Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
BAB 10
Cuti musim panas telah pun berakhir. Kawasan BRP High mula dipenuhi penuntutnya. Semuanya berasa gembira untuk kembali setelah sebulan bercuti. “Hey, sexy!” tegur Tia pada Nicole. Nicole sekadar mengangkat tangan. Sedang sibuk dengan morning paper di tangan.
“You look happy,” tegur Fyns pula saat Tia sesudah mengambil tempat duduk. Tia sekadar tersenyum lebar. “Atiq mana?” tanya Tia lantas menggigit sebiji croissant dari Deli France. Aviana menjungkit bahu. Sejak cuti musim panas bermula, Atiq sudah berubah. Aviana seakan tidak kenal lagi siapa Atiq Damian.
“Kau dengan dia okey ke?” tanya Tia lagi.
Tiba-tiba, Aizel menyergah Tia dari belakang dan mengucup pipi gadis itu. Yes, they are the buzz in BRP right now. The TiAizel Gossip. “Morning sweetface,” ucap Aizel pada Tia. Dibelai rambut Tia yang diikat satu itu.
“How was Sydney anyway? You guys practically spent the summer there,” ucap Nicole. “It was winter there. It was nice. And we bought a few stuff for you guys,” jawab Tia pula.
Saat hadiah diagihkan, perhatian mereka dicuri bunyi enjin kereta yang bingit. Pantas semua menuju ke balkoni menghadap tempat letak kereta untuk pelajar. Melihat jika Izry telah menukar keretanya sekali lagi.
Nope. Fat chance.
Terlihat sebuah Mitsubishi Evo 9 berwarna hitam masuk ke perkarangan tempat letak kereta BRP High. Semua mata terarah ke arah kereta yang asing itu, menanti gerangan empunya kereta keluar.
Saat pintu dibuka, mata semua terpaku. Insan empunya milik kereta itu kelihatan terlalu sempurna dan kacak. Jejaka tinggi lampai, berkulit putih susu dan rambut hitam pekat. Kaca mata hitam ditanggalkan dan itu dia, sepasang mata yang tidak terlalu sepet serta kening yang teratur dan hidung yang mancung. Chinese, Malay, Caucasian anyone?
Pintu kereta ditutup, backpack Hugo disandang dan dia mula berjalan ke arah blok pentadbiran.
Now, who exactly is he?
~
Fyns menarik nafas panjang saat kepalanya keluar dari air. Seperti biasa, petangnya dihabiskan berenang di kolam renang BRP High untuk berlatih bagi pertandingan renang yang akan datang.
Dia menarik tubuh ke sisi kolam renang dan duduk di sisi, sementara kakinya dibiarkan terjuntai ke dalam air. Tiba-tiba terdengar bunyi kemalangan di hadapan kawasan kolam yang berpagar itu.
Pantas Fyns bangkit dan melihat melalui pagar tersebut. Terlihat sisi kereta Nissan Skyline kesayangannya dilanggar Mitsubishi Evo 9 berwarna hitam. Pantas dia berlari menuju keretanya, tubuhnya masih hanya dilitupi swimsuit Astridnya. Wajah Fyns merah, menahan marah.
“What the hell? Pandai drive tak ni?” jerit Fyns berang. Dilihat pemandu kereta hitam itu keluar dari pintu pemandu. Oh, not surprise. The same guy this morning.
“Sorry. Err...I boleh hantar ke workshop. I’ll pay for it,” ujar lelaki itu, turut melihat kerosakan yang telah dilakukannya. Fyns menjeling ke arahnya. “Kalau tak pandai drive, jangan drive. Apa, awak ingat sekolah ni, bapak awak punya ke?” marah Fyns lagi.
“Erm, tak apa. I pay for everything and stuff. I’m Johann Alexander. Call me Jo,” perkenalnya. Fyns jeling lagi. Gadis itu merengus dan menapak semula ke kolam renang.
“Hey!” panggil Johann. “Tak apa. I boleh hantar ke workshop sendiri. But I’ll send you the bill!” ucap Fyns kembali lantas mencapai tuala dan menuju ke bilik loker.
