Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
I’M YOURS
We got the afternoon
You got this room for two
One thing I love to do is
Discover me discovering you
One mile to every inch
Your skin like porcelain
One pair of candy lips
Your bubblegum tongue
Cuz if you want love
We’ll make it
Swimming in the deep sea of blankets
Take all your big plans and break em
This is bound to be awhile
Your body is a wonderland
When I use my hands
There’s something about the way
Your hair falls over your face
I love the shape you take
When crawling towards the pillowcase
But I will never let your head
Hit the bed without my hand behind it.
BAB 15
Terdengar lagu When I Grow Up dari telefon bimbit Motorola Q9C berwarna hijau miliknya. Pantas dicapai telefon yang berada di atas dashboard itu dan dijawab.
“Kau katne ni? Lambat lah...,” rungut Aviana di hujung talian. Tia sekadar tersenyum. “Dah sampai dah ni. Kejap lagi aku ada kat situ,” ujar Tia lantas mematikan talian. Kini, hanya Aviana seorang yang berteman. Kini juga, sudah sebulan Aizel berada di Perancis.
Tatiana Analiselle menolak pintu gym Celebrity Fitness dan pantas melangkah menuju ke dance studio. Di situ kelihatan Aviana dan Fyns sedang duduk bersila di lantai.
Sejak sebulan yang lepas, Tia mengambil keputusan untuk menghadiri kelas pilates untuk memenuhi masa lapangnya selain bermain tenis. Semua itu untuk membantunya melupakan Marc Aizel Izaac.
“Lambat kau arini?” tanya Aviana seraya bangkit menuju ke kawasan pilates exercise di mana terletaknya pilates stretching machine.
“Aku kena hantar Nia pergi BRP dulu. Ada practice pulak budak tu hari ni,” jelas Tia. Aviana angguk. “Eh, Nicole mana?” ujar Tia saat menyedari ketiadaan Nicole.
“Nicole kickboxing la. Kau tahulah dia macam mana kan? Pilates is too soft for her,” jawab Fyns pula. Mereka tertawa. Kenal sangat perangai Nicole yang sentiasa ingin melakukan sesuatu yang mencabar. Tak sesuai langsung dengan status anak designer and fashionista.
Selesai sesi pilates, mereka bertiga menuju ke ruang kickboxing bagi menunggu Nicole. “Oh my God. Look at all the hot guys around here. Lucky Nicole,” komen Aviana. Matanya rambang sahaja melilau gerangan jejaka yang berada di situ.
Note. Reminder: Atiq nak letak mana, Avi?
“Eh, tengok the guy with the dark blue sweatshirt tu? Nice body la,” ucap Aviana lagi. Pantas pandangan Tia dan Fyns terhala ke situ.
“And look who is he with,” ujar Tia apabila melihat lawan jejaka yang dimaksudkan Aviana itu. Fyns tersentak. Jejaka itu mula berjalan ke arah mereka.
Uh-oh...
“Hey, korang. Buat apa kat sini?” tegur Johann ramah. Peluh di dahi dikesa dengan tuala. “Dengan dia,” pendek jawapan Tia setelah Fyns dan Aviana tidak menjawab.
“Tak pernah pun nampak kat sini?” tanya Johann lagi. “Uh, baru start around a month. Tu pun for pilates aje,” kali ini, giliran Aviana pula menjawab. Mulut Fyns bagaikan di gam dengan gam UHU. Now we know how to make her shut up. Because she never does.
“Oi Jo. Tak nak intro aku ke?” ujar jejaka sweatshirt dark blue itu tadi. Kini, sweatshirt sudah ditanggalkan, menampakkan baju singlet Nike berwarna hitam. Suara lelaki itu agak garau dan he’s just so macho. So, Tia’s type.
Ouch!
“You guys, err...ni Mark. He goes to Wesberly,” perkenal Johann. Tangan dihulur dan dijabat.
“It’s actually Mikhael, but people call me Mark. Senang lagi,” jelas Mark.
Well, well, well...another Mark to replace the other Marc we lost, perhaps?
~
DingIt.com
Home.Profile.Contacts.Groups.Blogs.Bulletin.Messages.Music.Video.Surf.Settings.Help
Joe Xander
18, single
Ampang
BRP High
More...
Joe Xander is smoking, smoking weed.
Pictures-Videos-Comments-Reviews-Blogs-My Contacts-Groups-Fans-Send Message-Nudge
Favourites:
Movies/TV: The Godfather, Prison Break, The Terminator
Music: trance, house, rock
Smoke: yes
Drink: yes
Orientation: straight
About me:
I go and run with the flow. I have no girlfriend but I love chicks and trying to find one. Mary Jane is like my girlfriend right now. I club, I drink and I roam with the free world. If you got a problem with it, I don’t care.
I want to meet:
I don’t really care who though.
Johann mengetik beberapa kali touchpad komputer riba Lenovo miliknya. Bosan, akhirnya dia mengupdatekan page DingItnya. Kemudian, terdengar pula bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah. Johann ke balkoni. Ah...Ibu dan bapanya sudah pulang dari New York. Johann kembali semula ke hadapan laptopnya.
