Sunday, June 7, 2009

CIKLET: FOREPLAY Chapter 38

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Donna duduk bersilang kaki di Island Bistro, Pavillion sambil menghirup fruit punch. Rambutnya yang baru sahaja didandan, dicolour burgundy dan diikalkan, dibiarkan lepas. Jam tangan Patek Phillippe dikerling. Lambatnya, rungutnya.

“Hai,” tegurnya saat orang yang dinanti mengambil tempat duduk di hadapannya. Mereka merupakan rakan rapat di Sri Kiara dan ketika Saira tiada di Malaysia. Senyumannya, lebar.

“Wah, glowing nampak kau sejak dah bertunang dengan model Ralph Lauren ni? So, macam mana dengan New York?” tanya Donna. Di dalam otaknya berlegar-legar visi yang dilihatnya dua minggu lepas. Kini, giliran Lilie pula untuk tersenyum. “NY was nice. Seronok pulak aku shopping. Was thinking nak suruh papa aku beli property kat area Fifth Avenue atau dekat dengan Central Park. Kau pulak?”

“Aku baru je balik dari Milan. Dengan Saira. Sekarang dia dengan Aizel di Barcelona. It was fun. It was awesome!” cerita Donna.

Seketik kemudian, makanan mereka dihidangkan. “Erm, kau ada kat sini ke time KL Fashion Week aritu?” tanya Donna mula membuka cerita. Lilie mengerutkan dahi dan menggeleng. “Kenapa? On that day, aku baru balik dari New York,” ujar Lilie. Kunyahan Donna terhenti. So, she didn’t know? Melihat raut wajah Lilie, dia seakan tidak sampai hati untuk memberitahu.

“Don, kenapa? Bagitaula,” desak Lilie. “Tak, macam ni, aku ada pergi hari tu. Aku terserempak dengan Raziq. Aku tengok, dia dengan Tia. Bukan main mesra.”

Lilie tersenyum tawar. “Aku tau. Dia ada bagitau,” tipu Lilie.

Donna keluh lagi. Tangan Lilie dicapai dan digenggam. “Bukan apa, Baby. Cuma, aku tak nak benda yang jadi kat Saira, jadi kat kau. Kau pun tau kan, lepas Saira pergi ke London, Aizel stay kat sini, dia hook up dengan Tia tu jugak. Bukan nak burukkan orang, tapi memang ada potensi jadi perampas.”

Lilie tersentak. Donna melepaskan pegangannya. Dengan selamba, dia menghirup semula airnya.

“So, nak pergi Zouk tak malam ni? Ladies night you,” tanya Donna, sengaja menukar topik. Lilie senyum dan angguk.

No comments:

Post a Comment