Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
BAB 18
Tiba di KLIA, Tia resah. Matanya melilau ke segenap ruang KLIA. Tempoh hari, dia sempat bersembang dengan Aizel mengenai travel plans mereka. Mengikut anggaran Tia, Aizel sepatutnya sampai di Kuala Lumpur.
Saat beratur di check in counter Enrich Golden Club, mata Tia menangkap susuk tubuh seseorang yang mirip Aizel. Tersentak. Pantas dikeluarkan telefon bimbit dari oversize tote Marc by Marc Jacobsnya. Nombor Aizel didail, namun, tidak berjawab. Pada masa yang sama, klon Aizel menoleh ke arahnya, jantung Tia berdebar hebat. Bukan Aizel. Oh.
Penerbangan mereka menuju ke bandaraya Kuching, Sarawak berjalan lancar. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, mereka menuju ke Damai Puri Resort and Spa, Teluk Santubong, Kuching.
“This is nice,” ujar Nicole merebahkan tubuh ke salah sebuah katil queen size. Aviana pula menuju ke connecting door dan membuka lock membolehkan Johann, Atiq dan Mark yang berada di bilik sebelah ke bilik mereka.
“The pool looks awesome too,” komen Fyns, berdiri di balkoni sambil melihat kolam renang. Dia tersentak saat terasa pinggangnya dirangkul dari belakang. Dia menoleh dan tersenyum. Johann.
“Malam ni ada beach party. I’m performing. If you guys wanna go, I can hook you guys up,” ujar Mark dari bilik sebelah. “We will. Jom, pegi lunch. Lapar sakan!”
~
Tia duduk di pantai sambil memerhati pemandangan matahari terbenam. Tia mengeluh. Ya, hanya dia seorang. Nun, di hujung sana, dia dapat melihat Johann bersama Fyns dan Atiq bersama Aviana, kelihatan sungguh bahagia.
Tia bangkit. Dia mula melangkah menuju ke arah lobi untuk ke biliknya. “Eh, Tia kan?” langkah Tia terhenti saat dia terdengar suara yang sudah lama tidak didengarnya. Tidak semenjak dia ke Perancis.
“Tia!” panggil suara itu lagi. Kali ini, jelas namanya dipanggil. Tapi oleh suara yang seksi dan menggoda. Bukan suara yang dirinduinya.
Tia menoleh dan tersentak apabila melihat apa yang berada di hadapannya. Pun begitu, dia tetap memaniskan muka dan melemparkan senyuman. Pantas langkah dituju ke arah insan itu.
“Tia, I didn’t know you’re here!” ucap Saira seraya mengucup kedua belah pipi Tia. Kemudian, dia meraih lengan Aizel. Aizel pula sekadar melambai dan tersenyum.
“Sorang?” tanya Aizel.
Pada masa yang sama, Tia tersentak saat terasa pinggangnya diraih. Ditoleh ke kanan, Mark. “I’m with her. And you are?” sampuk Mark.
“Hey, Aiz! Lama tak nampak dah ek?” celah Atiq lantas berjabat dengan Aizel. Aviana yang baru naik bersama Atiq ternganga. Mark angguk sendiri.
“Well, nice to chat. But, we have to get ready for the beach party. You guys nak join ke? I can get you tix,” pelawa Mark sopan. Dia mahu membawa Tia pergi dari situ. Segera! Dia tidak mahu rancangannya gagal!
“Boleh. Pukul berapa?” ujar Saira mesra.
“Jumpa kat lobby pukul 7.30?” balas Mark.
“Sure. No problem.”
~
“Guess who’s here?” ucap Aviana sebaik sahaja dia melangkah ke dalam bilik. Nicole yang baru sahaja keluar dari bilik air hairan. “Siapa?” Please let it be Jamiroquai.
“Aiz,” jawab Fyns pendek yang sudah mendengar cerita sewaktu berjalan ke bilik tadi. Turut sebal. “Hmm...Aizel ada kat sini? Eloklah. Seronok kau Tia?”