Beberapa minit kemudian, pintu bilik Johann diketuk kemudian dikuak. “Jo, we’re home,” terdengar suara mummynya, Puan Camilla menegur lembut. Pantas dia melangkah ke arah anak tunggalnya dan tangannya diletakkan di atas bahu Johann. Diusapnya lembut.
“I noticed. Kenapa balik?” ujar Johann keras. Dia kecewa dengan kedua ibu bapanya. Dia ditinggalkan di Malaysia hanya kerana dia dibuang dari sekolah berasrama. Sudahlah di Malaysia, seorang pula tu. Tengku Kamal langsung tidak mahu berpindah ke Malaysia.
“Mummy rindu Jo. Papa pun nak jumpa a few clients dekat sini,” pujuk Puan Camilla. Johann mendengus.
“Jo!” terdengar namanya dipanggil Tengku Kamal. Pantas Johann mencapai kunci di atas meja. “Jo! Nak ke mana tu?” ujar Tengku Kamal saat Johann melintasinya.
“Rumah Ayahanda,” Johann menjawab pendek lantas menghempaskan pintu dan memandu keluar dari Ampang.
~
Johann memandu tanpa arah. Dia tidak menuju ke kawasan Klang di mana terletaknya vila mewah milik Ayahanda Mukhriznya. Sebaliknya, Mitsubishi Evolution 9 menuju ke kawasan BRP High.
Rokok dikeluarkan saat kereta berhenti di perkarangan letak kereta. Terlihat Skyline hitam milik Fyns yang dilanggarnya suatu masa dahulu berada di hadapan kawasan kolam renang. Belum balik lagi ke, perempuan tu?
Rokok dipadamkan dan dia menuju ke kawasan kolam renang bersaiz olimpik BRP High. Lampur spotlight terpasang. Jam tangan Tag Heuer dikerling sekilas. Pukul 6.15 petang, Fyns belum balik?
Tiba-tiba, Johann berasa cemas. Terlihat sekujur tubuh terapung di dalam kolam. Pantas dia berlari ke arah kolam dan terjun untuk menyelamatkan tubuh itu. Ditarik tubuh ke sisi kolam. Fyns!
Johann gelabah, cemas. To CPR or not to CPR? Johann mengeluarkan Blackberry dari dalam poket. Padam. Damn! Basah. Diperhatikan sekeliling dan terlihat beg sukan Fyns. Diselongkar untuk mencari telefon bimbit. Gagal! Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melakukan CPR ke atas Fyns. Namun, gadis itu masih tidak sedarkan diri. Nadi diperiksa. Masih ada. Thank God!
Johann akhirnya mengendong tubuh Fyns ke keretanya. Enjin dihidupkan dan pantas kereta dipecut ke hospital. Jantung Johann berdebar kencang. Jangan apa-apakan dia, pintu Johann dalam hati.
Sampai di hospital, Johann mundar-mandir. Jampir semua orang yang diingatinya di telefon. Semua orang meaning Atiq...and Atiq. Because he only remembers Atiq’s number. Tapi, dia harap Atiq menyampaikan berita pada yang lain.
“You’re Miss Fedora’s relative?” tanya doktor yang baru sahaja keluar dari salah satu bilik ruang kecemasan. Johann tidak punya pilihan kecuali untuk angguk. Well, he better be!
“Just to tell you, dia dah stabil. Cuma, dia perlu stay kat sini, sampai dia betul-betul okay and until all the fluid in her lungs dah keluar,” sambung doktor itu. Johann menarik nafas lega. “Err..Can I see her?” tanya Johann.
“Yeah, sure. The nurse will bring you to the room.”
Sampai di wad rawatan, Johann melihat Fyns terbaring lesu. Sayu dia melihat keadaan Fyns begitu. “How is she?” terdengar suara Aviana agak tinggi saat dia membolosi pintu bilik Fyns. Pantas Johann menekapkan jari ke bibir. Aviana mengetap bibir.
“Thanks Jo...,” ujar Nicole seraya menepuk bahu lelaki itu. Johann sekadar angguk.
“Parents dia tahu?” tanya Johann. Aviana geleng. Sebelum dia pergi tadi, sempat dia singgah ke apartmen Fyns. Namun, pembantu rumah Fyns memberitahu ibu bapanya telah berangkat ke Thailand.
“Korang baliklah. Especially you, Jo. You need to change your clothes. Biar aku yang jaga dia malam ni,” bagitau Tia.
Johann terdiam, dia memeluk tubuh. Niat di hati enggan meninggalkan Fyns. Mengenangkan dia perlu menukar pakaian, dia sekadar akur.
Sampai di rumah, Johann mandi. Kemudian, dia bersiap. Hooded sweater Paul Smith dibimbit. Kemudian, dia menuruni tangga.
“Jo,” ucap Tengku Kamal saat Johann baru sahaj hendak melangkah keluar dari pintu town house itu. Johann mematikan langkah dan berpaling menghadap Tengku Kamal.
“Jo ke mana petang tadi? Papa call Ayahanda, dia cakap Jo tak pernah ke rumah dia,” tanya Tengku Kamal.
