Sunday, June 7, 2009

CIKLET: FOREPLAY Chapter 23

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

FOOLISH SENSES

Ku lihat dia pandangan pertama

Ternyata indah semua ku lihatnya

Ku ingin dia saat pertama

Berjumpa dengannya

Membuatku gelisah

Waktuku berlalu hari demi hari

Hatiku mendambakannya untuk bercinta lagi

Dan ruang hatiku kan selalu menunggu kau nyatakan

Baby, take my heart

Baby, take my soul

Be my love forever

BAB 23

Tia turun menuju ke Liverpool Lane untuk ke Kebab Kiosk. Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 petang dan dia belum makan tengah hari. Sudah pasti di Malaysia kini pukul 12.00 tengah hari.

Betapa dia rindukan Malaysia. Namun, menjauhi diri dari Malaysia bermakna dia mampu meninggalkan kenangan itu. Semua kenangan yang merobek hatinya dan mencabar kewarasannya. Dia boleh memulakan dunia yang baru.

Selesai mengalas perut, dia mula berjalan menuju ke Waterfront Darling Harbour sekitar 500m dari situ. Apartmen di World Tower yang terletak di tengah-tengah ibu kota Sydney itu membenarkannya hanya berjalan ke tempat yang dia mahu. Malah dia boleh berjalan ke Opera House dan Harbour Bridge. Cuaca musim bunga juga membenarkannya melangkah tanpa rasa penat.

Tia singgap di kedai gelato, Gelatissimo dan duduk di salah sebuah meja. Matanya menjamu pemandangan bumi asing itu, melihat kerenah penduduknya sambil menikmati gelato caramel kegemarannya. Itulah rutinnya saban hari.

Tia mengeluh. Cardigan knitted wool hitam Marc Jacobs miliknya dirapatkan lagi ke tubuh. Pantas dia bangkit dan berjalan pulang.

Tia menanti pintu lif untuk terbuka. Ya, dia sunyi. Masih sunyi walau telah sebulan dia menetap di situ. Dia menimba ilmu pun hanya melalui portal web BRP High. Kelebihan study leave BRP High, pihak fakulti masih membenarkan pelajar berinteraksi dengan mereka di alam maya. Segala tugasan dihantar ke personal school account pelajar.

“Oops! Sorry,” ujar seorang jejaka yang terlanggar Tia saat dia hendak keluar dari lif. Sunglassesnya menutupi matanya yang ternyata tertumpu pada Nokia E93 di tangannya. Tia cuma melemparkan senyuman.

“Eh, wait,” ucap lelaki itu, cuba menghalang Tia dari terus melangkah ke dalam lif. Tia mengerutkan dahi, keliru. Kenapa pulak ni? Aku ada buat salah ke?

Tia memerhati lelaki berketinggian hampir 6 kaki itu. Sekali imbas, seiras pelakon Daniel Henney. Tia menggigit bibir. “Yes?”

“Awak ni, girlfriend Mark kan?” lancar sahaja lelaki itu berbahasa Melayu. Tia terkejut.

“Urm, actually ex girlfriend dia dah sekarang. Awak ni, siapa?” tanya Tia lagi, masih hairan. Jauh merantau, masih jumpa orang yang kenal. What a small world.

Klon Daniel Henney menanggalkan kacamatanya dan melemparkan senyuman yang menggoda. “Takkan tak ingat? I jumpa you kat one of Mark’s punya gig a few months ago, I guess. Raziq.”

Tia senyum dan angguk. Oh, ingat.

“Buat apa kat sini?” tanya Tia pula.

“I tinggal kat building ni. Eh, nak keluar tak? Boleh cakap panjang lagi,” jawab Raziq. Tia gigit bibir. “Sure.”

“Kalau macam tu, I tunggu dekat lobby pukul 7 okay? I ada kerja kejap. See you!”

~

Raziq dan Tia berjalan meredah angin malam menuju ke Darling Harbour. Raziq mencadangkan mereka makan malam di sebuah bistro yang menghadap Harbour Bridge. Romantic.

Well, kalau dah ada orang belanja tu, anything goes!

“BRP tak holiday lagi kan time ni? Why are you in Sydney?” tanya Raziq selesai memesan makanan. Tia mengerutkan dahi. Mereka memilih untuk makan di luar bistro di mana pemandangannya lebih indah. Bukan sahaja menghadap Harbour Bridge tetapi mereka juga dapat melihat Opera House.

“Tau pulak BRP belum cuti? I apply study leave,” jelas Tia seraya menguntum senyuman. Raziq mengecilkan matanya. Tia mengerutkan dahi lagi. Hairan dengan perilaku lelaki bertubuh sasa dan tinggi lampai yang kelihatan amat segak mengenakan kemeja hitam di bawah blazer hitam Armaninya.

