Friday, March 6, 2009

CIKLET : FOREPLAY Chapter 14 ; The Last Installment of the First Part

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.


BAB 14

Aizel duduk di kafeteria BRP High seorang diri. Dia mengeluh. Seketika kemudian, terlihat Tia melangkah masuk ke kafeteria itu dengan Nicole. Rutin biasa gadis itu setiap pagi.

Dia tahu dia salah. Dan dia tidak mahu kehilangan gadis itu. Baru sahaja dia hendak bangkit dan melangkah ke arah Tia, lengannya ditahan oleh satu tangan lembut, berjari runcing.

“Aiz, nak ke mana tu?” tegur Saira manja dan menggoda. Aizel merentap tangannya dari genggaman Saira. “Enough Saira! Enough! I don’t love you. Okay? What’s between us is over. Apa lagi yang kau tak boleh faham? Aku sayang Tia alright?” bentak Aizel geram.

Saira mengetap bibir. “What does she have that I don’t Aiz? I gave you everything!”

“No you don’t have everything. Get out of our lives,” ucap Aizel lantas menapak ke arah Tia yang turut tergamam. Seluruh kafeteria dapat mendengar perkelahian antara Aizel dan Saira itu.

Aizel berhenti di hadapan Tia. Disentuhnya bahu gadis itu. Matanya merenung tepat ke anak mata Tia. “Tia, I love you and I’m sorry. Forgive me,” ucap Aizel.

Tia terdiam. Direnungnya kembali anak mata Aizel. “I love you too,” bisiknya kembali. Aizel tersenyum lantas menarik tubuh Tia ke dalam pelukan dan mengucup gadis itu.

~

Aizel meletakkan sampul surat di hadapan Tia ketika gadis itu sedang menikmati sarapan pagi. Aizel baru sahaja keluar dari pejabat pentadbiran Bukit Rahman Putra High School. Wajahnya kelihatan tidak bersemangat.

“Apa ni?” tanya Tia hairan. Diusapnya lengan Aizel yang sudah mengambil tempat duduk di sebelahnya. Pantas tangannya mencapai sampul surat itu. “Baby, sebelum baby bukak, sayang just nak cakap, sayang minta maaf. And no matter what happens, I love you.”

Tia merenung Aizel. Hairan dengan kata-kata Aizel itu. Perlahan tangannya membuka sampul itu.

Bukit Rahman Putra (International) High School

Wesberly Group of Institutions

Kuala Lumpur.

Mr Morshidi; Marc Aizel Izaac,

The school has been very impressed with you performance. After a great consideration from the Board of Committee, we are pleased to inform you that you have been chosen for the Inter-Campus Student Exchange Program for the 2008 semester. Further information on the program is stated on the next page. Congratulations.

Creating the best for the future,

William Sears.

President Board of Committee

Bukit Rahman Putra (International) High School.

Tia mengetap bibir. Dirinya terasa sebak. Dia merenung Aizel. “To where?” itu soalan pertama yang diajukannya. Dia tidak tahu harus berbuat apa atau merasa apa. Kosong. Nil. Zero.

Walaupun sebelum ini, dia tahu Aizel pernah memohon untuk Inter-Campus Student Exchange Program, dia tidak tahu yang Aizel akan dipilih kerana ramai lagi calon-calon yang akan dipilih untuk menjadi lucky five yang akan dihantar ke beberapa sister school BRP High seantaro dunia.

“France. They are sending me to France. To Lincoln International.”

“Bila pergi?”

“Next week.”

Dada Tia terasa sesak. Matanya terbeliak. Minggu depan? Minggu depan Aizel akan bertolak ke Perancis? “Must you go?” tanya Tia sayu. Aizel angguk. Lemah.

“Tak boleh tangguh? Or turn it down?” Aizel geleng. Dibelainya rambut Tia yang mengurai. Tia mengeluh. Turut payah bagi Aizel untuk meninggalkan Tia. Dia belum bersedia untuk semua itu.

Aizel tersentak saat Tia tiba-tiba merangkulnya. Erat. Dirasakan kemeja putih Ralph Lauren mula dibasahi air mata gadis itu. “Baby, jangan nangis please. It’s hard for me to leave as well,” pujuk Aizel.

“No, you can’t go sayang! You can’t leave me here. Tolonglah...,” rayu Tia lagi.

“Just remember, wherever I am, I will still love you.”

