Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
Bismillahhirahmanirrahim....
Sukacitanya kami ingin menjemput
Tuan Tarmizi Zaine serta keluarga
Ke Majlis Pernikahan
Marcus Azier Aidan Morshidi
dan
Carmen Saramaia Danial
Tia ternganga. Sudah tentunya berita itu satu kejutan. Azier akan bernikah! Dan menurut tarikh yang tertera pada kad, lagi dua minggu majlis tersebut akan berlangsung. Mujur sahaja majlis tersebut dilakukan di rumah, ertinya tiada press dan hanya sahabat serta keluarga terdekat.
Tiba-tiba, Tia tersenyum. Aizel ada tak ya, nanti? Bersama Sairakah dia? Tia geleng. Kad jemputan dihulurkan pada ibunya. Kini, dia mengeluh. Setelah memberitahu berita yang dia memutuskan pertunangan dengan Puteri Liliezara Merlinna tempoh hari, Raziq terus menghilangkan diri. Seperti biasa.
“Tia, get ready! Kita pergi shopping. Bagitau Nia,” terdengar Puan Dorheen memberitahunya. Tia akur.
~
Tia tersenyum di hadapan vanity mirrornya. Today is the day. Tia senyum lagi. Kali ini, dia berputar di hadapan full length mirror, melihat jika apa yang dikenakannya tiada cacat cela. Ibunya telah memilih kurung moden kain chiffon berwarna light blue dicampur turqoise dengan batik silk simple sebagai sarong untuknya. Rambutnya pula sekadar disanggul messy. Di kakinya tersarung wedge Louis Vuitton dan di tangannya clutch sederhana besar Anya Hindmarch.
Tania masuk ke dalam bilik kakaknya, tidak kurang cantiknya, mengenakan kebaya nyonya, lantas duduk di atas katil. “Wow, Ate! Nak mengalahkan pengantin ke?” usik Tania. Tia mencebik. Tidak lama kemudian, muncul pula Puan Dorheen. Semerbak haruman J’Adore Dior wanita itu memenuhi ruang kamar anaknya.
“Whoa, ibu! Wanginya! Ibu habiskan satu botol sekali ke?” ujar Tania. Dia sendiri hanya ala kadar. Puan Dorheen mengerutkan dahi. “Hindi ah! Bakhit? Jealous ang inay mo? (Tak adalah. Kenapa? Cemburu dengan ibu Nia?) Hah, jom. Alis (pergi). Tatay mo (ayah kamu) waiting downstairs,” ujar Puan Dorheen sebelum keluar.
~
Terasa sudah lama Tia tidak menjejakkan kaki ke rumah itu. Namun, dia tetap disambut mesra oleh Puan Zarine. Rumah itu kelihatan sungguh meriah dengan kehadiran tetamu yang ramai. Sebentar lagi pengantin akan mengadakan akad nikah sebelum bersanding.
Tia berjalan di kawasan taman rumah banglo dua tingkat itu, melihat kerenah kanak-kanak yang berlari riang ria ribena dan gelagat tetamu yang lain. Tia senyum seorang diri. Dia bagaikan lupa akan kehilangan Raziq.
Tekak Tia terasa kering. Lantas dia melangkah masuk, mahu menuju ke dapur. Namun, langkahnya termati saat melihat insan yang mengenakan baju melayu cekak musang berwarna biru muda menuruni tangga. Tia terpaku. Tiada apa yang mengubahnya.
Rambut itu kekal coklat keperangan walaupun sedikit panjang. Hidung itu tetap mancung. Kulit itu kekal cerah seperti biasa. Bibir itu masih pink. Dan mata itu, tetap hijau, memukau dan bersinar. Semuanya bagaikan meresap ke dalam jiwa Tia. Terasa bagai jatuh cinta pandang pertama.
Corny.
“Hey,” dan teguran itu bagaikan mengembalikan jasad Tia ke alam nyata. Kaki Tia terasa lemah. Bibir itu membentuk sekuntum senyuman. “Hey. Ingatkan awak tak ada,” balas Tia gugup. Aizel jungkit kening dan memeluk tubuh.
“Kenapa pulak?”
“Sebab saya dengar awak dengan Saira kat Barcelona. And Saira belum balik lagi,” jelas Tia. Aizel tertawa kecil dan menggeleng. Hidung Tia dicuit. “Awak ni, suka sangat dengar gosip. Saya tak pernah ke Barcelona pun. Selama ni pun, saya dengan Azier di Sydney. Tolong dia uruskan a few things. Orang nak kahwin kan?” Tia angguk dengan penjelasan Aizel itu.
“Hmm...Nak ke mana ni?” tanya Aizel lagi. Barulah Tia teringat tujuan asalnya. “Oh, nak ke dapur. Ambik air. Haus. Nak ke?”
Aizel geleng. “Tak apa. Nanti je.”
Selesai itu, Tia menuju ke ruang hadapan, mengambil gambar untuk kenangan mereka semua di hari bahagia Azier. Sedang asyik Tia mengambil gambar, dia disergah. “Hoi! Kau ni, asal aku pergi kenduri je, ada je muka kau tercangak kat sini. Hisy, semak tau. Ni, kau sure ke kali ni pengantin tu, bukan pakwe kau ke hape?” usik Ean. Tia cebik. “Sibuklah kau,” balas Tia mencubit lengan Ean.
