Sunday, June 7, 2009

CIKLET: FOREPLAY Chapter 17

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

BAB 17

Tia duduk di buaian sambil merenung kocakan air di dalam kolam renang. Teringat perbualannya dengan Aizel tempoh hari. Jejaka itu akan pulang. Tia mengeluh.

Motorola Q9C di dalam tangan berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dilihat skrin. Tertera nama Mark. Pantas ditekan butang hijau. “Lo?”

“Tia. Are you home?” terdengar suara garau Mark di hujung talian. “Yeah. Kenapa?”

“I’m nearby. Nak pergi makan sama tak? Bored la nak makan sorang-sorang ni,” ujar Mark dalam nada memujuk. Tia mengerling jam tangan Omega di pergelangan tangan. Pukul 7.45 malam. Tia pun belum makan malam. Tia menggigit bibir. Pergi atau tak?

“Hmm..Okey. Pergi mana?”

“Just a simple restaurant. Pakai je lah apa-apa. You look pretty anyway.”

Sepuluh minit kemudian, muncul sebuah Mazda RX8 berwarna merah di perkarangan rumah Tia. Seketika kemudian, Tia muncul. Perjalanan menuju ke restoran dirasakan agak lama. Namun, jalannya serasa terlalu lazim dilalui. Tia tersentak saat kereta terhenti di sebuah restoran.

“Kita makan kat sini ke?” tanya Tia agak gugup. Kedengaran cemas nada suaranya. Mark merenungnya dan mengangguk. “Kenapa? Anything wrong?” Tia geleng.

Saat Tia melangkah masuk dan mengambil tempat duduk, saat itu juga pemilik restoran Itali itu keluar dan menuju ke arah meja mereka. “Tia bella! Long time no see. The usual perhaps? Eh, new friend? Where is the muy handsome Aizel?” ujar Jacob, pemilik restoran Itali eksklusif itu dalam pelat Itali.

Tia tergamam. Dia dapat melihat Mark merenungnya. Tia mengetap bibir dan melemparkan senyuman pada Jacob. “Urm, Aizel went to France. Inter-campus exchange programme. Meet my friend, Mark. Mark, Jacob,” Jacob senyum.

“Err...Jake, may I have the turkey carbonara and Ceaser salad instead?” sambung Tia lagi. Jacob angguk. Selesai memesan, Jacob berlalu. Mark pula sedang sibuk bercakap di telefon. Akhirnya, Tia mengambil keputusan untuk bermain game di dalam telefon bimbitnya. “Tia,” suara garau Mark menegur, menarik perhatian Tia.

“Awak selalu ke sini dengan your ex dulu ke? Sorry, saya tak tau pun. If I knew, I swear I have brought you to another place,” sambung Mark.

“Tak apa, Mark. It’s okay,” balas Tia. Long Islan Iced Tea dihirup. Mark angguk. Gadis di hadapannya itu direnung.

Tia seorang gadis yang istimewa. Berbeza dari semua gadis yang pernah bersamanya. Tapi, Aizel bukanlah tandingannya. Walaupun tidak pernah berjumpa dengan Aizel, namun, dari cerita Johann, dia dapat membayangkan Aizel seperti lelaki itu berada di hadapannya.

Not that he’s gay or anything.

Selesai makan malam, Mark memandu ke kawasan lereng bukit. Melihat panorama kota metropolitan di waktu malam. Tia dan Mark bersandar di sisi kereta kesayangan Mark. Dia bangga kerana mampu membeli kereta itu hasil dari titik peluhnya menjadi seorang freelance sound engineer, DJ dan event manager selama ini walaupun dia seorang anak kepada pemilik perusahaan minyak di Qatar.

“How long do we know each other, Mark?” tanya Tia tiba-tiba. Mark jungkit bahu. “Over a month I guess. Kenapa?”

“Do you think you know me?”

“Quite. But, there’s always more to know about you Tia.”

“Tapi saya tak pernah tahu siapa Mark. I don’t even know your full name. I never met your family.”

“Nak tau? Get in the car. You’re in for a ride, Tia.”

~

Mazda RX8 berhenti di hadapan sebuah rumah agam berwarna putih di kawasan Ampang. Rumah itu didisain ala contemporary townhouse. Remote pintu pagar di dalam dashboard diambil dan ditekan.

“Nama saya, Mikhael Zaqree. Berumur 23 tahun dan menuntut di Wesberly Institute dalam bidang music engineering.”

“And this is where I live,” sambung Mark saat dia membuka sliding door kayu rumahnya. Dia menyuruh Tia masuk sebelumnya.

Macho AND gentleman? Yum.

“Cantik rumah awak.”

Seketika kemudian, terdengar rengekan seorang anak kecil. “Papa Zack dah balik tu,” terdengar suara seorang perempuan berkata-kata. Tia tersentak.

Papa Zack?