~

Perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dirasakan terlalu cepat bagi Tia. Sepanjang perjalanan, tangannya erat dalam genggaman Aizel. Dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Atas persetujuan kedua belah pihak, Tia dan Aizel mengambil keputusan, sepanjang sebelas bulan Aizel berada di Perancis, mereka akan berpisah dan menjadi rakan. Tidak sanggup untuk menjalani long distance relationship.

“We’re here,” ujar Tuan Morshidi saat dia menghentikan kereta di hadapan KLIA. Tia keluar, mendapatkan troli, sementara Aizel mengeluarkan beg pakaiannya. Hanya sebahagian pakaian sahaja dibawanya. Pakaian musim sejuk pula akan dibawa Puan Zarine ketika melawatnya di sana kelak.

Selesai check in, mereka menuju ke balai berlepas. Aizel selesai mengucapkan selamat tinggal pada semua orang. Semua orang kecuali Tia.

Tia menggigit bibir. Cuba untuk menahan air mata yang sudah bertakung dari mengalir. Aizel menyentuh pipi Tia dan diusap lembut. Pantas diraih tubuh itu ke dalam pelukan dan enggan dilepaskan. Pelukan bertambah erat. Akhirnya, tirai air mata pun jatuh.

“I really love you. Don’t go sayang. Please,” rayu Tia dalam sendu. Aizel mengusap air mata Tia dan dikucupnya kening gadis itu. Dipeluknya lagi gadis itu. Bertambah erat.

“Tia, I just want you to know, Aiz sayang Tia sangat. Wherever I am, I still love you,” bisik Aizel. Serentak dengan itu, dahi Tia dikucup dan dia berlalu ke balai berlepas. Aizel menoleh buat kali terakhir ke arah gadis yang dicintainya sebelum melangkah pergi.

So kiss me and smile for me

Tell me, that you’ll wait for me

Hold me like you’ll never let me go

Cuz I’m leaving on a jet plane

I don’t know when I’ll be back again.

Baby, I hate to go.

There’s so many times I let you down.

So many times I’ve played around

But to tell you now

They don’t mean a thing.

Every place I go I think of you

Every song I sing, I sing for you

When I come back, you’ll wear my wedding ring.


CIKLET : FOREPLAY Chapter 13

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.


BAB 13

Bunyi lagu Viva La Vida nyanyian Coldplay mengejutkan Aizel dari lena. Pantas diseluk poket dan dilihat skrin Dopod.

SAIRA.

Butang silent ditekan dan telefon diletakkan di atas kapet disebelahnya. Jam tangan Swatch dilihat sekilas. Pukul 9 pagi. Aizel menoleh ke kanan, terlihat wajah Tia yang sedang lena di atas lengannya. Beberapa helai rambut menutup keindahan wajah gadis yang disayanginya itu.

Malam tadi, mereka menikmati malam yang indah. Merenung bintang di langit sambil berbaring di balkoni bilik Tia yang lengkap berkapet dan mempunyai throw cushion. Akhirnya, masing-masing terlelap.

Aizel membelai rambut coklat Tia dan dikucupnya ubun-ubun gadis itu. I’m gonna marry you someday. I know it’s too early now. But I know. I can feel it. Bisiknya dalam hati.

Sekali lagi telefon bimbit Aizel berbunyi. Kali ini, tertera pula nama AIDAN. Mengenangkan abangnya yang menelefon, dengan berat hati, panggilan di jawab.

“Hoi! Where were you last night? Bosan abang layan Saira tu. Gedik bukan main lagi. Menyampah.”

“Hmm...rumah Tia. Kan dah cakap nak jumpa dia last night?” jawab Aizel lemah, masih mengantuk.

“Eh, ni katne ni? Last night tidur mana? Check in hotel mana?” tanya Azier bertalu-talu lagi.

“Kat rumah Tia, still. Check in kat rumah owner hotel,” seloroh Aizel. Kali ini, dilihatnya Tia sudah bangun dan merenung ke arahnya.

“Ish. Dah come home. Mama dan Daddy ajak breakfast. Bawak Tia sekali kalau nak.” Dengan itu, talian terus diputus.

~

‘I can change, I can change, I can change.’

Johann meraba-raba di sisinya, mencari telefon bimbit yang memainkan lagu Bittersweet Symphony dari The Verve. Akhirnya, dibiarkan sahaja telefon bimbit itu menjerit setelah gagal dicari. Kepalanya berdenyut.

