Sunday, June 7, 2009

CIKLET: FOREPLAY Chapter 20

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

BAB 20

Johann membuka mata dan di hadapannya, seorang bidadari mengenakan camisole putih La Perla dan skirt putih Bimba & Lola di bawah duvet dark blue. Johann memerhati insan di hadapannya yang masih nyenyak tidur. Disentuh lembut pipi gadis itu dan dibelai rambut separas bahu itu.

I could stay awake just to hear you breathing

Watch you smile while you are sleeping

While you’re far away and dreaming

I could spend my life in this sweet surrender

I could stay lost in this moment forever

Every moment spent with you is a moment I treasure

Lying close to you feeling your heart beating

And I’m wondering what you’re dreaming

Wonder if it’s me you’re seeing

Nyanyi Johann perlahan sambil membelai rambut Fyns. Tiba-tiba, mata Fyns terbuka kecil. Segaris senyuman menghiasi wajah itu. “I tak tau pun you pandai menyanyi,” ujarnya.

“Good morning sayang. I bangunkan you ke?” tanya Johann seraya menghadiahkan satu kucupan di hidung Fyns. Selesai makan malam semalam, mereka melepak di sekitar ibu kota, clubbing dan bermain snooker. Apabila malam sudah mula merangkah subuh, Johann mencadangkan Fyns untuk menginap di rumahnya kerana dia sendiri penat dan kurang larat untuk memandu.

“Takdelah,” jawab Fyns, merapatkan tubuhnya pada Johann dan memeluk lelaki itu erat. Dapat dihidu haruman Dior yang dikenakan Johann. Jemarinya bermain-main di atas dada bidang Johann yang tidak berlapik.

“I love you,” ucap Johann mengeratkan lagi rangkulan pada tubuh Fyns.

~

Mark menunggu di hadapan Zouk supaya dia boleh membawa Tia dan rakannya ke kawasan VIP. Kunci keretanya diputar-putarkan di jemarinya.

“Hey,” tegur Tia ceria seraya mengenyit mata kepada Mark. Mark sekadar tersenyum.

“Hey. Korang belum kenal lagi kan, adik aku, Ean?” perkenal Mark pada mereka. Ean melemparkan senyuman dan berjabat dengan mereka. Kemudian mereka menuju ke dalam.

“Aku tak tau pun Mark tu ada adik,” ucap Fyns, memerhati Ean dari jauh.

“Yeah, he’s hot too,” ujar Aviana pula.

“Aku tau. But he looks way different from the pictures,” kata Tia.

“Yeah. Tak macam Mark pun. He’s much taller. Macam orang putih pun ada,” sambung Nicole.

Keempat-empat pasang mata itu tidak lepas memerhati jejaka kurus, berketinggian 6 kaki 2 inci, berambut perang, berkulit putih dan bermata sepet itu.

“So, Tia. I heard you’re Zack’s...”

“Yearp. But it’s a hush-hush thing. I appreciate it if you don’t tell anyone,” belum pun habis ayat Ean itu, Tia memotongnya. Ean senyum tanda faham. “Jadi, ni nak panggil Ean ke or Abang Ean? Where have you been all these while?” sambung Tia lagi.

“Just Ean is okay. Well, saya kat Qatar since I finished junior high. Study kat sana and stuff,” jawab Ean, menghirup Chivas Regal and Coke di dalam tangan. Good to be home people!

“So, buat apa kat sini?”

“Holiday. Lagipun, papa is on leave. Lama dah tak balik Malaysia,” jawab Ean lantas tersenyum. Tia tertawa kecil.

~

Tia bangun saat cahaya matahari mula menyinar terang. Dilihat jam tangan di pergelangan tangan. Pukul 11.25 pagi. Dia memalingkan tubuh ke kiri. Terlihat pula Mark sedang berdengkur dengan bantal yang menutupi wajahnya. Tia cuba bangkit, namun kepalanya yang agak berat menghalangnya. Sebaliknya, dia menghempaskan semula tubuhnya ke atas katil.

“Hun?” terdengar suara garau Mark memecah ruang bilik hotel Mandarin Oriental itu. “Apa?” jawab Tia perlahan.

“Dah bangun?”

Belum sempat Tia menjawab, telefon bimbitnya pula berbunyi. Pantas dicari Motorola berwarna hijau itu dicelah duvet. “Yeah?”

“Kau mana? Kita orang ada room service ni,” terdengar suara Nicole di hujung talian. “Okey. Kejap.”

