Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
Raziq meraup rambutnya. Rokok dipadamkan di dalam ashtray sebelum latte Starbucks dihirup. Pening dan runsing.
Dia betul-betul ingin memiliki Tia semula. Seperti yang dia jangkakan, Lilie akan menjadi penghalang. Raziq mengeluh. Dia pernah terfikir untuk memutuskan pertunangan dengan Lilie. Namun, semua itu perlu ditangguh sehinggalah Lilie pulang dari New York. Peduli apa yang dikatakan mamanya kelak. Dia masih punya papanya yang sentiasa akan menyokongnya.
Raziq menyalakan lagi sebatang rokok. Cuba memikirkan cara lain yang boleh dilakukan untuk mengikat Tia buat masa ini sementara menunggu kepulangan Lilie. Dia telah mencuba segalanya. Namun, mengenali sikap keras kepala Tia, usahanya tetap tidak membuahkan hasil.
Dia mula membelek-belek Blackberrynya. Melihat agenda jika ada kelapangan yang perfect untuk dia berbuat sesuatu. Tiba-tiba, matanya menangkap sesuatu.
KL Fashion Week starts. Confirm a week prior.
Ah! Sudah tentu Raziq akan dijemput. He will get her a dress, then dinner, after that the show!
Pantas didail nombor PA di agencynya. Everything will be done perfectly!
~
Hummer H3 masuk ke perkarangan rumah banglo 2 tingkat setengah itu. Pantas sahaja tangan Raziq mencapai beberapa beg baju plastik dari Heatherette, Gucci dan Hugo Boss. Dia mahu Tia tampil chic dan trendy untuk show itu nanti.
“Hey, auntie!” sapa Raziq ceria tatkala melihat Puan Dorheen sedang menikmati minum petang di patio bersama Tuan Tarmizi. Di letakkan dahulu baju di atas sofa suede dari Itali lantas menuju ke arah wanita sebaya mamanya sendiri itu.
“Hmm, Raziq. Lama auntie tak nampak. How’s life?” tanya Puan Dorheen.
“Okey je. Tia ada auntie?”
“Ada, kat atas tu. Dengarnya nak pergi horse-riding dengan Nia. Why don’t you check on them?”
“Okay,” balas Raziq sebelum menyambar semula beg-beg baju dan berlari ke bilik Tia. Tanpa mengetuk, pintu terus dikuak. Dilihat Tia sedang membelek-belek bajunya dalam walk-in closetnya.
Tia kaget saat terasa pinggangnya dirangkul. Dari sentuhannya sahaja Tia tahu milik siapa tangan itu. Tidak semena-mena bibirnya menjadi mangsa kucupan Raziq.
“Ziq,” keluh Tia, melepaskan rangkulan Raziq. Raziq tersenyum. Diletakkan jari telunjuk pada bibir itu lantas diraih jemari itu.
Sebaik sampai di hadapan katilnya, Tia terpempan. Terdapat tiga pasang dress separas lutut disusun di atas katil.
“What’s this?” tanya Tia curiga. Raziq senyum.
“I nak bawak you pergi Fashion Week this weekend. I need a date. You boleh pilih one dress. The other two, you boleh simpan. The shoes will be delivered as soon as you pick a dress,” ujar Raziq. Nada suaranya lebih kepada seseorang yang memberi arahan.
“Tapi...”
“Tak ada tapi, Tia. I want you there with me. Only you. Hanya Tia yang padan di sisi Ziq. Hanya Tia yang sepatutnya berada dalam pelukan Ziq,” bisik Raziq sambil menarik tubuh Tia ke dalam pelukan.
My lusty latina, fikir Raziq, membiarkan bibirnya bermain di leher Tia. Tangannya pula tetap berada di pinggang Tia yang dibaluti jeans manakala tubuh Tia hanya dilapisi bra Valiserie. Dia dapat merasakan jemari Tia bermain dengan rambutnya dan tubuh gadis itu seperti cair dalam pelukannya.
“Raziq...,” terdengar suara Tia merintih kecil.
“Yes, Tia?”
“I miss you,” bisik Tia.
“I miss you too.”
“I need you.”
“I love you,” ujar Raziq. Tia kaget lantas dileraikan pelukan.
Truth ain’t always sweet, baby.
~
Raziq meraup rambut di hadapan almari. Cuba mencari baju apa yang sesuai dikenakan untuk ke runway show malam itu. Dia tidak perlu membeli sepasang suit yang baru kerana sudah berderet yang dia miliki. Hugo, Armani, Zegna, Agnes B, semuanya dia punya.
Telefon bimbit yang sedari tadi asyik berdering mengusutkan minda Raziq. Akhirnya telefon bimbit dicapai dengan kasar. Dijawab.
“Abang! Jawab pun! Mana apa pergi, tak pandai jawab phone?” terdengar suara Ralynn di hujung talian. Sudah pasti adiknya itu menelefon dari private plane mereka.
“Sibuk la. Kenapa ni?” balas Raziq acuh tak acuh. Dia tidak punya masa untuk semua ini.
“Malam ni, jangan lupa jemput Rail, mama dengan Baby tau!”