Dia cuba memalingkan tubuh namun dihalang sesuatu yang berat. Mata dibuka perlahan. Terlihat rambut perang, panjang.

Mak datuk! Siapa tu?

Pantas Johann bangkit dari pembaringan. Mujur sahaja dia cuma tidak berbaju, namun tetap berseluar. Gadis itu pula lengkap berpakaian. (Walaupun, macam tak pakai baju pun). Lega... Tiada apa-apa yang berlaku antara mereka. Johann bergegas menuju ke bilik air.

Saat Johann keluar, gadis berambut perang pun telah pergi. Yang tinggal, hanyalah sekeping nota di atas cadar kelabu milik Johann.

Thanks for the nice nite.

Xo

-Karen

Nota dikerunyuk dan kemudian dilemparkan masuk ke dalam bakul sampah.

~

Kereta dipecut menuju ke clubhouse yang tidak jauh dari BRP High. Sampai di rumah tadi, daddynya telah berpesan untuk berjumpa sahaja di country club. Setelah kereta diparkirkan, Aizel menuruni kereta dan bergegas menuju ke pintu penumpang. Pintu dibukan untuk Tia yang kelihatan comel dengan summer dress Chloe.

Aizel dan Tia berjalan beriringan ke arah coffee house yang berhampiran dengan padang golf. Di situlah Tuan Morshidi seringkali menghabiskan masa rakannya bermain golf. Tia juga selalu mengikut ayahnya ke situ. Jika Tuan Tarmizi bermain golf, Tia dan Tania akan bermain tenis manakal Puan Dorheen akan ke gym untuk kelas pilates.

“Good morning, Izaac, Tia,” tegur Puan Zarine mesra. Tuan Morshidi sekadar melambai kerana sibuk bercakap di telefon.

“Macam mana business daddy, Tia? Okey? Hotel, semua, alright? Lama auntie tak jumpa Dorheen,” sambung Puan Zarine ramah. Tia tersenyum.

“Okey je. Tapi, Tia dengar Papi nak bukak one more hotel in Singapore soon. The market for hotels there are great they say. A lot of International tourists,” ujar Tia. Puan Zarine angguk.

“Abang Aidan mana mama? Tadi kat rumah, Izaac tak nampak pun dia,” Aizel berkata lantas mencapai sebiji croissant. Tia mengambil croissant dari tangan Aizel dan disapu dengan butter sebelum dihulurkan kembali kepada lelaki itu.

Well, that’s love, ain’t it?

“Daddy suruh dia jemput someone,” jawab Tuan Morshidi yang sudah habis bercakap di telefon.

“Siapa daddy?” tanya Aizel hairan.

“Ha, itu pun dia,” ucap Tuan Morshidi saat dia terlihat kelibat orang yang dinanti. Aizel dan Tia menoleh. Terlihat Saira yang mengenakan sundress kuning Diane von Furstenberg, beg tangan oversize Marc Jacobs, sandal Fendi, oversize sunnies Chanel dan straw hat besar.

We have two things to say.

One. So inappropriately tak sesuai. Fashion faux pas.

Two. Why does she have to be everywhere we are? Bitch. Stalker. Pathetic.

Nice choice of vocab, Miss Tia. Certainly, thank you.

“Lovely morning everyone. Eh, Tia pun ada?” tegur Saira. Macam biasalah – sotong mode.

“Duduklah, Saira,” ucap Puan Zarine.

“So, Tia. Where were we? Oh yeah. Uncle dah lama tak tengok Tarmizi kat sini. Dia mana?” ujar Tuan Morshidi.

“Oh, Ayah busy uncle. Back and forth, here, Singapore, Australia, Hong Kong. Nak settle building for hotel kat Singapore and rumah kat Australia pun dia orang tengah renovate,” jelas Tia. Ekor matanya memerhati reaksi Saira.

Saira mencebik. “Oh, kalau macam tu, ayah Tia mesti kenal dengan my parents kan? Tengku Raizen and Ellea Kiesel? My dad runs a private jet business in the US and UK. My mom pulak owns a chain of luxury goods store in Manchester.”

Yeah, yeah...We got it you show off! Now shut up. Nobody wants to know.