~
Malam Jumaat. Berbeza dengan malam lain, malam itu mereka mengambil keputusan untuk melepak di Sky Bar. Semua hadir. Semua kecuali...Atiq. Alasannya? “Sorry, baby. I’ve got something to do.”
And what exactly?
“Kenapa ni Avi?” tanya Nicole, risau melihat wajah Aviana yang masam mencuka. Namun soalan Nicole dibiarkan tanpa jawapan.
“Aku balik dulu la..,” ucap Aviana lantas mencapai kunci kereta di dalam poket. All she wants to do is curl into a ball and cry. “Eh, awalnya?” ujar Tia. Pantas digamit lengan Aviana. Fyns pula entah ke mana.
“Sorry. Aku just tak ada mood la. Okey?” jelas Aviana. Tidak dihiraukan panggilan rakannya yang lain. Dia terus berlalu.
~
Atiq melambai ke arah Donna yang sedang menari di dancefloor Zouk. Atas desakan Donna, dia akur menemani gadis itu makan malam. Baginya, there’s no actual harm in it.
Well, in our oppinion, that’s a yes.
“Atiq...Jomla dance sekali. You use to like all of this,” ujar Donna manja. Tangan Atiq ditarik lembut. Atiq hanya sekadar menggeleng. “I need to go early Don. Esok I ada golf session,” jelas Atiq. Jam tangan Omega di tangan dilihat sekilas. 2.00 a.m.! Oh crap!
“Donna, I need to go now,” ucap Atiq seraya mencapai telefon bimbit di dalam poket.
20 missed calls.
10 new messages.
Dan semuanya dari Aviana. Tiba-tiba Atiq seperti ditampar atau disiram dengan air ais. Dia kembali ke dunia nyata. Dia tidak sepatutnya berada di situ.
“Atiq...,” rengek Donna lagi, mematikan lamunan jejaka itu.
“Donna, I’m sorry. But I’ve gotta go,” ujar Atiq. Donna memuncungkan mulut. “Hmm...alright. Tapi, you kena hantar I balik dulu,” pancing Donna. Atiq tidak mempunyai daya untuk menolak lagi. Dia akur.
~
Pukul 3 pag barulah Atiq sampai di apartmennya. Dilihat Izry dah pun terbongkang di atas kapet di hadapan TV. Atiq masuk ke biliknya dan baring di atas katil queen size bercadar hijau tua. Sambil itu, jemarinya menekan butang telefon bimbit, cuba untuk memanggil Aviana. Namun, tidak berjawab.
Laptop thinkpad dicapai dan Internet diaktifkan. Matanya belum mengantuk. Dia masih runsing memikirkan apa yang telah dilakukannya. Bodoh! Menyesal!
Rambutnya yang agak panjang, diramas kasar. Wajahnya diraup. Sudah hampir dua minggu dia langsung tidak meluangkan masa bersama Aviana. Hampir dua minggu Aviana disisihkan demi Donna, bekas girlfriendnya.
Bad, bad boy.
DingIt.com
Home.Profile.Contacts.Groups.Blogs.Bulletin.Messages.Music.Video.Surf.Settings.Help
Damian Atiq
18, taken
Damansara Village
BRP High
More...
Damian Atiq is feeling it all under his skin.
Pictures-Videos-Comments-Reviews-Blogs-My Contacts-Groups-Fans-Send Message-Nudge
Favourites
Movies/TV: action. Horror. Cartoons.
Music: Indie.
Smoke: no
Drink: no
Orientation: straight
About me:
I’m Atiq Damian. You can call me Atiq. Am a bass player for Viscious Kissers. I don’t do math. And I love Ilys Aviana loads.
I want to meet:
Aviana. Fam. Fans.
DING!
Aizel.Izaac:
Hoi. Kau mana td?
Atiq D:
Smwhre. Apa cita while I’m gone?
Aizel.Izaac:
Loads. Bt Avi left early.
She looks pissed man. Apa jd wei?
Atiq D:
Btl? Kalau aku bgtau smthg, promise u wont tell a soul?
Aizel.Izaac:
Hey. We’re friends.
