Sunday, June 7, 2009

CIKLET: FOREPLAY Chapter 44

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Tia menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Lagi dua hari semester baru akan bermula. Lagi dua hari dia akan bergelar sebagai seorang pelajar senior, tahun terakhir, Gred 12, BRP High.

Namun, telah dua hari jua dia berpindah semula ke rumahnya sementara Raziq pula berangkat ke Australia. Seperti biasa atas tugas-tugas tertentu yang diberi Tuan Imran kepadanya.

Tia mengeluh. Tubuhnya dipalingkan ke kiri dan ke kanan. Dia mula gelisah. Dia duduk semula. Kali ini, telefon bimbit Sidekick 3 dicapai. Namun, skrin tetap kosong. Tiada pesanan ringkas, mahupun panggilan daripada Raziq. Alat komunikasi itu diletakkan semula di atas meja.

Seketika kemudian, terdengar pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Tania. “Nak apa?” tanya Tia, kenal sangat dengan perangai adiknya itu. Tania tersengih dan melabuhkan punggung di atas katil Tia. “Nak pergi shopping for school. Boleh? Temankan Nia aje. Please?”

Tia mengerling jam tangan Omega di tangan. Cukup awal. Akhirnya, dia bersetuju.

~

Tia membuka pintu keretanya dan menyandang oversize bag Marc Jacobsnya yang berisi beberapa buah buku dan laptpnya. Tania pula sudah berlari menuju ke dalam bangunan. Tia memejam mata dan menghirup udara pagi yang segar. Dia tersenyum puas dan menutup pintu kereta lantas mengaktifkan central lock.

“Welcome back, chias!” ucap Nicole pada Tia, Fyns dan Aviana sebelum menutup pintu Range Rover miliknya. Mereka semua berkumpul di sisi BMW Z4 milik Aviana. “Korang tak pergi kafe ke?” tanya Nicole, menyandang messenger bag Ballynya. “Tak. Tunggu kau,” jawab Fyns.

Saat mereka ingin berlalu, perhatian mereka ditarik oleh sebuah Volkswagen Beetle convertible berwarna Candy Pink masuk ke perkarangan letak kereta. Seluruh mata warga BRP yang berada di situ bagaikan terpaku pada kereta dengan warna yang sungguh menyilaukan itu.

Dian memandu keretanya dengan bangga. Almaklumlah, kereta baru, boleh show off. Dian menjumpai sebuah space lantas memarkirkan sweetheartnya itu.

Saat dia keluar, dia perasan yang keretanya diparkir bertentangan dengan Mercedes SLK 55 dengan chrome rims 20” milik Tia. Tidak jauh dari situ, Tia berdiri. Dengan beg Marc Jacobs tersandang di bahu, kemeja cream Thomas Pink yang dilapisi blazer rasmi BRP High, pleated biru BRP yang dililit skarf Hermes off-white dan pumps putih Chanel. Dian melambai ke arah Tia. Lambaian dibalas sebelum dia menuju ke arah rakannya.

Tia mengambil tempat di meja biasa di kafeteria sementara menunggu pesanan vanilla lattenya. Dia melihat sekeliling. Memerhati dan mengamati suasana hari pertama persekolahan. Terdapat beberapa kumpulan pelajar freshmen yang sedang meronda, melihat kampus BRP yang luas dan dilengkapi dengan pelbagai kemudian yang diperlukan. Tia menghembus nafas.

“Rasa macam pelik aje kan bila kita aje yang ada?” ujar Aviana saat dia duduk di hadapan Tia, meletakkan paper cup berlogo Starbucks di hadapan gadis itu. Tia menghirup cecair panas itu perlahan dan menanggalkan blazernya. “Yeah. Macam sunyi semacam.”

“And by the way, nampak tak girlfriend Aizel tadi?” ucap Fyns mula membuka cerita. Tia tergelak kecil. “God, how can I miss? Orang buta pun boleh nampak tau! Pink gilaaaa!”

