Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
“Fez,” terdengar suara Puan Mira memanggilnya sebaik sahaja dia hendak menuju ke biliknya. Portfolio yang tertinggal perlu diambil untuk diserahkan pada agency sebelum photoshoot terbaru untuk Ralph Lauren Purple Lable spring/summer 09.
Raziq mengeluh lantas menuju ke arah family room, Puan Mira sedang menonton televisyen. “Apa ma?”
“Mama bertolak to New York esok. Tak ada apa-apa yang nak disampaikan untuk Baby?”
Raziq geleng. “Just wish her well. Bagitau dia, jaga diri tu,” sambung Raziq akhirnya. Terdengar keluhan Puan Mira. “Fez, Baby tu tunang Fez. Can’t you treat her like one?”
“Ma, mama yang paksa Fez tunang dengan dia. I can’t love her. Fez dah terlanjur sayang pada Tia. Mama suka atau tak, tu pendirian, Fez.”
“Hafez, jangan kecewakan mama.”
“No, I won’t. Sebab tu, Fez lepaskan Tia. Demi mama.”
~
Tia mendengus geram saat melihat skrin telefon bimbitnya buat kali ke seratus. Ditekan butang reject buat kesekian kali sebelum dicampak Sidekick 3 itu ke dalam tote purple python Tod’s miliknya. Sengal jari.
“Siapa tu?” tanya Aviana yang sedang menghirup iced blended Coffee Bean. “Raziq,” balas Tia geram. Lantas dia memboloskan diri ke butik BCBGMaxazaria. Aviana tertawa kecil. “Hai, tak penat lagi ke dia kejar kau? Mana dia letak Lilie tu? Dalam bakul ek?”
Tia sekadar mendiamkan diri. Penat dan lelah sentiasa dikejar lelaki tak faham bahasa itu. It’s so cliche. Not her style. Too soap-opera-ish. Ew.
Lucky bitch.
Dia menuju pula ke butik DKNY untuk mencari sepasang summer dress.
“Kau ni, nak apa sebenarnya, Tia?” tanya Aviana, menunggu di luar fitting room. Terdengar Tia mengeluh. “Aku tak tau lah Avi. Everything seems so wrong. Aku rasa aku dah lupakan Aizel. Tapi, bila tengok dia dengan orang lain, aku macam tak tenang. Raziq pulak, aku sayang dia, tapi dia macam permainkan aku. Tiba-tiba muncul, kemudian kejar aku sana sini macam tikus. Dia tu masih bertunang. It’s so wrong.”
Saat Tia menghabiskan kata-katanya, dia keluar dari fitting room. Seperti tadi, tubuhnya disarung jeans Kate Moss for Topshop dan tank top putih Moschino. Rambutnya sekadar diikat satu. Simple.
Dada Tia terasa sesak saat melihat insan yang sedang berdiri di hadapannya. Sekuntum senyuman tergaris di wajah bersih itu.
“Ziq tak pernah penat kejar Tia,” bisik lelaki itu lantas melingkarkan tangannya di pinggang Tia. Nafas Tia tersekat-sekat saat wajah Raziq semakin menghampirinya. Kemudian, rangkulan dilepaskan.
“Jom makan!” pelawa Raziq selamba pada Tia dan Aviana. Tia masih kaku dan kelu. Akhirnya, Aviana angguk.
No comments:
Post a Comment