“I like your eyes. Brown,” ujar Raziq. Tia sekadar senyum.

“So, which floor is your place?” tanya Raziq lagi.

“45.”

“45? Ish, that’s the same floor as I am. Apartmen nombor berapa?”

“4510.”

“Iya? I 4511.”

“Jiranlah ni?”

“I guess so.”

“Macam tak percaya pulak. Sebab jarang tengok you.”

“I baru sampai dua hari lepas. Stay dalam apartmen je. How long have you been here, Tia?”

“Dah dekat nak dua bulan.”

Selesai makan malam, mereka berjalan semula menuju ke Liverpool Street. Membiarkan angin malam menampar batang tubuh mereka. Tia menarik rapat trench coat Gucci ke tubuhnya. Terasa dingin saat angin bertiup. Cuaca negara Kanggaru itu yang tidak menentu membuatkan suhu naik turun.

“Kenapa? Sejuk?” tanya Raziq, melihat kelakuan Tia. Rokok di tangan dipadamkan dan dia mula merapatkan tubuhnya pada Tia. Dihulurkan tangannya pada Tia. “Jom,” ujarnya lantas mengenggam jemari Tia saat Tia tidak memberi apa-apa respon. “It’s cold tonight,” sambung Raziq lagi.

Tia tidak mampu berkata-kata. Lidahnya kelu. Jantungnya berdegup kencang saat terasa kulit mereka bersentuhan. Dia mahu elakkan semua ini. Namun, tubuhnya tidak mahu mengikut kemahuan hatinya. Jemarinya utuh, tidak bergerak dalam genggaman Raziq. Tia mengetap bibir.

Sampai di World Tower, mereka menaiki lif bersama. Tiada tanda-tanda untuk Raziq melepaskan pegangannya.

“Well, goodnight,” ujar Raziq saat sampai di hadapan pintu apartmen mereka yang bersebelahan. “Goodnight,” balas Tia. Saat tangannya hendak memulas tombol pintu, lengan Tia disentuh Raziq. Tia menoleh.

Tia tersentak saat bibir Raziq singgah di pipinya. Lantas lelaki itu tersenyum. Raziq masuk ke dalam apartmennya sementara Tia berdiri kaku. Terpana!

DingIt.com

Home.Profile.Contacts.Groups.Blogs.Bulletin.Messages.Music.Video.Surf.Settings.Help

Raziq Adrian Hafez

21, single

Ampang

Wesberly Institute (Off campus)

More...

Raziq Adrian Hafez is sitting back.

Pictures-Videos-Comments-Reviews-Blogs-My Contacts-Groups-Fans-Send Message-Nudge

Favourites

Movies/TV: Friday the 13th, heroes

Music: all thing that rocks

Smoke: yes

Drink: yes

Orientation: straight

About me:

Everybody calls me Raziq these days, so go on, do it. I don’t really commit well, but I love girls as well. No over-sharing info please.

I want to meet:

The Gambinos.

~

Tia bersandar di pintu. Tersentak dengan perlakuan Raziq tadi. Hatinya berdegup kencang. Kenapa dengan aku ni? Gumamnya dalam hati.

Dia mula melangkah menuju ke biliknya. Trench coat disangkut pada coats hanger di sudut biliknya. Dibuka sliding door menuju ke balkoni. Membiarkan angin malam masuk. Kemudian, dia melangkah menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Selesai membersihkan diri dan mengenakan baju tidur, Sony Ericsson X1nya berbunyi. Pantas dicapai.

RAZIQ

Hey. Sry abt td

Buat apa tu?

TIA

Hey. Jz hbs shower.

Igt nk surf kjp lg. Y?

RAZIQ

Xde. Sj tnye.

Cyl?

TIA

Alrite

RAZIQ

Tc

Tia mengeluh lagi. Hatinya berbolak balik. What is he trying to do? Well, lady, we too don’t know. Just keep your panties tightly on, though.

~

Sudah seminggu sejak peristiwa itu berlalu. Dan sejak itu, Raziq langsung tidak menghubungi Tia. Hendak singgah sebentar pun tidak. Pokoknya, nothing. Nil.

Tia melihat jam tangan Cartier miliknya. Hampir pukul tujuh. Perutnya sudah mula berkeroncong. Nak masak ke tak?

