Sunday, June 7, 2009

CIKLET: FOREPLAY Chapter 33

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Hari Sabtu. Terasa seperti hari Sabtu biasanya. Namun, kelainannya, pagi itu, Tia mendapat 36 kuntum bunga ros berwarna pink, peach dan merah.

My love,

R

Itu yang tertulis pada kad kecil yang diserahkan delivery boy pada Tia. Tia senyum lantas mencapai telefon bimbitnya. Didail nombor Raziq.

Namun, hampa. Dicuba sekali lagi. Masih tidak berjawab.

Mana Raziq ni?

Tia menghantar pesanan ringkas. Turut tidak berbalas. Lantas Tia menelefon ke penthouse Raziq. Pun tidak berjawab. Ke private line, hasilnya tetap menghampakan.

Takkan lelaki ni menghilangkan diri lagi?

Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berbunyi.

RAIL

Xdtg ke?

TIA

Where?

RAIL

La, ada kenduri.

Abg fez xbgtau?

TIA

No. Dia hntr bunga je

RAIL

Dtgla

Lantas Tia senyum. Dikeluarkan kebaya yang dihadiahkan padanya dulu. He will love it! Ujarnya dalam hati.

~

Tia melangkah dengan yakin menuju ke rumah orang tua Raziq. Sudah ramai juga tetamu yang datang. Tiba di pintu masuk, Tia terasa lengannya digamit.

“Buat apa kat sini?” ujar Ean. Tia kerut dahi. Soalan pelik mamat ni. “Kau buat apa sini? Jadi lalang ek?” tanya Tia.

“Aku dengan...”

“Saya,” potong Mark pendek. Jantung Tia seakan terhenti. Tidak menyangka akan ketemu Mark di situ. Tia sekadar melemparkan senyuman tawar.

“Eh, Tia. How nice of you to come. Masuklah. Majlis nak mula dah ni,” ujar Puan Mira pula. Tia akur dan melangkah masuk. Dia berasa kekok. Ean berdiri di belakangnya dan Mark pula tidak jauh dari situ. Entah mengapa jantungnya berdegup kencang.

Tia kerut dahi. Majlis apa pulak ni? Tia menyiku Ean. “Apa cerita?” tanyanya. Ean jegil mata. Tak tahu? “Tunang,” jawabnya pendek. Siapa pulak? Ralynn ke?

Terlihat seorang gadis yang mengenakan tudung, duduk tersipu di tengah ruang. Kemudian, keadaan menjadi riuh sebentar. Tia terasa telefon bimbitnya bergetar dalam clutch Alexander McQueen. Dia keluar untuk menjawab panggilan.

Saat Tia masuk, terlihat cincin sedang disarung. Si lelaki pula sedang tunduk. Saat lelaki itu mengangkat wajah, dunia Tia seakan berhenti. Air mata mula bertakung di kelopak mata. Ya, Raziq.

Raziq bertunang dengan Lilie.

Tia berlari keluar. Di raba di dalam clutch, mencari kunci kereta. Dia mahu pergi~ “Tia!” panggil Ean dan Mark serentak. Lantas mereka berdua berlari mendapatkan Tia. Wajah Raziq pula sudah berubah pucat. Tidak menyangka Tia akan berada di situ.

Di luar, Mark berjaya menggamit lengan Tia. “Mark, let me go!” ujar Tia, mencuba melepaskan diri. “Tolong, Mark. You’ve hurt me enough. Let me go,” rayu Tia lagi. Akhirnya Mark melepaskan genggamannya dan merenung Mercedes SLK 55 itu berlalu pergi.

~

Jam baru sahaja menunjukkan pukul 4.30 petang. Masih ada lagi tetamu di vila mewah itu. Namun, Raziq sudah bersedia untuk pergi.

“Kenapa kau lepaskan dia pergi?” ucap Raziq kesal pada Mark. Mark memadamkan rokoknya. “Kenapa kau tak bagitau dia?” kata Mark, memulangkan paku buah keras. Raziq mengetap bibir. Dia mula menaiki tangga. Apabila turun, baju melayu cekak musang berwarna peach telahpun digantu dengan jeans Calvin Klein dan kemeja biru muda Zara.

“Hafez, Hafez nak ke mana tu?” tanya Puan Mira, tatkala melihat anak lelakinya menyarungkan sneakers Nike ke kaki.

“Keluar,” balas Raziq pendek.

“Tak bawak Baby sekali?” berdesing telinga Raziq. Dicapai kunci Mercedes Mlnya. “Tak. Dengan Mark. Guys stuff,” balasnya acuh tak acuh lantas keluar.

Raziq mencari Tia menggunakan Friend Finder. Nyatanya Tia sedang berada di penthousenya. Lantas kereta dipecut.

Raziq termengah-mengah saat dia membuka pintu penthousenya. “Tia!” panggilnya seraya mencari di segenap ruang. Namun, kosong. Raziq keluh lantas berjalan ke biliknya.

Di atas katil, beberapa buat kotak. Dibukanya satu persatu. Semua hadiah yang pernah diberikannya pada Tia ada di situ. Terakhir sekali, cincin dan gelang ‘pertunangan’ mereka.

Raziq,

Thanks for everything.

Tia.

Raziq meraup wajahnya. Dicapai semula kunci kereta.

~

“Abang Ziq?” ucap Tania, terkejut, saat dia membuka pintu. “Tia mana?” ujar Raziq bagai kurang bersabar. Tania menudin ke atas. Pantas Raziq mendaki tangga menuju ke bilik Tia.

Tanpa mengetuk, Raziq menerobos masuk ke bilik Tia. Terlihat gadis itu sedang menangis teresak-esak, jemarinya mengeluarkan semua gambar dia bersama Raziq di ruang biliknya ke dalam kotak.

“Tia,” ujar Raziq, menahan tangan Tia. Tia merentap tangannya kasar.

“Tia, listen to me please. Ziq boleh explain,” sambung Raziq lagi. Masih mahu memujuk.

Tia merenung Raziq tajam. Air mata tidak henti mengalir ke pipi. “Apa yang you nak explain pada I? This is all bullshit!” jerit Tia. Raziq mengetap bibir.

“Mama paksa Ziq, sayang. I have no choice. Ziq memang nak bagitau sayang personally.”

“Don’t call me sayang, you bastard! Aku benci tengok muka kau!”

“It’s just tunang, sayang. Boleh putus!”

Tia tersenyum sinis. “Oh, tu yang you chose her over me? I had enough of your games. Get lost!”

Raziq tidak berputus asa. Dia masih mahu memujuk Tia. Tangan Tia cuba diraih. “Berambus!” jerit Tia lagi, menolak tubuh sasa Raziq.

Raziq mengeluh. Dia akur.

Tia terjelupuk di atas katil. Menangis semahu-mahunya.

Goodbye sayang. I will always love you.

Takku pinta malapetaka yang jatuh menimpa

Dan menguji cinta kita

Kau sepatutnya dicinta jejaka yang lebih sempurna

Pergilah sayang

Dirimu kan tetap daku puja

Setiap malam berlinang air mataku merindumu sayang

Jangan pula dikau salah sangka

Ku mungkiri janji, ku tak mencintai lagi

Tapi izin ku undur diri kerana ku tak mampu membahagiakanmu

Memang sayang untukku melepaskanmu. Biarku tanggung deritaku

Kasihku, berikan ku peluang untuk menatapi wajahmu

Agar abadi di ingatanku

No comments:

Post a Comment