Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
Setelah bersiap ala kadar dengan t-shirt Moschino, jeans DKNY dan skaf Hermes melilit pinggangnya, Tia mencapai tote Chanel miliknya dan menyarungkan flats Giuseppe Zanotti Design sebelum menuruni tangga. Hari itu, dia dan rakannya yang lain akan makan tengah hari bersama.
Sebaik sahaja sampai di restoran yang ditentukan, terlihat Fyns dengan Johann sudah sampai. Begitu juga dengan Atiq dan Aviana. Dahi Tia berkerut saat melihat tangan Ean melingkari pinggang Nicole. “Hoi!” sergah Tia di telinga Ean sebelum mengambil tempat bertentangan dengan lelaki itu.
“Kau buat apa tu? Mencabuli kehormatan orang ek? Apa cer?” sambung Tia, menyimpan kaca mata hitam Pradanya di dalam beg.
Ean menjelirkan lidah. “Aku bukan pervert macam kau la wei. Ni awek aku ni,” balas Ean seraya memeluk bahu Nicole. Tia menjungkitkan kening. “Kau ni, semua orang jadi awek kau. Tak paham aku.”
Mata Ean terbeliak. “Aku serius ni. Aku dengan Nicole sekarang ni. Kau sorang je yang single. Raziq depan mata kau macam nak tak nak aje. Tu la kau, lambat sangat nak isi borang aku.” Tia mencebik.
“Hmm, tak apa. Kita masih ada satu lagi vacancy,” sampuk Fyns.
Tepat pada masa yang sama, Aizel melangkah masuk. Lengkap mengenakan jeans Tommy Hilfiger dan t-shirt tanpa kolar Ted Baker berwarna dark blue. Rambut coklat keperangan pula ditutup dengan cap hitam The Gap. Hampir kesemua mata pengunjung perempuan serta waitress terpaku melihat Aizel dan mengikut setiap derap langkah Kappa lusuh miliknya.
“Hey guys,” tegur Aizel lantas mengambil tempat di sebelah Tia. Dia menoleh dan tersenyum ke arah gadis itu. “Hey,” balas Tia lembut. Selesai mereka membuat pesanan, meja mulai riuh dengan usikan serta gelak tawa.
“Ish, aku rindu la suasana macam ni. Dulu time sekolah, everyday macam ni,” ucap Atiq lantas meneguk iced lemon tea di dalam gelas. “Iyalah. Tapi korang tak ada kat sini next sem kan? Us girls aje,” jawab Nicole pula. Aizel sekadar jungkit bahu. “Aku ada kot. Kat Wesberly. Boleh kacau korang everyday. Malaslah nak pergi overseas lagi. Aku miss all the fun kat sini. Senior year pun dah abroad,” ujarnya.
“Tu la. Siapa suruh kau nak sangat bawak diri tu jauh-jauh. Padan muka,” usik Johann lagi. Pecah tawa mereka. Aizel sekadar tersenyum dan menoleh ke arah Tia. Lantas dia mengenggam jemari Tia di bawah meja. Tia terpana.
Segalanya terasa sungguh perfect. Genggaman erat tangan Aizel membuatkan degupan jantungnya lebih pantas daripada biasa. Namun sepantas mana tangannya digenggam, secepat itu jua genggaman itu dilerai.
Sedang enak menjamu selera, mata Tia menangkap kehadiran satu pasangan yang baru melangkah masuk ke restoran itu. Entah mengapa, jantungnya bagai tidak keruan. Lebih-lebih lagi apabila pasangan itu duduk bertentangan dengan mejanya.
“Kenapa ni?” terdengar bisikan Aizel di telinganya. Tia tersentak lantas menggeleng. Dia mula fokus kembali kepada apa yang berada di hadapannya.
Selesai makan tengah hari, Tia terus menuju ke kereta. Dia mahu pulang. Malas untuk melepak bersama yang lain, membeli-belah. Dia tidak punya mood untuk melakukan semua itu setelah apa yang dilihatnya. Saat masuk ke dalam kereta, Tia tersentak saat cermin tingkap kereta diketuk. Aizel. Tanpa dipinta, Aizel menuju ke tempat duduk penumpang dan masuk.
“Azier guna kereta saya. Tak kisah kan kalau hantar saya balik? Nak tunggu dia, kot lambat lagi,” ujar Aizel. Tia bersetuju seraya menghidupkan enjin kereta.
Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah Aizel, lelaki itu mempelawa Tia masuk. Rumah itu ternyata kosong. Tia lebih selesa duduk di patio belakang berhampiran kolam renang. Aizel pula menuju ke biliknya.
Seketika kemudian, Aizel muncul lagi. “Nah,” ujarnya sebelum menghulurkan sebuah kotak berwarna hijau muda kepada Tia. “Apa ni?”
Aizel sekadar mendiamkan diri. Dibuka kotak itu dan terserlah seutas rantai tangan emas putih dan kristal berwarna hitam.
“Your senior year present. I promised you before,” ucap Aizel selamba. Tanpa berkata apa-apa, dia menghilangkan diri.
~
Tia menekan pedal minyak, membiarkan Mercedes SLK 55 berwarna silvernya memecut membelah jalan raya. Dunianya bagaikan tidak berputar. Dia sendiri keliru.
Sebaik sahaja dia keluar dari perkarangan rumah Aizel tadi, dia terus memandu tanpa hala. Namun, panggilan dari Raziq telah membuatkan dia bergegas menuju ke penthouse lelaki itu.
Saat tubuh Tia membolosi pintu penthouse lelaki itu, hari sudah beransur malam. Terlihat Raziq sedang menonton televisyen. Tia duduk di salah sebuah sofa. Televisyen Sony Bravia Full HD 50 inci dipadamkan. Raziq mengalihkan pandangannya pada Tia.
“Tak bagitau pun sayang keluar hari ni?” ucap Raziq. Tia merenung Raziq yang hanya mengenakan jeans dan tidak berbaju, menampakkan otot-otot tubuh lelaki itu yang pernah bergiat aktif dalam sukan tenis, basketball dan berkuda.
“Ziq yang keluar dengan Lilie tak bagitau Tia pun?” ujar Tia memulangkan paku buah keras. Terasa dirinya dipermainkan. Terdengar keluhan Raziq. Terlihat lelaki itu meraup rambutnya yang hitam pekat.
Wajah seiras Daniel Henney dengan hidung yang mancung serta kening yang teratur disempurnakan mata yang tidak terlalu sepet, seringkali menghadiahkan pandangan tajam kepada sesiapa sahaja. Berkulit putih susu serta bertubuh tegap, berdada bidang, menampakkan ciri-ciri lelaki sejati. Segalanya tentang Raziq mencerminkan jejaka elit yang sofistikated, gentlemen, sexy, macho dan punya apa sahaja yang mampu mencairkan mana-mana gadis.
“Sorry, Ziq tak bagitau. Tapi, tu just to settle things up,” jelas Raziq. Dia bangkit dari tempat duduknya dan menuju ke arah Tia. Matanya merenung tepat ke anak mata Tia.
“Move in with me, sayang,” ucapnya perlahan. Tia tersentak. “Tak lama lagi semester nak mula kan? Bila semester mula nanti, Tia tinggal semula kat rumah. For the time being, stay dengan Ziq,” sambung Raziq lagi, memujuk.
“Boleh tak Tia bagi keputusan nanti?”
Raziq mengeluh dan angguk. Dia harus bersetuju.
No comments:
Post a Comment