan Sri Qamal. Raziq diperlukan di sana untuk menyelia beberapa projek penting serta menguruskan branch office terbaru mereka. Raziq tidak akan pulang selagi semua itu belum selesai.
“You can’t say no?” tutur Tia akhirnya. Raziq mengeluh dan menggeleng.
Bullshit.
Kali ini, giliran Tia pula menghempaskan nafas. “I’m sorry,” ucap Raziq buat kesekian kali. Jika hal ini boleh dielak, dia akan berkata tidak. Tapi, Tan Sri Qamal berkeras. Tangan Raziq dialih dan Tia bangkit. Dia mula mengemas barangannya. Raziq mengikut langkah Tia. Suasana hening. Bibir mereka bagaikan terkunci.
Setelah Tia habis mengemas barangnya, cincin yang baru sahaja disarung semalam, ditanggalkan dan diletakkan di atas meja.
“Sayang, wait!” ucap Raziq, memerhati kelakuan Tia. Tangan Tia direntap. “Jangan buat macam ni, sayang,” rayu Raziq. Tia geleng. Pipinya mula dibasahi air mata. Tubuhnya mula ditarik rapat ke tubuh Raziq. Ubun-ubun Tia dikucup penuh kasih. Air mata Tia semakin deras.
“No, sayang. Tia tak boleh buat macam ni. Kita dah janji! No distance relationship. It won’t work,” ujar Tia perlahan di celah tangisannya.
“Tapi,” Raziq cuba memberi alasan. Tia geleng. Kemudian, dibiarkan bibir mereka bertaut lama. “I love you,” ucap Tia perlahan sebelum melangkah menuju ke pintu. Sekali lagi Raziq menahan Tia dengan satu kucupan. Namun, dia tetap pergi. Dan pintu itu tertutup.
Kali ini, pintu itu tidak akan terbuka lagi.
I will always love you, bisik hati Raziq.
~
Raziq duduk di birai katil, meraup rambutnya untuk kali yang entah keberapa. Dia mengeluh. Dirinya terasa resah. Terbayang saat ketika Tuan Imran memberitahunya berita itu. Barangnya belum siap dikemas, namun dia tidak punya semangat untuk melakukan semua itu.
Raziq menoleh ke kiri. Terlihat potret bersama Tia. Segalanya tentang dirinya dipenuhi Tia. Ruang ini, bilik ini, seluruh hidupnya! Mana mungkin dia boleh pergi jika hidupnya tiada bersama Tia.
Setelah pemergian Tia awal tadi, cincin itu telah disarungkan pada rantai yang sentiasa dipakainya. Raziq mengeluh. Direnung lagi potret bersama Tia. Semua ini harus berubah. Semua ini tidak semestinya berakhir di sini. Raziq nekad!
~
Tia mengenggam utuh pagar balkoni, seperti melepaskan kekecewaannya. Air matanya dibiarkan mengalir bersama gema esakannya. Dadanya terasa sesak. Kesakitan ini adalah sesuatu yang dia tidak mahu rasakan.
Tia tersentak saat terasa tubuhnya dirangkul dari belakang. Tanpa menoleh, dia tahu milik siapa tangan gagah itu. Tia mengenggam tangan itu, seperti tidak mahu melepaskan insan itu pergi.
Tubuhnya dipalingkan. Raziq mengesat air mata dengan tangannya. Kemudian, diraih lagi tubuh Tia ke dalam pelukannya. Dia sediri sebak melihat gadis itu begitu. Sungguh, dia tidak mahu Tia menangis. Dia telah berjanji.
“Don’t go please. Jangan tinggalkan Tia,” rayu Tia di celah esakannya. Namun, Raziq kekal terdiam. Dia Cuma membalas dengan kucupan demi kucupan di wajah Tia. Kucupan itu terus menjalar ke bibir Tia. Terdengar rintihan di sebalik esakan dari gadis itu. Raziq mendukung tubuh Tia ke katil. Tubuh mereka rebah di atas tilam empuk itu.
“Sayang, please,” rintih Tia, menarik tubuh Raziq rapat. Satu kucupan hinggap di dada bidang lelaki itu yang tidak berlapik. Tubuh Raziq menindih tubuhnya. Dibiarkan jemari Raziq menari di atas kulitnya, di segenap tubuhnya.
“Ziq,” terdengar suara Tia merintih lagi. Namun pantas bibirnya menjadi sasaran Raziq. “Shh, sayang. Ziq nak moment ni, jadi our most memorable one. I love you,” ucap Raziq perlahan.
~
Raziq membuka kelopak matanya. Fajar bakal tiba. Dia menghidu haruman rambut Tia yang baring di sisinya. Dikuak perlahan rambut coklat yang menutupi wajah indah itu. Tenang. Raziq tersenyum kecil. Dia ingin menyerapkan semua ini dalam memorinya. Tidak ada satu pun yang tinggal.
Raziq memeluk erat tubuh Tia yang masih lena. Dikucupnya bahu gadis itu. Tanpa disedari matanya ditakungi air mata. Raziq mengetap bibir, cuba menahan air mata daripada gugur. Pelukan dieratkan lagi. Pipi Tia dikucup penuh kasih, kemudian ubun-ubun gadis itu pula.
God, I love her.
Raziq mengerling jam tangannya. Sudah masanya dia pergi. Tapi, dia bagaikan tidak mampu melepaskan rangkulannya. Meninggalkan bidadari hatinya yang sedang lena. Akhirnya, digagahkan jua diri untuk bangkit dari katil. Tubuh Tia diselimuti.
Selesai mengenakan pakaiannya kembali, Raziq menatap wajah Tia. Dia belum puas. Dia melangkah perlahan ke arah Tia.
Raziq menanggalkan rantainya dan diletakkan ke dalam tangan Tia yang sedang lena. Raziq mengucup jemari itu. Air matanya menitis jua. Dikucupnya ubun-ubun kekasihnya itu buat kali terakhir sebelum dia melangkah ke pintu.
Dan kali ini, pintu itu tidak akan dikuak lagi.
Kali ini, dia membiarkan hatinya ditinggalkan.
Kali ini, dia rela merindu dan menghitung waktu.
Kali ini, Raziq kalah.
Kali ini, dia kenal cinta.
Ingin ku pandang wajahmu di setiap ketika
Ingin dibelai selalu, rasa bahagia dalam dakapanmu
Kau pergi membawa hati ini
Tinggalkan ku sendiri dalam sepi
Lafazkan cinta dari bibirmu
Bisikan rindumu dengan syahdu
Pintaku hanya satu
Usah kau berlalu
No comments:
Post a Comment