Johann mengetap bibir. Kunci di dalam tangan diputarkan. “It’s my business,” ujarnya sebelum keluar dari rumah.
~
Pintu yang ditandakan Fedora Adrienne Chaider dikuak perlahan. Terlihat Tia yang sedang bermain dengan PSPnya. “Eh, Jo. Buat apa kat sini?” tanya Tia terkejut. PSP diletakkan di atas meja. Fyns baru sahaja dipindah ke wad executive.
“Tak ada apa-apa. Biar aku je yang jaga dia malam ni. You go home, Tia,” ujar Johann seraya meletakkan baragnya di atas meja. Hanya kunci kereta. Dia belum sempat untuk membeli telefon bimbit baru bagi menggantikan Blackberrynya yang ‘berenang’ tadi. Tanpa membantah, Tia bangkit dan menuju keluar.
Johann menuju ke arah Fyns. Diletakkan tangan ke dahi gadis itu. Kemudian, dibelai rambut gadis itu. What happened? Detik Johann di dalam hati. Dia mengheret kerusi ke katul dan duduk, menatap wajah ayu itu.
Suka akan Fyns? Mungkin. Johann sendiri tidak pasti. Ayat cinta tiada dan tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Sepanjang 18 tahun hidupnya, dia tidak pernah jatuh cinta, apatah lagi merasanya. Gadis-gadis yang bersamanya hanyalah sekadar hiburan bagi dirinya.
Fyns. Johann sendiri kurang pasti. Why am I here? What the hell am I doing here? Detiknya di dalam hati. Adakah kerana dia ingin lari dari suasana di rumah. Ya, dia rimas.
“Shit!” ujar Johann. Direnungnya lagi wajah Fyns. Akhirnya, dia sendiri tertidur di sisi katil, menatap wajah Fedora Adrienne yang tenang.
~
Tia terbaring di atas kapet di balkoni biliknya. Di sinilah masanya sering dihabiskan dengan Aizel dahulu. Bau tubuh Aizel seperti masih ada di situ. Sudah kerapkali meeka tertidur saat mengira bintang di langit. Tapi, itu semua hanya tinggal kenangan.
Tia mengeluh. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yang masuk.
UNKNOWN NUMBER
Hey. Got ur number 4om Jo.
REPLY
Who’s this?
SENT.
UNKNOWN NUMBER
Mark. Kacau?
TIA
No. Anything I can help?
MARK-WESBERLY
Jz wnna get 2 knw u. :)
~
Johann terbangun saat merasakan ada sesuatu yang bergerak di tangannya. Pantas di bangkit. Dilihat tangan Fyns yang bergerak. Kemudian, kelopak mata gadis itu pula mula bergerak. “Air...,” serak bunyi suara gadis itu. Pantas Johann menuangkan segelas air dan membantu Fyns minum.
“Jo...,” ucap Fyns lemah. Johann menghalang Fyns dari bercakap.
“Shh...dah. You nak breakfast?” Fyns geleng.
“What happened? Aku kat mana ni?”
“Di hospital. You drowned. Makanlah okey. I’ll get you something,” pujuk Johann lagi. Akhirnya Fyns akur. Johann turun ke kafe hospital untuk membeli semangkuk bubur ayam dan segelas jus oren.
“Aku suapkan,” ujar Johann saat Fyns cuba mencapai sudu. Pada mulanya, Fyns teragak-agak. Akhirnya, dia akur.
“Morning! Oops! Did I come at the wrong time?” ucap Aviana ceria. Dibelakangnya, Nicole. Fyns tersenyum, lemah.
“Nope,” jawab Johann pendek.
Selesai suapan terakhir, Johann bangkit dan mencapai kunci kereta. “Eh, Jo. Nak ke mana tu?” ucap Nicole, perasan yang Johann hendak berlalu.
“Gotta get home. Nak mandi and change clothes. Nak beli phone baru jugak. Tak boleh tak ada phone lama-lama. Tak hidup aku, beb,” balas Johann sebelum memboloskan diri ke luar pintu.
~
Saat Johann sampai di rumah, dia mendapat rumah itu kosong. Seperti biasa. Pantas dia melangkah ke biliknya. Di hadapan pintu, terlekat sekeping nota yang ditulis mummynya. Diambil dan pintu dihempas.
Johann mengisi bath tub dengan air sambil dia mencari beg zip-loc di dalam laci, yang berisi marijuana. Dalam masa yang sama, sebatang rokok Marlboro Regular dinyalakan. Hah! Jumpa!
Lantas Johann masuk ke dalam bath tub. Di dalam bath tub, sebatang joint dinyalakan. Saat dia habis mandi, sudah tiga batang pure joint dihabiskannya. And he’s pretty baked.
Yeah, we know that, dude.
Selesai bersiap, Johann terlihat nota yang dletakkan di atas meja laptopnya tadi. Dicapai...
Jo,
Get ready for weekend ni. Ayahanda ada function. He insists you to go. Mummy and Papa will be back tomorrow. Anything just call. Papa dah bank in some cash untuk Jo.
We love you
- Mummy.
Johann mengeluh. Kunci kereta dicapai. Time to shop!