Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
Perasaan Raziq bergelora saat dia melihat Tia menuruni tangga. Tia kelihatan sungguh anggun dengan dress separas lutut Calvin Klein berwana hitam, dihiasi dengan manik pada bodicenya.
“You look so pretty,” ujar Raziq seraya membelai rambut Tia yang dibiarkan mengurai. Tia sekadar tersenyum dan menyarungkan stiletto Yves Saint Laurentnya.
“Jom.”
Lantas Mercedes ML berwarna hitam meluncur laju membelah jalan raya menuju ke kawasan perumahan di Ampang.
“Kita nak ke mana ni? Cakap rumah kat Bangsar?” ujar Tia hairan. “Tu, rumah mama dengan papa. Ziq dah janji nak bawak sayang ke rumah Ziq kan?” jelas Raziq. Tia semakin keliru.
Mercedes itu berhenti di hadapan sebuah kawasan service apartmen. “Nak masuk?” tanya Raziq. “Karang kita lambat pulak,” balas Tia mengereling jam tangan Omega miliknya. Mereka seharusnya berada di rumah orang tua Raziq pada pukul 7.30. Sekarang sudah pukul 7.05. Sempat ke?
Raziq geleng. “Ziq sengaja bagitau sayang awal. It’s at 8 sayang. Plenty of time to look around my place,” ujarnya. Akhirnya, Tia mengalah. Dia akur.
Raziq menekan butang sebaik sahaja masuk ke dalam lif. Top floor? Penthouse?
Wow.
“Nice,” ujar Tia seraya melabuhkan punggung di atas counter dapur sementara Raziq mencapai sebotol air dalam peti sejuk sub zeronya. Raziq senyum.
“Sure tinggal sorang je?” tanya Tia. Raziq angguk lagi dan senyum, berlalu ke arah Tia. Digenggamnya erat jemari gadis itu dan dikucupnya. Bibirnya singgah pada leher Tia. Terhidu wangian Armani Code milik gadis itu.
“Sayang,” ucap Tia lembut, cuba menarik perhatian Raziq. Direnungnya anak mata gadis itu. Renungan itulah membuatkan lidah Tia kelu setiap kali bersama.
“Dah masanya pergi kan?” sambung Tia. Jam sudah menunjukkan pukul 7.45. Time flies by when you’re having fun.
“Nak pergi mana?” tanya Raziq. Dadanya turun naik. Gelora di hati bagaikan mahu pecah. Tia gelak kecil.
“Rumah mama?”
“Oh,” Raziq baru ingat. Kalau boleh, mahu sahaja dia membatalkan makan malam bersama mama. Sudah seronok dan leka bersama Tia di apartmennya malam itu. Lantas ditarik tangan Tia dan dirangkul pinggang itu.
Tidak lama kemudian, Mercedes milik Raziq terhenti di sebah villa satu tingkat setengah di kawasan Bangsar. Tia terasa ganjil. Macam pernah pergi je tempat ni.
“Hafez, lama tak nampak! Fez pergi mana tak pandai cakap dengan mama lagi ni?” ujar seorang wanita awal 40-an berbadan ramping dan kelihatan sungguh glamour. She’s a MILF.
“Ma, meet Tia,” ujar Raziq, tidak mempedulikan pertanyaan mamanya. Lantas ditarik tangan Tia lembut.
Puan Mira memandang Tia. Buat pertama kalinya, Tia terasa asing sekali. Macam dipandang rendah.
Lantas Tia mengucup kedua belah pipi wanita itu. Protokol biasa kan? “Jomlah masuk. Abah dah tunggu kat dalam tu,” pelawa Puan Mira lantas masuk. Abah? Bukan papa ek?
Selamba sahaja Raziq memimpin tangan Tia menuju ke ruang makan yang dilengkapi meja cukup untuk menampung 12 orang. Tapi, malam itu, hanya Raziq, Tia dan kedua orang tuanya.