Raziq tersentak lantas menepuk dahi. Alah, macam mana boleh lupa ni? Raziq menggaru kepala yang tidak gatal.
“Uh, tengoklah dulu. Abang ada hal la malam ni. Emergency.”
“Emergency yang lebih penting dari mama dengan tunang Fez? Mama nak Fez tunggu kat airport malam ni. No excuses,” kali ini terdengar suara Puan Mira pula di hujung talian. Raziq terdiam. Akhirnya, dia hanya bersetuju.
~
Tia membiarkan tangannya dalam genggaman Raziq. Raziq berjalan beberapa langkah di hadapannya sebelum berhentu di hadapan sebuah pintu dan mengeluarkan kunci. Dia cukup kenal tempat itu.
Tres bien.
Tia memejam mata dan menghidu aroma itu sepuas-puasnya. Penthouse itu masih sama seperti kali terakhir dia menjejakkan kaki di situ. Bau rokok dan haruman Raziq.
Tia berjalan menuju ke terrace sementara Raziq menuju ke biliknya. Mata Tia memerhati segenap ruang terrace itu sebelum terpaku pada suatu objek yang tidak pernah berada di situ. Lantas kaki dihayun ke situ. Kemudian, terasa sentuhan lembut pada pinggangnya.
“You got the swing,” ucap Tia perlahan sambil menyentuh buaian itu. Dia teringat janji Raziq padanya dahulu yang dia akan memasang sebuah buaian di situ setelah mengetahui obsesi Tia pada buaian. “I got it after you left. Ziq selalu duduk sini sorang-sorang bila teringatkan Tia, rindukan Tia,” tutur Raziq lantas melabuhkan punggung di atas buaian tersebut. Tangan dihulur lantas disambut Tia sebelum gadis itu duduk di dalam pangkuannya.
“Ziq tak nak bukak buaian ni sebab Ziq yakin, suatu hari nanti, Tia akan datang balik,” sambung Raziq. Tia sekadar memejam mata. Ingin mengabadikan saat itu dalam kotak mindanya. If this is the closest she can get to happiness, she accepts it willingly. Kemudian, dia bangkit.
“Kenapa?” tanya Raziq hairan. “Masa untuk Tia balik,” ujar Tia. Raziq bangkit dan menarik tangan Tia. “No. Teman Ziq malam ni? Sleep here. Please,” pujuk Raziq separuh merayu. Tia keluh. “Tapi.”
“No more tapi, Tia. Please. Ziq nak Tia tidur sini malam ni,” tegas Raziq lagi lalu menarik tubuh itu ke dalam pelukannya.
~
Entah mengapa jantung Lilie pada pagi itu terasa berdebar hebat saat dia masuk ke dalam lif. Situasi yang pernah dia alami sebelum ini.
Deja vu?
Saat dia berdiri di hadapan pintu kayu itu, nafasnya ditarik dalam. Teringat bagaimana Puan Mira membebel semalam apabila mendapati bukan Raziq yang menjemput mereka.
Lilie mengerutkan dahi saat dia masuk ke dalam penthouse milik Raziq. Terdengar bunyi orang tergelak. Perempuan pulak tu. Pantas kakinya dilangkah munuju ke terrace. Jantungnya berdegup hebat. Janganlah seperti apa yang dia sangka!
Help!
Lilie tersentak saat melihat wajah itu sedang tertawa riang, duduk di kerusi wrought iron, menikmati sarapan pagi. Tawa mati saat mereka menyedari kehadiran Lilie. Kini, gadis seiras Penelope Cruz itu pula tersenyum. Lelaki yang sejak tadi membelakanginya bangkit dan berputas.
Ah! Thank God not Raziq.
Lilie menarik nafas lega.
“Lilie! Raziq bagitau yang Lilie nak datang. Jom, join kita orang breakfast? Raziq kat dalam bilik. Kenalkan, Ean,” lancar sahaj Tia berkata-kata. Ean senyum dan menghulurkan tangan.
“Takkan tak kenal lagi kot? Ni Dinzly, adik Michelle dengan Zack? Yang suka tarik rambut Baby masa kecik dulu?” ucap Ean. Dahi Lilie berkerut, cuba mengingati, sebelum dia tersenyum. Angguk.
Seketika kemudian, Raziq muncul dengan board shorts Topshop dan t-shirt berkolar Banana Republic. Dia menghadiahkan satu kucupan di pipi untuk Lilie sebelum gadis itu memeluk tubuh sasanya. Nampak macam golden couple.
Oh looks will always be deceiving. Life is just a stage full of actors.
Saat Lilie memeluk Raziq, mata Raziq merenung ke arah Tia yang berlagak selamba, menghirup lattenya. Berpura-pura bagaikan tiada apa yang berlaku antara mereka semalam. Namun, Raziq tahu Tia seperti melarikan pandangannya dari Raziq. Tepat pukul 11, Tia dan Ean meminta diri. Tidak betah lama di situ.
“Kau tau ke Lilie nak datang?” tanya Ean sebaik sahaja mereka sudah berada dalam Escalade miliknya. Tia senyum sinis.
