Friday, March 6, 2009

CIKLET : FOREPLAY Chapter 11

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.


BAB 11

Aviana duduk di tepi kolam renang apartmennya. Sudah hampir tiga minggu berlalu namun dia masih belum dapat menghadapi Atiq. Sudah hampir tiga minggu dia tidak bercakap mahupun bertentang mata denga jejaka itu. Status hubungan mereka pun dibiarkan tergantung.

Kocakan air diperhati. Sudah tinggi hujung minggu berturut-turut dia sekadar menghabiskan masa di rumah. Enggan keluar atau berbuat apa-apa pun.

“Hey,” teguran itu mengejutkan Aviana. Pun begitu, dia tidak berganjak sedikitpun. Dibiarkan kaki terjuntai ke dalam kolam berdasar biru.

“Avi...,” tegur Atiq lagi. Kali ini, dia sudah duduk di sebelah Aviana. Namun, Aviana masih mendiamkan diri. Dibiarkan sepi menyelubungi mereka.

“Who is she, Atiq? Kenapa Atiq buat macam ni?” Aviana mula bersuara. Lidah Atiq kelu untuk bersuara. Dia merindui gadis itu. Terlalu rindu!

“Donna. My ex-girlfriend. But it’s not what you think. Atiq boleh jelaskan. I still love you, Avi. I really do,” jawab Atiq. Aviana mengeluh. “Care to explain?” tanyanya.

“Well, Avi tau kan, Atiq tukar nombor? Atiq pun tak tau dari mana dia boleh dapat nombor baru Atiq. At first it was okey. Until dia start mengadu about boyfriend dia apa semua. Then one thing lead to another. Tapi Atiq tak sentuh pun dia. Sumpah!”

Pantas Aviana bangkit dan mula berlalu. Atiq berlari mendapatkan Aviana. Tangan Aviana diraih. Tubuh gadis itu dipalingkan. Terlihat air mata jatuh berjuraian ke pipi. Diraih tubuh itu ke dalam pelukan seerat-eratnya.

“Avi, I miss you. Atiq salah sebab buat macam tu. Dan Atiq janji tak akan buat macam tu lagi. Atiq sayang Avi. Sayang sangat. Please don’t cry,” bisik Atiq pada Aviana. Aviana masih teresak di bahu Atiq. Diusap rambut gadis itu penuh kasih.

“Jangan buat macam tu lagi, Atiq. Please,” rayu Aviana. Kali ini, satu kucupan hinggap di dahi Aviana.

~

“Who does he think he is?” ujar Fyns sinis saat mereka menonton perlawanan bola keranjang. Insan yang disindir itu tidak bukan, lelaki yang sama yang telah merosakkan body keretanya yang telah di upgrade baik punya. Meluatnya, bukan main. Dahlah sejak mamat tu pindah ke BRP, ke mana sahaja dia pergi, pasti ada sahaja sekumpulan perempuan ‘mengejarnya’. That’s damn desperate.

Yeah, but he’s hot. So, who cares?

Selesai game, pantas sahaja Aizel cuba menarik Tia ke dalam pelukan. Namun, Tia terlebih dahulu menepis lengan lelaki itu yang melekit. “Geli laaa...Basah tau. Busuk,” rungut Tia manja. Aizel tertawa. Pantas dikejar Tia. Saat gadis itu berjaya ditangkapnya, dikucupnya mesra.

“Oh yeah. Bet you heard about him. You guys this is...” ucap Aizel, lantas dipotong Johann.

“Johann Alexander. Call me Jo.”

Johann Alexander, pelajar yang baru berpindah dari kota New York. Pelajar yang kacak sehinggakan dia terlalu digilai ramai dan Izry semakin dilupai. Johann...The next bad boy of BRP. Hot and sizzling with yumminess.

“I believe, I met you before?” ucap Johann pada Fyns. Fyns sekadar mendiamkan diri. Lantas dia mencapai purse Gucci miliknya dan menyerahkan resit pada Johann. Langsung tidak menunjukkan minat untuk bersosial dengan lelaki bersusuk sasa dan tinggi lampai di hadapannya itu.

“She’s Fedora. We call her Fyns,” sampuk Nicole. Percuma sahaja Nicole dicubit Fyns. Serentak dengan itu, loceng berbunyi, menandakan tamat masa lunch.

~

You are invited to

Marcus Azier Aidan’s

Coming home party

“Abang sayang dah balik, ek?” tanya Tia saat Aizel menghulurkan kad jemputan padanya. Aizel angguk. Kad tersebut turut diberi pada rakan-rakannya yang lain.

Aizel duduk di sebelah Tia dan mengenggam jemari gadis itu. “Babe, petang ni free tak?”

“Kenapa?” tanya Tia curiga.

