Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
MENANTI SEBUAH JAWAPAN, IT’S YOU
Tiba saatnya kita saling bicara
Tentang perasaan yang kian menyeksa
Tentang rindu yang menggebu
Tentang cinta yang tak terungkap
Sudah terlalu lama kita berdiam
Tenggelam dalam gelisah yang tak tereda
Memenuhi mimpi-mimpi malam kita
Duhai cintaku, sayangku lepaskanlah
Perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
Dan kini hanya ada aku dan dirimu sesaat di keabadian
Jika sewaktu bisa kita hentikan
Dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
Meleburkan semua batas antara kau dan aku
BAB 34
H.O.L.I.D.A.Y! Yes, it’s finally the end of the semester. Johann, Atiq dan Ean sudah menjadi graduate BRP Class of 2008. Tia, Fyns, Aviana dan Nicole pula akan bergelar sebagai senior saat melangkah ke semester baru nanti.
Mereka semua bercadang untuk menghabiskan masa di beach house milik orang tua Nicole di Miri, Sarawak. Sengaja mahu mengubah angin.
Tia membetulkan kacamata Prada dan cap Gucci di kepala. Dia dapat mendengar rakannya yang lain, kecoh, bermain beach volleyball sementara dia berbaring di bawah cabanna.
“Woi!” jerit Ean di telinga Tia, membuatkan gadis itu terkejut. Tia bangkit dan mencubit lengan Ean. Ean sengih.
“Nah,” ujar lelaki itu lantas menghulurkan botol kaca 250ml diisi air berwarna pink. Tia mengerling jam tangan Omega chronograph miliknya.
“Ean, sekarang baru pukul sebelas. What are you trying to do, to get me drunk so early?” seloroh Tia. Ean tertawa. Tia menyambut juga huluran dan diteguk sedikit. Ean duduk di hujung reclining chair yang diduduki Tia. Tubuh Tia hanya dilitupi bikini koleksi terbaru Dior. Ean pula meneguk Heineken di dalam tangan.
“Wei, jomla join. Takkan kau nak baring je? Mana syok,” kata Ean. Sejak peristiwa yang berlaku dengan Raziq, Ean dan Tia menjadi rapat. Eanlah yang membantu Tia, memulihkan semangat gadis itu yang pudar.
Tia geleng. Menolak pelawaan Ean itu. Ean keluh dan jungkit bahu.
~
Sebulan berlalu dan setiap hari, Tia masih tidak berubah. Dia sentiasa murung dan enggan berinteraksi dengan sesiapa pun. Fokus dan hidupnya hanyalah study dan study.
Namun, di sebalik itu, hanya Tuhan yang tahu, betapa berkecainya jiwanya. Dia bagaikan mayat hidup. Tanpa tujuan dan matlamat. Dia bukan lagi orang yang sama. Hilang. Terbang.
Tia menangis. Air mata itulah menjadi penemannya saban hari. Dia duduk di pagar balkoni, kakinya dijuntaikan ke bawah. Alangkah indahnya kalau kita boleh terbang, fikirnya. Terbang seperti masalah yang dihadapinya.
Tanpa berfikir, Tia berdiri di pagar balkoni itu, bersedia untuk terjun ke bawah. Tubuhnya ditiup angin. Aku mahu terbang, detik hatinya lagi.
“Tia!” panggil Ean saat melihat Tia hendak melangkah, ingin terjun dari balkoni itu. Lengan Tia ditahan, tubuh gadis itu ditarik turun. Air matanya mengalir lagi.
~
Semua itu peristiwa beberapa bulan yang lalu. Sejak itulah, Ean dan Tia bagaikan tidak boleh berenggang. Macam belangkas. Macam kembar siam.
Ean bangkit dan menuju ke dalam air manakala Tia mencapai Harper’s Bazaar yang diletakkan di meja di sebelahnya. Earphones ipod nano disumbatkan ke telinga.
“What’s up?” terdengar suara garau itu nun di kejauhan. Tia tersentak. Lantas kaca mata Prada ditanggalkan. Dirinya bagaikan tergamam saat terlihat tubuh sasa dibaluti t-shirt Ralph Lauren dan board shorts William Rast itu.