Setelah berjaya membangunkan Mark sepenuhnya, mereka berdua menuju ke dining room suite itu. “Oh my God!” itu ayat pertama yang didengar Tia dari Aviana saat dia berjalan masuk berpimpinan tangan dengan Mark.

“Syhh...Kepala sakit,” itu sahaja respon Tia. Dia mengambil segelas orange juice dan mengambil remote TV. “Kau dengan dia? Ke one night stand je?” ucap Fyns pula. Tia sekadar mengangguk. “Dengan dia.”

“Berapa lama dah wei? Pandai kau sembunyi. Patutlah lama ni kau asyik hilang je,” sampuk Aviana lagi. “Sebulan. Mana adik aku?” jawab Mark pula. “Dengan Jo. Dia orang tak tido semalaman. Sekarang tengah swimming. Tah apa-apa tah,” jawab Fyns.

“What the fuck?”

“What did you two do last night?” usik Aviana menuding ke arah beberapa kesan lebam pada leher Tia sebelum tertawa.

“Hish. Tak ada apa-apa lagi, Avi! Shut up,” balas Tia sebelum membaling sebiji muffin pada gadis itu.

~

Tia duduk di tepi kolam. Rancangan mereka untuk check out dibatalkan. Memandangkan hari itu Sabtu, mereka mengambil keputusan untuk menruskan penginapan mereka. Fruit punch di tangan dihirup sebelum dia berbaring di atas pool chair dan sunglasses Prada dikenakan.

Jam tangan Omega di pergelangan tangan dilihat sekilas. Pukul 3.30 petang. Mark sudah berjanji yang dia akan mengambil Tia selepas meeting untuk mengambil baju di rumahnya. Tapi, hampir dua jam Mark pergi tapi tiada berita pun darinya. Tia mengeluh. Takkanlah just nak arrange for a show THAT long?

“Hey,” teguran itu mematikan lamunan Tia. Terlihat jejaka seiras Ashraf Muslim duduk di poolchair di sebelahnya. “Hey hot stuff,” balas Tia pada Ean yang mengenakan jeans Tommy Hilfiger dan t-shirt Armani hijau semalam. Ean tertawa.

“Buat apa tu?”

“Soalan yang sungguh pelik. Saya tengah tunggu abang awak,” jawab Tia. Ean angguk. “Dia pergi mana?”

“Meeting. And I’ve got to get my clothes soon.”

“Erm, nak I drive you over ke?” pelawa Ean. Tia menjungkitkan kening. “You sure?”

“Yeah. Lagipun Papa just ship in my car. Kena la test drive kat sini kan?” ucap Ean seraya mengenyitkan mata. Tia angguk. Sepuluh minit kemudian, seseorang menghantar sebuah Escalade ke hotel tersebut. He’s 18 and he drives an Escalade in Malaysia? Nice. Wonder how Qatar has treated him?

Well, with a Ferrari perhaps?

~

“Tia! Baru balik? Where were you all night? Ibu dengan ayah risau tau,” ucap Puan Dorheen saat tubuh Tia membolosi pintu. Tia mengerutkan dahi. “Tia check-in with the girls. Dah bagitau Nia dah pun,” ucap Tia.

Tania tersengih. “Oops! Sorry. Terlupa.”

“Oh yeah. Ibu, ayah, ni Ean, adik Mark. Baru je sampai dari Qatar. Korang boraklah dulu. I’ll get my stuff,” ucap Tia. Ean dibelakangnya hanya melemparkan senyuman.

Selesai mengemas barangannya, Tia dan Ean menuju ke Suria KLCC pula untuk mengisi perut yang berkeroncong.

Ean tersentak saat dia melangkah masuk ke Dome. Perasaannya berdolak-dalih untuk membawa Tia keluar dari restoran tersebut. “Kenapa E?” ujar Tia hairan apabila melihat Ean sekadar tercegat di pintu masuk. Matanya turut terhala ke arah yang direnung Ean. Eh, Mark? Tia tertawa kecil.

“Janganlah takut. Mark tak marahlah kalau awak keluar dengan saya.Okey? Lagipun, awak adik dia,” ucap Tia seraya menggamit lengan Ean. Mata Ean terbeliak. Tia tak tahu?

Sementara menunggu makanan mereka sampai, Ean meminta diri untuk ke bilik air. Di bilik air, pantas Ean mengeluarkan Blackberry Execnya. Ditekan nombor telefon Mark.

