Sunday, June 7, 2009

CIKLET: FOREPLAY Chapter 25

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

HE. IS. BACK. Jejaka yang mewarnai Bukit Rahman Putra High School. Jejaka yang menjadi Prince Charming bagi gadis-gadis. Bahan gosip terhangat!

Dia melangkah ke koridor BRP International dengan penuh yakin. Yakin bahawa segalanya akan menjadi seperti dahulu. Sama seperti kali pertama dia melangkah ke situ. Dia merindui tempat itu sejak pergi, merantau. Tapi kini, tiada apa yang akan dapat menghalangnya untuk terus berada di situ.

Senyuman demi senyuman yang menawan dilemparkan pada penuntut BRP. Dia punya segalanya untuk meragut, merentap, membunuh, hati seorang gadis.

“Eh, you’re back!” ucap Johann, kaget dengan kehadirannya. Dihulurkan tangan. Dijabat.

“Good to have you back, man,” ujar Atiq pula. Turut berjabat dengan rakan karibnya.

Matanya meliar ke arah insan-insan di hadapannya itu. Sekumpulan rakan yang membesar bersamanya di sekolah itu. Seorang demi seorang wajah mereka direnung.

No. This is wrong. This is not perfect.

“Where is she?” tanyanya. Mereka terdiam.

“Mana Tia?” ulangnya lagi. Serius.

“Aiz. Sorry. Dia tak bagi kita orang bagitau,” ujar Fyns. Serba salah untuk bertutur. This is suicide! Jauh di sudut hati, dia bersimpati dengan Aizel. Tapi, Tia sudah memesan.

“Dia mana?” tanya Aizel lagi. Dia mahukan jawapan. Dia tidak puas hati.

“Tia left. She’s in Sydney. Ambik study leave,” tutur Aviana. Wajah Aizel berubah keruh. This is not what he expected.

Dia pulang awal kerana tidak mampu bertahan di sana, jauh di perantauan sedangkan hatinya terbeban rindu. Dia sudah berperang dengan perasaannya sendiri. Segala kekesalan yang tidak mungkin dia mampu tebusi. Dia pulang hanya kerana satu. Dia pulang kerana yakin, Tatiana Analiselle akan menunggunya.

~

Marc Aizel says:

Hey

Tia terkejut saat windows skypenya berbunyi. Aizel?

Tia says:

Oh. Hi. Wsup?

Marc Aizel says:

Ur in sydney huh?

Sekali lagi Tia terkejut. Siapa pulak mulut bocor ni? Huh.

Tia says:

Mcm mana awk tau?

Marc Aizel says:

Well, i’m back from france

N i didnt c u

So i asked

Tia says:

Siapa bgtau?

Marc Aizel says:

Tu tak penting. Kenapa tak bagitau?

Tia says:

Saya tak nak kacau ur time wit saira.

Aizel geram. Saira punya pasal, dia yang susah. Damn!

Marc Aizel says:

Bila balik?

Tia says:

2 mggu.

Dengan kenyataan itu, Aizel kembali bersemangat. Hell yeah!

~

Tepat dua minggu berlalu. Hari yang paling dia nantikan.

Awal pagi lagi Aizel sudah sampai di BRP. Seperti biasa, kereta diletakkan di tempat letak kereta dan mereka akan melepak bersama di deretan bangku di hadapan parking lot student.

“Awal kau sampai hari ni?” tanya Johann.

“Jo, takkan kau tak tau? Tia kan datang hari ni?” balas Atiq, sekaligus mengusik Aizel. Aizel tersenyum lebar. “Patutlah. Aku ingat dia ni tengah mengigau ke apa.”

Beberapa minit kemudian, muncul sebuah SUV Mercedes berwarna hitam. Cermin ditinted gelap dan tayar mempunyai chrome rims yang berkilat. Berhenti betul-betul di hadapan mereka.

Pintu penumpang terbuka luas. Muncul Tia yang sedang bergelak tawa dengan pemandu Mercedes ML itu. Bukan kereta Tia. Kalau kereta Tia atau familinya, mereka mempunyai custom plate number 666.

Terlihat Tia mengucup pipi pemandu sebelum keluar. Hati Aizel mula resah. Siapa pulak tu?

“Hello, people!” sapa Tia ceria lantas mendapatkan rakan karibnya. Mereka berpelukan seketika. Kemudian, Tia berpaling pula pada Atiq, Johann dan... Aizel.

“Eh, you’re here! Oops! Lupa pulak, you did tell me,” ucap Tia lantas berjabat dengan Aizel. Itu je? No hugs? No kisses?

What the hell is wrong here, guys?

“Siapa yang hantar kau tadi? Macam best aje. Kereta baru ek?” tanya Aviana. Bagaikan tahu sahaja apa yang berada di benak Aizel.

Tia tersenyum simpul. “Korang nak tau ke?” pancingnya.

“Mestilah! Kau angkut mamat Sydney balik ke, Tia?” tanya Fyns pula. Tia tetap senyum. Enggan membocorkan rahsia.

Surprise, surprise.

~

You are invited to

Tia’s Homecoming Party

Time: 2030 till late

Venue: QBA, Bukit Bintang

Dress code: fun casual

Malam yang dinantikan. Pada mulanya, Aizel teragak-agak untuk pergi, namun mengenangkan Tia rakannya dan mungkin tidak dipandang manis orang, digagahkan jua dirinya untuk pergi.

Selesai bersiap – jeans William Rast dan buttondown biru tua casual Thomas Pink – dia mencapai kunci BMW X6 barunya dan mula menuju ke Bukit Bintang. Jantungnya berdebar kencang. Sesekali stereng kereta diketuk mengiku alunan lagu Coldplay kegemarannya. Aizel menyesal kerana bersetuju dengan rancangan mereka untuk datang berasingan.

Saat mereka melangkah masuk, jantung Aizel seakan terhenti serta-merta. Matanya menangkap kelibat Tia bermain pool bersama seorang lelaki yang sedang merangkul pinggang gadis itu.

“Hey, Tia,” tegur Fyns, menggamit Tia dan mengenyitkan mata. Lelaki yang sedang merangkul Tia tadi sekadar berdiri di belakangnya. Di tangannya, sebatang rokok dan segelas Heineken.

“You guys, I want you all to meet, Raziq. Dia ni la, yang hantar aku aritu. And I better do this proper, meet my boyfriend,” perkenal Tia.

Dup! Terasa jatuh jantung Aizel saat terdengar Tia berkata sedemikian. Berkecai musnah impiannya. Tanpa disedari penumpuk dikepal. Hati Aizel tiba-tiba membara.

Malam itu, Aizel pulang. Dengan kepala yang berpusing dan dengan hati yang terluka.

~

Mama asyik merungut agar Raziq membawa girlfriend barunya ke rumah untuk makan malam. Kata mama, Raziq tidak pernah berahsia mengenai siapa pasangannya.

“Kenapa sayang?” tanya Tia, perasan bahawa Raziq sedang termenung. Raziq mula berkira-kira. Nak bagitau ke tak ni?

“Mama suruh pergi rumah dia for dinner,” ucap Raziq akhirnya. Tia toleh. “Bila?”

“This weekend,” jawab Raziq pendek. Tia angguk. Well, it’s time to shine!

No comments:

Post a Comment