Sunday, June 7, 2009

CIKLET: FOREPLAY Chapter 43

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Tia membuka kelopak matanya perlahan. Kemudian, terasa pinggangnya dilingkari tangan yang agak sasa namun menyentuhnya lembut. Terasa hangat hembusan nafas di lehernya. Kakinya bersimpuh antara kaki insan yang lain itu.

“Morning,” terdengar bisikan suara itu di telinganya. Dia memutarkan tubuh untuk menghadap Raziq. Terlihat mata jejaka itu masih terpejam. Namun di bibirnya, segaris senyuman. Yearp, they moved in together already.

“Is it okay kalau Ziq sambung tidur sikit lagi?” ucap Raziq perlahan. Tia cuma diam, membiarkan Raziq mengulit mimpinya semula. Entah berapa lama mereka begitu. Sehingga mereka dikejutkan dengan bunyi loceng pintu dan ketukan yang bertalu-talu. Tanpa mengenakan baju, Raziq terus sahaja menuju ke pintu masuk.

“Eh, mama,” jantung Tia bagaikan terhenti sebaik sahaja dia terdengar ayat Raziq itu. Apa Puan Mira buat kat sini? Pantas dia bergegas menuju ke bilik air.

Setelah bersiap ala kadar, dia menuju ke ruang tamu sementara Raziq mandi. Dia sekadar menuangkan teh untuk Puan Mira sementara menunggu room service untuk breakfast. Tia terasa kekok walaupun Puan Mira berlagak selamba. Tia akhirnya sekadar melepak di dapur.

“Mama tak tahu pun Fez dah ada house mate sekarang ni?” tanya Puan Mira sebaik sahaja Raziq muncul semula. Raziq tidak mengendahkan kata-kata mamanya itu dan menuju ke dapur. Tia menghulurkan segelas jus sebelum Raziq mengucup hidung Tia.

“Fez yang suruh dia pindah sini. Kenapa? Mama ada apa-apa masalah?”

Puan Mira mendiamkan diri. Dia sebenarnya rindu akan kedatangan Raziq di rumah. Sejak peristiwa putus tunang beberapa minggu lepas, Raziq tidak lagi menjejakkan kaki ke rumah itu lagi. Jika mahu ketemu Tuan Imran pun, Raziq rela ke pejabat.

“Tak ada. Ni, Atuk suruh sampaikan. Jangan tak datang,” ujar Puan Mira lantas bangkit dan menuju keluar. Di coffee table kaca kini sekeping kad jemputan ringkas berwarna cream. Raziq mencapai kad itu tanpa membacanya terlebih dahulu langsung menuju ke kamar.

Saat langkahnya sampai di dalam bilik, terlihat Tia sedang menyikat rambut di hadapan cermin. Diletakkan tangannya di atas bahu Tia dan dikucup pipi gadis itu sebelum melemparkan kad jemputan ke atas katil. Raziq merebahkan tubuh di atas sofa di dalam bilik dan menekan remote TV.

“Apa ni?” tanya Tia, mencapai kad jemputan. Raziq jungkit bahu. Malas mahu peduli. “Mama cakap Atuk suruh sampaikan,” balas Raziq. Tia duduk di sisi Raziq dan menghulurkan kad jemputan itu, menyuruh Raziq membaca.

Annual Yasmin Qamal Charity Auction Gala

Invitation for two.

Black tie.

“So, are you going?” tanya Tia lagi. Raziq sekadar jungkit bahu.

~

First red carpet even mereka saat mereka berdua kembali bersama. Entah mengapa jantung Tia berdegup kencang saat Hummer H3 milik Raziq menuju ke perkarangan hotel.

Entah mengapa Tia merasakan gaun labuh Dolce & Gabbana tidak cukup elegan, clutch Givenchy kurang menyerlah dan stiletto Manolo Blahnik bagaikan kurang sepadan. Semuanya rasa tidak cukup jika dia berdiri di sebelah Raziq yang segak mengenakan tuksedo Armani dan kasut Louis Vuitton. Raziq, cucu kepada Tan Sri Qamal, pewaris kepada empayarnya.

Lamunan Tia terhenti saat merasakan jemarinya digenggam kemas oleh Raziq. Secara otomatis, bibirnya menguntum senyum, menghadap lensa kamera yang tidak henti-henti menyimbahi lampu flash. Kedatangan Raziq Adrian Hafez, pewaris empayar Tuan Imran dan Tan Sri Qamal perlu dipotret.

Sebaik sahaja masuk ke dalam ballroom, mata Tia meliar, mencari wajah yang dikenalinya. Akhirnya, bibirnya menguntum senyum melihat Fyns yang mengenakan dress Roberto Cavalli dan Aviana anggun dengan gaun Valentinonya.

“Oh my God! You girlfriend model Ralph Lauren tu? You look so pretty!” suara yang tiba-tiba mencelah itu membuatkan Tia menoleh ke belakang.

Dian, top to toe pink (no surprise there people) in an Emilio Pucci dress. Tersenyum lebar dan berkepit dengan Aizel. Nothing new.