~

Tia duduk di atas bangku di sisi gelanggang tenis, melepaskan lelah. Selang dua gelanggang, dia dapat melihat adiknya, Tania, belum tamat practice. Pantas dikeluarkan sebotol Gatorade dan diteguk rakus bagi menghilangkan tenaganya.

Kemudian, dikeluarkan pula telefon bimbit untuk menyemak segala panggilan atau pesanan ringkas yang tidak dijawab sepanjang masa latihan tadi. Tiba-tiba terdengar derap langkah yang semakin hampir. Pantas Tia mematikan niatnya dan menyimpan semula telefon bimbit ke dalam beg.

Terlihat Saira melangkah masuk ke gelanggang, lengkap dengan outfit tenis, Lily Pullitzer dan sepasang kasut Nike custom made.

“Apa kau nak?” tanya Tia tegas. Jelas tampak dia kurang senang dengan kehadiran belut yang tidak diundang itu. Buat menyemak aje!

Terlihat Saira mencapai sebiji bola tenis dan mula melantunnya. Dia tersenyum sinis. Baginya, satu kesilapan Tia untuk menanya apa yang dia mahukan. Bodoh.

“You are asking me what I want? That’s very brave. Are you sure, you want to know, Tatiana?” pancing Saira lagi. Tia melepaskan nafas, kasar. Dijelingnya Saira.

“Okay. Aku nak kau jauhkan diri dari Aizel. He’s mine. Dan tak akan ada orang yang akan dapat ambil Aizel dari aku. Not even you. Especially not some one like you,” ucap Saira, ego.

Tia tersenyum sinis. Akhirnya, tawanya pecah.

“Kau nak Aizel? Sure, you can have him. Ambiklah. But just see who he runs to later. You or me! Because you don’t know who I am, Saira,” balas Tia berani lantas menyandang gym bag Burberrynya. Sebelum kakinya melangkah keluar dari court, dia menoleh ke arah Saira.

“Sucker!” laungnya pada Saira sebelum berlalu. Tia tersenyum puas.

~

Tia sabar menunggu Aizel. Pagi tadi, Aizel sudah menyuruhnya menunggu di salah sebuah restoran di kawasan Ampang untuk temu janji makan malam mereka. Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Tia resah. Janji Aizel padanya, pukul tujuh. Tidak pernah pula Aizel selewat ini. Jika dia lewat lima minit pun, sudah pasti dia akan memanggil. Tapi, kali ini, sepi.

Tia meneguk lagi Shiraz di dalam gelas.

Dia melihat skrin telefon bimbitnya. Langsung tiada panggilan atau pesanan ringkas dari Aizel. Tia semakin gelisah. Nombor Aizel didail dan bunyi caller ringtone Coldplay kedengaran sehingga lagu itu habis pun, panggilan tidak dijawab.

Diteguk lagi Shiraz di dalam gelas. Kali ini, sehingga habis.

“Would you like to order, miss?” tanya pelayan restoran lima bintang itu. Tia menggeleng. Namun, gelas dihulur menandakan dia mahu minuman lagi.

Kemudian, telefon bimbitnya memainkan lagu The Little Things. Pantas diangkat. “Hey, baby. Where you at?” terdengar suara Aizel di hujung talian.

“Err...Somewhere. Kenapa?”

“Great! Well, I hope you’re not at the restaurant though. Because I can’t make it,” jelas Aizel.

So, now you wanna tell?

“Kenapa?” tanya Tia perlahan. Cuba menahan sebak.

“Hey, Aiz! Get back here!” Tia tersentak saat dia terdengar suara itu di belakang Aizel.

“Urm, I’ll call you tonight, okey baby? Love you!” dan talian pun diputuskan.

Tia mula sebak. Shiraz yang baru dihantar pelayan diteguk sampai habis. Pelayan dipanggil. “You know what? I’ll have a dark chocolate cake,” ujarnya. Saat pelayan berlalu, hatinya berdetak.

Saira.

Saira.

Saira.

Saira is with Aizel.

~

Tia bangun keesokan hari dengan berat. Tiba-tiba, dia merasakan rambutnya diusap perlahan. Matanya dibuka sedikit. Aizel.

Dengan kekuatan yang ada, dia menepis tangan Aizel dan bangkit menuju ke balkoni. Lega kerana Tania, Fyns dan Aviana turut berada di situ. Aizel terpinga-pinga. Namun, dia turut mengikut langkah Tia. Tia masih enggan mempedulikan Aizel.

