Sunday, June 7, 2009

CIKLET: FOREPLAY Chapter 30

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

“Sayang,” terdengar suara Raziq merengek di celah-celah comforter cream di dalam sebuah bilik suite Grand Hyatt Hotel, Singapore. Tia yang bangkit untuk melihat menu room service lantas menapak semula ke kamar tidur dan berbaring di sebelah Raziq. Di tangannya masih terdapat menu. Terasa Raziq merangkul pinggangnya.

“Apa tu sayang?” ujar Raziq manja. Matanya masih terpejam. Tia membelai rambut Raziq. Sudah dua hari mereka berada di Singapura dan perangai Raziq tidak ubah seperti ketika mereka berjumpa dahulu. Dan perangai itu yang dirindui Tia.

“Menu room service. Kenapa? It’s almost ten. Tia lapar,” ucap Tia lembut. Lantas Raziq mengambil menu itu dan diletakkan di bedside table. Ditariknya tubuh Tia rapat ke dalam pelukannya.

“I miss you,” ucap Raziq sebelum mengucup Tia.

~

“Reservation under Raziq Imran please,” ucap Raziq kepada matre’d di restoran Carousel. Raziq memimpin tangan Tia menuju ke arah table for two yang berhampiran tingkap.

“Thanks. I love it here,” ucap Tia. Raziq senyum.

“Ziq tau sayang suka makan kat sini. So, I thought we should have dinner here,” ucap Raziq seraya mengucup jemari Tia.

Selesai makan malam, mereka berjalan di sekitar Orchard Road, melihat panorama kota Singapura di waktu malam. Memandangkan hotel mereka terletak tidak jauh dari Carousel, mereka hanya perlu berjalan.

“Eh, Tatiana Tarmizi kan?” tegur satu suara lunak saat Tia sedang berada di butik Fendi di Paragorn. Tia menoleh, kaget. Gadis yang berdiri penuh gaya di hadapannya itu adalah gadis yang terakhir dia mahu ketemu.

“Tia, ni I lah! Saira Kiesel?” ujar gadis itu lagi. Tia akhirnya melemparkan senyuman. Mengigau ke apa minah ni, baik sangat? Ke dah kena brainwash kat France?

“Buat apa kat sini?” tanya Tia cuba untuk meramahkan diri walaupun hakikatnya, dirinya tersangat kekok. Saira senyum. “Oh, cuti! We have one week holiday. Kebetulan family I ada kat sini. Hmm, Aiz pun ada tau! Dia ikut I. Rumah dia kosong. Auntie Zarine dengan Uncle Morshidi kat Australia dengan Azier.” Saira menuding ke arah seorang jejaka yang mengenakan board shorts Esprit dan t-shirt berkolar Thomas Pink. Tia telan liur.

“Sorry pula, I tak tanya. You’re with someone ke?” sambung Saira lagi, melihat kelibat Raziq tidak jauh dari mereka. Tia senyum demi menyembunyikan kegugupan.

“Yes. Sayang!” panggil Tia lantas memperkenalkan Raziq kepada Saira.

“Eh, why don’t we sit and chat together? Have coffee, catch up with each other? Aiz!” cadang Saira lantas memanggil Aizel.

“It’s okay, we just had dinner. Kenyang lagi ni. Jom,” pantas Raziq memotong dan menggamit lengan Tia.

“Oh, okay. See you guys again!” balas Saira.

~

Tia bangun seraya melindung matanya dengan bantal. Silau dengan cahaya matahari yang melimpah masuk melalui glass door yang menuju ke balkoni apartmen World Tower, Sydney kepunyaan Raziq.

Dia menutup wajahnya dengan duvet, kedinginan sederhana musim bunga di bumi kanggaru itu dapat terasa menggigit kulitnya. Tia menoleh ke kiri, ke tempat pembaringan Raziq. Namun sekujur tubuh lelaki itu tidak kelihatan. Tia mengerling jam tangan di atas night stand. 8.30 pagi.

Awal pulak Raziq bangun?

