Sunday, June 7, 2009

CIKLET: FOREPLAY Chapter 19

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

BAB 19

Mereka menaiki penerbangan yang terakhir ke Kuala Lumpur. Sejak kapal terbang berlepas, Tia telah menyumbatkan telinganya dengan headphones ipod video nani miliknya, mahu mengasingkan diri dari dunia luar. Nicole di sebelahnya pula sedang leka menonton video pada Apple iphonenya.

Circle your answer.

Will you be my girlfriend?

A. Yes

B. No

Tia melipat semula kertas tersebut dan menyimpannya di dalam poket sweatshirt Juicy Couturenya. Tidak mahu menghiraukan nota layang itu. Matanya kemudian, ditutup.

Beberapa minit berlalu, Tia terbangun saat terasa bahunya disentuh. Dia menoleh.

“Mark?” ucapnya terkejut sekaligus hairan. Headphones ditanggalkan. Tempat duduk Nicole kini sudah diganti dengan kehadiran Mark.

“I was waiting for a reply,” ujar Mark.

“Awak yang hantar tu?” tanya Tia. Haruman Diesel Fuel for Life Men menusuk ke hidungnya. Pertanyaan Tia itu hanya dijawab dengan anggukan dan senyuman.

“So, do I get an answer?” tanya Mark lagi. Pertanyaan Mark itu dibalas dengan senyuman. Lantas headphones dicapai dan disumbatkan ke dalam telinga.

“We will be arriving in Kuala Lumpur in ten minutes. Please fasten up your seat belts.”

You sure have to. Because we’re in for a rollercoaster ride!

~

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Tia terbaring di atas sofa di satu sudut biliknya. Matanya terarah ke arah televisyen plasma yang menayangkan siri televisyen kegemarannya. Kepenatan masih terasa walaupun sudah dua jam dia tiba di rumah.

Tiba-tiba, pintu biliknya dikuak. “Hey, Ate. Belum tidur?” ujar Tania lantas menjelupukkan dirinya di atas lantai dan bersandar pada sofa. “Belum mengantuk lagila. Nia ni pulak kenapa? Esok tak sekolah ke? Tak ada ribut, tak ada angin, main terjah je.”

Tania geleng. “Alah, malas la Tia. Lagipun, Tia pun tak pegi kan esok? Tumpang sekakila dengan Ate Nia ni,” usik Tania. Tia sekadar tersenyum. “Hmm, okeylah Tia. Nak masuk bilik ni. Ta!” sambung Tania lantas berlalu.

Tia mencapai telefon bimbitnya di dalam poket sweatpants Juicy Couture miliknya. Jemarinya pantas menaip mesej.

Yes.

Message delivered to Mark

Kemudian, telefon bimbitnya bergetar lagi.

MARK

blm tdo lg? wht do u mean by yes?

TIA

jwpn i

INCOMING CALL

MARK

“Tia, straight to the point boleh tak?” ucap Mark sebaik sahaja panggilan diangkat.

“Jawapan untuk soalan awak when we’re on the plane tadi. Kalau boleh, saya nak bulatkan YES,” jawab Tia.

“Really? Thank you. Saya janji, saya akan jaga awak. Saya takkan buat apa yang Aizel buat. Janji!”

DingIt.com

Home.Profile.Contacts.Groups.Blogs.Bulletin.Messages.Music.Video.Surf.Settings.Help

Mark Zaqree Rahman

23, taken

Ampang

Wesberly Institute [Major Sound Engineering]

more...

Mark is playing and cranking it up! ILY T!

Pictures-Videos-Comments-Reviews-Blogs-My Contacts-Groups-Fans-Send Message-Nudge

Favourites

Movies/TV: the fast and the furious, the godfather, heroes

Music: electro, rock or anything that i make

Smoke: yes

Drink: occasionally

Orientation: straight

About me:

I’m purely legal. I play music. And my life is all about it. There’s alot of chicks waiting for me to get em laid. My body is chiselled from stone. Heck, I’m just a simple guy, living it up.

I want to meet:

All the great DJs in the world and friends.

COMMENTS

Aizel Izaac

ur with tia or what?

Aizel’s Comments

Mark Zaqree

yeah. sorry man. but she’s rolling with me now. nice meeting ya.

~

Apartmen yang didiami dia bersama kedua ibu bapanya sunyi. Setelah seharian penat berada di sekolah, Fyns menghempaskan tubuh ke atas sofa. Kedua orang tuanya telah memberitahu yang mereka akan berada di Hong Kong atas urusan kerja buat beberapa hari.