“Coffee?” ujar Nicole. Tia geleng. “Iced water with lemon,” ucapnya kecil. Suaranya serak. Tekak terasa kering. Man, it feels crappy.

“Okey dah, Tia? Pening?” tanya Aviana pula sraya menghulurkan minuman Tia. Tia sekadar angguk. Badannya terasa panas. “Kenapa? Any reason I shouldn’t be okay?” kata Tia.

“Baby tak ingat apa jadi last night?” celah Aizel.

“A’ah. Ate langsung tak ingat?” tanya Tania pula. Tia geleng.

“And you. I wasn’t talking to you. You can go home and run to Saira. I don’t want to see your face,” ucap Tia keras. Aizel mengetap bibir. Ya, silapnya semalam kerana mengikut Saira.

“Baby. I’m sorry.”

“I said out! I’ll deal with you when I feel like it. Tia tak nak tengok muka Aiz masa ni,” balas Tia separuh menjerit.

Aizel pantas bangkit dan berlalu. Sebelum pintu bilik Tia ditutup. Dia melihat sekilas lagi wajah itu. Ya, dia salah.


CIKLET : FOREPLAY Chapter 12

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.


BAB 12

Tia bersandar di sisi Audi miliknya yang diparkir di sebelah BMW X5 milik Aizel. Aizel turut bersandar di sisi keretanya, bertentangan dengan Tia. Adakalanya, terlihat tangan Tia meraup rambut Aizel yang jatuh ke dahi lelaki itu. Sayangnya pada Aizel tidak berbelah bahagi.

"Sayang," panggil Tia lembut. Aizel yang sedang membelek telefon bimbit Dopod miliknya mengangkat wajah. "Ada apa baby?"

"Do you love me?"

Aizel tersenyum. Ditarik tubuh Tia yang beruniform itu ke dalam pelukan dan dikucup dahi gadis itu. "Loads, baby. I love you loads," jawabnya.

Serentak dengan itu, sebuah Mercedes SLK McLaren berwarna silver masuk ke perkarangan parking lot. Top down, sudah pasti semua yang berada di situ tahu siapa gerangan pemandu kereta sport mewah itu.

Yeap, she's back.

Saira keluar dari Mercedes miliknya dan mula berjalan. Tia merenung Saira tajam. Skirt pleated BRP paras lutut, kemeja Hugo Boss berwarna powder pink dan kasut suede Bally tersarung di kaki. Rambut honey-brown separas pinggang yang kini lurus, diikat tinggi.

Can't deny she looks like a model out of a magazine.

"Morning Aiz! Guess what? I'm back!" umum Saira kepada Aizel tanpa mempedulikan kehadiran Tia yang masih berada dalam pelukan Aizel. Tia memperkemaskan lagi rangkulannya pada pinggang Aizel.

Whatever it is, bitch. He's mine!

"Well, that's good for you," balas Aizel hambar. Mahu menjaga hati insan yang utuh dalam pelukannya kini.

Tia mengeluarkan Sony Ericsson W960i dari dalam beg sandangnya, berpura-pura membaca mesej. "Sayang, Avi sedang tunggu kat cafe. Jomlah," ucap Tia manja, menarik tangan Aizel.

"See you in class?" ucap Aizel seraya mengikut langkah Tia ke kafeteria.

~

Fyns cuba membazirkan petang Sabtunya yang membosankan dengan melepak seorang diri di The Curve. Bosan berjalan dan memanaskan American Express berwarna hitam miliknya, akhirnya Fyns duduk di sebuah cafe. Pantas dikeluarkan apple macbook air miliknya.

DING!

xander:

hey, u in d white shirt.

Fyns hairan. Siapa pula Xander dan dari mana Xander tahu dia menggunakan baju berwarna putih? Sudahlah contact melalu messenger yahoo nya.

Fedora_Pandora:

who r u?

Kemudian...

DING!

Kali ini, msn messengernya pula berbunyi.

hans_xander says:

hey, white shirt.

tgk apa tu?

lookg 4 me?

fyns.fedora says:

awk siapa?

r u stalkg me?

hans_xander says:

no honey.

i thnk ur d 1 whos stalkg me.

hello? i knw ur thre.

biting ur nail.

fyns.fedora says:

WHO THE HELL ARE YOU???

hans_xander says:

i'm d 1 in d white shirt 2.