“Tau. Kalau tak, dia takkan bangunkan aku awal dan invite kau breakfast time macam tu on a Sunday morning.”
~
Lilie mencapai ke dalam tote Prada miliknya dan mencapai segugus kunci. Diputar tombol pintu penthouse Raziq. Atas arahan Puan Mira, dia ke sana untuk mengambil sut Raziq untuk dijadikan ukuran di atelier. Sut itu akan dipakai ketika resepsi di taman selepas upacara akad nikah nanti.
Tangan Lilie bergetar saat dia mencapai tombol pintu bilik Raziq. Muncul perasaan bersalah untuk masuk ke dalam bilik lelaki itu ketika ketiadaannya. Setelah pertunangan mereka, Raziq langsung tidak membenarkan Lilie masuk ke situ. Tidak pula Lilie membantah untuk mengambil hati Raziq.
Saat dia memboloskan diri ke dalam bilik, dia terus menuju ke almari. Enggan melihat sekeliling bilik itu. Pintu almari dibuka dan jantung Lilie seakan berhenti berdetak saat melihat dress berwarna putih tergantung di tengah-tengah pakaian Raziq yang lain. Dikeluarkan dress itu, dilihat label. Gucci. Rupa baju itu kelihatan sudah dipakai kerana renyuk di beberapa bahagian. Dihidu.
Dia kenal haruman yang seakan lekat pada dress silk and chiffon itu. Gucci Rush. Haruman signature Tia. Lilie menarik nafas dalam. Diletakkan semula dress itu dan dicapai sut hitam Armani kegemaran Raziq.
Di dalam otak Lilie, dia memikirkan mengapa terdapat sepasang dress berbau haruman Tia di dalam almari Raziq. Sekali lagi langkah dan tubuh Lilie terhenti saat dia ingin keluar dari bilik Raziq. Di dinding menghadap katil Raziq, sebuah potret berukuran poster. Potret Raziq dan berlatarkan Sydney Opera House. Di meja sisi katil Raziq pula, juga terdapat gambar mereka berdua, kali ini berkucupan berlatarkan matahari terbenam.
Lilie terduduk di sisi katil. Cuba untuk menahan air matanya dari jatuh. Sut diletakkan di atas katil, disebelahnya. Wajahnya ditekup dengan tangan. Kemudian, matanya menangkap sebuah kotak hitam sederhana besar di sebelah meja kerja Raziq. di atas meja, sekeping gambar lagi Raziq dan Tia. Tidak dipeduli. Sebaliknya, kotak itu dicapai dan dibuka.
Sepasang kebaya, sepasang boots Christian Louboutin, seutuas gelang Cartier, sebentuk cincin dan sepucuk surat. Lilie membuka surat itu dan mula membaca.
Tia sayang,
Raziq tak mampu nak lupakan sayang walau apa pun yang Ziq cuba lakukan. Semua ni payah untuk Ziq. Kalaulah sayang boleh tunggu hari tu. Tunggu supaya Ziq boleh jelaskan semua. Tapi, sayang pergi macam tu je. Ziq tak mampu terima semua tu sayang. Kerana setiap masa, Ziq masih dapat rasakan sayang berada di sisi Ziq setiap masa.
Walau Ziq bertunang dengan Lilie, hati Ziq tetap milik sayang. Kita terlebih dahulu bersama walaupun bukan secara rasmi. Apa yang kita ada waktu tu, bukan untuk sementara, kerana Ziq milik Tia buat selamanya. Ziq yakin semua itu!
Kalau Ziq boleh betulkan semua ni, Ziq akan betulkan. Tapi, buat masa ni, Ziq relakan sayang pergi untuk ubati hati yang Ziq telah lukakan. Maafkan Ziq. Ziq janji, satu hari nanti selepas semua ni selesai, Ziq akan cari sayang semula. Kita akan bersama lagi. Kerana Ziq tak akan lepaskan sayang. Ziq terlalu sayangkan sayang. Ziq rindu sayang. Ziq ceritakan sayang, selamanya.
Raziq Adrian Hafez
Tangan Lilie melipat surat itu perlahan sambil menggigit bibirnya. Ini semua satu penipuan bagi dirinya. Dia tahu dan mampu merasa layanan Raziq padanya ala kadar sahaja. Dia tahu Raziq dan Tia sudah berpisah, namun dia tidak menyangka bahawa semua itu hanya sementara.
Lilie mengeluh. Disimpan semula kotak itu. Tia adalah ratu hati Raziq. Lantas Lilie mencapai sut Armani Raziq dan menutup pintu bilik lelaki itu perlahan. Biarkan. Dia akan menunggu Raziq untuk berterus terang.
I know when she’s been on your mind
That distant look is in your eyes
I thought with time you’d realise it’s over
You know I’d fight for you
But how can I fight for someone who isn’t even there
I’ve had the rest of you now I want the best of you
It’s time to show and tell
Cuz I want it all or nothing at all
There’s nowhere left to fall, it’s now or never
Is it all or are we just friends
You and I could lose it all if you’ve got no more room
Nowhere inside for me in your life
No comments:
Post a Comment