Sunday, June 7, 2009

CIKLET: FOREPLAY Chapter 39

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Raziq mengeliat dan menoleh ke arah meja sisi. Pukul 11.30 pagi. Lantas dia menyelak selimut dan bangkit munuju ke bilik air. Dia seharusnya ke rumah orang tuanya hari ini. Beberapa perkara perlu dibincangkan dengan abah dan mamanya.

Kunci Hummer dicapai sebaik sahaja dia bersiap ala kadar dengan jeans Levi’s lusuh dan t-shirt Topshop. Hummer meluncur laju.

Sebaik sahaja sampai di perkarangan rumah, dahi Raziq berkerut melihat BMW 5series berwarna hitam milik Lilie tersadai di samping Volkswagen Beetle biru Ralyn. Dia tidur sini ke semalam? Raziq mula berkira-kira. Namun, digagahkan jua diri melangkah.

“Hmm...Fez. Ingatkan tak datang. Tu, abah ada kat belakang,” ujar Puan Mira yang sedang sibuk menyediakan meja untuk makan tengah hari. Wah, angin mama baik! Tak ada apalah tu...

Selesai membincangkan beberapa kontrak yang perlu diseliakan oleh Raziq di Australia nanti, mereka menjamu selera. Sepanjang waktu, Lilie langsung tidak bercakap dengannya. Tidak seperti selalu.

Sebaik sahaja makan tengah hari, Raziq menuju ke biliknya. Raziq terkejut saat melihat kot Armani kegemarannya berada di dalam almari. Bukankah kot itu selama ini berada di apartmennya?

“Abang,” Raziq mengurut dada saat terdengar suara Lilie menegurnya. Raziq tersenyum ke arahnya dan mula memeluk gadis itu erat, cuba membayangkan tubuh Tia dalam dakapannya.

Lilie mulai sebak. Pelukan terlerai. “Baby yang ambik suit tu dari rumah abang. Sorry tak bagitau. Mama yang suruh. Kebetulan abang tak ada kat rumah.”

Raziq terkedu. Ertinya Lilie telah masuk ke kamarnya. “Jadi...”

“Hafez!” terdengar mamanya menjerit memanggil namanya, belum sempat pun dia menghabiskan ayatnya. “Hafez, turun sekarang ni jugak!”

Lantas dia bergegas turun menuju ke ruang tamu. Sebaik sahaja sampai, majalah Harper’s Bazaar dilemparkan ke arahnya. Terpampang gambar dia bersama Tia di KL Fashion Week sebesar satu muka surat.

Caption: Ralph Lauren model, Raziq Imran and Tia Tarmizi at KL Fashion Week.

Oh, wow!

“Apa ni Fez?” ujar mamanya dengan nada yang marah. Raziq mengamati lagi gambar dia merangkul pinggang gadis itu.

“Hafez sedar tak yang Fez dah malukan mama? Fez tu tunang orang! Tapi, berkepit dengan perempuan lain masa social events macam ni. This is too much Fez! Mama dah pesan, jangan dekat dengan Tia lagi. Fez degil! Mama dah cakap mama tak izinkan Fez dengan perempuan tu!”

“Ma, biar Fez jelaskan. Hafez sayangkan Tia. Fez dah cuba jelaskan dengan mama dari dulu lagi. Tapi mama paksa Fez tunang dengan Baby. Kali ni, Fez tak peduli. Fez nak putuskan pertunangan ni,” ucap Raziq tegas.

Dengan itu, cincin di tangan dilurutkan lantas dia melulu pergi.

Puan Mira tergamam, lalu rebah.

~

Tia sedang duduk di patio di belakang rumah, membaca majalah bersama Tania ketika Raziq datang dan menyerbu. Kedua-dua gadis itu terkejut.

“Ziq! Buat apa kat sini?” ujar Tia terkejut. She’s not cute now! Tia sekadar mengenakan cotton spaghetti strap dress separas lutut Miss Sixty. Rambut yang tidak disikat sedikit ikal menjadikan Tia kelihatan sexy di mata Raziq.

Terlihat Raziq tersenyum dan melabuhkan punggung di atas salah sebuah kerusi di situ. Dia mendepangkan tangan dan diletakkan di belakang kepala. Senyumannya masih tidak pudar. Tia mulai hairan. Hari Sabtu, datang rumah aku tak bagitau and he only smiles? Bloody hell. What’s wrong with him now? Is he on something?

Viagra maybe? Haha.

“It’s done,” jawab Raziq akhirnya. Tia menjungkitkan kenid. Masih kurang mengerti. “What is?” tanya Tia.

“Ziq dah putuskan tunang,” Raziq tersenyum lebar. Tia ternganga. WHAT?

“Tap..”

“Shh...Tia tak perlu say anything. Yang penting, Ziq dah bebas bersama Tia walau apa pun yang terjadi. Kita akan bertunang and everything. Not now, but in this week. I will make it happen. I promise you sayang,” ujar Raziq lantas menuju ke arah Tia. Ditarik tangan gadis itu supaya bangkit. Disentuh lembut pipi gebu itu sebelum bibir Tia dikucup lembut.

We told you so.

No comments:

Post a Comment