Namun, sangkaan Tia meleset saat dia melihat dua orang gadis sudah duduk di meja makan. Tia memandang ke arah Raziq. Mahu penjelasan.
“Er, sayang, ni adik Ziq, Rail. Tu, adik angkat Ziq dan best friend Rail, Lilie,” ucap Raziq, kedengaran agak kekok. Tia sekadar melemparkan senyuman sebelum mengambil tempat di sebelah Raziq.
“Tia? Do I know your father?” tanya Tuan Imran, Abah Raziq tanpa berselindung sewaktu sedang menjamu selera.
“Erm, Tarmizi Zaine?” ucap Tia. Malas mahu mengatakan selanjutnya.
“Tan Sri Zaine tu? Of Peninsular Group of Hotels and Services?” tanya Tuan Imran. Tia angguk.
“Baby ni, anak Pengiran Rasheed. Kerabat Brunei. They have a share in the oil industry too,” sampuk Puan Mira tiba-tiba. Tia kerut dahi. So?
Saat Puan Mira berkata begitu, terlihat wajah Lilie tersipu-sipu. Oh, Baby tu Lilie. Selesai makan malam, mereka duduk di patio.
“Where do you go?” tanya Tia pada Lilie. Raziq pula sedang bercakap di telefon. Dia mahu mengambil kesempatan itu untuk mengorek apa yang patut.
“Sri Kiara. You?”
“BRP.”
“Oh, dekat je dengan Wesberly.”
“Macam mana boleh jadi adik angkat Raziq?”
Belum sempat Lilie menjawab, Raziq sudah merangkul pinggang Tia. Dia mengerling jam tangan. 9.45 malam. Masa untuk pulang. “Jom, balik,” bisiknya pada Tia.
“Awalnya?”
“Balik rumah Ziq,” balas Raziq pendek lantas mengucup bahu Tia. Tia senyum.
Saat kereta Raziq meluncur keluar dari perkarangan rumah, jantung Tia terhenti. Terlihat BMW X6 meluncur masuk ke rumah sebelah. Jiran Raziq. Fuck familiar. No.
Yes.
Aizel jiran Raziq.
All hell breaks loose.
~
Tia sedang membelek-belek dress yang digantung di rak butik Chanel untuk Vienesse Ball yang akan datang apabila tangannya dipaut oleh Raziq. Tia terpinga-pinga namun dia hanya mengikut langkah lelaki itu sehingga mereka berhenti di hadapan Tiffany & Co.
“Buat apa kat sini?” ujar Tia seraya melihat deretan cincin emas putih bertatahkan berlian perlbagai karat dan potongan di dalam almari kaca.
“Ziq nak beli sayang present for the ball. Tapi, tak tau muat ke tak,” jelas Raziq lantas meminta jurujal membawa item yang sudah ditempahnya tempoh hari.
Jurujual tersebut menghulurkan sebetuk cincin belah rotan emas putih yang bertatahkann berlian di sekelilingnya. Raziq menyarungkan cincin itu pada jari Tia. Muat. Perfect fit.
Talk about fate.
“Cantiknya. Thanks. I love you,” ujar Tia lantas memeluk dan mengucup pipi jejaka itu. Raziq sekadar senyum. At least that’s a few thousand well spent.
Selesai membayar, mereka menuju pula ke butik Giorgio Armani. Sedang membelek deretan dress, Sony Ericsson X1nya berbunyi. Caller ID dilihat, private number? Siapa pulak ni?
“Tia Tarmizi?” jawab Tia.
“Tia, ni Auntie Mira,” oh, Mama Raziq. Nak apa ya?
“Yes auntie? Kenapa?”
“Em, Tia pergi tak Vienesse Ball tu nanti?” Tia kerut dahi.
“Ya, kenapa auntie?”