Kemudian, telefon bimbit Nokia N96 miliknya pula berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yang masuk.

unknown number

u can run, but u cant hide.

-white shirt. 2 tables away behind u.

Fyns menoleh. Nun, selang dua meja, seorang jejaka tampan, menggunakan sunglasses dan juga sedang menghadap komputer ribanya melambai ke arah Fyns. Kaca mata ditanggalkan.

Johann Alexander. Oops! Salah. TENGKU Johann Alexander.

Serentak dengan itu,

hans_xander says:

GOTCHA!

xander says:

GOTCHA!

Beberapa minit berlalu, tiba-tiba kerusi di hadapan Fyns ditarik. Kemudian, kelihatan sebuah laptop HP Pavillion diletakkan di sebelah macbooknya.

"Are you stalking me?" tanya Fyns bengang. Johann tertawa besar. "No. I usually hang out here almost everyday," jawab Johann. Fyns mencebik.

"You know what, Fedora? I think you're the one stalking me," sambung Johann sebelum berlalu dari situ.

~

Johann menutup pintu town house tiga tingkat yang didiaminya dan meletakkan kunci di dalam mangkuk kayu bersebelahan pintu masuk. Dia berjalan menuju ke ruang tamu dan TV dihidupkan. Baju t-shirt putih Lacoste ditanggalkan, menampakkan susuk otot dan badan yang agak sasa. No six packs though, but equally sexy.

Kemudian, tubuh dihempaskan ke atas sofa. Nafas dihembus. Kotak rokok Marlboro di kocek belakang jeansnya dicapai dan sebatang rokok dinyalakan. Sliding door yang menuju ke taman belakang dibuka agar asap rokok boleh keluar. Hari sudah semakin beransur gelap. Johann merokok seraya menyandar pada pintu. Pandangannya jatuh pada taman belakang yang agak kemas dan teratur.

Sepi. Rumah tiga tingkat itu hanya dihuni dia seorang. Ibu bapanya sudah terbang semula ke New York pagi tadi. Dia mula mengimbas kembali sebab utama dia dihantar, dipindahkan ke Malaysia setelah hampir 6 tahun menetap di kota metropolitan itu.

"You got thrown out of school because you're smoking pot?" ucap Tengku Kamal marah dengan nada suara yang agak tinggi. Surat menyatakan anaknya dibuang dari sebuah sekolah berasrama berprestij dilemparkan ke atas meja.

Anak tunggal yang menjadi harapnnya itu telah menghampakannya. Adakalany, dia menyesal membawa Johann berpindah ke New York. Dia berpindah ke New York demi untuk meluaskan empayar perniagaan perhotelan dan agensi pelancongan yang turut diusahakan ayahandanya, Tengku Mukhriz.

"I'm sorry, Dad," ucap Johann perlahan.

"Sorry is not enough, Jo! Jo dan musnahkan masa depan Jo. That was a very expensive and a very good school. And you got kicked out because of marijuana. Drugs!" marah Tengku kamal lagi. Isterinya, Puan Camilla sekadar mendiamkan diri. Turut kesal dengan tingkah laku anak bujang tunggalnya itu.

"Kamal, biar Ayahanda yang handle. Pindahkan Jo ke Malaysia semula. I'll keep an eye on him. He's my grandson after all. Lagipun, dia perlukan proper Malay upbringing. Dia perlu tahu adat kita," Tengku Mukhriz bersuara.

Bunyi lagu All American Rejects kegemaran Johann yang keluar dari speaker telefon bimbit Blackberry miliknya mematikan lamunan. Pantas ditekan butang answer.

'Hey, Xander! Kau katne?" terdengar suara Renzo, rakan yang dikenalinya sejak berada di New York dahulu. Kini, Renzo adalah seorang pelajar di Wesberly Institute yang merupakah sebuah kolej universiti yang terletak di hadapan Bukit Rahman Putra High.

"Hey, Zo. Aku kat rumahlah. Pesal?"

"Wanna hang out? Open table dekat Beach," tanya Renzo. Johann melihat jam tangan Tag Heuer di tangan. Hampir pukul 8. "In a bit. Aku nak keluar makan dulu. Lepas tu, aku jumpa kau kat beach around 10.30. Nice?"

"Yeah. Sure. No prob."