"Nothing. When you get home, Just get ready okay? Sayang pick baby up. Alright?" ucap Aizel saat dia menyuapkan sandwich ke dalam mulut. "Nak pergi mana sayang?" tanya Tia manja. Aizel tersenyum simpul.

"Surprise."

Pada masa yang sama, Johann melangkah ke kafeteria. Di tangannya, kad jemputan yang diletakkan di lockernya tadi. "Hey, Aiz!" tegur Johann seraya mengambil tempat duduk di sebelah Aizel.

"Hey, man. Thanks for the invite. What's the dress code?" tanya Johann.

Fyns yang baru hendak melangkah ke tempat duduk bersama Nicole dengan tray makanan berpaling dan menuju ke meja lain. "Eh, eh...Nak ke mana tu? Our table is that side, dear!" ucap Nicole, keliru dengan kelakuan Fyns. Fyns hanya menunjukkan isyarat mengatakan kehadiran Johann.

"Oh," hanya itu respon Nicole. Lantas dia mengikut langkah Fyns.

"Kenapa kau benci sangat dia tu?" tanya Nicole seraya menggigit Whooper burger dari Burger King kiosk di kafeteria BRP High itu. Fyns hanya mendiamkan diri. Sebenarnya, dia pun kurang pasti sebab dia tidak menyukai Johann.

"Hey sexy," serentak dengan itu, Johann melintas tempat duduknya dan menyentuh lembut rambut Fyns. "Hoi!" laung Fyns, bengang. Johann hanya melambai dan terus berjalan. Fyns menghentak-hentak kaki, mengambil tempat duduk di sebelah Tia. Hatinya bengkak.

"Kau ni, kenapa Fyns? Marah nampak?" tanya Tia. Iced tea dihirup. Fyns mencebik. "Tu, tadi tu. That's why. Eh, Aiz. Boleh tak kau bagitau kawan kau tu jangan nak semakkan hidup aku?" sambungnya.

"Apa masalah kau dengan dia, Fyns?" tanya Aviana pula. "Kau jangan camtu, Fyns. Karang kau pulak yang angau dengan dia," sambung Aviana lagi. Fyns mencebik lagi.

"Please. He's so not my type. He smokes dude!" balas Fyns, tidak puas hati.

~

"Hey auntie. Hai Nia!" tegur Aizel saat dia melangkah masuk ke dalam rumah Tia. Puan Dorheen yang sedang duduk membaca, melambai dan melemparkan senyuman. Sudah terlalu biasa dengan kehadiran anak lelaki itu dirumahnya.

"Hmm...Aizel. Weekend ni, welcome party Azier kan?" ucap Puan Dorheen saat Aizel mengambil tempat di salah satu sofa di lounge room itu. Aizel hanya angguk.

"Mama dengan Daddy ada hantar invitation untuk Auntie dengan Uncle," sambung Aizel lagi.

"Alah...Nia tak ada ke?" sampun Tania. Aizel tergelak kecil. "Nia ikutlah sekali. Ambik invitation Ate Nia. Abang Aiz sure takkan lupa Nia punya!"

"Ate Nia pulak?" terdengar suara Tia dari arah tangga. Seperti biasa, Tia kelihatan simple mengenakan seluar capri, t-shirt dan sunnies.

"Ate Nia tak perlu di invite. Because she's coming with me," ucap Aizel seraya meraih tangan Tia. Tia senyum. "Ready to go, babe?"

"Sure."

~

Sebagai hadiah mereka bersama selama 2 bulan, Aizel menghadiahkan sepasang dress navy blue dari Karen Millen yang dipilihnya sewaktu ke Starhill Gallery tempoh hari. Tiba malam parti Azier, Tia dipinta untuk mengenakan baju itu dengan sepasang sandal strappy yang dibelinya dari Jimmy Choo.

Malam itu, Tia dan Aizel sedondon. Aizel mengenakan slack beige dengan kemeja long sleeve Ralph Lauren berwarna navy blue. Bagai bakal pengantin pula.

"Who's that?" ujar Aviana kepada Atiq saat sebuah Mercedes Maybach masuk ke dalam driveway rumah Aizel. Atiq hanya sekadar menjungkitkan bahu.

Seorang lelaki lingkungan 50-an keluar dari perut kereta diikuti seorang wanita asing tinggi lampai yang berambut hitam serta ikal.

"Eh, Tengku Kamal! Datang pun...I thought you were still in New York!" ucap Tuan Morshidi.

"Hmm? Tengku? I wonder if he has a hot son," bisik Nicole kepada Fyns. Fyns tergelak kecil.

Saat itu, muncul lagi seorang jejaka tinggi lampai di belakang Tengku Kamal yang baru sahaja keluar dari tempat duduk penumpang hadapan. "Morshidi, I want you to meet my son," ucap Tengku Kamal.