Pantas Tia mencapai fleece blanket di hujung katil untuk menutup tubuhnya yang hanya dilitupi baby doll La Perla dan mula melangkah ke luar bilik. Terlihat Raziq sedang berdiri di birai pintu menuju ke balkoni di sebelah sun room sambil menghisap rokok. Lantas Tia memeluk tubuh sasa itu dari belakang.

“Eh, good morning sayang,” ujar Raziq agak terkejut lantas memadamkan rokok di dalam ashtray smokeless. Raziq berpaling dan menghadap Tia. Fleec blanket dilucutkan dan dirangkul gadis itu kemas dalam pelukan.

“Do you know how sexy you look every morning, sayang?” ucap Raziq. Tia mencubit Raziq. “Sakitlah sayang. You can do that, but I can do this,” ujar Raziq menggoda lantas mensasarkan leher Tia. Tidak lama kemudian, tiga kesan lebam telah terlahir di leher itu. Bibir Raziq mula menjalar ke pipi sebelum bertaut lama ke bibir Tia. Tubuh gadis itu ditarik rapat ke tubuhnya, seakan bersatu. Jiwa lelakinya mula bergelora.

“Dah, pergi mandi. We have plans for lunch,” ujar Raziq sebelum memukul lembut punggung Tia. Tia tertawa kecil. “Boleh. But I want you to join me. Please sayang. Kalau sayang tak nak, Tia pun tak nak mandi,” pancing Tia, tersenyum menggoda.

“Naughty. Dah, pergi mandi. We’ll do it tonight, sayang,” ujar Raziq, mencuit pipi Tia. Tia akur.

~

“Remember this boat?” ujar Raziq, memimpin tangan Tia menuju ke bot peribadi milik keluarganya. Tia senyum dan angguk. Mereka menikmati brunch pada pagi itu seperti pertama kali mereka berjumpa dahulu. Sungguh romantis.

“Sayang?” ucap Raziq lantas memeluk tubuh gadis itu dari belakang. “Close your eyes,” ujar Raziq sebelum menutup mata Tia dengan skaf Hermes. Kemudian, dia memimpin tangan Tia ke hadapan bot. Dan skaf pun dibuka. “Open.”

“Apa ni?” tanya Tia saat melihat dua buah kotak hitam dan beribbon silver. “Bukaklah.”

Lantas tangan Tia membuka kotak yang terlebih kecil dahulu. Saat dibuka, sepasang stiletto Manolo Blahnik limited edition. Sungguh elegan.

Tia mencapai kotak yang besar pula dan dibuka. Terserlah sepasang knee length cattle skin boots berwarna beige Christian Louboutin new collection. Oh my God.

Oh yes, one lucky girl.

Tia berpaling dan memeluk erat tubuh Raziq. Saat pelukan terlerai, Raziq mengisyaratkan Tia supaya berputar kembali ke arah terletaknya kedua-dua kotak itu tadi. Kini, terdapat sebuah lagi kotak, dibalut dengan cara yang sama.

Kotak dibuka perlahan. Saat kotak dibuka, Tia terpana. Sepasang kebaya nyonya diberi sentuhan moden berwarna silver, dihiasi kristal Swarovski dari Austria hasil rekaan Tom Abang Saufi.

“It’s so pretty. Thanks sayang,” ucap Tia lantas mengucup pipi Raziq. Tangannya menyentuh lembut kebaya itu.

Raziq tersenyum. “Sayang pun tau kan, Ziq rasa sayang sexy kalau pakai kebaya.” Kemudian, tangan yang sejak tadi diletakkan di belakangnya, dibawa ke hadapan. Di tangannya sebuah kotak Cartier.

“Open this,” ujar Raziq pendek.

Saat Tia membuka kotak itu, terlihat seutas gelang koleksi Love dari Cartier. Seutas gelang platinum bertatahkan 15 butir berlian 1.5 karat.

“I want to marry you, Tatiana Analiselle,” ucap Raziq lantas menyarungkan gelang itu ke tangan Tia. Mulut Tia ternganga.

“Consider this as tanda pertunangan Ziq dengan sayang. Bila kita balik, Ziq akan bincang dengan keluarga kita. Okey?”

Well, if that 50K well spent for us, why not darling?

No comments:

Post a Comment