“Kenapa kau bawak abang kau ke sini?” ucap Tia, separuh berbisik pada Ean. Ean mengerutkan dahi.
“He’s in town for a show. Aku dah bagitau Nic, dia okey je. Kau kisah ke?”
Tia ketap bibir lantas menggeleng. Dicapainya pink vodka dan mula berjalan ke pantai, menghampiri gigi air. Mark sekadar memerhati.
She keeps on getting hotter and hotter each day.
Whoa, slow down there. You don’t wanna go there.
Well, kalau belum cuba, kita takkan tau kan? There’s always seconds.
~
Mark mengendong tubuh Tia yang tertidur ke bilik yang dikongsinya dengan Nicole. She’s really drunk. Dan atas desakan Nicole, Mark bersetuju untuk bermalam di rumah itu.
Jam sudah menginjak ke pukul 3 pagi. Namun, mata Mark masih enggan pejam. Kotak Dunhill Lights dicapai dan dikeluarkan sebatang. Dinyalakan dan disedut asap perlahan. Mark mengeluh perlahan.
“Tak tidur lagi?” terdengar suara Ean menegurnya. Mark sekadar geleng.
“Zack, kau sayang ke kat Tia tu?” tanya Ean tanpa berselindung. Terdengar keluhan Mark. Ean mengetap bibir.
“Zack, aku kenal kau. You’re my brother. Aku tak patut cakap benda macam ni, tapi kau janganlah dekat sangat dengan Tia. Kesian dia, Zack. Muka je cantik, tapi dalam tu, macam dah tenat. Biarkan dia.”
“Aku tak bermaksud nak sakitkan dia.”
“Just jangan kacau dia.”
~
Tia duduk di patio, menikmati angin pagi sedangkan seisi rumah masih sedang enak dibuai mimpi. Entah mengapa dia boleh terbangun awal hari itu.
“Hey,” suara yang menegur itu menyentakkan Tia. Ditoleh ke sisi. Terlihat Mark sudah mengambil tempat di sebelahnya. “Hey.”
Sepi.
“How are things?” tanya Mark, memecah keheningan di antara mereka. Tia sekadar senyum. “Okey je. Just trying to live my life.”
“Bukan nak masuk campur. But, are you with my brother?” Tia geleng. Mark menarik nafas lega.
“I’m glad. I’m glad to know that. Because I still love you,” bisik Mark lagi.
~
Sepanjang perjalanan pulang, perasaan Tia bercampur-baur. Akhirnya, dia menjadi seorang yang pendiam. Tia berbolak-balik dengan dirinya sendiri.
Selepas Mark mengucapkan kata-kata itu, perasaan Tia berkocak. Hendak percaya atau tidak? Yes or no. Tia mengeluh. Ipod di dalam tangan ditekan, menukar lagu. Dia mengeluh lagi. Kali ini, terasa bahunya dicuit. Headphones ditanggalkan, dia menoleh.
“Kau ni, kenapa? Dari tadi susah je aku tengok,” ucap Ean. Tia menggigit bibir. Berkira-kira untuk memberitahu Ean atau tidak. Akhirnya, dia mendiamkan diri. Biarlah. Dilihat Ean menjungkitkan keningnya. Ada bakat nak jadi kasanova macam abangnya juga. Hish. Anak lelaki Tuan Rahman ni semua kaki goda.
Sebaik sahaja sampai di KLIA, Tia menuju ke kaunter limosin. Seorang pun tidak diberitahu akan kepulangannya. Tapi, pantas sahaja lengannya digamit Ean.
“Aku hantar kau balik. Tapi, kau kena teman aku makan. Boleh? Lapar la...”
Tia cebik. “Kalau macam tu, baik aku suruh pak cik limo tu hantar aku!”
Ean tergelak kecil. “Aku ajak kau teman aje. Kau nak makan sekali pun takpe! Aku belanja. Jimat duit kau. Betul tak nak?” pancing Ean lagi. Akhirnya, Tia mengalah.
