Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
Raziq menutup pintu biliknya perlahan. Kemudian, dia mengeluh. Penat. Lantas dihempaskan tubuh ke katil. Malam itu, dia tidur di rumah orang tuanya kerana Ralynn yang mengambilnya di lapangan terbang. Alang-alang Ralynn pulang, kasihan pula adiknya itu terpaksa berulang-alik.
Raziq mengerling jam tangan Cartier di pergelangan tangan. Pukul 9.30 malam. Teringat pula bagaimana mamanya membebel tadi apabila mendengar keputusannya.
“Hafez dan Tia nak bertunang. Hafez dah propose pun.”
“Hafez! Kenapa Fez buat macam tu tanpa tanya mama dulu?”
“Ini hidup Fez ma. Fez dah cukup matang, cukup besar untuk buat keputusan Fez sendiri. Fez bukan budak kecik lagi yang mama boleh atur semua kehidupan dia.”
“Tapi mama dah plan everything, Fez dengan family...”
“I’m sorry ma. Apa-apa pun, keputusan Fez tetap sama. Fez dengan Tia dah pergi jauh dah,” potong Raziq serta merta.
Raziq mengeluh. Ketukan di pintu mematikan lamunannya. Dibiarkan. Tidak lama kemudian, terlihat Lilie menjengulkan kepalanya dan menapak masuk.
“Abang Hafez,” panggil Lilie lembut lantas melabuhkan punggung di hujung katil Raziq. “Baby buat apa kat sini malam-malam macam ni?” ujar Raziq. T-shirt Desigual yang dibuka tadi kini disarung semula. Mata Lilie dapat menangkap kesan-kesan lebam di dada bidang dan leher Raziq.
“Baby tidur dengan Rail. Mummy dengan Daddy tak ada kat rumah,” jelas Lilie. Dia menoleh ke arah lelaki itu yang kini telah bangkit dan menuju ke balkoni. Direnungnya bayang-bayang lelaki itu yang kelihatan sungguh gagah dengan tubuh yang well-built. Memang model material.
Lilie mengikut langkah Raziq. Sampai di balkoni, Raziq mengeluarkan sekotak Marlboro dari poket. Dinyalakan sebatang rokok dengan lighter Zipponya.
“Kenapa Baby masuk bilik abang ni?” tersekat-sekat ayat itu di kerongkong Raziq. Jika di hadapan Tia, dia akan memanggilnya Lilie, bukan Baby. Raziq tahu betapa cemburunya Tia jika Raziq memanggil Lilie, Baby.
“Mama ada bagitau pasal abang dengan Tia.”
“Jadi?”
“She’s really angry. Tapi, Baby happy for you,” ucap Lilie pendek sebelum melangkah keluar.
~
Raziq bangun. Terasa tangannya melingkari lekuk-lekuk yang indah, dilapisi kulit bagaikan sutera. Matanya dibuka. Terlihat wajah gadis yang dicintainya dilitupi beberapa helai rambut kecoklatan. Raziq tersenyum sendiri saat teringat nama timangan yang diberinya pada Tia.
My lusty latina.
Why? Only he knows why.
Raziq melihat jam di bedside tablenya. Pukul 9 pagi. Masih punya masa untuk breakfast. Lantas dia bangkit, mencapai boxersnya di atas lantai, dadanya dibiarkan terdedah. Lantas dia melangkah menuju ke dapur. Sebelum itu, sliding door, menuju ke terrace penthousenya, membiarkan angin pagi menerobos masuk.
Saat Raziq menuang cranberry juice untuk Tia, dia terdengar rengekan manja Tia dari dalam bilik.
Man, she’s always different the morning after. So fiesty.
Raziq tersenyum. Dia melangkah ke cupboard, mengeluarkan dua kotak cereal. Satu cocopops dan satu lagi blueberry morning. Kedua-duanya kegemaran gadis itu.
Raziq terkejut saat terasa tangan melingkari pinggangnya. Raziq senyum lagi. “Morning sleepy head,” ujarnya. Kemudian terasa belakangnya dikucup dan digigit-gigit manja. Raziq tergelak kecil. “Nakal sayang,” ujarnya lantas memutarkan tubuh dan mengucup dahi Tia yang hanya dibaluti pakaian dalam Valiserienya.
Tia menarik tangan Raziq. Terlihat Tia duduk di atas meja makan yang diperbuat dari oakwood yang diimport, dengan menggoda sekali.
Tia melingkarkan tangannya pada leher Raziq setelah meletakkan tangannya pada pinggang gadis itu. Tia mengucup dada, leher dan kucupan itu terus hinggap ke segenap wajah Raziq. Tubuh Raziq ditarik rapat lagi dengan kakinya. Rambut Raziq ditarik-tarik manja. Bibir mereka bertaut.