Fyns bangkit saat dia terdengar sesuatu di ruang makan. Siapa pula tu? Setahunya rumah itu memang kosong. Hanya dia seorang. Pembantu pun tiada. Fyns menapak perlahan menuju ke ruang makan. Cuba untuk tidak membuat bising.

“Fedora, darling,” Fyns tersentak saat namanya disebut. Matanya ditutup dengan sehelai skarf. Tangannya pula dipimpin. Kemudian, tubuhnya ditolak, menyuruhnya duduk. Fyns menelan liur. Skarf dibuka.

Di hadapannya, hidangan sudah siap terhidang. Meja makan dihias dengan lilin dan kelopak ros merah jambu kesukaannya. “You suka? I tau you suka. Sebab tu I buat,” ucap Izry, kini mengambil tempat bertentangan dengan Fyns.

“Macam mana awak masuk?” tanya Fyns agak gagap. Izry tersenyum sinis. “Housekeeper. Dia orang kan dah kenal sangat dengan I, Fedora. Berapa lama dah I bersama you? Mustahil dia orang tak kenal,” jawab Izry.

Di bawah meja, Fyns menyeluk kocek skirt uniformnya dan mencapai Nokia N96nya. Pantas diketik kekunci untuk menghantar pesanan ringkas pada Aviana dan Johann.

help. my aprtment.

TEXT MESSAGE SENT

“Baby, what are you doing? Nak I suapkan?” ujar Izry. Pantas Fyns menyimpan semula telefon bimbitnya. Fyns menggeleng. “It’s okay. Saya boleh buat sendiri,” jawab Fyns.

Izry bangkit dan menuju ke arah Fyns. Disentuhnya bahu gadis itu dan dikucupnya leher Fyns. Kemudian, diusap lembut pipi dan rambut Fyns. Jantung Fyns berdegup kencang. Takut jika Izry mengapa-apakannya.

“You know what, Fedora? Makanan boleh tunggu. Tapi I tak boleh,” bisik Izry ke telinga Fyns. Pantas ditariknya tangan gadis itu menuju ke sofa. Diusapnya lembut rambut Fyns dan dikucupnya pipi dan leher Fyns rakus. “Iz, jangan buat macam ni. Please,” rayu Fyns saat tangan Izry mula menjalar ke tubuhnya, cuba membuka butang kemeja baby blue Ralph Laurennya.

“Fedora, baby. You’re mine. I takkan biarkan Jo senang-senang ambik hak I, Fedora.”

“Please Iz. If you sayang I, jangan buat macam ni,” pinta Fyns lagi saat tangan Izry sudah membuka butang kemeja Fyns, menampakkan susuk tubuh gadis itu yang menggiurkan.

Tiba-tiba, pintu apartmen terbuka. Terlihat wajah bengis Johann berdiri di pintu. Di tangannya, brass knuckle terselit di antara penumbuknya. Pantas Johann melangkah ke arah Izry dan menarik tubuh lelaki itu.

“Aku dah cakap, kau jangan kacau dia lagi. Aku dah bagi amaran. Tapi, kau ni, tak pandai nak faham bahasa kan? Mother fucker!” ujar Johann bengis, lantas satu penumbuk hinggap di wajah Izry. Izry pula membalas penumbuk Johann.

“Kau tu yang tak faham bahasa, bangsat! Fedora tu, aku yang punya!” satu lagi tumbukan hinggap di rahang Johann saat Izry mengatakan itu. Johann merenung Izry tajam. Kali ini, perut Izry menjadi mangsa sepakannya. Kickboxing yang selama ini dipelajarinya tidak akan disia-siakan.

“Hoi, dah! Dah!” ujar Atiq, cuba meleraikan pergaduhan itu. Dia menarik tubuh Johann yang sudah mengacukan brass knuckle buat kesekian kali pada hidung Izry. Biarlah pecah muka kau! “Jo! Sudah!” ujar Atiq lagi, kali ini lebih keras. Wajah Izry sudah berlumuran darah.

Aviana pula sudah mendapatkan Fyns dan memeluk rakannya itu. “It’s okay Fyns. I’m here,” pujuk Aviana pada gadis yang sedang menangis teresak-esak itu..

“Aku nak, kau bawak muka kau tu, dan berambus dari sini! Kalau aku tengok kau dekat je, atau nak kacau awek aku, nahas kau! Jangan fikir kau dapat bukak mata kau tu lagi,” ujar Johann, menyepak Izry keluar dari apartmen itu.