“Eh, Tia?” tegur suara itu sebaik sahaja mereka ingin melangkah. Tia menoleh. Saira. Again? She’s like everywhere!
“Hey,” balas Tia pendek.
“Nak ke mana ni?”
“Baru balik dari Sarawak. You?”
“Oh. Nak visit my family kat Amsterdam. Siapa kawan you tu?”
“Sorry, ni Ean. Ni, Saira.”
Ean sekadar melemparkan senyuman. “Eh, Aiz! Aiz pun ikut I,” ujar Saira seraya memanggil Aizel. Jantung Tia berdegup kencang. Dunia sekelilingnya seakan membisu. Pandangannya difokuskan pada wajah itu. Entah mengapa, dia rindu.
Terlihat Aizel melemparkan senyumannya yang menawan itu. Mata dirty green itu bersinar saat dia berjabat dengan Ean. Dan tiba-tiba, Aizel meraih jemari Saira. Tia terpana.
Seperti memahaminya, Ean melingkarkan tangannya pada pinggang Tia. Dan nun di kejauhan, dengan hati yang membara, Mark memerhati.
Comparisons are easily done once you had a taste of perfection
Like an apple hanging from a tree I picked the ripest one
I still got the seeds.
You said move on where do I go?
I guess second best is all I will know.
He kissed my lips I taste your mouth
He pulled me in I was disgusted with myself
You said there’s tonnes of fishes in the water
So the water I will test.
Cuz when I’m with him I am thinking of you
What would you do
I wish that I was looking into
Your eyes
~
Tia melangkah masuk ke Zouk, menyelit antara pengunjung yang ramai untuk melihat Mark bermain bersama band terbarunya. Nama Mark, tidak kira bila dia menjadi DJ dan bermain secara solo mahupun dengan bangnya, akan menjadi tarikan ramai. Mark kini semakin dikenali sebagai salah satu underground artist and DJ yang terkenal.
Yes, he’s some kind of a celebrity.
Saat slot pertama hendak berakhir, Mark mengambil tempat di atas kerusi. Band matesnya yang lain, sudah turun. Hanya dia seorang di atas pentas. Dan di tangannya, sebuah gitar akustik yang dibeli bersama Tia dahulu.
“This is a cover song and I would like to dedicate it specially to the one, who brought me my lucky guitar here, my lucky charm, Tia,” ujar Mark seraya tersenyum dan mengenyit mata ke arah Tia.
Buka hatimu dan dengarkanlah bicaraku
Yang aku inginkan kamu cintai aku
Kan ku bawamu ke alam cintaku
Maafkan aku, bukan niatku menggangumu
Tapi aku dari dahulu mencintaimu
Yang menunggu setiap waktu
Mendampingimu dalam mimpi dan realiti
Cintai aku
Tubuh Tia kaku. Pantas dia bangkit dan mencapai tangan Ean. Ean terpinga-pinga.
“I wanna get out of here,” bisik Tia ke telinga Ean lantas melangkah keluar dari club itu. Tanpa disedari, Mark turut mengikut langkah mereka.
Sebaik sahaja keluar, tangan Tia direntap Mark. Lelaki itu merenung tepat ke anak mata Tia. “Apa ni?” bicaranya kasar. Pegangannya kejap.
“Mark, I’m sorry. But I can’t do this,” tutur Tia perlahan. Mark melepaskan gengamannya dan berpeluk tubuh.
“Kenapa?”
“Sebab, sebab.”
“Because I’m with her,” pantas Ean memotong dan menarik tubuh Tia ke dalam pelukan. Bibir Tia dikucup.
Terdengar Mark mendengus saat bibir mereka bertaut. “Fine.”
Saat duduk di dalam Escalade hitam milik Ean, Tia masih terkedu. Enjin sudah dihidupkan, namun kenderaan itu masih belum bergerak.
‘Sorry about tu tadi,” ucap Ean seraya menggigit bibir. Tia geleng. “Thank you,” ujarnya perlahan.
“So, we’re cool right? Friends?”
Tia angguk.
No comments:
Post a Comment