“Papa Zack!” laung anak kecil itu. Terlihat anak kecil lelaki berumur lingkungan 4 tahun berlari menuruni tangga. Kemudian, dia berlari ke dalam pelukan Mark. Mata Tia membulat. Mark has a wife AND a kid? WTF?

“Tia, I want you to meet Izril Adrian. Ryan, ni Kak Tia. Say hello,” ucap Mark. Ryan kelihatan tersipu. Namun tetap menyapa Tia. “Tu, Michelle. She’s my sister. Ryan ni, my nephew. Tapi, dia dah terlebih manja. Tu yang jadi macam ni.”

Phew. Means, he’s still open. Wheeeee.

Okay, that’s enough. Now down girl.

“Hey, Ryan. You’re so cute!” ucap Tia mencubit pipi comel Izril Adrian aka Ryan itu.

“You’re pretty too. I like you,” petah Ryan bercakap seraya memeluk Tia. Tia tertawa kecil. Dikucupnya pipi tembam kemerahan anak kecil itu.

“Are you Papa Zack’s girlfriend?” tanya Ryan lagi. Tia tertawa. Mark tersenyum. “Okay, Ryan. That’s enough. Bed time. Salam Papa Zack and Kak Tia. Say goodnight,” celah Michelle lantas mengambil Ryan dari pelukan Mark. Kemudian, Mark menarik tangan Tia menuju ke arah family room.

“Kenapa dia panggil awak Papa?”

“It’s better than uncle kan? Uncle macam tua je. I’m just 23!” ucap Mark bernada gurauan. Tia tertawa lagi. Kini, mereka sedang berdiri di hadapan sebuah potret keluarga berukuran besar.

“So, ni keluarga saya. Tu, my dad, Syed Rahman. Tu, mak saya, Melinda. That’s my sister you just met. Dan tu, adik saya, Dean,” jelas Mark lagi. Tia angguk. Jam tangan dikerling, serentak dengan itu, telefon bimbitnya berbunyi.

“Mark, I think it’s time for me to go home.”

~

Fyns duduk di atas bleachers sambil menghirup iced latte. Matanya tekun melihat perlawanan bola keranjang. Fyns tersentak saat seseorang duduk di sebelahnya. “Fyns,” tegur suara itu. Suara yang terlalu familar. Fyns terpaku.

“Fyns,” tegur suara itu lagi.

“Ya, nak apa?” pendek jawapan Fyns. Fyns menoleh. Kini, di hadapannya, matanya bertentangan dengan mata Izry. “Just nak cakap. Salah?”

“No.”

“Kenapa ni? Dulu tak macam ni pun?”

“Nothing. Kenapa? Salah ke? Dulu, you’r my boyfriend. Sekarang ni, you’re nothing.”

“Hai. Takkanlah dah ada balak baru, sombong dengan saya? Anyway, let’s just cut to the chase. Saya saja nak awak tau tentang your perfect little boyfriend si Jo tu. Sebenarnya, dia tu playboy who cares more about sex and weed rather than some chick like you. Awak just mainan dia, Fyns. So, be careful,” ucap Izry sinis. Teringat pertama kali dia terserempak dengan Johann dan Renzo di The Beach beberapa minggu lepas.

“What do you care? Ni hidup aku la, boyfriend aku! Tak ada kena mengena pun dengan kau,” jawab Fyns ringkas dan kasar. Meluat dengan sikap Izry yang berpura-pura ambil peduli. Hipokrit.

“Tapi, awak ex-girlfriend saya. Dan saya masih sayangkan awak. Saya tak nak lelaki jahanam macam Jo tu buat awak macam tu. Okay, sweetface?”

“Ish, go away, Izry!”

“Kenapa ni, sayang?” celah Johann secara tiba-tiba, menyedari konflik yang berlaku antara mereka berdua. Disentuhnya lembut bahu Fyns dan dikucup pipi gebu gadis itu. Hairan melihat situasi tegang antara Fyns dan Izry.

“Tak ada apa-apa. Well, saya kena blah ni. Nice game, Jo. And Fyns, fikirlah,” ujar Izry sebelum bangkit dan terus berlalu. Johann mengerutkan dahi.

“Kenapa tadi tu, sayang?” tanya Johann lagi, tidak puas hati. Dia menyambut huluran Evian sejuk dari Fyns.

“You don’t wanna know. Dia sibuk nak jaga tepi kain orang je. Biarlah,” balas Fyns, kini mengesat peluh di dahi Johann.

“Nak lepak kat rumah I tak? Sekejap je? Lepas tu, kita pegi makan. Okey?” cadang Johann. “Tapi, takkan I tak mandi kot, sayang?” balas Fyns pula.

“You boleh guna guest bathroom. Kosong rumah I tu sayang. Kalau you nak move in pun boleh,” seloroh Johann. Fyns mencubit lengan Johann. “Jom sayang. Atau you nak I kendong ke kereta?” usik Johann lagi.

“Sayang!”

