Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
BAB 9
Aviana menutup pintu apartmennya dan menghempaskan diri ke atas goose-feather wool sofa. Apartmen yang diubah suai menjadi dua tingkat dengan menyambung dua unit yang berbeza itu dikongsi bersama adiknya, Ava dan kedua ibu bapanya.
Nokia 8800 Gold Arte di dalam beg tangan dicapai. Kemudian, nombor telefon Atiq di dail. Tidak berjawab. Hatinya mula resah. Pantas kunci BMW Z4 coupe dicapai dan dengan pantas jua, kereta hadiah hari jadinya itu meluncur laju ke apartmen Atiq.
~
Buzzer ditekan. Kemudian, agak lama dia menunggu reaksi. Buzzer ditekan sekali lagi. Kali ini, barulah ada respon. “Who?” terdengar suara Izry yang kedengaran agak serak dan mamai. “Aku,” balas Aviana pendek sebelum masuk ke dalam lif.
“Atiq mana?” ujar Aviana saat tubuhnya membolosi pintu apartmen yang dikongsi Atiq bersama Izry itu. Kemas pulak apartmen itu kali ini. Selalunya, bersepah macam nak rak.
Izry membeliakkan mata. Aviana kehilangan Atiq?! And he thought that was almost impossible!
Aviana berdiri sambil memeluk tubuh, menunggu jawapan dari Izry. “Aku tak tau But he went out I guess,” balas Izry, melabuhkan punggungnya di atas sofa dan mencapai joystik Playstation 3. Aviana mengeluh dan menghempaskan tubuh ke atas kerusi.
Syg, whr r u?
SENT
Namun, masih belum ada respon dari Atiq. Akhirnya, Aviana tertidur di atas kerusi.
~
Pukul 7.00 malam. Atiq menapak ke dalam apartmen yang hanya diterangi dengan stand-light di sudut ruang tamu. Baru sahaja hendak menekan suis lampu, dia dihalang oleh Izry. Izry menekapkan jari telunjuk pada bibirnya dan menuding ke arah sofa 2-seater. Izry yang mengangkat Aviana setelah menyedari gadis itu tertidur di atas kerusi.
Perlahan Atiq berjalan ke arah Aviana dan duduk di sisi tubuh gadis yang berbaring itu. Tenang wajahnya. Diusapnya rambut dan pipi Aviana. Gadis itu bergerak sedikit. Lantas kelopak matanya terbuka sedikit.
“Sayang?” ujarnya dalam suara yang sedikit serak.
“Hmm? Yes baby?”
Aviana merenung wajah Atiq. Sekali imbas mungkin seiras Syahrul Ezani, pelakon KAMI. Rambut dan cara dressing lelaki itu juga persis watak Ali dalam siri TV berkenaan. Yang lain, hanyalah wajah Atiq. Hidung yang agak mancung dan kening yang terbentuk. Bila Atiq tersenyum, terserlah lesung pipit di kedua belah pipinya. Itu yang membuat Aviana tertawan.
“Where were you?” tanya Aviana. Disentuhnya lembut jemari Atiq yang berada di pipinya. Atiq tersenyum, menampakkan lesung pipitnya. “I was out, baby. Sorry tak bagitau. Tapi, battery phone pun flat. Charger rosak. Tu yang keluar, beli,” jelas Atiq. Giliran Aviana pula untuk tersenyum. Lega.
“Jom pergi makan? It’s dinner time dah,” pujuk Atiq. Aviana angguk. Dahinya dikucup lembut Atiq. Kemudian, Atiq bangkit, menuju ke koridor bilik Izry yang bersebalahan dengan biliknya. “Oi, kau nak ikut dinner tak?” tanya Atiq. Dilihat Izry sedang bersiap-siap. Nak ke mana pulak mamat ni?
“Takpelah. Aku pun nak keluar ni,” ujar Izry seraya melihat ke dalam cermin dan mengatur rambutnya. “Kau nak ke mana?” sampuk Aviana yang baru sahaja bangkit. Pantas Atiq (yang skinny) dirangkul dan kepalanya dilentokkan ke bahu Atiq. Tangan kiri Atiq pula merangkul bahu Aviana.
Aw, cute!
“Dinner,” jawab Izry pendek. Disembur wangian signaturenya, CK One. “Dengan siapa?” tanya Atiq. Izry hanya tersengih dan mencapai wallet Ballynya. Dimasukkan ke poket belakang jeans Levi’s miliknya. Dia berjalan semula ke cermin, melihat penampilan diri. Plain collared black shirt yang dilapisi argyle sweater berwarna grey. Good looking enough.
And all the ladies agree.
“Must be a one heck of a date,” usik Atiq sebelum meraih tangan Aviana untuk keluar makan.
~
Atiq dan Aviana mengambil keputusan untuk menjamu selera di Nando’s. Sedang menjamu selera, Atiq meminta diri untuk ke bilik air. Tiba-tiba, bunyi lagu Placebo kedengaran, menandakan ada panggilan masuk untuk Atiq. Aviana mencapai Nokia yang diletakkan di sebelah pinggan jejaka itu.