Oleh kerana apartmen itu hanya mempunyai empat bilik dan ruangannya kecil sahaja, Tuan Tarmizi tidak mengupah pembantu rumah. Hanya housekeeper yang akan datang setiap hujung minggu untuk membersihkannya. Restoran pun banyak di kawasan itu. Turun sahaja ke bawah, berbagai pilihan disajikan. Korean, Japanese, Mid-Eastern, Western, Asean. Semuanya ada.

Saat Tia hendak mencapai coat Burberry untuk turun ke bawah, pintu apartmennya diketuk. Tia mengerut dahi. Siapa pulak ni?

“Burger?” ucap Raziq yang sedang berdiri di muka pintu. Di tangannya dua bungkus plastik Neesie’s Grill.

Tia tersenyum dan angguk lantas mempelawa Raziq masuk. Mereka duduk di sun room, agar dapat melihat panorama kota Sydney berlatarkan Blue Mountain pada waktu malam pada ketinggian itu. Indah.

“Sorry, I tak call. Busy sangat,” ujar Raziq seraya menggigit burgernya. Tia geleng. “It’s okay.”

Pintu yang menuju ke balkoni sengaja dibuka, membiarkan angin dingin menyejukkan apartmen itu. Dibiarkan kesepian menyelubungi mereka.

Raziq memerhati Tia menghabiskan grilled chilli chicken burgernya. Dia sudah terlebih dahulu menghabiskan burgernya. “Kenapa?” tanya Tia saat menyedari dirinya diperhati. Raziq senyum dan geleng.

Setelah beberapa ketika berlalu, mereka terleka dengan panorama dan patah demi patah perkataan yang terlahir dari bibir masing-masing, bercerita mengenai kehidupan mereka. “Well, I guess, I have to go. It’s getting quite late,” ujar Raziq, mengerling jam tangannya. Tia yang sedang duduk pantas bangkit. Sebaik sahaja dia berlalu untuk membuang sampah, lengannya direntap.

Mata mereka bertentangan. Raziq merenung tepat ke arah anak mata Tia. Kini, dia menyentuh lembut pipi Tia dan diusapnya penuh kasih. Tanpa disedari, wajah Raziq semakin hampir. Dan bibir mereka bertaut.

The sparks will now start to fly people.

~

Tia bangun keesokan harinya apabila menghidu sesautu yang harum. Lantas mata dibuka dan dicapainya telefon bimbit di bawah bantal. 8.30 pagi? Tia berpaling. Dia kaget saat melihat Raziq duduk di hadapannya. Sekuntum bunga ros berwarna peach diletakkan di sebelahnya.

“How did you get in?” tanya Tia. Setahunya, pintu apartmennya berkunci semalam selepas Raziq pulang. Segaris senyuman terbentuk di bibir Raziq.

“I terambil kunci you,” jelasnya. Ditunjukkan segugus kunci di tangan.

“Dah, pergi bersiap. I nak bawa you pegi breakfast,” ucap Raziq lantas menarik tubuh Tia untuk bangkit. Tia akur sahaja.

Mereka berjalan menuju ke Darling Harbour, ke arah dock. Di dalam otak Tia, dia terfikir-fikir ke mana Raziq membawanya minum pagi. Subway? Atau somewhere else?

Mereka berhenti di hadapan sebuah kapal sederhana besar. Raziq mengisyaratkan Tia untuk menaiki bot tersebut. Tia mengerutkan dahi. “Wait. You sewa bot ni, just for breakfast? You don’t have to do this, Ziq. Subway is fine.”

Raziq tertawa kecil. “This is my boat. We’re having brunch here.” Tia menjegilkan mata. Masih enggan berganjak. “Please,” pujuk Raziq. Tia mengeluh. Akhirnya, dia menapak naik ke atas kapal itu.

Sepanjang pagi mereka dihabiskan di atas kapal itu. Dan sepanjang masa itu, Tia seperti semakin mengenali diri Raziq yang sebenarnya. Raziq. Jejaka yang punya apa sahaja dia mahu. Dunia ini bagaikan taman permainannya. Lelaki yang punya segalanya. Lelaki yang takut pada komitmen. So, what the hell?

Raziq dikenali di bandaraya Kuala Lumpur sebagai anak kepada empayar perkapalan ekspot, import dan juga cucu kepada pengekspot minyak mentah dan kelapa sawit di Malaysia. Raziq juga telah menceburi pelbagai bidang sewaktu di sekolah tinggi dan kini, universiti. Menjadi model kepada Ralph Lauren Purple Label dan juga General Manager kepada syarikat yang dikelolakan keluarga.

Raziq dibesarkan di serata dunia. Dalam dunia Raziq, nothing is impossible and money is never an object.

Oh boy. Oh yum.

No comments:

Post a Comment