~

Fyns duduk melepak di dalam bilik Johann sementara menunggu jejaka itu mandi. Habis sudah almari pakaian dan laci jejaka itu digeledahnya. Kini, dia berada di hadapan meja studi Johann yang berselerak. Diambil satu persatu helaian kerta di atas meja lelaki itu dan disusun di sisi meja. Tiba-tiba, mata Fyns tertancap pada sekeping nota yang bertulisan kemas, berbeza dari tulisan Johann.

Thanx for the nice nite.

xo

-Karen

Fyns mengulum lidah. Apa maksud nota ini? Pantas dia duduk di birai katil king size milik Johann. Nota itu di dalam tangan. Menunggu Johann keluar dari kamar mandi. Seketika kemudian, Johann keluar dengan hanya mengenakan jeans, dada bidangnya dibiarkan tanpa berbaju. Sehelai tuala putih tergantung di bahunya.

“Kenapa ni sayang?” ujar Johann, mengucup pipi Fyns dan duduk di sisi gadis itu. Fyns menyerahkan kertas itu. Direnungnya tajam Johann.

“What is that? Care to explain?” tegas kata-kata Fyns. Johann menghembus nafas.

“Sayang, tak perlu jealous kay? Ni cerita lama. Kami tak ada buat apa-apa pun. Sumpah!” ujar Johann, menggengam jemari Fyns lembut. Direnungnya Fyns yang menunduk, memegang dahi.

“Tak ada buat apa-apa? What are we to you, Jo? What does our relationship mean to you?” tanya Fyns. Entah mengapa, kata-kata Izry tadi mempengaruhi Fyns di luar sedar.

“Sayang, kenapa ni? What’s wrong? I tak pernah ada steady girlfriend atau serious relationship. Tapi, dengan you, I nak jadi serious. I sayang you sangat. Tolong jangan doubt me. Please,” pujuk Johann. Direnungnya lagi wajah Fyns. Ditarik tubuh gadis itu ke dalam pelukan dan dikucup kening dan dahi Fyns.

“I’m sorry. It’s just that, Izry ada bagitau sesuatu. I dah cuba supaya apa yang dia cakap tak mempengaruhi I. I’m very sorry,” jelas Fyns. Johann hairan. “Apa yang dia cakap?”

“Dia cakap you mainkan I. Dia cakap you playboy. You cuma pentingkan sex and drugs.”

“Kenapa dia cakap macam tu? Dia tak ada hak nak judge I. Mulai sekarang, I tak nak you percaya cakap dia langsung. Okay? Apa-apa yang you sangsi mengenai I, you tanya straight to me. Please,” pinta Johann. Lembut sahaja suaranya di cuping telinga Fyns.

Get ready Izry. You’re in for a rude awakening.

~

Blok BRP International kecoh. Di hadapan kelas homeroom Gred 12, sekumpulan pelajar berkumpul. “Jo, dah la tu!” ujar Atiq cuba meleraikan cengkaman Johann pada kolar kemeja Hugo Izry. Izry pula sudah terjelupuk ke lantai dengan bibir yang berdarah. Pipinya terasa sengal.

Johann menarik kolar kemeja Izry, memaksa lelaki itu untuk berdiri sebelum menolak lelaki itu lagi. Penumbuknya dihalakan pada wajah Izry. “Aku tak nak kau dekat dengan Fyns kalau kau rasa kau tak puas hidup, faham!” tegas Johann sebelum melepaskan gengaman pada kolar Izry. Kemudian, dia berlalu.

Pada masa yang sama, Fyns berlari-lari anak menuju ke arah Johann. Lengan Johann diraih dan tubuh sasa lelaki itu dipeluk erat, mematikan langkah lelaki itu. Dada Johann berombak-ombak, masih menahan marah. Kemudian, pelukan Fyns dibalas. Rambut gadis itu dibelai.

“Sayang...You okay?” tanya Fyns saat mereka sudah duduk di lobi BRP. Beberapa sofa diletakkan di lobi bertujuan untuk menjadi tempat warga BRP rileks dan sebagainya. Johann meraup wajah. Seketika kemudian, Atiq, Aviana, Nicole dan Tia pula muncul. Masing-masing duduk di lobi tersebut, memerhati orang lalu-lalang.

“What happened, man?” ujar Atiq. Selama Johann berada di BRP, tidak pernah mereka melihat lelaki itu seagresif itu.

“Bukan masalah kau, Atiq. Aku tau dia tu kawan baik kau. Tapi, dia tu kena diajar sikit,” jawab Johann keras. Atiq sekadar mendiamkan diri.

Kemudian, Johann bangkit. Langkahnya menuju ke kawasan letak kereta. “Sayang, nak pergi mana tu?” tanya Fyns.

“Balik. I can’t handle any of this yet. Nanti I call you. I love you,” ucap Johann seraya mengucup dahi Fyns sebelum mengeluarkan kunci kereta dari poket. Sejurus itu Porsche Cayenne hitam meluncur keluar dari kawasan berpagar BRP.

No comments:

Post a Comment