Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
BAB 22
Tia duduk di ruang tamu rumah Mark yang sunyi. Setia menanti Mark pulang. Rumah itu kosong ketika Tia sampai. Ean juga keluar.
Tia mengeluh. Teringat sampul surat yang diberi kepadanya ketika majlis hari jadi Tania semalam. Sampul surat yang berisi sesuatu yang merobek hatinya. Kini, sampul itu berada di dalam tangannya. Ingin dikeronyok sampul itu, namun dia mahu menunjukkan isi sampul itu kepada Mark.
Selama ini, dia ditinggalkan sendirian. Berbagai alasan yang dilemparkan Mark kepadanya. Sibuk, ada hal, meeting, discussion, assignment, every shit in the book.
“Honey?” ucap Mark saat dia masuk. Lantas dia menghadiahkan satu kucupan pada pipi gadis itu. Mark duduk bertentangan dengan Tia.
“Honey, kenapa kat sini?” tanya Mark lagi. Tia tarik nafas. Kemudian, dia meletakkan sampul surat itu di atas meja kaca di hadapan mereka.
“Apa ni?” tanya Mark. Tia tetap mendiamkan diri. Mark membuka sampul dan menelan liur saat dia terlihat isi sampul tersebut. Mark mengetap bibir.
Tia pantas bangkit. “Hun. Honey...”
“No. You don’t have to explain anything. I’m done,” ujar Tia lalu berlalu ke pintu.
“Eh, Tia,” ucap Ean saat dia memusing tombol pintu hendak masuk ke dalam rumah. Namun, tegurannya tidak bersambut. Tia terus sahaja berlalu. Ean hairan. Pantas dia menuju ke arah mark. Di atas meja, gambar Mark dan Karen. Pelbagai gambar yang terlalu intim.
“Shit! You screwed up Zack!” ujar Ean lantas berlari keluar. Dia menuju ke Escaladenya dan mengejar Audi Tia yang sudah berada di hadapan.
Tia menekan pedal minyak sepuas hati. Air matanya mula mengalir ke pipi. Telefon bimbit yang asyik berdering dibiarkan begitu sahaja. Bosan mendengar telefon yang bingit, akhirnya, Motorola Q9c berwarna hijau dilemparkan ke luar tingkap.
Kereta akhirnya berhenti di Cyberjaya. Tia menelungkupkan kepala ke stereng dan menangis semahu-mahunya. Dia sudah bosan dengan semua ini. Dia benci!
Tiba-tiba, tingkap kereta Tia diketuk bertalu-talu. Tia membiarkannya. Diketuk lebih nyaring lagi tingkap kereta. Akhirnya, Tia menoleh. Ean.
Ean pergi ke sebelah pintu penumpang dan duduk. Disentuhnya lembut bahu gadis itu. Tia mengangkat wajah lantas memeluk Ean. Dia menangis teresak-esak di bahu Ean. Menangis semahu-mahunya. Tiba-tiba, telefon bimbit Ean berbunyi.
“Ean, the plane is ready. Mama dengan papa tunggu ni. Kalau lambat karang sampai lambat,” ujar papanya. Ean mengeluh. Private plane company mereka sudah siap untuk berlepas. Dia menjeling ke arah Tia yang masih menangis di bahunya.
“Papa. Sorry, Ean ada hal yang penting sangat. Esok ajelah Ean fly home. Commercial is fine,” balas Ean. Tanpa menunggu respon papanya, telefon terus dimatikan.
“Ean, go home. I’ll be alright. Commercial planes tak selesa macam private ones, tau tak?” ucap Tia dalam nada berseloroh walaupun dia masih teresak-esak. Ean menggeleng sambil mengesat air mata Tia dengan jemarinya.
“I’m here for you okay? Now, saya, awak punya. Tell me everything. I’m here.”
~
Ean tersenyum seraya melihat ke luar tingkap. Baru sahaja tadi, Tia menelefonnya, memberitahu keputusannya. Ean bersetuju. Biarlah gadis itu mencari kebahagiaannya.
Di KLIA pula, Tia memeluk seorang demi seorang rakan baiknya. Masing-masing tidak mahu gadis itu pergi. Tapi, Tia tetap berkeras dengan keputusannya.
Selepas Ean pulang ke Qatar, Tia mengambil keputusan untuk mengambil study leave. Tia memujuk kedua ibu bapanya untuk membenarkannya ke Sydney dan menuntut sebentar di sister school BRP. Walaupun permohonan untuk menjadi exchange studentnya ditolak, Tia tetap berkeras. Akhirnya, dengan kelulusan permohonan study leave, Tia pergi.
Kini, dia berdiri di situ, menanti mereka melepaskannya pergi. “Don’t worry. I’ll be back soon. Okay?” ucapnya. Lantas oversize bag Coach disangkut ke bahu dan sunnies Prada diletakkan di kepala. Jacket Burberry dijinjing di tangan.
“Tia!” laung seseorang saat Tia sudah mula melangkah menuju ke balai berlepas. Tia kenal suara garau itu. Sebelum masuk, Tia sempat menoleh dan melemparkan senyuman pada Mark, walaupun di hati hanya dia yang tahu.
Dan dia terus melangkah masuk. Melangkah dan terus melangkah. Tanpa menoleh ke belakang lagi. Namun, air matanya mula mengalir lagi. Tetapi kini tiada orang di sisi.
Lara tiada akhirnya
Pabila menatap resah
Sepi hingga waktu terkubur
Sayu makin menghukum di dada
Terhiris kalbu, adakah ini kan terus berlalu
Apa nilainya jika sangsimu menggangu
Untuk kembali ke pangkuan dan bermesra denganku
Tiada ertinya di sini
Tiada ertinya menanti
Semua telah kau bawa dan berlalu tinggalkanku
Tiada ertinya buatku
Padamu diri yang merindui
No comments:
Post a Comment