“Lah, susahlah macam ni. Hurm, Tia suruh siapa jadi escort Tia nanti?” Eh, orang tua ni, nak melawak ke dengan aku ni? Aku ada boyfriend, dialah. Takkanlah nak orang lain pulak?
“Raziq la auntie.”
“Aduh, Tia, can you do me a little favor?” Ish, apa pulak?
“Apa?”
“Baby ni tak ada escort. Auntie dah janji dengan mama dia yang Hafez jadi escort dia. Is it possible kalau Tia cari orang lain? Tia tak kisah kan?
“Tap..”
“Thank you! You’re such a darling! Biar auntie yang call Hafez dan bagitau dia, okay?” potong Puan Mira. Talian segera diputuskan. Tia mengeluh.
Tia berpura-pura meneruskan pecariannya sementara Raziq bercakap di telefon dengan mamanya. Hati Tia mula resah. Jauh di sudut hati, dia berkecil hati. Namun, dia juga tidak boleh berkata tidak pada mama Raziq.
“Sayang,” lembut suara Raziq di cuping telinga Tia sebelum lelaki itu menyentuh lembut bahunya. Tia berpaling menghadap Raziq dan melemparkan senyumannya yang termanis demi menyembunyikan isi hati.
“Mama suruh Ziq temankan Lilie untuk ball tu nantu. Okay with you sayang?” Tia angguk. Apa sahaja.
“I will still see you there anyway.”
Yeah. You can see him. But you can’t touch.
~
Tia memutar-mutar garpu di tangan. Bermain dengan spaghetti di dalam pinggan. Masa lunch BRP hari itu tidak menyeronokkan baginya. Otaknya berserabut dan yang lain turut tahu masalahnya. Raziq pun bukan ada di situ. Senanglah Tia nak berperangai macam mana pun. Warga Wesberly hanya boleh masuk kawasan BRP during certain hours.
“Tia, dah lah tu. Karang adalah orang nak jadi teman kau nanti,” pujuk Aviana. Runsing dengan keadaan rakannya itu.
“Betul tu. Kalau tak nak, aku bedal. Lapar ni,” sampuk Nicole pula. Tia mencebik.
“Eh, Aiz. Kau tak pergi kan nanti?” ujar Atiq tiba-tiba. Aizel yang sedang menikmati burgernya terserdak.
“Hah?!” katanya.
“Kau tak pergi ball tu nanti ke? Hish,” ulang Atiq lagi. Aizel jungkit bahu.
“Kau escort je la Tia kalau macam tu. Senang je,” cadang Johann. Mata Aizel terbeliak. Nak mampus?
“Apa pulak aku? Kan dia dah ada Raziq? Kalau aku yang escort dia, kau nak campak mamat tu katne pulak? Tak mau la aku. Kang orang cakap aku perampas pulak. Baik punya handsome macam ni, tak layak sungguh jadi perampas. Hish!”
Aik, panjang melebar pulak dia membebel?
“Raziq tak dapat temankan dia la, bangang,” ujar Fyns selamba.
Ambik kau. Perasan sangat!
Aizel telan liur. Direnungnya Tia.
Aduh, duh, duh, duh...
~
Tia tekun mengetik papan kekunci Macbook Air miliknya. Cuba mengalih perhatian daripada masalah yang dihadapi. Apalah nasib. Tiba-tiba windows MSN Messengernya pop-up. Siapa pulak yang nak IM aku time macam ni?
Oh, Aizel. Patut pun. Bad habit betul.
Tia dotdot says:
Yes? Bad habit betul la.
IM time class. Hish.
Aiz says:
Sibuk. Knp raziq xleh?
Tia dotdot says:
Dia kena escort adk angkat dia
Aiz says:
G2g. French!
Dengan itu, windows ditutup. Apalah dunia ni. Sebentar kemudian, terasa pula kocek pleated skirtnya bergetar.
AIZEL
Ill take u 2 d ball
:)
Tia senyum. Yay!
No comments:
Post a Comment