~

Saira duduk di sebuah meja di coffee house hotel Hilton sambil menghirup segelas watermelon juice. Jam tangan Piaget direnung sekilas. Kemudian, telefon bimbit Nokia 8800 Sirocco dikeluarkan dari beg tangan Christian Dior.

“Where are you?” tanyanya saat panggilan dijawab.

“Just got through the door,” balas insan yang berada di hujung talian.

“Oh God! I miss you babe!? Ujar Donna saat dia sudah berada di hadapan Saira. Pantas mereka berpelukan dan kedua-dua belah pipi dikucup.

Very posh indeed.

“I miss you too! Duduklah. By the way, I got you your birthday present,” ujar Saira, melabuhkan semula punggungnya. Makanan dipesan. Selesai memesan, dia mencapai sebuah kotak di dalam shopping bag yang kemas berbungkus.

“Apa ni?” tanya Donna curiga.

“Bukaklah sekarang.”

“Oh my God! Thanks Saira!” ujar Donna gembira saat pembalut dikoyakkan. Di dalam tangannya, kotak yang dipenuhi sepsang stiletto suede boots Christian Louboutin.

“So, how is Atiq? Jalan tak plan kau hari tu?” tanya Saira saat mereka sedang menikmati makanan yang dipesan. Dia tersenyum simpul. Donna pula mencebik. Dia mengeluh. “Tak jalan la babe. He loves his girlfriend too much. Meluat aku!”

Saira mengangguk-angguk tanda faham. “Kau pulak, macam mana? Since you’re back, ada chance tak Saira and Aizel gonna be back together?”

Saira tersenyum nipis dan menjungkitkan bahu. “He has a new girlfriend, Don. But I can see in his eyes yang he still wants me dan dia takkan dapat lupakan aku. I mean, who does she think she is? Nobody can beat Tengku Saira Kiesel!”

“Who is it anyway? I mean, siapa nama dia?” tanya Donna seraya menyuapkan salad ke dalam mulutnya.

Saira terdiam sejenak. Cuba mengingati nama gadis yang ditemui di jamuan Azier tempoh hari. “Erm, kalau tak salah aku, it’s something like Mia, Nia....? Or was is Tia? Because I really don’t give a damn.”

Donna terserdak. “You mean Tia Tarmizi?”

“I guess. Kenapa dengan dia? She doesn’t look that great!”

“Well, Saira. She’s actually the organiser for the Summer Bash tahun ni. Ada orang cakap, it was better than the one you did last year,” jawab Donna jujur. Mata Saira terbeliak. Bagaimana kehebatan Summer Splash Bash yang dianjurkannya boleh diatasi? She had tried so hard so that no one can top it off!

“Siapa dia Donna? Siapa family dia?” tanya Saira bertalu-talu. Sudahlah mengatasi Summer Splash Bashnya, Aizel pula sudah menjadi milik Tia. Geramnyaaaa!!!!

“Well, dari apa yang aku dengar, dia heiress to a few hotels around Asia,” cerita Donna pendek. Semua itu adalah cerita yang didengarnya dari rakannya sendiri.

Saira mendengus. “But she isn’t a Kiesel, Donna. Not a Kiesel!”

~

Aizel duduk di balkoni biliknya sambil memangku gitar. Jiwanya dipalu resah. Saira. Nama itu terlintas di ruang mindanya. Cuba dialihkan perhatian pada Tia.

Aizel menoleh pada skrin laptop Sony Vaio miliknya. Terlihat gambarnya dan Tia ketika berada di Botanical Garden, Sydney dijadikan wallpaper. Disentuh wajah Tia pada skrin bagaikan menyentuh wajah Tia. Tergerak di hati untuk menemui gadis itu.

Kunci kereta di atas night stand dicapai dan dia terus keluar dari bilik tanpa menukar baju terlebih dahulu. Pantas tangga dituruni, melintas mama dan daddynya. “Izaac nak ke mana tu?” tegur Tuan Morshidi saat tangan Aizel hendak memulas tombol pintu.

“Err,” belum sempat pun Aizel menjawab, pintu rumah diketuk. Mereka semua hairan. “Hah, Izaac. Bukaklah pintu tu. Kot kawan Aidan ke, siapa ke,” sambung Tuan Morshidi lagi.

“Hi Aizel. Hi uncle, auntie!” tegur Saira ceria. Lantas dia memeluk Aizel. Aizel pula cuba menolak tubuh Saira.