Let the magic begins.
~
Lilie bersandar pada dinding lif, menanti pintu lif terbuka ke tingkat yang hendak ditujunya. Di ruang mindanya berlegar-legar kata-kata mama Raziq. Lilie sendiri resah apabila memikirkan keputusan Puan Mira itu.
TING!
Bunyi lif mematikan lamunan Lilie. Dia keluar dan menuju ke pintu yang hendak dituju. Pada mulanya butang pintu hendak ditekan. Namun, jam tangan Louis Vuitton berwarna pinknya dikerling.
Pukul 9.30 pagi.
Dia tersenyum. Lantas diseluk beg tangan Alexander McQueen dan dikeluarkan segugus kunci pada keychain Yves Saint Laurent. That’s the key. Lantas kunci dimasukkan ke tombol dan diputar.
Lilie masuk dengan perlahan. Dahinya berkerut saat terdengar suara samar-samar dari ruang apartmen yang dihias ala modern contemporary itu. Kakinya dihayun menuju ke dapur.
“Ah!” Lilie terkejut. Mulutnya yang ternganga, ditutup dengan tangan. Terlihat Tia yang hanya mengenakan pakaian dalam berbaring di atas meja makan. Tangan dan kaki gadis itu melingkari tubuh Raziq yang hanya berboxer. Bibir mereka bertaut dicelah erangan Tia.
“Lilie!” ujar Tia dan Raziq, serentak. Terkejut. Pelukan dileraikan. Tia turun dari meja dan berjalan masuk ke dalam bilik. “Tunggu,” ujar Raziq kepada Lilie sebelum mengikut langkah Tia.
Seketika kemudian, Tia keluar dengan hanya mengenakan kemeja Agnes B. yang dikenakan Raziq semalam. Raziq mengambil tempat duduk di ruang tamu bersama Lilie sementara Tia menuju ke dapur. Oleh kerana penthouse itu dibina dengan open concept, kesemua ruangnya terbuka, tanpa sekat dan bersambung.
Tia menuang blueberry morning ke dalam mangkuk dan duduk di counter di mana dia boleh menonton televisyen di hujung ruang tamu sekaligus memerhati Raziq dan Lilie. Sempat pula Lilie mengerling ke arah Tia yang kelihatan persis Penelope Cruz dalam filem Vicki Cristina Barcelan pada waktu itu.
“I’m sorry I was interrupting. Baby tak tau yang abang dengan Tia,” ujar Lilie kesal. Dia terasa sungguh asing walaupun suatu masa dahulu dia banyak menghabiskan masa di penthouse itu yang menyimpan seribu kenangan baginya.
“Kenapa tak call dulu?”
“Baby ingat abang masih tidur. Ingat nak surprisekan abang,” balas gadis itu. Raziq mendengus dan meraup wajahnya.
“Lilie, Lilie tak boleh buat macam tu lagi. Things are not like before, okay? Sekarang abang dah ada Tia. Lilie tak boleh sesuka hati datang macam Lilie buat dulu,” jelas Raziq serius. Lilie ketap bibir.
“Tapi,”
“No, buts Lilie. Our relationship tak macam dulu. Abang tak boleh buat macam tu lagi. Abang boleh jadi sekadar abang angkat Lilie aje sekarang. Tak lebih daripada tu,” tegas Raziq lagi.
“If you don’t mind, abang nak spend time dengan Tia arini. Lilie balik.”
Setelah Lilie keluar, Raziq menjenguk ke dapur. Tia tiada lagi di situ. Masuk ke kamarnya, pun tiada. Akhirnya, dia melangkah ke terrace. Terlihat Tia sedang berendam di dalam Jacuzzi. Di tangan gadis itu, sebotol kecil pink vodka.
At 10 o’clock in the morning? That early?
Raziq melangkah ke tepi tub itu dan mengucup leher gadis itu. Tia berpaling menghadap Raziq. Terlihat mata bundar gadis itu merenung tajam ke arahnya.
“Kenapa sayang?” ujar Raziq sambil menanggalkan pakaian untuk turut masuk ke dalam tub kecil itu.
“What do you mean by relationship sayang dengan Lilie dulu berbeza?” tanya Tia berselindung. Dia memeluk tubuh menandakan dia betul-betul serius.
Raziq keluh. “Sebenarnya, Ziq dengan Lilie ada history together. Dia memang best friend, Rail dari kecik. Kami membesar sama-sama. One day, we somehow fell in love with each other. We were young and naive. Tapi mama dah plan macam-macam.”
“Patut pun mama sayang macam tak suka je dengan Tia. Selalu compare Tia dengan dia.”
“Sayang tak perlu risau pasal tu. Ziq dah settle it with mama.”
No comments:
Post a Comment