Mark tersentak saat HTC itouch di dalam poketnya bergetar dan memainkan lagu Dropkick Murphys kegemarannya. Dilihat skrin. Apahal Ean call?

“Yes?”

“Tia is over at Dome dengan aku. Dia nampak kau. Kau buat apa dengan Karen? Tia dari tadi tunggu kau tau tak? Dah lupa dengan awek dah?” panjang lebar kata-kata Ean. Mark mengeluh.

“Nak sibuk pasal aku dengan Karen pesal? We’re just having a discussion. Pasal Tia, boleh kau temankan dia ambik baju? I might be running late.”

Ean sebal. “Done.”

~

Ean menyemburkan haruman Unforgivable sebelum menyarung t-shirt William Rast ke tubuh dan melangkah keluar dari salah satu bilik di Mandarin Oriental itu. Butang lif ditekan menuju ke tingkat suite. Loceng suite ditekan dan tersembul wajah Nicole untuk membuka pintu.

“Tia mana?” tanyanya. Lantas Fyns menuding ke arah pintu bilik. Ean angguk. Kaki dituju ke bilik itu.

Sebaik sahaja Ean hendak mencapai tombol pintu, pintu terkuak. Terlihat wajah Tia tersenyum lebar. Pinggang gadis itu dirangkul erat oleh Mark.

And now he wants to run back. Damn.

“Oh. You’re with Mark,” spontan Ean berkata. Tangannya dimasukkan ke dalam jeans Tommy Hilfiger kegemarannya. Mata coklatnya tajam merenung Tia. Tia sekadar angguk. Berbeza betul adik dengan abang.

“Why Ean? Ada masalah?” tanya Mark hairan. Dihadiahkan satu kucupan ada leher Tia. Ean mengetap bibir. “Nothing. Ingat nak bawak Tia dinner. Tapi, tak apalah,” jawabnya. “Eh, it’s okay. Jomlah,” sampuk Tia.

“No, takpe. See ya later je?”

“Asian Heritage Row. I’m playing at Upstairs.” Ean angguk. Lantas kunci Escalade dikeluarkan dari poket dan dia berlalu keluar.

~

Ean sampai di Upstairs Lounge selepas Mark membuat opening creditnya. Dia mengambil tempat di bar dan memesan segelas JD and Coke. Matanya meliar ke seluruh kawasan Upstairs. Dilihat Tia sedang bersama rakan-rakannya. Turut bersama seorang gadis tinggi lampai dan berambut perang. Karen.

“This may not be my original song. But I remixed it for the most special girl in my life. Featuring my latest project. This is for you,” ucap Mark lantas mencapai gitarnya dan duduk di hadapan mikrofon. Akustik. Wow.

I won’t hesitate no more

It cannot wait

I’m yours

There’s no need to complicate

Our time is short

This is our fate

I’m yours

Mark menyanyikan lagu I’m Yours yang telah diraggaekan. Mark mengenyitkan mata ke arah Tia. Terlihat Karen tersenyum lebar. Untuk siapakah lagu itu? Tatiana Analiselle atau Karen Eleanor?

“Hi. Long time didn’t see you around,” ucap Karen pada Johann. Johann yang sedang meneguk minuman terserdak.

“Sorry?”

“It’s me, Karen? Don’t you remember? I can never forget a face like yours though. You’re Xander right? Renzo’s friend? I met you a few months back in Zouk?” ucap Karen lancar dengan slanga Switzerland.

Johann masih menayangkan muka hairan. Cuba mengingati kata-kata gadis itu. Karen menguntum senyuman. “I slept in your bed with only my underwear on,” bisik gadis itu. Zap! Memori itu kembali segar di ingatan Johann. Johann angguk.

“So, you’re with?” celah Fyns. Enggan perhatian Johann dicuri perempuan seksi itu. She really did dress to kill-and shock.

“Oh, Mark,” jawab Karen pendek. Fyns hairan. With Mark? Belum sempat Fyns hendak bertanya lebih lanjut, Karen sudah berlalu menuju ke bar. Fyns cuma mengikut langkah gadis itu dengan matanya. Terlihat Karen sedang bercakap-cakap dengan Ean sebelum Ean menuju ke arah mereka.

“Siapa Karen tu? I mean to Mark. Mesra aje aku tengok,” tanya Fyns pada Ean. Ean tersenyum tawar. “She’s their PA,” jawab Ean pendek.

No comments:

Post a Comment