“Hmm...Aiz nak ke mana ni?” tanya Saira seraya memintal-mintal t-shirt Topshop putih Aizel.

“Ah, urm, hah! Abang Aidan. Layan Saira boleh tak? Izaac kena keluar sekejap la. Jumpa kawan. Emergency!” dalih Aizel saat melihat Azier menuruni tangga.

“Jumpa Tia ke?” tanya Puan Zarine.

“Yes. Aidan. Layan Saira tu!” ucap Aizel pendek lantas keluar dari pintu.

“Hah?” Azier terpinga-pinga.

BMW X5 pun keluar dari porch dan perkarangan banglo dua tingkat itu.

~

“Nah,” ujar Renzo seraya menghulurkan joint kepada Johann. Johann menyambut marijuana yang telah digulung seperti rokok itu. Chivas di dalam gelas diteguk hingga habis. Kemudian, zippo berwarna neon green dicapai dan joint dinyalakan. Disedut perlahan dan dalam asap daun ganja itu.

“Nice,” ucap Johann pendek, menikmati rasa weed di dalam sistem tubuhnya.

“Aku dah cakap, barang kali ni, very high quality. Nah, ni kau punya,” ucap Renzo seraya menuang segelas Black Label untuk Johann dan menghulurkan beg plastik berisi marijuana.

Seketika kemudian, seorang gadis berambut perang lurus melangkah ke arah Johann dan menyentuh lembut bahunya. “The name is Karen,” bisik gadis itu. Terdengar suaranya yang serak-serak basah di cuping telinga Johann. Dilihat Karen mengenakan micro-mini skirt dan tank top. Sexy.

Uh, we prefer to say SLUTTY?

“Xander,” ucap Johann pendek. Baginya, di sini dia lebih selesa dipanggil Xander. Dark, mysterious, macho and sexy. Exactly.

“Come, let’s dance,” ujar Karen seraya menarik tangan Johann menuju ke dance floor Zouk.

“I can’t dance,” bantah Johann.

“Yes you can,” tekan Karen. Akhirnya, Johann mengalah.

Sex, drugs, rock and roll. That’s it baby.

~

Aizel menutup pintu rumah Tia perlahan setelah dibenarkan masuk oleh Tania. Kedua ibu bapa mereka sedang berada di luar negara. Pantas Aizel melangkah menaiki tangga sementara Tania pula menuju ke bilik TV.

Pintu bilik Tia dikuak tanpa diketuk. Terlihat Tia sedang berdiri di balkoni, membiarkan tubuhnya ditampar angin malam. Pintu ditutup perlahan dan Aizel melangkah ke arah Tia. Pantas tubuh itu dirangkul dari belakang dan bahu gadis itu dikucup lembut. Bahagianya.

“Hey, sayang,” ujar Tia manja, meletakkan tangannya di atas tangan Aizel yang melingkari tubuhnya.

“I miss you baby. I can’t stand it. I can’t stand being far from you. I love you,” ucap Aizel. Kali ini, leher Tia pula yang menjadi mangsa kucupan Aizel.

~

Pukul 3 pagi. Saat night life kota metropolitan mulai reda, Johann baru melangkah masuk ke rumahnya. Mujur saja dia mampu memandu pulang tadi. Pandangannya berpinar. Kesan marijuana masih jelas dalam tubuhnya.

Pintu rumah ditutup rapat dan dikunci. Dia merebahkan diri ke atas sofa. Kemudian, terdengar gelak tawa Karen juga.

“You have a nice house,” ucap Karen. Gadis itu berjalan menuju ke stereo system dan mula memainkan lagu trance house dari DJ terkenal, Armin Van Buren. Kemudian, Karen mengeluarkan sebatang rokok dari cigarette clutch Burberry miliknya. Karen mula menari.

Johann menaiki tangga menuju ke ruang kamarnya. Laci almari digeledah sehingga dia menemui bong berwarna hijau. Kemudian, bong diisi air dan dibawa turun.

Usai itu, Johann mencapai beg plastik yang mengandungi marijuana dan menyumbatkan daun itu ke dalam muncung bong.

Bong time!

“Wanna hit?” ucap Johann yang sudah duduk bersila di atas kapet dan melepasakan asap dari mulutnya.

“Sure!”

Definitely a sex, drug and rock n roll orgy.