U can trust me dude.
Atiq D:
D truth is, aku spend ms dgn Donna.
Aizel.Izaac:
U mean donna ur exgf? Yg bestfriend saira tu?
Man, u screwed up.
Jz hope Avi dsnt find out.
Atiq D:
Hope so.
~
Keesokan harinya, awal pagi lagi Tia sudah berada di rumah Aizel. Kebetulan kedua ibu bapanya tidak berada di rumah. Pantas sahaja Tia mengenakan apron dan mula membuat breakfast untuk Aizel. Pancake serta scrambled eggs with sausages. Yes, he eats big.
Selesai memasak, Tia berlari ke bilik Aizel. Pintu dibuka tanpa diketuk dan dilihat Aizel masih nyenyak tidur. Langsir yang tertutup, dibuka luas. Tia melangkah ke katil king size milik Aizel dan baring di sebelah Aizel. Satu kucupan hinggap di pipi jejaka itu dan serentak dengan itu, mata Aizel terbuka.
“Hey, cupcake,” ujar Aizel dengan suara yang agak serak. Dikucup lembut pipi Tia dan ditarik tubuh itu ke dalam pelukannya. Tia tersenyum.
“Morning, baby,” balas Tia pula. “I made you breakfast,” sambungnya. Aizel tersenyum lagi. Tia has been a very, very good girlfriend.
“Really? Thanks. Tapi, I don’t wanna get out of bed yet. It’s nice hugging you,” usik Aizel. Satu cubitan hinggap di lengan. Hidung Tia pula dicuit.
“Mandila...Lepas tu, kita breakfast sama-sama. I siapkan meja kat garden. Just the way you like it,” pujuk Tia sebelum bangkit. Saat dia bangkit, tangannya direntap Aizel.
“Don’t go. Not without a kiss,” ujar Aizel. Tia tertawa kecil dan menghadiahkan satu kucupan di hidung mancung Aizel.
~
Pada masa yang sama pula, Aviana, Fyns dan Nicole mengambil keputusan untuk sarapan bersama di McDonald’s. Ava pun turut serta.
Selepas peristiwa semalam, Aviana berasa jauh hati dengan Atiq. Dengan itu, dia mengambil keputusan untuk tidak membawa telefon bimbitnya. Biarkan Atiq terkapai-kapai sendiri. Sakit hati apabila disisihkan orang yang disayangi. Dan setiap kali panggilannya tidak diangkat, nama Donna terpapar di minda.
Sepanjang breakfast, Aviana langsung tidak banyak berbicara. Kaca mata Dolce pun tidak ditanggalkan untuk menyembunyikan matanya yang bengkak. Namun, disebalik kaca mata hitam itu, matanya menangkap kelibat seseorang.
Kali itu, dia tidak silap. Itu memang Atiq. Bukan seperti yang berlaku seminggu lepas di Bukit Bintang. Dan itu, di sisi Atiq, seekor sotong yang asyik meraih lengan Atiq. Aviana menarik nafas untuk bersabar. Namun, kesabarannya sudah hilang.
“Avi! Nak ke mana tu?” ujar Nicole, terkejut apabila Aviana terus bangkit dan mula berjalan. Akhirnya, dia sudah berhenti di hadapan meja Atiq.
“Avi!” ujar Atiq. Nyata terkejut dengan kehadiran gadis itu.
Seperti satu tindakan refleks, tangan Aviana hinggap di wajah Donna yang putih melepak. Kemudian, air di dalam cawan kertas dicapai dan kali ini, Atiq yang menjadi mangsa siraman orange juice. Belum sempat Atiq menjelaskan apa-apa, Aviana sudah pun berlalu.
~
Sebaik sahaja Aviana sampai di apartmennya, dia menguncikan diri di dalam bilik. Dia tidak menangis, tetapi hanya baring, mendiamkan diri. Telefon bimbit dimatikan. Dia tidak mahu diganggu. Not now. Not today.
Sejamkemudian, pintu diketuk dari luar. “Siapa?” ujar Aviana.