Jantung Fyns seakan jatuh saat dia melihat wajah yang berdiri di sisi Tengku Kamal itu. "Oh my God," terdengar Aviana berbisik. Nicole pula sekadar menekup mulut dengan tangannya. Freaking, speechless.

"If Tengku Kamal is his father meaning he is..."

"He is Tengku Johann Alexander," sambung Nicole.

"And yes I am," ujar Johann saat dia berdiri di hadapan mereka. Masing-masing terdiam.

Sebenarnya, Johann tidak mahu diketahui sebagai anak kepada Tengku Kamal. Mana tidaknya, jika orang tahu, sudah pasti orang akan mengetahui statusnya dan dia paling tidak suka orang menilainya melalui status Tengku pada namanya. Baginya, semua orang sama sahaja.

"So, what does your dad do in New York? Because I lived there once after LA and before Japan," tanya Nicole ingin tahu. Johann sekadar melemparkan senyuman, enggan memecahkan rahsia yang tersimpan utuh. Sebenarnya, seperti Atiq dan Izry, dia turut tinggal seorang di sebuah town house di kawasan Ampang. Kedua ibu bapanya, Tengku Kamal dan Puan Camilla lebih banyak menghabiskan masa di kota Big Apple. Johann berpindah semula ke Malaysia pun atas arahan datuknya, Ayahanda Mukhriz.

"Why so quiet, Fyns?" bisik Johann ke telinga Fyns. Fyns membatu.

Tiba-tiba, sebuah Bentley berwarna putih berhenti di driveway. Seorang lelaki lengkap berkot dan seorang perempuan lingkungan 40-an keluar dari pintu belakang sebelah kiri. Di sebelah kanan pula, seorang gadis tinggi lampai ala model, berambut honey-brown yang ikal mengurai dan berkulit putih, keluar. Tubuhnya yang langsing dilitupi dress berwarna merah garang Calvin Klein. Di tangan pula dibimbit clutch monogram Louis Vuitton. Kakinya tersarung strappy sandal Christian Louboutin.

"Eh, Tengku Raizen. Ellea," ujar Puan Zarine.

"Saira...," bisik Aizel pula.

~

"Who?" keras suara Tia menanya. Dilihatnya Aizel merenung gadis yang seksi dan elegan itu tanpa berkedip.

"Saira," jawab Azier selamba. Saat terdengar namanya dipanggil, pantas dia menoleh ke arah Azier. Senyumannya lebar. Kakinya dilangkahkan menuju ke arah Azier. Semakin dia hampir, semakin kejap dan kemas genggaman Tia pada lengan Aizel.

"Hey, abang!" ucap Saira mesra lantas memeluk Azier dan mengucup kedua belah pipi Azier. Pandangannya dijatuhkan pula ke wajah tampan Aizel.

"Hey, Aizel," kali ini nada suara Saira berubah. Seakan seksi dan...menggoda.

"Hey," balas Aizel pendek. Ada getaran dalam suaranya.

"Who's this?" tanya Saira seraya menunjuk ke arah Tia. Terserlah kukunya yang perfect di French Manicure.

Who does she think she damn is? Kimora Lee Simmons? Gusar Tia dalam hati.

"Err...This is Tia, my girlfriend," perkenal Aizel agak gagap. Kenapa gagap ni? Cat got your tongue all of a sudden, Aizel?

"Oh, hi. I'm Tengku Saira Marsella Kiesel. Panggil Saira je."

"Tia Tarmizi."

Pantas Tia meminta diri. Mual, tidak betah dan jelik untuk berada di situ bersama Miss Gedik Saira itu. Tidak kuasa untuk melayan minah belut itu. "Tu la Saira eh? Not bad though," komen Aviana. Tia mencebik.

"Perempuan jellyfish tu kau cakap not bad? Hi, I'm Tengku Saira Marsella Kiesel. Panggil Saira je. Macam la aku peduli sangat nak ambik tau full name dia!" ajuk Tia. Nicole, Fyns dan Aviana tergelak.

"That bad huh?" ucap Fyns pula.

"Yeah. THAT bad!"

~

DingIt.com

Home.Profile.Contacts.Groups.Blogs.Bulletin.Messages.Music.Video.Surf.Settings.Help

Saira Marsella Kiesel

18, single

Damansara Heights

BRP High

More...

Saira Kiesel is living blissfully.

Pictures-Videos-Comments-Reviews-Blogs-My Contacts-Groups-Fans-Send Message-Nudge

Favourites

Movies/TV: sex and the city, lipstick jungle, dirty sexy money

Music: anything BUT rock.

Smoke: No

Drink: Yes

Orientation: straight

About me:

I am Tengku Saira Marsella Kiesel or shortly known as Tengku Saira Kiesel. But I prefer to be called Saira. I live life in the fast lane and nobody can top off what I do.

Who I want to meet:

Fabulous people in the world. Especially Gisele Bundchen.


No comments:

Post a Comment