Johann kemudian melangkah ke arah Fyns. Mengambil tempat Aviana, memeluk gadis itu dan mengucup ubun-ubun gadis itu bertalu-talu. Persetankan bibirnya yang pecah, tangannya yang luka dan rahangnya yang sengal. “Syhh...It’s okay. Dah, jangan nangis. I’m here,” pujuknya.

“Korang balik lah. Aku boleh buat ni,” ucap Johann pada Atiq dan Aviana. Mereka sekadar akur.

Malam beransur. Jam sudah menunjukkan pukul lapan. Fyns berada di dalam bilik air untuk membersihkan diri setelah membantu untuk merawat luka-luka Johann. Johann pula berada di dapur, menyediakan makan malam yang ringkas untuk mereka.

Fyns berjalan menuju ke counter, lengkap berpakaian. Direnung ke arah Johann yang tidak berbaju yang sibuk mengacau sesuatu di dalam frying pan.

“Okey dah, sayang?” ujar Johann seraya menghulurkan segelas cranberry juice pada Fyns. Kemudian, dihulurkan sepinggan fish and chips pada gadis itu sebelum dia mengambil tempat di sebelah Fyns.

“I tak tau pun you can cook,” usik Fyns. Johann tertawa kecil.

“Well, sayang. Orang bujang, kena belajar hidup. Lagipun, big boy’s gotta eat,” balas Johann. Kali ini, giliran Fyns untuk tersenyum kecil.

Selesai makan malam (surprisingly oh so yummy as well) mereka menonton Wanted bersama. “Sayang,” panggil Johann lembut halfway cerita itu ditayangkan. Terlihat Fyns sudah terlena. Diusap penuh kasih rambut gadis itu. Kemudian, dikendong gadis itu ke biliknya.

Tubuh Fyns diselimut. Kemudian, Johann mengambil tempat di atas sofa di satu sudut bilik Fyns. Gadis itu kelihatan sungguh tenang dan ayu saat dia tidur. Cute and sweet. Terasa tercurah semua kasih sayang yang dia ada untuk gadis itu. Johann akhirnya terlena, membawa imej Fyns yang terlena ke dalam mimpinya.

~

Seminggu selepas insiden itu, Izry Haiqal Eizlan berpindah ke Sri Kiara. Obsesinya terhadap keinginan untuk memiliki Fedora Adrienne memakan dirinya sendiri.

“Kau ni, kenapa?” ujar Aviana saat melihat Tia tersenyum seorang diri, di hadapan laptopnya sewaktu kelas History. “Nothing,” jawab Tia agak gugup. Pantas laptop ditutup. Kebetulan History adalah kelas terakhir pada hari itu. Sebaik sahaja kelas tamat, Tia melangkah menuju ke kawasan hadapan BRP High.

“Wei, nak ke mana tu? Cepat je kau jalan?” laung Aviana pada Tia. “Aku ada hal la kejap. Urgent! Nic, kau tolong hantar Nia balik boleh tak? Thanks!” balas Tia sebelum menghilangkan diri. Tidak lama kemudian, terlihat sebuah Maxda RX8 berwarna merah meluncur keluar dari kawasan BRP High.

~

Tia berbaring di atas sofa empuk di ruang banglo ala townhouse di Ampang itu. Matanya merenung tepat ke arah anak mata Mark yang redup. Sebelah telinganya disumbatkan dengan headphone ipod touch milik Mark. Sebelah lagi headphone pada Mark.

“Kenapa tengok saya macam tu?” tanya Mark sambil membelai rambut Tia yang dibiarkan mengurai. She looks so sexy lying down here in her uniform. Very hot.

Now people, let’s get that imagination out and down boy. We don’t want any junior Marks running around the house yet.

“Nothing,” pendek jawapan Tia sebelum dia mengucup hidung Mark.

“Kenapa you tak nak orang tau about us?” tanya Mark lagi. Kali ini, tangannya menggengam erat jemari runcing milik Tia.

“Sebab, saya tak nak rush. Let’s just take things nice and slow,” pipi Mark disentuh lembut. Mark mengeluh. Direnungnya anak mata coklat gadis itu. “Jadi, bila boleh bagitau orang?” Tia tersenyum lantas mematikan ipod.

“Kita tengok, macam mana lepas sebulan nanti. Kalau okey, kita bagitau la. Alright?”

“After a month? Should be okay honey,” jawab Mark setuju dengan cadangan Tia itu. Mark kemudian duduk menghadap Tia. Pipi Tia disentuhnya lembut, dahi gadis itu dikucupnya.

No comments:

Post a Comment