Tidak lama kemudian, terdengar paluan kompang, menandakan pengantin perempuan sudah sampai. Selesai pengantin perempuan mengambil tempat, pengantin lelaki pula duduk di hadapan kadi.
Suasana senyap apabila kadi mengenggam tangan Azier untuk membaca akad nikah. Tia berdiri supaya dia boleh nampak apa yang berlaku. Semua ini masih baru untuknya.
“Aku nikahkan Marcus Azier Aidan bin Morshidi dengan Carmen Saramaia binti Danial dengan mas kahwin RM 565.65 tunai.”
Jantung Tia berdetak saat ada tangan menyentuh kulitnya. Kemudian, tangan itu mengenggam erat jemarinya. Terasa kemas.
“Aku terima nikahnya Marcus Azier Aidan bin Morshidi dengan Carmen Saramaia binti Danial dengan mas kahwin RM 565.65 tunai.”
Tia toleh. Jantungnya terhenti. Dunia seakan tidak berputar.
“Sah.”
Kini terlihat Aizel menoleh ke arahnya, tersenyum penuh makna.
~
Pasangan pengantin baru kini sedang berbual-bual bersama tetamu yang lain. Selepas upacara akad nikah tadi, Aizel seperti tidak mahu melepaskan genggaman tangannya pada Tia. Seperti mereka pula pasangan pengantin baru. Alang-alang baju warna sedondon.
Aizel menarik tangan Tia ke belakang rumah, duduk di kerusi berhampiran kolam renang. Jemari gadis itu kekal utuh dalam genggamannya. Dikucupnya jemari Tia. “I miss this,” ucapnya. Tia tersenyum kecil.
“Aiz, kenapa awak buat macam ni? Saira macam mana?”
Aizel tertawa kecil. Rambut Tia yang terjatuh sedikit disisipkan ke belakang telinga gadis itu. Pipi Tia disentuh lembut. “No, Tia. Saira tak ada apa-apa pun dengan saya. Kita orang hanya sekadar kawan. Nothing more,” jelas Aizel.
Tanpa Tia sedari, sepasang mata milik insan berbaju melayu berwarna hitam sedang berdiri tidak jauh dari situ. Melihat Tia bergelak tawa, membuatkan hati insan itu sakit. Tangannya dikepal menjadi penumbuk sebelum dia bergegas berlalu.
Insan itu adalah jiran Aizel.
Insan itu ialah Raziq Adrian Hafez.
Kau masih seperti dulu
Saat pertama ku jumpa denganmu
Terasa ingin ku bersamamu
Tapi aku tidak seperti dulu
Kau senyum mesra, mungkin tak mengapa
Tapi ku tak bisa
Pasti ada yang kan terluka
Jangan ditunggu pasti takkan berlaku
Walau ku cinta kamu
Biar disimpan, adakan sempadan
Aku dan juga dirimu
~
Tia menapak masuk ke dalam biliknya. Wedge Louis Vuitton ditanggalkan sebelum lampu bilik dinyalakan. Tia tersentak saat melihat Raziq berdiri di balkoni biliknya, masih berbaju melayu. Lantas dia melangkah ke arah lelaki itu. Sebaik sahaja dia berada di belakang Raziq, lelaki itu berputar menghadapnya.
“Ziq,” perlahan suara Tia. Raziq menyentuh lembut pipi Tia dan mengucup bibir gadis itu. “Sorry sebab lambat. Ziq kena holdup dekat Sydney. Dia orang sengaja nak lambatkan kerja. But I got back the first thing I can,” ucap Raziq lantas meletakkan sebuah kotak ke dalam tangan Tia.
Penantian dua minggu Tia berakhir saat Tia membuka kotak itu. Sebentuk cincin Tiffany & Co yang bertatahkan berlian di sekelilingnya.
“Ziq,” ujar Tia lagi. Raziq meletakkan jarinya pada bibir gadis itu. Diraihnya jemari Tia. “Be my fiancee?”
Tia mengetap bibir. “Yes.” Raziq tersenyum lantas memeluk erat gadis itu. Dia bersyukur. “Tapi, tunggu dulu. Not now,” sambung Tia lagi. Pelukan dileraikan. Dia duduk di salah sebuah kerusi di balkoni itu.
“Sayang, Ziq tak nak disebabkan Aizel, sayang tukar fikiran. We talked about this. Ziq harap sangat sayang boleh tunggu,” ujar Raziq kesal. Tia ketap bibir.
“Bukan macam tu, Tia memang tunggu Ziq. Tapi, sekarang macam bukan masa yang sesuai. Tia nak kali ni, it’s just not between us. I want it to be official. Bukan macam dulu lagi.” Raziq mengeluh. “Okey. Tapi sayang simpan cincin tu. Ziq akan tunggu sampai bila-bila,” balas Raziq sebelum berlalu.
Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu
Seiring jejak kakiku bergetar
Aku telah terpaut oleh cintamu
Menelusup hariku dengan harapan
Namun kau masih terdiam membisu
Setulusnya aku akan terus menunggu
Menanti sebuah jawapan tuk memilikimu
No comments:
Post a Comment