“Iyalah. Kalau dia sorang. The bitch is here,” sambung Aviana. Tia pula sudah masuk ke bilik air untuk bersiap. “What bitch?” tanya Nicole hairan. Fyns membaringkan tubuhnya yang diliputi bikini Topshop.
“Saira,” ucap Tia. Tiga pasang mata terarah ke arahnya. Tia menuju ke dressing table dan mencapai hairband da mengikat rambut coklatnya.
Tiba-tiba Motorola Q9C berwarna hijau berbunyi. Ada panggilan. Pantas dicapai telefon di atas nightstand.
AIZEL
“Yearp?” itu ayat pertama diucap Tia panggilan dijawab. Ingin menghilangkan kegugupan dalam dirinya.
“Didn’t think I’ll see you,” kecil dan lembut sahaja suara Aizel menampar gegendang telinganya.
“Hmm..yeah. Well, jumpa kat lobi la nanti?”
“Okay.”
“Bye.”
~
Mark bersandar pada pintu biliknya. Yang lain semua sudah menunggu di lobi. Semua kecuali Tia. Baru sahaja Mark hendak mengetuk pintu bilik Tia, pintu pun terkuak. Terlihat Tia sedang berdiri di hadapannya, lengkap mengenakan mini dress chiffon berwarna turqoise yang jarang, menutupi tubuhnya yang jelas mengenakan bikini putih Gucci.
“Jom,” pendek kata-kata Mark lantas meraih tangan Tia dan memimpinnya ke lobi. Tia membiarkan sahaja tangannya dalam gengaman Mark.
Beach party kali itu amat meriah. Terdapat juga persembahan dari band-band tempatan underground untuk menghiburkan pengunjung yang agak ramai jumlahnya.
“Hey,” bisikan di telinganya mengejutkan Tia. Fyns dan Aviana sudah lama menghilangkan diri bersama pasangan masing-masing untuk berjalan di tepi pantai. Nicole pula sudah menghilangkan diri bersama mamat mat salleh mana tah.
Tia kenal suara itu. Suara yang amat dikenalinya. Tia tersentak saat ada tangan yang melingkari tubuhnya. Dia dapat menghidu wangian Armani Mania yang sudah lazim dengan lelaki itu. Tia memejamkan matnya. Namun, pantas dia meleraikan rangkulan kemas lelaki itu.
“I miss you baby,” bisik Aizel pada telinga Tia. Terasa meremang bulu roma Tia. Pantas Tia memalingkan tubuhnya. Diberanikan diri untuk bertentang mata dengan anak mata hijau itu.
“How about Saira? You have her now,” jawab Tia.
“Aiz, darling! I was looking for you,” celah Saira sebaik sahaja Aizel hendak berkata-kata. “Hai!” sapa Tia mesra pada Saira. Ya, dia harus melepaskan Aizel pergi.
Seketika kemudian, terasa pinggangnya dirangkul oleh seseorang. Ditoleh ke kanan. Oh, Mark. “Jom, pegi somewhere,” bisik Mark. Lantas dia menarik tangan Tia berlalu ke gigi air.
“Awak okey ke?” tanya Mark. Tangannya masih erat menggengam jemari Tia. Tia angguk.
Mark mematikan langkahnya tiba-tiba. Tia merenung wajah Mark. Mark melepaskan gengaman pada jemari Tia dan melabuhkan punggungnya di atas pasir, membiarkan kakinya ditampar air laut. Tia turut duduk di sisi Mark.
Keheningan menyelubungi mereka. Tia sempat mencuri pandang ke arah Mark. Mark seorang lelaki yang tinggi lampai, mungkin 5 kaki 10 inci, berkulit sawo matang, wajah seakan Chinese, dada yang bidang dan well built. Macam seorang pemain ragbi.
“Tia,” panggil Mark lembut memecahkan lamunan Tia.
“Hmm?”