Tia senyum. “Yes, kenapa?” tanyanya selamba. Diam membalas dengan gelengan. Mata Ean terbeliak melihat gadis yang bersama Aizel. Atiq dan Johann pula saling berpandangan.

What happened to you dude? Has your taste down graded to rabbits in a cage now?

Ouch.

“Hey, sayang,” sapa Raziq secara tiba-tiba, mengucup pipi Tia dan melingkarkan tangannya pada pinggang gadis itu. Senyuman dilemparkan pada yang lain. Tia perasan yang Dian tersipu-sipu.

She’s blushing? What ever for? Motherfucker!

~

Raziq menutup pintu dengan kakinya. Enggan melepaskan tubuh yang berada dalam dakapannya itu. Bibirnya tidak lepas membanjiri kucupan demi kucupan di segenap anggota yang mampu dicumbui. Sesekali terasa jemari Tia menarik rambutnya yang kini telah kusut serta rengekan manja dari bibir mungil itu.

Dress ivory ditanggalkan perlahan sebelum Raziq meneruskan lagi kucupannya di serata tubuh sempurna itu. Terdengar erangan Tia dengan suara seksinya. “I love you,” bisik Tia perlahan. Raziq tersenyum. “I love you too.”

Raziq bangun keesokan hari, merasakan kulitnya bersentuhan dengan kulit hangat. Dia menarik tubuh itu rapat kepadanya dan mengucup leher jinjang itu. Tia mendesah kecil. Kini, segalanya telah sempurna.

My lusty latina is back.

Raziq membiarkan tangannya menyentuh lembut setiap lekuk pada tubuh Tia. Gadis yang teramat sempurna baginya. Satu kucupan dibiarkan hinggap di bahu Tia. Pelukan dieeratkan lagi saat terdengar Tia merengek manja. Jiwa Raziq mula bergelora lagi.

Tia memalingkan tubuhnya supaya menghadap Raziq. Diletakkan tangan pada leher Raziq sebelum dia mengucup dada bidang lelaki itu. Dia tersenyum kecil saat dia mendongak dan melihat Raziq merenung ke arahnya. Tia membiarkan jemarinya bermain di dada Raziq yang mempunyai beberapa kesan gigitan asmara itu. Raziq menggigit lembut leher Tia, membiarkan tangannya menjalar lagi.

The magic begins, part II.

~

Raziq menanggalkan kaca mata Versace miliknya lantas duduk di kerusi kayu jati. Tia mengambil tempat di sebelahnya. Dibiarkan sahaja beberapa kesan lebam di leher Raziq yang tidak ditutup t-shirt putih Ed Hardynya.

Jika bukan kerana Ralyn dan abahnya sendiri yang menelefon, menyuruhnya ke rumah itu, dia tidak akan berada di situ. Kata abahnya, Atuk dan Nenanya akan makan tengah hari bersama mereka.

Lilie melangkah ke patio belakang dan tersentak. Terlihat kedua Raziq dan Tia sudahpun mengambil tempat. Kedua-duanya mempunyai lovebite di leher yang kelihatan masih baru. Lilie mengambil tempat dengan selamba. Segalanya kekal hening.

Lilie berada di situ atas permintaan Puan Mira. Dia tahu akan kedatangan Tan Sri Qamal dan Puan Sri Yasmin tengah hari itu. Tapi, dia tidak menyangka yang dia akan dijemput oleh Puan Mira, walaupun dia hanya seorang anak angkat.

“Hafez,” teguran Tan Sri Qamal itu mengejutkan mereka semua. Lantas Raziq bangkit dan mendapatkan Atuknya. Tia pula tersenyum, menuju ke arah Puan Sri Yasmin. Dipeluk dan dicium kedua belah pipi wanita itu.

“Hmm, ni la girlfriend Fez baru ek?” ujar Puan Sri Yasmin mengenggam utuh jemari Tia. Tia tersenyum, Raziq tersengih. “Cantik. Tapi sayang, kita tak sempat jumpa malam tadi kan? Hmm, Fez ni, benda macam ni pun nak sorok dari Nena ya?”

“Sorry la Nena. Banyak sangat orang. Hmm, ni, Tia Tarmizi,” perkenal Raziq. “Tia. Sweet aje. Macam orangnya jugak. Panggil Nena je,” jawab Puan Sri Yasmin. Tia kekal senyum. Puan Sri Yasmin menghilangkan diri ke dalam sementara Tia duduk semula.

“Tarmizi ya? You mean Tarmizi Tan Sri Zaine tu?” ujar Tan Sri Qamal tiba-tiba, memandang tepat ke arah Tia. Tia gugup. “Ya,” jawab Tia ringkas. Tan Sri Qamal angguk.

“I know him. Zaine dengan atuk dulu best friends. Start dalam dunia business pun bersama. Selalu main golf sama-sama. Tapi, dah lama tak jumpa. Macam mana dia sekarang?” sambung Tan Sri Qamal lagi.

Tia senyum. Kecil rupanya dunia nia. “Dia okey je. Mami selalu ajak dia travel dah sekarang ni. Dia orang kat Venice this time.”

Tanpa mereka sedari, BMW 5 series mula meluncur keluar dari perkarangan vila itu.

No comments:

Post a Comment