Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
BAB 14
Aizel duduk di kafeteria BRP High seorang diri. Dia mengeluh. Seketika kemudian, terlihat Tia melangkah masuk ke kafeteria itu dengan Nicole. Rutin biasa gadis itu setiap pagi.
Dia tahu dia salah. Dan dia tidak mahu kehilangan gadis itu. Baru sahaja dia hendak bangkit dan melangkah ke arah Tia, lengannya ditahan oleh satu tangan lembut, berjari runcing.
“Aiz, nak ke mana tu?” tegur Saira manja dan menggoda. Aizel merentap tangannya dari genggaman Saira. “Enough Saira! Enough! I don’t love you. Okay? What’s between us is over. Apa lagi yang kau tak boleh faham? Aku sayang Tia alright?” bentak Aizel geram.
Saira mengetap bibir. “What does she have that I don’t Aiz? I gave you everything!”
“No you don’t have everything. Get out of our lives,” ucap Aizel lantas menapak ke arah Tia yang turut tergamam. Seluruh kafeteria dapat mendengar perkelahian antara Aizel dan Saira itu.
Aizel berhenti di hadapan Tia. Disentuhnya bahu gadis itu. Matanya merenung tepat ke anak mata Tia. “Tia, I love you and I’m sorry. Forgive me,” ucap Aizel.
Tia terdiam. Direnungnya kembali anak mata Aizel. “I love you too,” bisiknya kembali. Aizel tersenyum lantas menarik tubuh Tia ke dalam pelukan dan mengucup gadis itu.
~
Aizel meletakkan sampul surat di hadapan Tia ketika gadis itu sedang menikmati sarapan pagi. Aizel baru sahaja keluar dari pejabat pentadbiran Bukit Rahman Putra High School. Wajahnya kelihatan tidak bersemangat.
“Apa ni?” tanya Tia hairan. Diusapnya lengan Aizel yang sudah mengambil tempat duduk di sebelahnya. Pantas tangannya mencapai sampul surat itu. “Baby, sebelum baby bukak, sayang just nak cakap, sayang minta maaf. And no matter what happens, I love you.”
Tia merenung Aizel. Hairan dengan kata-kata Aizel itu. Perlahan tangannya membuka sampul itu.
Bukit Rahman Putra (International) High School
Wesberly Group of Institutions
Kuala Lumpur.
Mr Morshidi; Marc Aizel Izaac,
The school has been very impressed with you performance. After a great consideration from the Board of Committee, we are pleased to inform you that you have been chosen for the Inter-Campus Student Exchange Program for the 2008 semester. Further information on the program is stated on the next page. Congratulations.
Creating the best for the future,
William Sears.
President Board of Committee
Bukit Rahman Putra (International) High School.
Tia mengetap bibir. Dirinya terasa sebak. Dia merenung Aizel. “To where?” itu soalan pertama yang diajukannya. Dia tidak tahu harus berbuat apa atau merasa apa. Kosong. Nil. Zero.
Walaupun sebelum ini, dia tahu Aizel pernah memohon untuk Inter-Campus Student Exchange Program, dia tidak tahu yang Aizel akan dipilih kerana ramai lagi calon-calon yang akan dipilih untuk menjadi lucky five yang akan dihantar ke beberapa sister school BRP High seantaro dunia.
“France. They are sending me to France. To Lincoln International.”
“Bila pergi?”
“Next week.”
Dada Tia terasa sesak. Matanya terbeliak. Minggu depan? Minggu depan Aizel akan bertolak ke Perancis? “Must you go?” tanya Tia sayu. Aizel angguk. Lemah.
“Tak boleh tangguh? Or turn it down?” Aizel geleng. Dibelainya rambut Tia yang mengurai. Tia mengeluh. Turut payah bagi Aizel untuk meninggalkan Tia. Dia belum bersedia untuk semua itu.
Aizel tersentak saat Tia tiba-tiba merangkulnya. Erat. Dirasakan kemeja putih Ralph Lauren mula dibasahi air mata gadis itu. “Baby, jangan nangis please. It’s hard for me to leave as well,” pujuk Aizel.
“No, you can’t go sayang! You can’t leave me here. Tolonglah...,” rayu Tia lagi.
“Just remember, wherever I am, I will still love you.”
~
Perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dirasakan terlalu cepat bagi Tia. Sepanjang perjalanan, tangannya erat dalam genggaman Aizel. Dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Atas persetujuan kedua belah pihak, Tia dan Aizel mengambil keputusan, sepanjang sebelas bulan Aizel berada di Perancis, mereka akan berpisah dan menjadi rakan. Tidak sanggup untuk menjalani long distance relationship.
“We’re here,” ujar Tuan Morshidi saat dia menghentikan kereta di hadapan KLIA. Tia keluar, mendapatkan troli, sementara Aizel mengeluarkan beg pakaiannya. Hanya sebahagian pakaian sahaja dibawanya. Pakaian musim sejuk pula akan dibawa Puan Zarine ketika melawatnya di sana kelak.
Selesai check in, mereka menuju ke balai berlepas. Aizel selesai mengucapkan selamat tinggal pada semua orang. Semua orang kecuali Tia.
Tia menggigit bibir. Cuba untuk menahan air mata yang sudah bertakung dari mengalir. Aizel menyentuh pipi Tia dan diusap lembut. Pantas diraih tubuh itu ke dalam pelukan dan enggan dilepaskan. Pelukan bertambah erat. Akhirnya, tirai air mata pun jatuh.
“I really love you. Don’t go sayang. Please,” rayu Tia dalam sendu. Aizel mengusap air mata Tia dan dikucupnya kening gadis itu. Dipeluknya lagi gadis itu. Bertambah erat.
“Tia, I just want you to know, Aiz sayang Tia sangat. Wherever I am, I still love you,” bisik Aizel. Serentak dengan itu, dahi Tia dikucup dan dia berlalu ke balai berlepas. Aizel menoleh buat kali terakhir ke arah gadis yang dicintainya sebelum melangkah pergi.
So kiss me and smile for me
Tell me, that you’ll wait for me
Hold me like you’ll never let me go
Cuz I’m leaving on a jet plane
I don’t know when I’ll be back again.
Baby, I hate to go.
There’s so many times I let you down.
So many times I’ve played around
But to tell you now
They don’t mean a thing.
Every place I go I think of you
Every song I sing, I sing for you
When I come back, you’ll wear my wedding ring.
No comments:
Post a Comment