“Awak tau kan yang between us, there’s something?” tanya Mark, mahukan kepastian. Dia mahu tahu jika bukan hanya dia yang merasakan semua ini. Tia angguk.
“Hmm...You know what? It’s okay. Saya nak pergi sana kejap, awak okey sini sorang?” ucap Mark lantas berdiri. Tia cuma membalas dengan anggukan. Mark berpaling dan mula melangkah. Belum pun jauh Mark melangkah, langkahnya terhenti.
“Mark,” panggil Tia perlahan. Mark berpaling ke arahnya.
“We’re great buddies,” kata Tia lantas mengukir senyuman. Mark membalas senyumannya. Dia mengangguk lantas berlari-lari anak menuju ke kawasan backstage. Dia perlu bersedia untuk membuat opening bagi slot kedua.
Tia bangkit dan mula menyusuri pantai. Dibiarkan kakinya basah, tangannya pula menjinjit Havaianas turqoise kegemarannya. Tia tersentak saat terasa tangan kanannya tiba-tiba diraih. Dia menoleh. Aizel!
Pantas ditepis tangan Aizel. “We shouldn’t do this Aiz. Tolonglah. Awak dah ada Saira sekarang. Lagipun, kita hanya kawan kan?” ujar Tia tegas. Aizel menggengam kedua belah bahu Tia. Direnung tepat ke dalam anak mata Tia. Pandangan gadis itu redup.
“Tia, just dengar explanation saya ni, okey? Saya balik bukan kerana semua ni. Semua tu alasan aje. Alasan supaya saya dapat balik dan jumpa awak. Supaya saya dapat explain everything yang terjadi,” ujar Aizel. Tia menggeleng.
“Kenapa nak buat sekarang? You can do it on the phone. Text me, mail me, apa-apa aje. Jangan jadikan semua tu alasan, Aiz. Tak ada apa-apa yang awak perlu jelaskan pada saya,” bantah Tia. Aizel mengeluh. Dia meraup wajahnya. Cap hitam di kepala di atur.
“There is, Tia. There is. I still love you okay? Tapi Saira. She keeps on pushing it. Saya memang tak nak dengan dia. Awak yang ada dalam hati saya sampai bila-bila. The thing is, I still love you,” ujar Aizel. Tia mengetap bibir. Kedua belah tangan Aizel ditepis dan dia mula berjalan pantas menuju ke enclosure beach party itu. Aizel mengikutnya tidak jauh di belakang.
Mata Aizel meliar. Terlihat Tia bersama rakan-rakannya yang dahulu. Aizel melambai ke arah mereka dan melemparkan senyuman. Kemudian, terlihat pula Saira bersama rakan-rakannya di Perancis. Aizel mengeluh. Dengan berat hati, kaki dilangkahkan ke arah Saira.
~
Mark duduk bertentangan dengan Tia, menikmati makan malam sebelum mereka menuju ke Kampung Budaya untuk menghadiri Rainforest World Music Festival.
“Cute awak malam ni,” terpacul ayat itu dari mulut Mark. Tia sekadar mengangguk. Dia hanya mengenakan shorts Esprit, tank top jenama yang sama dan Havaianasnya.
“Awak pulak hot,” balas Tia.
Selesai makan malam, mereka menaiki Alphard putih yang disewa Mark. Seperti tahun-tahun yang sudah, tapak RWMF dipenuhi ramai pengunjung dari segenap pelusuk dunia. Namun, di pertengahan malam event tersebut, hujan mulai turun, membasahi mereka semua.
Di hujung sana, Aizel dapat melihat Tia sedang tertawa girang. Hatinya meronta ingin menepis gengaman utuh Saira dan memeluk Tia. Namun...Ah! Biarkan.
“Tia!” panggil Mark di celah kebingitan itu. Hujan membasahi tubuh mereka. Diraih tubuh Tia. Tia memandang Mark. “Kenapa?”
“I love you,” ucap Mark.
Tia tergamam.
No comments:
Post a Comment