DONNA
‘Donna?’ ujar Aviana hairan. Pantas butang hijau ditekan. He’s my boyfriend and I have the right. Possesive? Nope. Just authority. Okayyyy...
“Hello,” ujar Aviana.
“Atiq ada?” terdengar suara manja di hujung talian. Tapi, tak pernah pula Atiq menyebut nama Donna pada Aviana. “No. Dia pergi toilet. Perlu I sampaikan apa-apa?” tanya Aviana. Di sudut hati muncul perasaan cemburu.
“No, thanks,” ujar Donna dan talian terus terputus. Aviana hairan. Pantas telefon bimbit diletakkan semula ke tempat asal. Timing yang tepat! Sebaik sahaja telefon dikembalikan, Atiq melangkah semula ke dalam restoran. Aviana berlagak selamba.
“So, where did you go today, sayang?” tanya Aviana lalu menyuapkan nasi ke mulut. Atiq kelihatan tenang memotong peri-peri chicken extra hot nya.
“Well, I went to Bukit Bintang. Bought some stuff. In fact, I ada beli something for you. Tapi, tertinggal kat apartmen,” jawab Atiq.
“Sorang je? Kenapa Izry tak ikut?” Atiq jungkit bahu. “But yeah, I did go alone,” sambungnya. Aviana hanya angguk. Masih tidak puas hati dengan jawapan Atiq.
Atiq mencapai tangan Aviana dan digenggamnya kemas. “Baby, what’s up? Kenapa monyok aje ni?” ucap Atiq lembut.
Baru sahaja Aviana hendak membuka mulut, telefon Atiq berbunyi menandakan ada pesanan ringkas. Jemari Aviana dilepaskan dan mesej dibaca. Aviana mengeluh.
“Siapa tu?” tanyanya curiga.
“Oh, no one,” jawab Atiq ringkas. Jemarinya pantas menaip mesej untuk dibalas. Donna kah itu?
Telefon bimbit dimasukkan ke dalam poket. Suapan diteruskan.
“Sayang...,” ucap Aviana perlahan, cuba memberanikan diri untuk bertanya. “Yes baby?”
“Err...nothing.”
~
Atiq pulang ke apartmen setelah menghantar Aviana ke ekereta dan memarkir Mini Cooper S miliknya. Lantas, tubuh dihempaskan ke sofa dan TV dihidupkan. Atiq mengeluh. Remote ditekan lagi, mencari siaran yang menarik.
Serentak dengan itu, tubuh Izry pula membolosi pintu. Dia turut melabuhkan punggung di sebelah Atiq dan mengeluh. “What a date?” ujar Atiq. Izry tersenyum sinis dan mengangguk. Dia bangkit menuju ke peti sejuk dan mencapai dua tin Coke. Dihulurkan setin pada Atiq.
“So, kau date dengan siapa? Janji, aku tak bagitau Avi!” tanya Atiq.
“Remember Rebecca?”
Atiq terdiam sejenak. Cuba mengingati siapa yang dimaksudkan Izry. “You mean model tu? Yang study dekat Sri Kiara tu?” ucap Atiq. Dia ketawa. Ah, Rebecca. Gadis kacukan Cina dan Mexican yang menuntut di Sri Kiara Cyber School adalah gadis yang popular dalam golongan elit. Gadis yang menjadi model untuk Guess dan Armani Exchange.
Tiba-tiba, telefon bimbit Atiq berbunyi lagi. Diseluk kocek dan dilihat skrin Nokianya. DONNA. Atiq bangkit dan menuju ke balkoni untuk menjawab panggilan itu.
“Atiq...,” rilih suara Donna di hujung talian. Menangiskah dia?
Uh, hello? Why should you care?
“Donna, kenapa ni?”
“I need you now, Atiq.”
“Alright. Awak katne ni?”
~
Mini Cooper S dipecut menuju ke kawasan Damansara Heights. Dilihat susuk tubuh Donna yang sedang duduk di atas bumbung rumah banglo milik kedua ibu bapanya. Pantas Atiq berlari menaiki tangga dan menuju ke balkoni.
“Donna! What are you doing?” ujar Atiq, suaranya agak meninggi. Pantas ditarik tangan Donna. “Donna, kenapa ni? Tell me, please,” pujuk Atiq. Kini, Donna sudah berada dalam pelukannya, menangis teresak-esak.
Atiq dapat mencium haruman rambut Donna. Inilah yang pernah dirindui saban malam. Insan inilah yang pernah disayangi sepenuh hati.
Hello...Earth to, Atiq Damian. Remember Aviana? Your GIRLFRIEND? Maybe not.
“I dah break up dengan dia,” ujar Donna dicelah esakan. Atiq mengusap lembut rambut Donna. Dikucup penuh kasih pipi Donna.
Tiba-tiba telefon bimbit di dalam poket bergetar. Dicapai dengan tangan sebelah lagi. BABY AVI. Air liur ditelan. Shit!
Rangkulan dilepaskan. “Donna, I’m sorry. But I’ve gotta go,” jelas Atiq. Donna merentap tangan Atiq, menghalang jejaka itu untuk berlalu. “Atiq, don’t go. Please. Not now,” rayu Donna lagi.
“I’m sorry Don. But I’ll be back. Take care.”
No comments:
Post a Comment