“Avi...Please open the door,” lirih suara Atiq merayu. Diketuk lagi pintu. Namun tiada satu pun jawapan dari Aviana.
“Avi, I can explain, please. Let me do it. Open the door, baby,” rayu Atiq lagi. Diketuk lagi pintu tanpa jemu.
“Avi...”
“Abang, let her be. She’s hurt. Karang okey la tu,” pujuk Ava pula pada Atiq. Atiq mengeluh. Dalam hati, dia mengutuk perbuatannya sendiri.
Bodoh, bodoh, BODOH!
Well, we warned you, did we?
“Abang, go home. Kalau abang nak datang balik, come back later,” ujar Ava lagi. Mengerti perangai kakaknya itu. Atiq akhirnya akur. Langkahnya perlahan menuju ke kereta. Telefon bimbit yang bergetar di dalam poket tidak dipedulikan langsung. Enjin dihidupkan.
Saat Mini Cooper hendak berlalu, BMW X5 pula menyusur ke perkarangan apartmen itu. Aizel menghalang perjalanan Atiq. Mereka keluar dari kereta. Lantas, Aizel menuju ke arah Atiq manakala Tia naik ke apartmen Aviana.
Tika dia masuk, terlihat Fyns, Nicole dan Ava sedang duduk di ruang tamu. Masing-masing mendiamkan diri. Tanpa mempedulikan mereka, Tia melangkah ke bilik Aviana. Diketuk perlahan pintu dan tombol cuba dipulaskan. Kunci.
“Avi. Bukak pintu ni, please. Tia ni. I swear, Atiq tak ada kat sini. He just left. I saw him,” ucap Tia lembut. Seketika kemudian, pintu terbuka. Tia meraih Aviana dalam pelukan dan gadis itu mula menangis. Punggung dilabuhkan di atas katil queen size Aviana. Seketika kemudian, Fyns dan Nicole turut sama duduk bersama mereka.
“He cheated on me, Tia. Aku tak sangka dia curang. Dia tipu aku!” luah Aviana. Rambut Aviana yang digayakan seperti Victoria Beckham itu diusap lembut oleh Fyns. Tia bangkit. Kini, Aviana dipeluk oleh Fyns.
Tia keluar dari bilik Aviana dan mula mendail nombor Aizel. Aizel dan Atiq masih berada di bawah.
“Tia! Where are you going?” ucap Fyns saat dia keluar dari bilik Aviana.
“Aku nak jumpa Atiq.”
“Aku nak ikut,” ujar Fyns. Beg tangan Fendi sudahpun dalam genggaman. Tia menggeleng. “Kau stay sini dengan Avi. Biar aku aje yang settle dengan dia.”
Serentak dengan itu, pintu apartmen ditutup dan Tia turun ke bawah.
~
“Care to share now, Atiq?” tanya Tia saat mereka sudah melabuhkan punggung di salah satu sofa di Starbucks. Vanilla latte dihirup tenang. Aizel sekadar mendiamkan diri.
“Tia, aku langsung tak bermaksud nak lukakan dia. Aku tahu aku silap. I really didn’t mean it,” jelas Atiq.
“Siapa dia Tiq?”
“Donna. My ex-girlfriend. Aku pun tak tau macam mana dia dapat nombor aku. Then, one thing lead to another...”
“Did you sleep with her?” potong Tia, sebelum sempat Atiq menghabiskan ayatnya. Atiq mengeluh dan menggeleng.
“Sumpah, aku tak buat kerja macam tu, Tia,” ucap Atiq lagi. Sepanjang perbualan mereka, Aizel sekadar menjadi pendengar. Tidak berani untuk mencelah. Takut tersilap kata. Iyalah, yang seorang rakan karib, seorang lagi bakal teman hiduo. Salah langkah, hilang semuanya. Dia pulak yang parah.
“Aku tak boleh tolong kau fix relationship. Tapi, aku boleh bagitau yang biar dia cool dulu. Kau pun tau Avi macam mana kan? And if you can fix it up, don’t repeat it anymore, Atiq. Please,” ucap Tia sebelum berlalu bersama Aizel.
No comments:
Post a Comment