Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
“Ate! Cepatlah. Lambat pulak kang. Abang Aiz dah tunggu tu!” laung Tania dari luar pintu bilik Tia. Tania pula sudah bersedia dengan gaunnya. Walaupun dia tidak terlibat, namun dia turut pergi sebagai penonton debutante ball itu. Tuan Tarmizi dan Puan Dorheen pula sudah pergi terlebih dahulu ke PWTC.
“Okey, siap!” ucap Tia sebaik sahaja dia membuka pintu.
“Wow,” ujar Aizel yang kini berdiri di belakang Tania. Bila pulak dia naik?
Mata Aizel tidak berkedip dan tidak lepas memandang Tia yang anggun dalam evening dress Christian Dior berwarna creamnya. Kakinya dilapisi sepasang espadrille Prada. Di tangannya pula clutch sedondon Bottega Veneta.
“You look awesome,” sambung Aizel saat dia menyarungkan corsage orkid putih ke pergelangan tangan Tia. Tia sekadar membalas dengan senyuman. Aizel pun tidak kurang kacaknya dengan sepasang tuksedo Ermenigildo Zegna.
“Jomlah. We’re seriously late,” ucap Tania, menarik tangan mereka berdua.
Malam itu, walau Tia dan Raziq sentiasa terserempak, mereka langsung tidak meluangkan masa bersama. Tia mengeluh saat terlihat Lilie menempel di sisi Raziq. Lantas dia mengeluarkan telefon bimbit dari clutchnya. Dia mengeluh.
Tiba-tiba, matanya menangkap Nicole dengan seseorang yang dikenali. Ean? Yes, Ean. Mana pulak minah tu jumpa Ean.
Yes, THE Ean.
Yearp, he’s back. But they’re not hooking up. Happy people?
Si, bien.
Tia mengeluh lagi. Lantas dia bangkit dan menuju ke luar. Panorama Kuala Lumpur di waktu malam menghiasi pandangan Tia.
Tia kaget saat bahunya disentuh lembut. “Kenapa ni? Sedih je?” tegur Ean. Senyuman di bibirnya melebar. Sungguh dia kesal dengan perbuatan abangnya terhadap gadis itu.
Tia senyum dan geleng.
“So, dah balik dengan Aizel semula ya?” tanya Ean lagi. Tia ketap bibir. “Nope. I’m actually with Raziq,” pendek sahaja jawapan Tia.
“Well, Ean terada sungguh hairan. Why not with him tonight?” tanya Ean dalam nada berseloroh, mahu menceriakan Tia. Tia tertawa kecil.
“Sebab mak dia nak dia escort Puteri Lilie.”
“Baby ke?”
Tia menoleh saat Ean menyebut nama manja Lilie. Of all nicknames, it has to be Baby isn’t it?
“What?” tanya Ean hairan apabila Tia merenungnya tajam.
“Cepat you pick up? Baby,” ujar Tia dalam nada sindiran. Ean tergelak kecil. “Dulu masa kecik-kecik, aku suka buli dia. Kira, teman sepermainan,” jelas Ean. Tia angguk.
“Tia? Puas I cari you. Here you are!” terdengar suara Aizel. Mereka menoleh. Ean sekadar melemparkan senyuman.
“Ada masa tu, ding-ding lah aku. Aku masih guna number sama,” ujar Ean melangkah pergi saat Aizel sudah menapak menghampiri mereka. “Siapa tu?” tanya Aizel. Muka macam pernah tengok. Tapi, tak pernah kenal. Bersepah kat town kot.
Baik punya mulut.
“Adik Mark.” Aizel mengerutkan dahi.
“Mikhael I mean. I know you’re the last son!” sambung Tia lagi. Aizel gelak. Oh, adik dia.
Mereka terdiam. Masing-masing mengunci bibir, menikmati panorama yang tersaji di hadapan mereka. Tanpa disedari, Aizel meraih jemari Tia. Digenggamnya kemas. Tia merenung tepat ke dalam anak mata hijau itu.
“Tia, I...,” tutur Aizel perlahan.
“Sayang,” panggil Raziq, menyentakkan mereka berdua. Lantas genggaman dileraikan. “Shall we go?” sambungnya, cuba tidak menghiraukan apa yang dilihatnya sebentar tadi. “Sekarang?” tanya Tia. Raziq angguk.
“I have something planned for us,” tambah Raziq lagi. Tia sekadar angguk. Dia menapak ke arah Raziq sebelum Raziq mengucup pipinya dan merangkul pinggangnya.
“See you,” ujar Aizel sebelum menghilangkan diri ke arah ball itu.
Saat masuk ke dalam Maybach milik Abah Raziq, Raziq masih terpaku di stereng sambil menaip kekunci telefon bimbit Vertu miliknya. Setelah menekan butang send, dia menoleh ke arah Tia. Dicapai jemari gadis itu dan dikucup.
Nun di ruang ballroom, kocek seluar tuksedo Zegna hitam yang dikenakan Aizel bergetar. Dikeluarkan Nokia 8800 Carbon Arte.
UNKNOWN NUMBER
I dnt wnt 2 c u near her again
R
No comments:
Post a Comment