Mereka berempat ketawa. “She’s like a freaking flamingo or something. Semua pink!” sambung Tia lagi, menahan tawanya. “Flamingo roadkill!” tambah Nicole. Tawa mereka pecah lagi.

“Eh, tapi kan, aku tengok everytime dia jumpa kau aje dia excited. Macam tengok Hannah Montana ke apa aje,” ujar Aviana saat tawa mereka reda. Tia kerut dahi dan jungkit bahu.

“I don’t care anyway. I’m allergic to flamingoes,” jawab Tia selamba sebelum tertawa lagi.

~

Tia membuka apple imac air dan menyambung external hard rive yang dikhaskan untuk menyimpan fail yang berkenaan dengan pelajaran. Terasa sungguh sebal kerana kelas pertama yang harus dihadapi adalah Calculus.

Sedang Tia menaip nota yang berisi introduksi kepada apa yang akan dihadapinya dalam kelas itu sepanjang semester, window skypenya terpampang.

raziq imran says:

morning sayang

happy 1st day of schl! ;)

srry i ddnt call u or anythg

bz sgt

nw pn kt ofc.

tgh meetg. got bored, saw my syg on9

tia tarmizi says:

mrng...

sokay la bby

tia rndu syg

pg2 lg da calc. boring! xD

raziq imran says:

lol. well, b8er thn a brg meetg kn?

i wish i cld meet u nw

peluk cium syg

rndu sgt

tia tarmizi says:

baliklh cpt

u cn hv me all to urself n do whtevr u like

:p

raziq imran says:

nakal sayang

soon sayang. i prmise

g2g da ni. i’ll call u lunch nnti

ok? ily. tc

tia tarmizi:

k. ily2. tc. mwahs!

xoxoxoxo!!!

Tidak lama kemudian, window chatbox Facebooknya pula terpampang.

Nicole Davidson:

hoi! IMg during class.

1st day of schl. nakal ye?

Tia Tarmizi:

yeah rite.

n i’m d 1 fbing? o.O

Nicole Davidson:

ditto! :p

~

Sudah empat hari Raziq tanpa suara. Hari ini, Tia pulang dengan perasaan hampa. Hari sudah beransur senja namun Raziq kekal tanpa berita. Menghilangkan diri secara misteri lagi. Tia mengeluh.

Selesai membersihkan diri dan bersiap, Tia mencapai semula kunci keretanya. Ingin ke penthouse yang tidak lama dahulu dikongsi bersama Raziq untuk mengambil beberapa barang yang tertinggal.

Saat tombol penthouse diputar, kakinya melangkah ke ruang penthouse yang kemas. Tia menghirup udara di sekelilingnya. Haruman Raziq berlegar di sekitar ruang, seperti dia masih berada di situ. Tia melangkah menuju ke terrace, dia mahu mengubati rindunya.

Tia tersentak saat terasa pinggangnya dirangkul erat dan kemas dari belakang. Lehernya dikucup penuh kasih. Tia memalingkan tubuhnya sebelum memeluk tubuh sasa itu erat.

“Sayang, Tia rindu sangat!” ucap Tia dengan suara yang sebak. Terasa ini bukan realiti. Mimpikah dia?

“Bila sampai?” tanya Tia saat pelukan terlerai. Melihat matahari terbenam bersama, Raziq merangkul pinggangnya dari belakang. “Baru je. Ingat nak surprisekan sayang,” ucap Raziq sambil membelai rambut Tia. Tia menyandarkan kepalanya di dada Raziq. Terasa sungguh sempurna saat itu.

Raziq memalingkan tubuh Tia supaya menghadap dirinya. Tanpa bicara, dia mengenggam jemari Tia. Sebentuk cincin dikeluarkan dari poket dan disarungkan ke jari mulus itu. Tubuh Tia ditarik ke dalam pelukan dan bibir gadis itu bertaut dengan bibirnya, lama.

Whenever I’m alone with you

You make me feel like I am whole again

Whenever I’m alone with you

You make me feel like I am free again

However far away

I will always love you

However long I stay

I will always love you

Whatever words I say

I will always love you

No comments:

Post a Comment