Sunday, June 7, 2009

CIKLET: FOREPLAY Chapter 42

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

DingIt.com

Home.Profile.Contacts.Groups.Blogs.Bulletin.Messages.Music.Video.Surf.Settings.Help

Marc Aizel Izaac

18, male

In a relationship with Natasha Dian

Bangsar

BRP High (alumni)

More...

AIZEL is putting a smile on her face

Tia mengerutkan dahi saat melihat profil networking Aizel. Jemarinya pantas mengetik touchpad beberapa kali lagi.

DingIt.com

Home.Profile.Contacts.Groups.Blogs.Bulletin.Messages.Music.Video.Surf.Settings.Help

Natasha Dian Aziz

16, female

In a relationship with Marc Aizel Izaac

Ampang, Singapore

BRP High

More...

Dian was hit by Mr Aizel the hottest cupid recently :)

Pictures-Videos-Comments-Reviews-Blogs-My Contacts-Groups-Fans-Send Message-Nudge

Favourites:

Movies/TV: bring it on, legally blonde, the clique, ugly betty, gossip girl

Music: pop, rnb

Smoke: No

Drink: No

Orientation: straight

About me:

Hey, I’m Natasha Dian but people will just call me Dian usually. I was born and raised in Singapore. I’m a junior in Bukit Rahman Putra (International) High School. I’m friendly, cute and funny. I love pink!

I want to meet:

My besties, Nadea and Elia.

My baby, Aizel.

More friends and family

And you! :)

Lantas Tia mula melangkah ke bilik adiknya. Terlihat Tania sedang membaca Teen Vogue sambil mendengar ipod berwarna hot pinknya yang diletakkan di dock Bang & Olufsen. Tia mengambil tempat di sebelah gadis itu, dia atas katil four posternya.

“Yes, ate? Bakhit?” tanya Tania. Tia menggigit bibir.

“Nia kenal Natasha Dian tak?” tanya Tia tanpa berselindung. Tania menutup majalah di tangan dan memejam mata. Cuba mengingati nama itu sebelum mengangguk.

“Kena. Sama kelas dengan Nia. Next sem punya vice head cheerleader. Kenapa?” ucap Tania hairan. Setahunya, kakaknya bukan jenis yang peduli sangat fasal orang lain. Tanpa pamitan, Tia berlalu.

~

Tia meletakkan tote Coachnya di atas sofa suede milik Raziq. Dia mula berjalan di sekeliling penthouse itu. Nampak macam kosong.

“Hello? Sayang, are you home? Raziq...,” panggil Tia. Tiada respon. Lantas dia menuju ke bilik Raziq. Dia tersenyum kecil saat melihat potret dia bersama Raziq masih tergantung di dinding bilik lelaki itu. Akhirnya, dia terbaring di atas katil king size milik Raziq yang dilapisi cadar dan comforter berwarna biru. Dia memejam mata, cuba menikmati haruman tubuh Raziq yang seakan sebati dengan lapisan fabrik Egyptian cotton itu.

“Hmm,” terdengar suara Raziq. Belum sempat Tia membuka mata, teerasa tubuhnya sudahpun ditindih tubuh Raziq yang lembap.

“Sayang,” rengek Tia manja. Terlihat tubuh Raziq tidak berbaju. Pinggangnya hanya dililit sehelai tuala putih. “Apa sayang? I miss you. Ziq baru je fikir pasal sayang time shower tadi,” ucap Raziq, membiarkan jemari mulus Tia menari di lengannya.

“Really? And I was thinking of you, showering. Sexy,” usik Tia seraya memeluk Raziq erat. Raziq tergelak kecil. Tia dapat merasakan degupan jantung Raziq di telapak tangannya. Pantas.

“Manjanya hari ni? Ada apa-apa yang perlu Ziq tau, sayang?” ujar Raziq, membelai rambut coklat Tia yang dibiarkan terurai. Dia rindukan saat-saat sebegini. Terasa bahagia miliknya.

“I wanna move in with you,” Tia berbisik ke telinga Raziq. Mata Raziq membesar. Kurang percaya dengan berita yang diutarakan Tia. “Really?” tanyanya lagi, mahukan kepastian. Tia angguk. Raziq senyum lantas mengucup dahi Tia sebelum membiarkan kecupannya itu menari di wajah Tia sebelum menjalar ke pelusuk yang lebih indah.

~

Tia membetulkan visor Gucci di kepala sebelum mencapai raket tenisnya. Skirt Lily Pullitzer separas paha dibetulkan. Tania pula berjalan tidak jauh di belakang.

“Eh, hai Nia!” terdengar bunyi satu suara high pitch menegur adiknya. Tia enggan peduli, dia tetap meneruskan langkahnya. “Oh, hey Dian,” namun dek kerana terdengar itu, Tia menghentikan langkah dan memutarkan tubuhnya. Di situ, berdirinya seorang gadis top to toe pink (oh my God, roadkill!). Gadis itu mungkin berketinggian 155cm, a bit short to Tia, berkulit sawo matang, namun agak Chinese look. Tia mula menuju ke sisi Tania.

Pada masa yang sama, Aizel pula melangkah ke sisi Dian. Tangan Dian digenggam kemas. “Hey, Aizel,” tegur Tia selamba, melemparkan senyuman termanisnya. Aizel sekadar membalas senyuman sinis Tia.

“Korang kenal each other ke?” tanya Dian kedengaran sungguh excited.

Oh. My. God. Shoot HER!

“Yeah. Hang out sama kat sekolah dulu. I’m Tia by the way. Nia’s sister.”

“I know. Oh my God! Tak sangka boleh jumpa you. I admire you!” jawab Dian. Tia tersenyum sinis.

Kill her now please! Click, BANG!

Tia berlalu dari situ. Lama-lama di situ boleh membuatkannya mual. Sedang dia berjalan, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula menaip. Selang beberapa court, Nokia 8800 Carbon Arte milik Aizel berbunyi.

TIA

Cute new gf.

Really cute.

Dpt dr tadika mn tu?

AIZEL

Jealous?

TIA

Haha! No. U wish.

Too pink 4 me

“Ha! Sebab tu ke Tia tanya Nia pasal Dian?” sergah Tania di belakang Tia sebaik sahaja dia menyimpan telefon bimbit dalam sports bag Burberrynya. Tia mencebik dan menggeleng.

“No, just nak tau aje. Tak tau pulak dia tu Aizel’s taste,” balas Tia seraya melakukan warm up. Tania jungkit bahu. Biarlah!

No comments:

Post a Comment