Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
Tia menapak ke meja kafeteria seperti pagi-paginya yang selalu. Dengan vanilla latte dan akhbar, dia melabuhkan punggung di sebelah Fyns.
“Eh, Aiz mana? Datang lambat ke?” tanya Tia, perasan dengan ketiadaan Aizel. Kali terakhir dia ketemu Aizel adalah pagi Isnin. Itupun Aizel sentiasa mengelaknya.
“Aizel dah blah,” pantas itu yang terkeluar dari mulut Atiq. Tia mengerut dahi. Dah blah? “Aiz decided to finish senior year dia di France,” sambung Johann. Air muka Tia serta merta berubah.
“Kenapa dia tak bagitau aku pun?” Masing-masing jungkit bahu. Seketika kemudian, terasa pula ada orang duduk di sebelah Tia. Tia toleh.
“Oh my God!” terbeliak matanya saat melihat Ean lengkap mengenakan uniform Bukit Rahman Putra High. “Budak baru ek?” ujar Tia lagi, separuh tergelak. Ean mendepangkan tangannya, berpura-pura berlagak.
“Hello, I’m Mussadique Ean-Dinzly. Transferred from Qatar and I inspire to be one hot pilot,” ucap Ean dengan slanga British pekatnya. Tia menampar lengan Ean. “Berlagak lah tu. Meluat.”
Ean gelak lagi. “Sakit la wei. Eh, tak nak ke show off budak baru ni? Ronda-ronda kampus. Tour kejap, usyar cewek-cewek cakep ke...,” seloroh Ean lagi. Tia mencebik. Namun, dia bangkit jua dan menarik lengan Ean.
“Jomla, kalau kau nak sangat. Perasan betul nak jadi Mat Romeo. Jumpa korang kat class karang!” ujar Tia lantas menjinjit oversize tote Kate Spadenya. Ean pula menyandang sling bag leather Salvatore Ferragamo hitamnya.
~
Tia duduk bersila di tennis court. Peluh dikesat dengan tuala yang diembroydery dengan kristal Swarovski. Dia mengeluh. Selalunya, selesai practice, terlihat Aizel akan melepak bersamanya sebentar.
“Hoi! Pesal termenung ni?” tegur Ean lantas melabuhkan punggung di sisi Tia. Tia sekadar tersenyum dan menggeleng. “Tak balik lagi ke?” tanya Ean lagi.
“Nia dah balik dulu. Dia yang drive hari ni. Tengah tunggu Raziq ambik,” serentak Tia berkata begitu, telefon bimbit di dalam tote Kate Spadenya berbunyi.
RAZIQ : SAYANG
Syg, i got hold back at college.
Mite get home l8. u go 1st blh?
Tia keluh. As always.
TIA : SAYANG
Yeah. Sure. Tc. Ily
“Kenapa?” tanya Ean menyedari keresahan di wajah Tia. “Dia tak dapat ambik aku. Macam mana aku nak balik ni?”
“Eh, kalau kau tak kisah, I can send you,” pelawa Ean. Tia akur lantas mengikut langkah Ean. Namun, langkah terhenti saat terlihat Ean menekan butang alarm dan menuju ke kereta itu.
A red Mazda RX8.
No.
Yes.
Mikhael Zaqree’s ride.
Oh no.
“Tak kisah ke naik kereta dia?” ucap Ean apabila menyedari Tia tidak berganjak. Pantas Tia menggeleng. Asal dapat balik, sudah!
“My car belum sampai. Lambat pulak kali ni. Lagipun, dia tak ada kat sini. Dengar ada tour,” jelas Ean tanpa dipinta. Tia sekadar mendiamkan diri.
“Nak lepak-lepak jap tak?” pelawa Ean lantas menyusur masuk ke Jalan Sultan Ismail. “Pakai macam ni?” ujar Tia hairan.
“Apa salahnya? Cun lah ni. Dah cute dah tu. Bantai ajela...,” ucap Ean. Lantas satu cubitan singgah di pinggang Ean sebelum kereta menuju ke Pavillion KL.
~
Sebaik sahaja Tia melangkah masuk ke dalam rumah, jam sudah menunjukkan pukul 7.15 malam. Lebih kurang dua jam mereka meronda dan melepak bersama di kawasan Bintang Walk tadi.
“Baru balik?” hampir jatuh jantung Tia saat terdengar suara itu. Dia mengurut dada.
“Kenapa ada kat sini? Cakap ada hal,” tanya Tia kepada Raziq sambil menanggalkan kasut dan stokingnya. “Siapa yang hantar sayang?” balas Raziq. Sejak pukul 6 tadi dia menunggu di rumah Tia, memikirkan Tia sudah pulang. Namun, kata Puan Dorheen, batang hidung pun tak nampak.
“Ean,” balas Tia pendek sebelum menuju ke dapur. Raziq mengerutkan dahi. Ean? Tapi kan tadi kereta Mark? Mustahil dia tidak kenal kereta kawan sendiri!
“Tapi kan tu tadi kereta Mark?”
“Ya. Tapi Ean guna. Mark is not in town,” jelas Tia. Raziq angguk. Raziq mengeluarkan sekeping sampul surat dari poket belakang jean Calvin Kleinnya, dihulurkan pada Tia. “Apa ni?” Raziq sekadar mengisyaratkan Tia untuk melihat isinya.
Air ticket to Singapore, five days.
Air ticket to Sydney, four days.
“Oh my God!” ucap Tia kaget.
“ I thought we need a vacation. Just the two of us. Sorang pun tak boleh kacau.”
Lantas tubuh Raziq dipeluk.
No comments:
Post a Comment